Advs

Followers

August 29, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 12

Mira ada abang? Pelik! Teramatlah pelik bila Mira bertanya tentang perihal yang dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika disoal oleh Sarah, dia sekadar menggeleng kepala tanda tidak tahu. Tetapi, otaknya masih ligat memikirkan tentang hal itu. Kad nama yang dihulurkan oleh Sarah semalam diamati. Kalau benar.... Syukur!


******


Pagi itu, di meja makan. Wajah Mira pucat lesi. Demam terkejut rasanya. Bangun tidur pun, kepala terasa berat yang amat.

"Mira... demam ke?," soal puan Juriah sambil melekapkan tangannya di dahi Mira. Panas. Terpancar riak risau di wajah. Pantas dia bergerak ke dapur mengambil sesuatu. Sarah yang baru sahaja turun mengambil tempat di sebelah Mira. Sempat matanya menangkap wajah adiknya yang pucat itu.

"Mira demam panas ni...," belum sempat Sarah membuka mulut untuk bertanya, mak dah muncul dari dapur membawa dua biji panadol. Sarah juga bertindak melekapkan tangannya di dahi Mira.

"Mira... panasnya," Sarah dah risau. Mira menggeleng kecil. " Panas sikit je," jawabnya.

"Mana boleh macam ni, jom ke klinik!," ajak Sarah. Mira tertawa kecil.

"Ada doktor dalam rumah pun, kena ke klinik jugak ke?," soalnya manja. Matanya terasa pedih. Panas badan terasa dari pagi lagi.

"Akak boleh check je, habis ubatnya sapa nak bagi?," soal Sarah balik. Dalam keadaan kalut fikir Mira demam, dah terlupa dia pun boleh memeriksa adiknya sendiri.

"Boleh beli kat farmasi kan akak...," selamba jawapan Mira membuatkan Sarah menepuk dahi. Kenapa aku tak terfikir benda-benda macam ni. Tapi sekejap saja, Sarah dah geleng-geleng kepala balik.

"Jangan nak buat macam-macam alasan kat sini, macam akak tak tau Mira saja nak ngelat... dah, pergi siap cepat...," paksa Sarah. Puan Juriah dah geleng-geleng kepala.

"Sarah check la dia.. tak payah la pergi klinik. Mira tak nak kan...," puan Juriah dah masuk parti Mira. Mira angkat kening, berlagak. Sarah hadiahkan jelingan tajam. Tak padan sakit, ada hati main kening double-jerk dengan aku. Ditoleh ke arah puan Juriah.

"Baguslah doktor in the house bersuara. Orang nasihat nak bagi dia sembuh.. mak sokong dia nak bagi dia sakit lagi...," sindir Sarah.

"Tengok tangan dia ni...," ditariknya lengan Mira. "dah lebam-lebam. Tengok leher tu...," dibelek pula ke arah leher Mira. Dah bengkak. "Mira ni.. kalau demam, setakat akak yang treat...takkan jadi apa-apa. Kalau masuk wad, baru kena dengan gaya...," Sarah dah mula mengugut. Badan dah lebam-lebam menunjukkan Mira demam teruk. Dari dulu sampai sekarang memang akan macam tu.

Perangai ngelat Mira, takkan dia tak tau. Boleh je beli ubat kat farmasi, lepas tu jadi pameran dalam rumah. Jangan haraplah budak ni nak makan even satu tablet pun.

"Akak...tak nak la...," Mira merengek-rengek. Tak suka makan ubat! Nak saja dia menjerit kat situ. Ubat yang puan Juriah ambil tadi pun masih suci berada atas meja makan.

"Hospital. Sekarang!," Sarah bersuara tegas. Mira dah rasa macam nak tercekik. Tadi klinik sekarang hospital. Lagilah dia tak nak. Dipandang ke arah puan Juriah, meminta pertolongan.

"Sarah....tak payah la paksa-paksa Mira, dia kan tak nak..," ucap puan Juriah nak membantu. Jelingan tajam dari Sarah sebagai balasan kepada kata-kata puan Juriah. Puan Juriah mati kata. Kalau Sarah dah jeling-jeling tajam, maknanya memang tak boleh lawan kata-kata.

