Advs

Followers

August 26, 2009

alfro & maggi (ramadhan)

Semua mata tertumpu di kaca televisyen. Semangat nak tengok pengumuman bulan puasa. Amira dengan Safwan dah berdebar-debar. Fikir nak puasa penuh buat kali pertama. Dikerling sekilas ke arah mama dengan papa, nampak cool je menghadap TV.

" Assalamualaikum warahmathulahi wabarakhatu," dah mula dah.

" Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang Maha Mulia Raja-raja," Safwan pandang Amira, dan begitu jugak sebaliknya.

" Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa....," tangan digenggam erat. Sofina dan Adam yang melihat gelagat mereka berdua macam nak terhambur ketawa je. Anak-anak aku ni gelabah biawak betul! Nak puasa je pun. Puasa je? Sofina... dulu kau pun macam tu jugak. Hehehe..

" Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 haribulan Ogos tahun 2009," Safwan terus kalih belakang.

" Ma... puasa bila?," soalnya. Sofina dengan Adam terlopong. Gila khusyuk dengar pengumuman tadi, tapi tak dapat input ke.

" Hari sabtu la abang! Tak dengar ke???," sampuk Amira. Safwan menjegil marah.

" Ma... kena puasa ke?," soalnya lagi. Sofina mengangguk. Ditahan mulutnya agar tak terlepas ketawa.

" Abang nak minta tangguh puasa tahun depan boleh?," Safwan meminta dengan penuh mengharap. Muka sayu yang amat.

" Apalah abang ni!!! Puasa jela... tak malu minta tangguh-tangguh tahun depan," marah Amira. Sekali lagi Safwan menjegil. Sibuk je Amira ni.

" Ma... abang tak tahan lapar!!," terus je Sofina ketawa.

" Mai sini.. duduk dekat dengan ma...," ditarik tangan Safwan dan didudukan ke atas ribanya. Muka Safwan risau sangat.

" Kenapa kita kena puasa? Sebab itukan rukun islam, jadi sebagai orang islam... ma..pa..abang dengan kakak... semua kena puasa," terang Sofina.

" Tapi ma... tak lapar ke?," soalnya lagi. Sofina cuma tersenyum.

" Kalau tak nak lapar, abang kena bangun bersahur sebelum subuh. Makan waktu pagi ni akan bagi tenaga kat kita untuk buat aktiviti dalam hari tu... memang akan lapar," Safwan telan liur. Gulp! Lapar??!!

" tapi kita kena tahan laparlah, baru Allah bagi ganjaran banyak kat kita,"

" Ganjaran apa ma?," soal Amira pula yang dah duduk di atas riba Adam.

" Kita akan dijanjikan masuk ke syurga. Semua amal yang baik akan dijanjikan dengan balasan yang baik daripada Allah," kedua-duanya mengangguk-angguk tanda faham.

" Abang nak jadi orang yang dapat balasan baik ke, yang tak baik?,"

" mestilah yang baik ma...," cepat je Safwan menjawab.

" Jadi, nak puasa tak?,"

" Nak la...," Sofina tersenyum memandang Adam. Your son ni, banyak kerenah betul!

*********

HARI PERTAMA....

" Mana budak-budak?," Sofina pandang pelik. Disuruh Adam kejutkan budak berdua tu, tapi datangnya seorang jugak.

" Abang tak sanggup la... maggi jela kejutkan," PAP!!! sudip mengenai tepat pada bahu Adam.

" Kenapa???," soalnya sambil berkerut-kerut dahi.

" Berapa kali dah pesan... tak nak maggi-maggi semua... lagi sekali saya dengar...," Adam dah mula berdiri di hadapan Sofina.

" Kenapa?," soalnya sambil memandang tepat ke wajah Sofina. Sofina telan liur. Adam dah mula mendekatkan wajahnya.

" Jangan nak ngada-ngada...," dia menolak tubuh Adam jauh darinya. Adam lepas ketawa. Sofina terkulat-kulat di situ.

" Tau takut.... pergi kejut budak-budak tu...," arahan mandatori dah dikeluarkan. Sofina menjelirkan lidah sebelum berlalu.

