Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

alfro & maggi (ramadhan)

Semua mata tertumpu di kaca televisyen. Semangat nak tengok pengumuman bulan puasa. Amira dengan Safwan dah berdebar-debar. Fikir nak puasa penuh buat kali pertama. Dikerling sekilas ke arah mama dengan papa, nampak cool je menghadap TV. " Assalamualaikum warahmathulahi wabarakhatu," dah mula dah. " Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang Maha Mulia Raja-raja," Safwan pandang Amira, dan begitu jugak sebaliknya. " Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa....," tangan digenggam erat. Sofina dan Adam yang melihat gelagat mereka berdua macam nak terhambur ketawa je. Anak-anak aku ni gelabah biawak betul! Nak puasa je pun. Puasa je? Sofina... dulu kau pun macam tu jugak. Hehehe.. " Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 haribulan Ogos tahun 2009," Safwan terus kalih belakang. " Ma... puasa bila?," soalnya. S

alfro & maggi

" Look at that bro!," ucap Fahmi sedikit teruja. " Apa?," soalnya malas. " That cute lady, yang tengah makan spaghetti," muncung mulut Fahmi menunjukkan sasaran agar lebih jelas di penglihatan. Gadis yang duduk selang beberapa meja itu menikmati hidangan tanpa menghiraukan pandangan orang di sekelilingnya. " Rambut maggi tu kau kata cute....," pandangannya tertancap pada gadis itu. " So what with the rambut maggi. She's cute.. kau buta kayu ke apa?," balas Fahmi memprotes. " Aku pentingkan rambut!," balasnya tegas. Fahmi dah mencebik. " Aku pentingkan rambut," ajuknya. " Usha sikit rambut kau tu.... gaya macam sebulan tak jumpa air!," sindirnya. Adam membulatkan biji mata. " Cakap jangan sebarang cakap bro! Hari-hari jenguk salon tau untuk rambut ni....," balas Adam geram. Suka-suka hati dia je kata aku tak cuci rambut. Fahmi ketawa. Adam pelik. Apahal tiba-tiba ketawa pulak. " Patutlah..