"Cepat!," suara Sarah dah naik volume. "Akak cakap lembut-lembut tak nak dengar, nak kena cakap kasar-kasar jugak. Badan tu sakit, bukan orang nak ajak pergi hospital tu nak main-main. Orang nak bagi dia cepat sembuh... tu pun tak nak... nak beralasan lagi. Nak mengelak-elak lagi! Mak pulak sokong-sokong dia... ha! Bagus sangatlah tu... sokong dia lagi... dia tak nak makan ubat, mak sokong dia...," Sarah dah mula marah-marah. Merah padam mukanya. Mira tertunduk, tak tau nak cakap apa. Puan Juriah sekadar mendiamkan diri. Sarah ni, jarang-jarang marah, tapi kalau sekali dia marah... memang boleh bagi orang tersentap.

"Ha... tak nak siap? tak nak pergi klinik? tak nak pergi hospital? ha...baguslah, buat perangai macam budak-budak...," Sarah masih marah lagi. Kelibat ayah yang muncul dari ruang tamu tak menghentikan bebelannya. Mira dengan puan Juriah diam tak berkata apa-apa. Jangan, nanti silap timing kena lagi teruk. Bukan boleh agak dah tindakan Dr. Sarah kalau kepala dah penuh angin.

"Kenapa ni Sarah? Bising-bising ni...," encik Rahim yang baru saja melangkah dalam rumah pelik mendengar suara Sarah sedang membebel. Sarah membebel? Macam tak kena.

"Dah la... malas orang nak cakap banyak-banyak. Bukan ada yang dengar pun!," terus saja Sarah bangun meninggalkan ruang makan. Encik Rahim pula terpinga-pinga. Dipandang pada puan Juriah, kening diangkat bertanya kenapa. Puan Juriah sekadar menggeleng perlahan. Tidak sampai beberapa minit kemudian, Sarah dah lengkap berpakaian, dah bersiap-siap nak keluar.

"Mak, ayah... Sarah keluar!," dicapai kunci kereta, terus berdesup hilang. Mira tahan air mata yang bertakung. Kak Sarah langsung tak pandang aku. Kak Sarah marah sangat dengan aku. Itulah kau, elok dia ajak ke klinik buat manja-manja beruang. Takut ubatlah, apalah. Kan dia dah marah. Mira angkat wajah pandang mak.

"Mak.... dia marah dengan Mira," muka Mira serba salah. Puan Juriah ikut rasa tak kena. Encik Rahim tak faham apa-apa. Apa yang jadi dengan persatuan wanita dalam rumah aku ni. Perang saraf ke?


******


"Boleh jalan," soal encik Rahim sambil memimpin tangan Mira keluar dari Klinik Joe Fernandez. Mira tersenyum nipis.

"Orang bukan budak keciklah ayah...," guraunya. Tadi lepas kena marah dengan kak Sarah, terus je dia bercerita pada ayah. Dia dah buat kak Sarah angin satu badan. Telefon pun tak nak angkat. Ah, sudah! Time tu dah blur, tak tau nak buat apa. Ayah punya cadangan....

"Mira telan je ubat depan dia, gerenti dia cool balik...," oh. senangnya ayah bercakap. Yang nak kena telan ubatnya aku. Aduh! Tapi takpelah, demi nak memujuk kak Sarah, dia ikut jugak ayah ke klinik. Walaupun hati tak rela. Walaupun, ubat yang doktor bagi mak aih! Saiz macam anak gajah, besar gila. Akan ku besarkan juga ruang tekak ni untuk nak menelan ubat... Demi kak Sarah.

"Aduh!!!," Mira mengaduh sakit apabila bahunya terlanggar seseorang.

"Sorry. Tak sengaja...," orang itu meminta maaf. Mira angkat muka. Dia! Terus dipandang ke wajah ayah. "awak? yang semalam tu kan?," soal pemuda itu. Rasanya macam pernah tengok muka budak ni. Dialih pandang ke kiri, ayah budak ni kot. Salam dihulur tanda hormat.

"Minta maaf pak cik, tak sengaja," ucapnya sekali lagi apabila tiada respon dari Mira.

"Eh... takde apa kot. Mira okay kan?," soal encik Rahim pula. Pelik juga melihat pandangan Mira, seolah-olah nak cakap sesuatu.

"Mira okay...," keluar jugak suara Mira. Dialih pandang ke wajah Razin yang berdiri betul-betul dihadapannya. Kenapa perasaan aku lain. Aku rasa lain bila pandang dia.