Di dalam bilik, Safwan tidur gaya tenggiling. Amira pula dah buat sujud sejadah.

" Abang... kakak... bangun, makan sahur...," digerakkan bahu dua-dua beradik tu.

" Ma...esok la...," suara Safwan yang serak-serak mula kedengaran.

" Bangun!!!," suaranya berubah lantang. Terus terpacak 90 darjah Safwan dengan Amira. Menonong je mereka bergerak ke tandas. Awal-awal pagi, sejuk pulak tu.

Dah sudah gosok gigi dan cuci muka, Safwan dengan Amira dah mula duduk di meja makan.

" Ma...cereal please...,"

" Makan nasi sikit... lapar nanti," Sofina tak berkompromi. Safwan dah tayang muka seposen. Tapi Amira tak peduli, nasi dengan ayam goreng dah selamat mendarat dua suap dalam perut.

" Ma...please...," Safwan mencuba lagi.

" Abang....makan nasi. Kalau lapar nanti...," sengaja Sofina meleretkan suara.

" Ala...maggi...kasi jela budak tu cereal," sampuk Adam. Sofina dah jegilkan biji mata.

" You Alfro...don't call me maggi!!! Safwan...makan nasi!!!," Safwan telan liur. Arahan tegas dari mama....tak berani lawan.

*******

Jam berdenting pukul 12 tengah hari. Safwan berlari menuju ke dapur. Amira sempat menangkap kelibat ala-ala toyol tu. Perlahan dia mengekor dari belakang. Safwan take slow... pandang kiri, pandang kanan. Line clear! Pintu peti sejuk dibuka.

" Ehem! Ehem!," Safwan terus freeze depan fridge tu. Macam mana boleh kantoi ni.

" Oooooooooo....," panjang Amira menarik.

" Tak puasa ye???," kuat suaranya pecah memenuhi ruang dapur. Safwan dah berubah muka kelabu asap.

" Mana ada!!! Orang saja nak bagi sejuk muka," PAP! Pintu fridge ditutup, perlahan dia melangkah keluar dari dapur. Sempat jugak dia menghadiahkan jelingan sedas pada Amira. Kacau line~

********

" Amira....," suara mama memanggil. Tiada sahutan. Sofina kerut dahi. Jam dah pukul 5 setengah.

" Safwan....," senyap jugak. Pelik! Mana anak-anak aku ni??? Pengsan berpuasa ke???

" Yes my dear....," tiba-tiba je Adam muncul dari belakang. Lain yang dipanggil, lain pulak yang muncul.

" Orang panggil budak-budak la....," Adam dah tersenyum.

" Ingatkan panggil papa budak-budak tu," Sofina menjeling melihat Adam yang tersenyum mengusik.

" Abang... pergi tengok mana budak-budak tu? Tidur ke?? Tak menyahut pun,"

" Abang ke kena tengok?," soal Adam sambil buat muka malas. Sofina rasa macam nak lekapkan je tepung karipap tu kat muka Alfro ni.

" Tak nampak ke Sofi tengah buat apa.... abanglah yang kena tengok...," tangannya pantas memasukkan inti ke dalam tepung karipap yang dah diuli tu.

" Yela... abang pergi! Karipap extra untuk abang...," Sofina kerut dahi.

" Untuk???," pelik benar suami aku!

" Claim upah!," Sofina jeling sebelah je. Adam terus berlalu dari situ. Aku buat untuk satu family nak makan, main claim-claim upah pulak~ Adoi.... suami sapa la tu?!!

Adam mula menapak ke ruang tamu. Matanya melilau dari satu-satu sudut. Depan tv takde pun budak berdua tu. Bergerak ke bilik. Pun takde! Mana pergi budak berdua ni?? Pengsan ke???

Adam patah balik hendak melangkah ke dapur. Namun kakinya tergam di ruang makan. Safwan dah terbaring lesu atas kerusi. Amira pun sama. Gaya macam baru balik dari berperang. Muka exhausted habis!

" Maggi....," selamba Adam memanggil. Sofina keluar dari dapur dengan muka berapi.

