Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 9

Renungan yang tajam dilemparkan oleh puan Salmi pada kedua-dua wajah yang berada di hadapannya. Kemudian, dia mengalihkan tumpuan pada bancuhan tepung dalam bekas. Nak buat cucur udang petang ni. " Mak please......," suara Khairul memecah kesunyian di antara mereka. Penuh mengharap. Namun, puan Salmi tidak segera bereaksi. Dikekalkan aksi wajah pegun dan tak berperasaan di hadapan Khairul dan encik Kassim. Dia dah tahu ayat yang akan diucapkan oleh Khairul, tapi saja tak nak layan. Dipandang ke arah encik Kassim yang juga senyap dari tadi. " Abah, cakaplah kat mak..," Khairul menyiku perlahan badan encik Kassim. Ingatkan ajak abah boleh minta tolong, tapi orang tua ni diam saja dari tadi. Tak faham betul aku dengan warga-warga veteran dalam rumah ni. " Mak....," ucap Khairul lagi penuh mengharap. Harapannya sangat besar, nak pujuk mak supaya dapat terima pilihan hati. Tapi, melihatkan reaksi dari mak, nampak macam makin tipis sahaja harapan untuk perkar

kampung girl

“ Maaflah, saya tak berkenan pun dengan awak!,” PAP! Rasa macam ada batu besar yang menghempap kepala ni. YA ALLAH, malunya. Ain sekadar tunduk menekur tanah. Malunya bila orang dah datang rumah, katanya nak masuk meminang tapi ini sadis ceritanya, bila kena tolak lamaran sebelum apa-apa perbicaraan. “ Saya dah cakap kat mak saya, tapi dipaksanya jugak datang tengok dulu,” ucapnya lagi. Ain masih statik tak berkata apa-apa. Muka dah tebal berinci-inci,pipi dah kebas macam kena bius. Masuk ni, dah dua kali aku kena reject, nasib yang sebelum ni secara online, bukan face to face macam sekarang. “ You don’t have nothing to say ?,” Ain pantas mengangkat mata. Tajam pandangan pemuda itu menikam wajahnya. “ Kenapa tak tengok foto je dulu? Kenapa kena datang sampai rumah, baru nak cakap tak setuju? Malu la kalau orang dah tahu!,” Ashraf menghela nafas yang panjang. Ain tertunduk kembali. “ Saya dah tengok. Dah cakap tak setuju dah pun kat mak saya, tapi dipaksanya jugak suruh

pilihan aku vs pilihan mak aku 8

Myvi hitam diberhentikan betul-betul hadapan rumah teres dua tingkat itu. Perasaan terasa berdebar. Pandangan Mira kembali pada wajah Azwan. Azwan tersenyum nipis. " Jom, masuk," jemput Mira. " eh, tak payahlah," tolak Azwan. " Jangan nak mengada-ngada. Jom masuk!," Mira dah mula mengarah. Azwan akhirnya mengalah. Takkan hantar anak dara orang sampai pintu pagar je kan.. kena la berlagak gentle. Azwan tersenyum sendiri. Mira keluar dan mengambil beg di tempat duduk belakang. Pantas Azwan mencapai beg tersebut. Mira jegilkan biji mata, tapi dibuat tak faham. " Takpe aku bawa... tak gentle la laki tengok je perempuan bawa barang," ucapnya selamba. Mira mencebik. Banyaklah dia punya gentle. Sama-sama mereka mengatur langkah. Salam diberi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah pertama yang menyapa pandangan Mira, Khairul! Mira menjadi kaget. Apa yang mamat ni buat kat sini? Namun pandangan Khairul bukan padanya tetapi lebih kepada jejak

pilihan aku vs pilihan mak aku 7

" Sa....sa...saya...," bergetar suara puan Juriah. Tersekat-sekat dan tidak mampu diluahkan. Matanya memerah menahan tangisan. Wajah insan kesayangannya kembali menikam di pandangan mata. Dia tertunduk sendiri. " Apa salah Mira, Ju? Cuba Ju cakap dengan abang, kenapa benci sangat dengan dia?," suara encik Rahim mengendur. Dia tahu, jika menggunakan kekerasan dan maki hamun, sudah pasti tidak dapat mendengar apa-apa alasan dari bibir isterinya. Dia amat mengerti dengan sikap puan Juriah yang sangat sensitif. Puan Juriah mengangkat wajah. Menempatkan pandangan matanya dalam mata encik Rahim. Pandangan sayu sarat dengan kesedihan. Dia kembali menekur lantai. Entah mengapa, bibirnya kaku, lidahnya kelu untuk bersuara. Jika selama ini, dia boleh dengan selamba menghina Mira tetapi mengapa hari ini, tiada suatu alasan pun yang meniti bibirnya untuk mempertahankan diri sendiri. " Mak...," panggil Sarah dengan linangan air mata. Sarah mengeluh kecil. Dia tahu,