"Mira...," panggil Razin apabila Mira seperti tidak sedar merenungnya lama. "awak okay ke? Tak sihat ke?," ucap Razin lagi. Pelik pulak tengok budak ni.

"Mira demam terkejut. Semalam hampir-hampir nak kemalangan," terang encik Rahim bagi pihak Mira. Mira pulak terus diam. Razin membulatkan biji mata. Demam terkejut.

"Pak cik, saya minta maaf sekali lagi... saya tak sengaja semalam. Nasib baik saya sempat brek, kalau tak... tak dapat nak bayang kalau saya dah langgar anak pak cik...," ucap Razin jujur. Risau jugak, nanti jadi apa-apa kat anak orang. Encik Rahim terdiam sejenak. Kemalangan? Langgar? Razin!

"Kamu ni Razin Abdul Rahim ke?," soal encik Rahim. Razin pantas mengangguk. Pandangan encik Rahim menusuri wajah Razin yang bersih tanpa cacat cela. Wajah itu.... subhanallah. Bibirnya bergerak perlahan. Memang sama. Dipandang pula ke arah Mira yang memandang Razin tanpa berkelip. Mira jangan risau, ayah akan tolong Mira.

"Kami gerak dulu ye Razin," ucap encik Rahim meminta diri. Kalau berdiri berjam-jam macam ni, sampai bila pun Mira takkan nak gerak. "Ni kad pak cik... ," dihulurkan sekeping kad berwarna biru kepada Razin. Kad bertukar tangan. Razin tersenyum kecil.

"Pak cik, Abdul Rahim... bapa saya pun Abdul Rahim. Kebetulan," ucapnya tanpa dipinta. Encik Rahim menarik nafas. Peluang.

"Oh.. mana bapa Razin?," sengaja soalan itu diajukan. Serta merta wajah Razin berubah keruh. Encik Rahim mengerutkan kening. "Kenapa?," soalnya lagi.

"Bapa sakit tenat... ada kat wad. Nak pergi tengok dia lepas ni...,"

"Wad mana?,"

"IJN. Okaylah pak cik. Saya pun nak gerak dulu... Mira...," Mira yang sedia dari tadi merenung Razin, "Jaga diri...," Mira mengangguk kecil. Kacau sungguh perasaan ini. Kenapa aku tak boleh nak lepas pandang dia. Lepas Razin berjalan melepasi mereka pun, pandangannya masih tertarik-tarik hendak melihat wajah itu. Wajah yang terasa dekat di hati ini.

"Ehem, ehem!," ayah mendehem sambil tersenyum kecil. Mira angkat kening bertanya. "tunang orang, jangan pandang orang lain lama-lama," ucap encik Rahim sekadar mengusik. Masakan Mira akan berpaling dari tunangnya. Kalau terjadi sekalipun, bukan dengan Razin.

*****

Pintu bilik itu ditolak perlahan. Sekujur jasad terbaring lemah di atas katil. Perlahan encik Rahim mengatur langkah mendekati jasad itu. Ya Allah. Dia meraup wajahnya pedih. Sedih melihat keadaan jasad yang seolah-olah tidak bernyawa itu.

Kerusi ditepi katil ditarik perlahan. Punggungnya dilabuhkan dan bergerak ke sisi katil.

"Assalamualaikum," ucapnya perlahan. Tiada respon. Tidur, keletihan mungkin.

"Kenapa jadi macam ni Im? Selama dua puluh dua tahun kau hilangkan diri, dalam keadaan ni jugak aku ditakdirkan untuk jumpa kau...," matanya dah bergenang air mata. Bekas suami adik iparnya yang gagah perkasa kini terbaring lemah atas katil.

"Aku baru terfikir nak bahagiakan anak perempuan kau dengan berita gembira yang aku dah jumpa ayah kandung dia... tapi, macam mana aku nak cakap kat dia sekarang dengan keadaan kau macam ni....," air mata mengalir lagi namun tidak diseka.

"Kau kenapa buat dia macam tu Im? Kau bencikan aku dan Suria, tapi kau buang Mira. Mira anak kau Im, anak kandung kau dengan Suria... kau kena percaya dengan aku. Semua yang terjadi dulu, fitnah manusia Im...," dia masih meneruskan kata-kata walaupun tiada balasan.