" Tengok anak-anak awak ni....," dia tergelak kecil tanpa mempedulikan wajah merah padam Sofina. Sofina buang pandang ke arah meja makan. Ya ALLAH! Kesiannya....

Dia mula melangkah dan mengambil di situ. Tangan Safwan dicuit. Safwan membuka mata sedikit.

" Ma...," suara takde tenaga langsung.

" Penat sangat ke?," Sofina tersenyum sambil melurut perlahan rambut Safwan yang sebijik macam Alfro tu.

" Dahaga ma.....," keluh Safwan.

" Tunggu kejap je lagi.... nanti mama buatkan air favourite abang ye," pancingnya. Terbuka sedikit mata Safwan yang kecil itu.

" Yeke ma...," Sofina mengangguk.

" Sekarang tak boleh ma.... abang dahaga ni," ujar Safwan beria-ria.

" Tunggu buka la... kejap je lagi," terus berubah wajah Safwan.

" Buka ke....takpelah," kepala didaratkan atas meja kembali. Matanya terkatup. Sofina pandang Adam. Adam angkat kening.

" Mesti abang dulu macam ni kan...," Adam dah menjegil biji mata. Sofina terus ketawa.

*********

SEMINGGU.....

Setelah berbuka mereka sekeluarga solat maghrib bersama. Lepas solat, mengaji kejap. Matanya mencari kelibat Safwan. Tadi nampak macam ada sebelah Amira.

" Abang mana?," soalnya.

" Tadi ada kat sini," Amira pun pelik.

Sofina bangun. " Kejap mama pergi cari dia!".

Elok je dia melangkah ke dalam dapur, Alfro junior dengan senior sekali tengah makan mee kari. Bagus! Papa dengan anak... sama je

" Makanlah banyak sikit bang...," perlinya. Adam tersengih. Safwan turut tersengih sambil buat muka comel.

" Tadi dah makan dua mangkuk dah! Kejap lagi nak pergi solat terawih.... mengantuk masa pak imam duk mengaji...baru padan muka!!!," Sofina dah masuk mode membebel. Semalam baru Adam cakap, makan banyak sangat rasa mengantuk masa nak solat. Hari ni, makan jugak. Bukan nak tunggu pergi terawih dulu....

Adam terhenti suapan seterusnya. Pandang muka Sofina yang gaya macam nak telan orang dah. Safwan turut berhenti. Papa tak makan, jadi tak berani jugak nak lawan mama. Kena piat telinga nanti. Pedih!

" Kami habiskan yang ni je, lepas ni dah tak tambah dah," serentak Adam dan Safwan mengangguk.

" Apa-apa jela...," Sofina malas nak layan. Dia terus berlalu ke bilik.

Keesokan paginya, Adam dengan Safwan muka berkerut-kerut. Nasi di pinggan sedikit pun tak berusik. Kenyang katanya. Sofina dah bengang. Mana tak kenyang... kalau bedal mee kari macam baru keluar dari hutan je gayanya. Sekarang ni, nak makan untuk sahur pun dah takde space.

" Lain kali, lepas berbuka tu... makan la banyak-banyak lagi. Sofi masak letak dalam satu periuk... abang dengan Safwan makan je dari malam sampai pagi," sindirnya.

Last-last.... Sofina dengan Amira je makan pagi tu. Adam dengan Safwan teguk air je. Tak berani dah nak cakap apa-apa bila nampak muka Sofina yang bengang.

Pada petangnya...

Elok je, papa dengan anak sekali, dua-dua tersadai lemah dalam bilik. Sofina geleng kepala je. Anak dengan papa sebijik. Takde yang beza sikit pun. Haru betul~

" Kakak penat ke?," soalnya pada Amira yang duduk bertenggek di pintu dapur melihatnya melayur daun pisang. Amira menggeleng kecil.

" Bosan!!! Abang asyik tidur je.... takde kawan nak main," rungutnya.

" Nak tolong mama?," terus bercahaya biji mata Amira. Mengangguk dengan pantas sekali. Namun, Sofina mengetap bibir. Betul ke ni??? Amira tolong aku kat dapur... alamatnya, tunggang terbaliklah masakan aku.