"Tolong bangun Im... jumpa Mira.... anak kau Im. Amira Abdul Rahim, anak kandung kau Im...,"

"Siapa anak kandung?," soalan itu mematikan kata-kata encik Rahim. Pantas diseka air mata yang masih mengalir. Pandangannya beralih ke wajah Razin yang penuh dengan tanda tanya. Pandangan tajam Razin menikam terus ke wajahnya.


*****

Suasana sepi. Dia atau Razin masing-masing sepi tanpa kata-kata.

Razin sekadar melemparkan pandangan kosong. Entah apa yang berada di fikirannya. Dia pening. Seminggu yang lepas dia terserempak dengan pak cik yang diketahui sebagai ayah Mira. Kini, drama apa pulak yang dimainkan oleh pak cik ni. Amira Abdul Rahim anak kandung Im. Ayat tu berulang kembali dalam mindanya. Amira, Mira.... anak bapa?

"Razin...,"

"Pak cik...," serentak mereka bersuara.

"Takpe, pak cik cakap dulu. Razin nak dengar...," tenang Razin berkata. Encik Rahim tarik nafas kemudian menghembuskan perlahan-lahan.

"Mungkin Razin akan terkejut, tapi.... pak cik bukan ada-adakan cerita. Mira tu sebenarnya anak kandung bapa kamu...," ucapnya perlahan. Razin masih dengan wajah tenangnya.

"teruskan... Razin dengar," ucap Razin.

Hikayat kisah hidup Suria-Abdul Rahim dibuka kembali. Kisah yang telah berakhir selama dua puluh dua tahun lamanya, kini dikongsi kembali dengan anak muda di hadapannya. Suria yang berkahwin dengan Abdul Rahim atas dasar cinta namun kahwin tanpa restu keluarga. Perkara pertama yang menyebabkan Suria dibuang keluarga.

Malang bertimpa-timpa buat dirinya, apabila suaminya, Abdul Rahim menceraikannya tidak sampai setahun usia perkahwinan. Kenapa? Semuanya kerana fitnah. Fitnah sememangnya musuh yang paling digeruni manusia. Fitnah yang menyebabkan hidup Suria kucar-kacir. Fitnah yang sama menimpa Suria di saat kelahiran permata hati, Amira. Kasihan Mira, menjadi mangsa benci emak saudara sendiri berpunca daripada fitnah.

"Mira cuma tahu, yang Juriah bukan mak kandungnya. Tapi dia tak tahu, pak cik juga bukan ayah kandungnya. Pak cik takut, kalau tiba-tiba cakap pasal benda ni, dia akan rasa tersisih. Dia akan rasa dia takde sapa-sapa kat sini. Selama ni pun, bukan isteri pak cik suka dengan Mira. Tapi, alhamdulillah... sekarang hubungan mereka dah pulih. Pak cik rasa syukur. Alhamdulillah jugak, sekarang pak cik dah jumpa Im... bolehlah Mira jumpa ayah kandung dia...," mata encik Rahim berkaca-kaca.

"Mak Mira?," soal Razin yang dari tadi khusyuk mendengar cerita.

"Dah takde," Razin tersentak. Tapi, betulkah semua ni.

"Macam mana saya nak percaya dengan kata-kata pak cik ni? Pak cik takde bukti...," ucap Razin tegas. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya percayakan apa saja yang dikatakan oleh orang itu. Zaman siber macam ni, mana ada orang nak percaya setakat membacakan Hikayat sang penglipur lara.

Encik Rahim tersenyum kecil. Bukti. Lebih dari cukup.

*****

"Emmm.....sedapnya bau! Sapa nak datang mak?," soalnya mesra. Puan Juriah tersenyum.

"Mak pun tak tahu, ayah suruh masak. Dia kata, tetamu istimewa," Mira kerut dah. Istimewa? Sapa? Khairul... macam tak mungkin. Yela, dah terbang beberapa hari lepas. Haish, baru terasa rindu-rinduan bila pak cik tu dah mula terbang tak pijak darat. Agak-agaknya lepas kahwin nanti, mesti aku selalu kena tinggal.

"Fikir apa Mira?," soal puan Juriah. Mira tersenyum sambil geleng kepala. "Akak mana?," soal puan Juriah lagi.

"Kat depan tu... buat kerja. Mira ke depan ye mak...," dia terus melangkah ke ruang tamu. Sarah tengah khusyuk menghadap lap top. Menyiapkan report kot? Agaknya...

"Akak...," tegur Mira perlahan.

"Hhmmm," itu saja yang Sarah reply.

"Akak... marahkan Mira lagi ke? Dah seminggu lebih akak tak nak cakap dengan Mira...," ucap Mira sayu. Sarah mengerling ke arah Mira dengan ekor mata. Tau takut kalau aku merajuk.

"Lain kali nak buat lagi macam ni?," soal Sarah serius. Pantas Mira menggeleng kepala.

"Tak, Mira janji... takkan...," ucapnya bersungguh-sungguh. Sarah dah tersenyum. Pantas tangannya hinggap di hidung Mira. "Sakitlah akak...," Mira mengaduh manja. Dalam hati dah bersorak riang. Nasiblah akak aku tak rancang nak mogok lama-lama.

"Dah makan ubat?," soal Sarah kepada Mira, namun matanya kembali terarah pada lap top.

"Tak!," jujur jawapan Mira. Opsss! Pantas dia menekup mulut. Terlepas...

"Mira!!!!!!!!!!," bergegar rumah teres dua tingkat milik encik Rahim dek jeritan lantang cik Sarah. Mira hendak bertindak pantas mencabutkan diri ke tingkat atas. Namun tak sempat jugak. Tangannya sudah dicapai oleh Sarah.

"Memang nak kena dah kamu ni....," pipi Mira dicubit geram. "Dah pergi klinik pun tak reti-reti nak makan ubat," Sarah mengancingkan gigi tanda geram. Mira tersengih menayang gigi. Kalau cakap apapun sekarang, dia jugak yang akan kena. So, baik diam dan terima je apa-apa yang kak Sarah buat.

"Hey, kamu berdua ni tak siap-siap lagi?," sergahan ayah membuatkan mereka berdua terdiam. Masing-masing pandang pelik.

"Nak siap ke mana?," soal Sarah.

"Tak cakap nak keluar pun," tambah Mira.

"Kan ada tetamu istimewa nak datang... pakailah lawa-lawa sikit, takkan...," encik Rahim berhenti seketika. Matanya melihat pakaian Sarah dan Mira. Seorang dengan kain batik dan t-shirt, siap bertocang dua, tengah menaip dekat lap top. Sekali pandang macam mak cik zaman siber. Anak aku la tu...

Dialih pandang ke wajah Mira. Dengan tocang ekor kuda, t-shirt lengan suku dengan seluar. Erk! Seluar apalah yang anak aku pakai ni. Siap berkartun mickey mouse... tak matang sungguh.

"Pergilah salin baju... pakai tudung. Ayah dah kasi warning suruh tukar, nanti kamu yang segan sendiri. Sorang dengan kain batik ala-ala mak cik yang lagi sorang macam terlepas dari disneyland dengan seluar mickey mouse tu....," sindir encik Rahim debuk kena kat batang hidung Sarah dengan Mira.

"Ayah.. kain batik ni ok kot... mickey mouse ni yang kena tukar," ucap Sarah bangga. Dia turut memerhatikan Mira dari atas ke bawah. "Apa punya fesyen la yang Mira bawak ni...," Sarah melepaskan tawa. Baru perasan yang Mira ni fail bab-bab fesyen. Mana tidaknya, tengoklah baju dia... ada ke patut, seluar mickey yang terang-benderang warna oren dipadankan pula dengan t-shirt warna hijau. Apa ke cerdik sangat adik kesayangan aku ni. Pemusnah warna betul!

"Dalam rumah je pun....," Mira tak habis cakap lagi. Dah kedengaran salam di depan pintu. Lintang pukang Sarah dengan Mira berlari ke tingkat atas. Encik Rahim dah tersenyum simpul sambil melangkah keluar menuju ke arah pintu pagar.

"Masuklah....," jemputnya. Tetamu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Encik Rahim tersenyum senang.

*****



August 19, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 11

Mira melarikan pandangan ke arah jalan. Terasa tidak senang duduk apabila dirinya diperhati begitu sekali. Macam nak korek je biji mata pak cik Khairul a.k.a tunang aku ni. Tau la dah dekat sebulan tak tengok, tapi takkan kena usha anak orang sampai macam ni.

" Apa tengok-tengok?," marahnya. Khairul tersengih.

" Lama tak jumpa. Rindu," senyuman di bibir Khairul makin melebar melihat Mira tertunduk. Malu la tu. Haih, ayu sungguh gadis ini. Tunang sapa la kan. Senyum lagi.