Seperti yang dijangka. Idea suruh Amira tolong kat dapur patutnya cancel je tadi. Tapi dah terlajak terajak budak tu, memang pening kepala Sofina.

" Mama.. kakak nak kacau ni!,"

" Mama...kakak nak lipat lepat pisang ma,"

" Mama... yang tepung ni nak tolong....," semua benda pun dia nak tolong tapi sekerat-sekerat. Takde yang dia buat sampai habis. Tiba-tiba.....

" Ma... bosanlah... kakak nak duduk depan," Sofina tersenyum lega.

" Pergilah kakak....," ma tak halang pun, sambungnya dalam hati.

********
SEBULAN....

" Baju ni cantik tak? Masuk tak ma kalau abang pakai dengan seluar ni....,"

" Ma... Amira nak pakai baju warna apa esok??," Kecoh mulut budak berdua sejak mendengar takbir berkumandang.

Mak Leha yang sedang memasang langsir tergelak kecil.

" Pakai je baju mana-mana pun. Tak kisah...," Sofina dah tak tau nak jawab apa. Sebab dari semalam lagi asyik mengulang soalan yang sama.

" Kenapa ni?? Wan dengan Mira nak pakai baju apa esok?," Mak Leha mencelah. Sofina mula bangun perlahan. Biar nenek mereka pula melayan merapu budak berdua ni.

" Macam nak pakai yang kelabu...tapi nek, biru ni pun cantik. Yang mana yang sesuai dengan Wan ye nek??," Safwan menayangkan baju-bajunya.

" Mira pun tak tau nek...mana satu nak pakai," Amira ikut tayang sekali bajunya.

" Nenek rasa.... yang ni macam lawa tapi yang ni pun cantik jugak!," Safwan dah pening.

" Nek... betul-betullah! nak pakai yang mana?," Mak Leha dah berkerut seribu.

" Mana-mana pun bolehlah Wan....," Safwan senyap terus. Dapat jawapan sebijik macam yang mama bagi. Amira pun tak jadi nak soal. Confirm akan dapat answer yang sama jugak.

Sofina yang tengah susun biskut raya dalam balang kuih, ketawa kecil. Mengarut kalau melayan budak berdua tu. Senyuman terus tersungging di bibirnya.

" Ni apa senyum sorang-sorang ni?," Sofina tersentak. Namun kembali tersenyum.

" Salah ke?,"

" Makruh," ketawa lepas.

" Banyak la abang ni!!,"

" Abang satu je maggi....," terus mati ketawa Sofina.

" Again....," dia meleretkan suara. Adam dah tersenyum-senyum.

" Abang melawak jela....lama tak panggil maggi la sayang...,"

" Ni apa? Tengah ambil mood romantik ke?," soal Sofina direct. Adam tersengih.

" Papa.... baju mana lawa pa?," Safwan dah datang menyerbu. Sofina tepuk dahi. Semua pun dia tak lepas. Adam dah menggaru-garu kepala. Cuba minta tolong Maggi...tapi tak dilayan~

" Yang kelabu ni, nampak smart!," dah select.

" Betul pa...," Safwan ragu-ragu.

" Betul!!!," Safwan berlalu sambil tersenyum riang.

" Sofi cakap baju yang sama... sepuluh kali dia mengulang soalan tu jugak!!!," Sofina pulak tak puas hati.

" Sofi takde skill macam abang," balas Adam riak. Sofina dah buat muka menyampah.

" Berlagak nak mati!!!" balas Sofina geram.

*********

" Selamat hari raya ma....," pipi Sofina dicium. Sofina dah memerah muka.

" Janganlah lebih-lebih!," marahnya. Adam tersenyum nakal.

" eh...bini saya...saya punya sukalah...nak lebih-lebih," balasnya selamba.

" Cepat, salam!," tangan dihulurkan.

" Selamat hari raya... Sofi minta maaf zahir dan batin," tangan Adam dikucup. Dah salam, tak nak lepas pulak.

" Sofi nak jumpa mak pulak!," dia menarik tangannya tapi tak berjaya. Adam menunjukkan ke arah pipi, kiri dan kanan.