" Awak tengok macam tu lagi, saya balik sekarang jugak!," Mira mengertak. Terkulat-kulat Khairul mendengar ayat itu. Baru sekejap tadi puji dalam hati, nampak ayu. Terpaksa, tarik balik! Aura singa dah keluar.

" Janganlah marah-marah sayang," sengaja ditekankan perkataan sayang di hujung kata. Wajah Mira dah kepanasan. Matanya merenung tajam ke arah Khairul. Ada orang nak makan selipar hari ni. Aku dah pesan, jangan panggil sayang-sayang semua, dia nak jugak! Orang tua ni memang saja je. Menyesal aku tunang dengan dia! Eh, Mira. Menyesal ke? Berfikir sejenak. Eh, takde. Takde. Tarik balik ayat tu.

Khairul tersenyum nipis melihat wajah Mira yang dah standby nak sembur api.

" Kut iye pun marah saya panggil awak sayang, tak yah la renung saya sampai macam tu. Hati ni, boleh cair tau tak," Khairul mengusik lagi. Pantas Mira melarikan pandangan ke arah lain. Benci, asyik terkena je hari ni. Tak nak kawan dengan Khairul.

" Sayang....," sekali lagi Khairul mencuba. Sepantas kilat Mira bangun dari kerusi. Terkejut Khairul melihat tindakan Mira yang tidak diduga. Beg tangan dicapai dan Mira terus melangkah keluar.

Khairul terlopong melihat scene yang baru saja lepas. Aku.... aduhai! Apalah nasib badan. Nak cari pasal pun time dia tengah bad mood. Terus je Khairul bangun mengatur langkah untuk mendapatkan Mira yang telah jauh ke hadapan. Lajunya dia jalan.

" Mira!," panggil Khairul. Mira buat tak endah. Dia terus je melangkah. Tau pun takut. Dia ingat aku budak kecik, aku boleh kena buli je.

" Mira tunggu!," suara Khairul masih kedengaran. Mira memperlahankan langkah. Namun tidak berpaling.

" Mira! Mira!," termengah-mengah suara Khairul. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan menghembuskan.

" Orang main-main jela, janganlah marah macam ni," Khairul memujuk. Susah la kalau kami gaduh-gaduh sebab benda kecik macam ni. Pening kepala. Mira menjeling ke wajah Khairul.

" Kenapa? Biarlah Mira nak marah. Suka kan?," sinis ayat yang dilontarkan. Biar dia tahu, aku memang marah. Tapi sebab apa? Err.... Mira don't be childish la... Takpe, kita test skill memujuk dia hari ni. Lantas, dia tersenyum dalam hati tapi muka mantain serius.

Khairul melepaskan keluhan. Budak ni, tak matang lagi ke? Aduhai tunangku... kenapa awak react macam budak-budak hari ni. Nak bagi saya rasa menyesal sebab tunang dengan awak ke? Menyesal ke Rul? Erk! Oh, tidak mungkin... She's the one yang aku nak spend my life time.

" Kenapa dengan awak hari ni? Tak sihat ke... Selalu tak macam ni pun. Hari ni kenapa angin je memanjang. Saya tengok, awak marah. Saya nak manja-manja sikit, kena sound jugak. Saya baru je nak gurau-gurau, awak dah nak lari...kenapa? Datang bulan ke?," selamba Khairul menyoal. Mira dah tertunduk menekur tanah. Hisy, apa punya soalan. Sekalipun aku datang bulan, takkan nak share story dengan encik Khairul ni kot.

" Yeke Mira?," Khairul masih menyoal.

" Apa yang ye?," Mira tidak faham. Tapi macam boleh agak.

" Datang bulan!," Mira ketap bibir. Aku dah agak dah! Laju dia menggeleng kepala. Aku nak kenakan dia, sekali aku pulak yang terkena.

" Betul ke ni?," Khairul dah kembali dengan nada mengusiknya. Dia tersenyum nakal melihat Mira tertunduk tak dapat nak angkat wajah.

" Dah, dah... jangan nak mengarut. Takde!," ucap Mira serius. Malu sebenarnya. Lagi-lagi pak cik ni dah mula tarik-tarik sengih nakal dia tu.

" Jom!," tiba-tiba Khairul mengajak. Jom?

" Jom ke mana?,"

" Ikut je...," langkah diatur menuju ke kereta. Mira teragak-agak nak melangkah. Ini sesi memujuk ke? Bukan aku nak pura-pura marah ke tadi. Mira tidak melangkah dan terus berdiri di situ.

" Mira... tak nak ikut ke?," laungan Khairul menyentakkan Mira yang masih statik berdiri di situ. Mata Mira melekap pada wajah Khairul yang sedang tersenyum dari sisi kereta. Seketika cuma, wajah itu berubah cemas. Mira masih statik. Khairul meluru pantas ke arahnya. " Mira!!!!," laungnya lagi.

Mira tersedar lantas mengalihkan wajahnya apabila terdengar bunyi enjin menderu laju. Biji matanya terbuka luas, kereta semakin hampir dan laju tetapi kaki Mira seolah-olah melekap tidak dapat bergerak.

Bunyi geseran antara tayar dan jalan kuat kedengaran. Mira terduduk sambil memekup kedua belah telinga dengan tangannya.

Keadaan sepi.

" Mira....," suara Khairul begitu dekat dengannya. Namun, dia masih tidak memberi respon.

" Mira... are you okay?," keresahan jelas terpancar di wajah Khairul. Nasib baik kereta tu sempat brek, kalau tak... Nauzubillah. Tak dapat nak bayang apa yang akan jadi pada Mira. Ya Allah!

" Mira... open your eyes. Are you okay?," sekali lagi Khairul menyoal. Mata Mira terpejam rapat. Tangan yang menekup telinga sedang bergetar hebat. Mira....

" Mira.... please answer me,"

"Miss, are you okay?," satu suara lain menyapa. Khairul angkat wajah melihat gerangan tersebut. "I'm so sorry," ucap pemuda tersebut.

"Awak tak sepatutnya bawa dengan speed macam tu kat jalan ni," ucap Khairul, bukan nak marah tapi lebih kepada menegur. "Awak boleh terlanggar dia tadi," tambahnya lagi.

"Tengah rush, tak dapat nak fikir apa dah! Minta maaf banyak-banyak... err..adik awak ni okay tak?," soal pemuda itu lagi. Khairul telan liur. Adik aku... Excuse me!

"Tunang saya..," Khairul membetulkan status. Takkan la aku ni nampak macam abang dia pulak. "Entah okay ke tidak ni... mata pun tak nak buka. Mira...," panggilnya lagi. Perlahan-lahan mata Mira yang terpejam terbuka. Melihat wajah-wajah yang terpampang di hadapan mata. Tangannya masih bergetar akibat terkejut. Namun, dia berusaha juga untuk berdiri.

Wajah pemuda dalam kereta singgah di ruang mata. "Sorry cik Mira," ucapnya pada Mira. Rasa bersalah bertimpa-timpa. Kalau terlanggar anak orang tadi macam mana? Ya Allah. Tak dapat nak dibayangkan.

"It's okay. Tak jadi apa pun kan...," Mira bersuara perlahan. "Awak...Mira nak balik!," ucapnya pada Khairul. Dia nak balik. Bergetar segala urat saraf kalau dia terus berdiri di situ. Khairul akur.

"Kalau ada apa-apa, boleh contact saya...," dia menyerahkan kad nama pada Khairul. "Sorry again," masing-masing berlalu meninggalkan kawasan itu.

Dalam kereta...
Mira hanya mendiamkan diri. Khairul sekadar memandang Mira dari ekor mata. Apa nasib keluar hari ni. Dari gaduh, excident... dah kena balik pulak!

"Dah sampai," ucapnya pada Mira yang masih termenung dari tadi. "Mira...," panggilnya lagi. Mira panggung kepala melihat wajah Khairul yang sedang merenungnya. Rasa bersalah muncul di hati. Kalau dia tak buat perangai budak-budak tadi, mesti tak jadi benda ni.

"I'm sorry," ucapnya sepatah. "I spoiled the day," tambahnya lagi. Khairul menggeleng sambil tersenyum nipis. "Tak payah fikir... Luckily, tak jadi apa... Syukur!".

"Take rest," ucap Khairul lagi. Mira tersenyum hambar. Mengalihkan pandangan mata ke pintu kereta. Matanya menangkap sekeping kad nama di atas dashboard. "Can I take this?," spontan dia meminta. Khairul pandang pelik. Tiba-tiba je minta kad nama pemuda tu. Nak disoal, tapi tak kena pada masa. Dia sekadar mengangguk kecil.