" Abang dah bagi... sayang la pulak...," rengeknya. Sofina jelir lidah.

" Baru minta maaf, dah jelir lidah....,"

" Papa!!!! Mama!!!!," kedengaran suara dari luar. Sofina angkat kening. Adam tayang muka tak berperasaan.

" Mama!!!," suara Safwan. Adam mendengus kecil. Tak sabar betul si kecik tu.

" Nanti abang claim....," tangan Sofina dilepaskan.

Di ruang tamu, mereka berkumpul sekeluarga. Semua bersalam-salaman. Safwan dah melekat dengan mama. Sofina dah dapat sense something. Sengihan lebar Safwan membuatkan andaiannya terjawab.

" Mama... duit raya tahun ni, ma nak bagi berapa ye?," tersengih sambil menyoal.

" Puasa penuh tak?,"

" Sehari je abang puasa penuh!," Sofina terlopong. Biar betul? Jujurnya anak aku. Bagus betul!

" Abang tak puasa la ni....,"

" Bukan... kadang-kadang masa ambil wuduk, abang minum air sikit...," Sofina terdiam.

" Kamu mengajar anak kamu ye Adam?," tiba-tiba Mak Leha menyampuk. Sofina dah tergelak. Adam merah muka.

"Dulu dia pun macam tu ye mak?," anggukan pasti dari Mak Leha membuatkan Sofina pecah gelak.

Safwan dengan Amira blur. Senyap je tengok mama mereka yang ketawa bagai nak terguling kat ruang tamu tu. Papa pulak muka dah merah, macam pakai blusher pun ada.

" Kenapa nek? Mama gelakkan papa...,"

" Papa kamu dah kantoi depan mama...," Mak Leha ketawa. Amira dan Safwan berpandangan sesama sendiri. Masing-masing jungkit bahu. Tak penting kot!



* at last, dpt jugak post something.
hope all of u enjoy ur reading... :)

August 02, 2009

alfro & maggi

" Look at that bro!," ucap Fahmi sedikit teruja.

" Apa?," soalnya malas.

" That cute lady, yang tengah makan spaghetti," muncung mulut Fahmi menunjukkan sasaran agar lebih jelas di penglihatan. Gadis yang duduk selang beberapa meja itu menikmati hidangan tanpa menghiraukan pandangan orang di sekelilingnya.

" Rambut maggi tu kau kata cute....," pandangannya tertancap pada gadis itu.

" So what with the rambut maggi. She's cute.. kau buta kayu ke apa?," balas Fahmi memprotes.

" Aku pentingkan rambut!," balasnya tegas. Fahmi dah mencebik.

" Aku pentingkan rambut," ajuknya. " Usha sikit rambut kau tu.... gaya macam sebulan tak jumpa air!," sindirnya.

Adam membulatkan biji mata.

" Cakap jangan sebarang cakap bro! Hari-hari jenguk salon tau untuk rambut ni....," balas Adam geram. Suka-suka hati dia je kata aku tak cuci rambut.

Fahmi ketawa. Adam pelik. Apahal tiba-tiba ketawa pulak.

" Patutlah....," suara Fahmi meleret sambil tersenyum mengejek.

" Apa yang patut?,"

" Aku dengar.. salon-salon kat Malaysia dah hancur. sebab ambil kontrak cuci rambut sarang tebuan kau nilah agaknya.......," Fahmi ketawa besar.

Pantas tangan Adam melibas bahunya. Berkerut-kerut dahi Fahmi menahan pedih!

Aduh mamat ni! Tak boleh melawak langsung.

*********

" What mak???????????????????!!!!!!!!!!!!," jeritnya sampai nak terkeluar anak tekak.

" Yes my dear son," selamba Mak Leha membalas. Wajah anaknya yang terkulat-kulat itu tidak dipedulikan.

" Mak.... jangan buat saya macam ni! Ini tidak adil...," protesnya.

" Kamu jangan nak mengada-ngada. Mak dah buat keputusan, kamu kena ikut cakap mak pulak kali ni. Asyik-asyik mak je yang kena dengar cakap kamu... kali ni, kamu senyap biar mak je yang bersuara," tegas kata-kata yang meniti bibir Mak Leha.

Adam dah bergenang air mata. Oh shit~ aku menangis? tak gentle langsung... Apa boleh buat, terpaksa!

" mak please... janganlah mak.... pertimbangkan dulu mak. Jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti jatuh tersungkur di tengah perjalanan, tiada siapa yang akan bantu...," ceh. Apasal ayat skema ni. Dibuang pandang ke wajah mak. Seriusnya muka orang tua ni. Gulp! Liur ditelan. Takutlah pulak nak berdepan dengan mak versi hitler!

" No more appeal!," tegas nada Mak Leha. Adam dah mendengus tidak puas hati.

" mak... janganlah buat lawak macam mak atasinchi. Ni hal kahwin.. janganlah main paksa-paksa mak... tak acilah macam ni!," Adam dah mula bersuara tanpa menghiraukan pandangan tajam dari pihak mak.

" Tengok ni," satu lembaran kertas dihamparkan betul-betul depan mata Adam.

Apa ni? Kontrak??

Diteliti dengan khusyuk segala isi kandungan yang tercatat di atas lembaran tersebut. Dan tiba-tiba matanya terhenti dan tertancap atas sebaris ayat. Spontan matanya terbuka luas. Aduh~ gawat! Macam manalah aku boleh buat perjanjian dengan mak ni...

MAK DIBENARKAN UNTUK MENCARI CALON UNTUK ADAM SETELAH UMURNYA MENJANGKAU 30 TAHUN!

Adam melepaskan nafas berat. Dia menyambung pembacaannya yang terhenti.

ADAM AKAN BERSETUJU TANPA BANYAK SOAL.

Aku boleh histeria kalau macam ni! Mak menyepi di sebelah. Duduk sambil bersilang kaki pulak tu. sapa la yang ajar mak aku bab-bab kontrak ni? Mesti kerja si Fahmi tu. Saja je nak menjahanamkan hidup aku!

Adam tarik nafas dalam-dalam. Dia cuba bertenang. Dia yakin, kalau apa pun yang dia nak cakap lepas ni, gerenti mak tak nak dengar.

" Okey mak... macam ni...,"

" mak tunjukkan dulu calonnya... kalau Adam okey. Then mak boleh proceed pada pinangan pulak," ujarnya cuba berdiplomasi. Namun keningnya terangkat. Mak Leha tayang muka kerek.

" Mak dah meminang dah pun!," Adam tercekik. Hancurlah hidup aku lepas ni!

*********

Hari yang tak dinanti-nantikan tiba juga. Mak Leha pulak tak putus-putus membebel.

" Pergilah kedai rambut... kemaskan apa-apa yang patut! Pengsan pengantin perempuan tengok rambut kamu tu," bebelan mak tidak dihiraukan. Dibuat tak tahu je.

" Kalau dia ikhlas sayang Adam mak.. tak dipandang pada rambut mak. Hati budi yang penting!," kebetulan Fahmi yang ada kat sebelah terasa loya tekak.

" Macam tak percaya pulak kau yang berkata-kata macam tu Adam," dia ketawa besar. Adam sekadar menjeling. Tak kuasa aku nak melayan.

" Yang kau ni, asyik berkepit dengan aku je apahal?," soal Adam kasar.

Fahmi tersengih. " Mak kau suruh teman. Takut kau cabut lari!," Adam tersentak. Aku? Lari dari rumah? Idea macam best.. tapi kenapa lambat sangat loading.

" Bak songkok tu!," mintanya dengan nada geram. Fahmi menghulurkan padanya songkok yang baru dibeli semalam. Bau kedai pun tak hilang lagi.

" Muat ke?," soal Fahmi memerli. Adam menekan-nekan songkok tu. Macam tak nak masuk je.

" Kepala macam kau ni tak sesuai pakai songkok la ngok!," Fahmi ketawa lagi. Adam terbakar.

" Kurang asam boi!," Adam menjeling tajam.

" Rambut alfro macam ni sesuai pakai tanjak je......," gelak lagi.

BUK!!!!!

" sakitlah wei!!!!," Fahmi menggosok-gosok pungungnya yang pedih. Ada ke patut ditolaknya aku ke bawah. Angin satu badan betul pengantin lelaki ni!

" Nak mengata pasal rambut aku pun agak-agak ah! Aku tengah serabut ni. Kena paksa kahwin pulak tu...," Adam melabuhkan punggung di atas katil. Wajahnya diraup dengan penuh kekusutan. Fahmi yang tengok, naik kesian pulak!

" Ala.... rileks ah bro!," ditepuk bahu Adam beberapa kali cuba memberi semangat. Adam hanya mampu berserah!

Jantungnya berdebar-debar. Buat pertama kalinya di hendak bertemu empat mata dengan isterinya. Langkah diatur ke bilik yang menempatkan pengantin perempuan. Dari jauh kelihatan, seorang gadis yang ayu berpakaian serba putih. Namun tidak kelihatan wajahnya.

Jarak semakin dekat. Jantung berdegup semakin kencang.

Saat jemari halus itu berada ditangannya, Adam terpandangkan wajah itu. Dan wajah itu.... Adam terasa berpeluh. Tak mungkin. Katakan aku sedang bermimpi! Oh tidak~

Terus gelap-gelita dunianya.

Semua yang berada di dalam bilik itu terus panik.

" Kenapa? Apa jadi ni?," semua dah gabra. Sofina tenang memandang wajah yang terkulai itu. Segarit senyuman menghiasi bibir. Terkejut ye awak!

" Sofi!!! Senyum pulak dia. Suami kamu tu pengsan," ucap Mak Leha cemas.

" Pengsan je mak...," buntang biji-biji mata yang berada dalam bilik tu. Rileksnya dia.

*******

" Hei maggi.... cepatlah masak! Lembab betullah kau ni....," rungut Adam sambil mengetuk-ngetuk meja makan.

Bunyi kuali berdenting sepi buat sementara waktu. Pengsan ke minah tu? Mata dihala ke hadapan. Adam tekejut besar. Kelihatan wajah maggi yang tengah panas membahang berdiri sambil bercekak pinggang.

" Lagi sekali saya dengar awak panggil saya maggi........," ucapnya sambil mengetap bibir. Adam telan liur.

" saya gulaikan awak buat makan tengah hari kita!," sudip dilayang-layangkan di hadapan wajah Adam. Juling biji mata Adam.

" Kot iye pun, jauhkan sudip ni. Bahaya!," Adam menolak perlahan sudip di tangan Sofina ke tepi.

" Dah! Dah! Pergi masak!," Sofina terus berlalu ke dapur sambil menghentak-hentak kaki. Geram betul dengan si rambut alfro tu! Gaya macam rambut dia smart sangat, kutuk-kutuk rambut aku pulak.

" Maggi cepat sikit!!!," sekali lagi kedengaran suara dari depan. Panas telinga Sofina. Sabar Sofi! Suami kau tu.... nanti tak pasal-pasal ada je benda yang melayang keluar dari dapur ni.

" Ma....," baru je Adam membuka mulut. Sepacket maggi disumbatkan ke dalam mulutnya.

" Nah!!!! Makan maggi ni. Saya tak nak masak!," Sofina terus berlalu ke bilik. Adam terkulat-kulat di situ. Aik... maggi marah??!!

Ditarik keluar bungkusan maggi di dalam mulutnya. Maggi kari. Maggi pun maggilah. Aku dah lapar tahap kebulur.

Sementara itu, di dalam bilik. Sofina semakin panas. Bukannya nak memujuk aku Alfro tu... bengong betul. Silap boleh terkahwin dengan sarang tebuan ni...

**********

Sofina sedang mengemas ruang tamu yag berselerak itu. Hari-hari minggu macam ni, baru ada masa nak mengemas. Nak harapkan si alfro tu..... bertuah!

Dijeling sekilas pada Adam yang sedang menelek akhbar. Sofina mencebik. Tahu sangatlah mamat tu, bukannya membaca akhbar sebenarnya. Mesti tengah mengusha mana-mana perempuan lawa. Bukannya tak tahu perangai alfro ni. Tak padan dengan rambut tebuan, ada hati nak pasang lain.

Teringat sekali masa mereka berdua tengah bershopping.

" Adik manis... guna syampoo ni ke?," soal alfro lembut. Sofina dah mencebik. Dasar laki gatal. Menggedik nak tau anak orang guna syampoo apa!!! Busybody!

Budak perempuan tu pulak dah tersengih-sengih. Sukalah tu laki mengorat.

Kepalanya diangguk sambil tersipu. Sofina dah tak tahan loya! Rasa macam nak hempuk je kepala Alfro ni kat lantai.

" Patut lawa rambut!," eeeiii... gediknya suami aku ni. Bini ada kat sebelah, boleh pulak mengayat anak dara orang. Tahulah rambut aku tak lawa! Macam maggi. Tapi macamlah rambut dia lawa sangat! Sarang tebuan.

" Pergi bayar ni!!!!," Sofina menyorong troli dengan kasar pada Adam.

"Maggi!!!!!!!," panggilan itu menyentakkan lamunannya.

" Ada orang datanglah, pergi bukakan pintu!," Sofina dah hilang sabar.

" Awak lagi dekat dengan pintu... pergilah bukak!!," balasnya geram. Adam tenang.

" Maggi... jangan ingkar cakap suami. Pergi... pergi bukak pintu....," suaranya lembut. Sofina melangkah dengan geram! Langkahnya yang agak sumbang dan tidak teratur itu membuatkannya tersungkur di depan pintu. Pintu terbuka. dan spontan... " Oh mak kau Alfro!!!!!!!!," Sofina tak dapat menahan bibirnya daripada terkeluar perkataan itu.

" Maggi!!!!," Adam pulak.

Wajah mak berasap. Sofina pucat! Adam tak tau nak react macam mana.

Persidangan berlangsung di ruangtamu.

" Apa nak jadi dengan kamu berdua ni?," suara Mak Leha memecah kesunyian.

Sofina pandang Adam. Adam pandang Sofina.

" Kami tak ada apa-apa masalah pun mak," serentak dua-dua menjawab.

" Biar betul??,"

" Betul mak.... mak percayalah cakap Sofi! Sapa yang cakap kat mak yang kami ni ada masalah?," soalnya pulak.

" Naluri je....," Sofina tergelak kecil. Dicuit tangan Adam.

" Naluri mak selalu betul... mak tanyalah sendiri kat anak mak ni...," Adam terkedu.

" Ha... Adam! Kenapa??? Apa masalah kamu???," Adam pulak diserbu.

" Adam.... adam... mak.... adam cuma....," Sofina ketap bibir. Takut jugak. Jangan-jangan dia terus terang cakap tak suka kat aku.

" Adam cuma tak suka rambut maggi dia je... yang lain....," matanya dilirikkan pada Sofina yang dah kecut perut.

" Adam suka je," Adam melemparkan senyuman buat tatapan Sofina. Sofina pulak terkejut. Jin alfro ni.... first time confess kat aku, depan mak pulak tu!

" Kamu sayang dia ke??," soal Mak Leha musykil.

" Sapa tak sayang bini mak!!!," Mak Leha dah tersenyum penuh makna. Sofina terkedu. Jin Alfro... saya pun sayang awak~

*********

" Alfro junior, ambilkan telur!," arah Sofina.

" Maggi junior, ambilkan gunting!," arah Adam.

" Papa!!!," jerit Safwan.

" Mama!!!," suara Amira pulak pecah.

" Kenapa????," serentak Adam dan Sofina menyoal.

" Mama panggil abang Alfro pa...," adu Safwan.

" Papa panggil kakak maggi ma....," adu Amira.

" Papa!!!,"

" Mama!!!,"

Adam tersengih. Begitu jugak dengan Sofina.

" Disebabkan masing-masing dah langgar peraturan. Jadi... dua-dua kena denda!!!!," Adam bersuara.

" Tak sengaja. Takde excuse ke??," soal Sofina meraih simpati. Alfro junior dan maggi junior terkebil-kebil melihat papa dan mama mereka. Alfro dan maggi sekadar tersengih lebar.


* story yang takde apa-apa tema! sekadar suka-suka. :)