"Take rest okay... apa-apa bagitau kat saya," ulangnya sekali lagi. Khairul setia menunggu di situ sehingga Mira hilang dari pandangan mata. Perlahan gear dimasukkan dan kereta mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.

*****


Razin Abdul Rahim
Computer programmer


Nama itu dipandang berkali-kali. Hatinya berdenyut-denyut. Kenapa? Nama itu, tidak dikenali. Tetapi kenapa rasa macam... lain.


Kedengaran pintu bilik diketuk. Mira sekadar memandang pintu dibuka dari luar. Terjengul wajah Sarah di muka pintu. Sarah tersenyum manis namun dia tersenyum hambar. Sarah melangkah dan mengambil tempat di sisi Mira di atas katil. Baru sebentar tadi dia mendapat mesej dari Khairul, suruh tengokkan Mira.


Patutlah diam semacam dari balik tadi. Hari yang kurang baik.


"Kenapa diam ni? Terkejut lagi?," soalnya prihatin. Tangan Mira digenggam erat. Mira menggeleng perlahan.


"Mira okay...," jawabnya lemah. Kejadian petang tadi sebenarnya sudah dapat ditangani sedikit! Tapi, kejutan tu masih terasa. Mana tidaknya, dia dah bayangkan dirinya jadi arwah di tempat kejadian.


"Okay....," ajuk Sarah. "Okay apanya, jawab macam tak makan setahun. Cerita la kat akak...," pujuk Sarah. Mira ni, bukannya reti nak kongsi-kongsi cerita. Semuanya nak kena dengar dari mulut orang.


"Kita ada abang ke kak?," Mira tidak menjawab, sebaliknya bertanya soalan. Berkerut dahi Sarah mendengar soalan yang diajukan. Pelik!


"Kenapa?,"


"Tadi, Mira hampir nak kemalangan...," dia membuka cerita. "orang yang dalam kereta tu... lelaki... Mira tak kenal, tapi... rasa macam ada something...," tangannya diletakkan di dada. "something yang dekat kat sini...".


Sarah tidak berkata apa-apa sekadar mendengar. Mira ada abang ke? Sarah berfikir sendiri. Rasanya, mak dengan ayah lagi tahu pasal Mira.


"Mira... jangan fikir sangat. Mira tidur dulu ye..," perlahan Sarah menepuk bahu Mira. Namun, Mira menggeleng. Dihulurkan kad nama yang diperhati sejak tadi. "Kad dia," ujar Mira.


"Razin," Mira mengangguk. "nama ayah dia pun sama macam kita kak...," ucap Mira. Sarah tersenyum nipis.


"Berapa banyak orang kat Malaysia ni namanya Abdul Rahim... takkan semua tu jadi ayah kita kot," Sarah bergurau dan tertawa kecil. Namun gurauan itu tidak berbekas di hati Mira. Mira seolah-olah tekun berfikir.


" Mira, please take rest. Nanti boleh fikir...," pujuknya lagi. Lama Mira mendiamkan diri. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala sambil membaringkan diri. Kad nama dibiarkan pada Sarah. Terasa damai di hati apabila rambutnya dibelai oleh Sarah, kalau mak masih ada... mesti saat-saat aku resah, mak akan memujuk hati ni. Rindunya pada mak...


Mata Mira terpejam rapat. Terdengar dengkuran halus. Sarah pasti Mira telah lena. Perlahan dia mengangkat punggung berlalu keluar dari bilik Mira. Kad yang masih dalam pegangan tangan diperhati kembali.


"Razin Abdul Rahim...," disebut perlahan nama itu. Abang?


Laju dia mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Mungkin ayah tahu sesuatu. Mungkin ayah kandung Mira masih ada. Mungkin!




*****




August 15, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 10

" Sebenarnya, apa yang abah cakap kat mak?," soal Khairul pelik. Sejak kejadian petang semalam, otaknya masih ligat berfikir apa punca mak bersetuju dalam hal ini. Tanpa sedar, senyuman nipis bergayut di bibirnya. Mengenangkan betapa tebalnya wajah ini untuk berdepan dengan mak dan abah tika wajahnya sudah merah kerana menangis.

"For a second...mak dah confius. Anak mak ni laki ke perempuan!," ayat pertama yang lahir dari bibir puan Salmi semalam. Khairul mengetap bibir. Malu tak sudah kena usik dengan mak dengan abah. Macam mana boleh terlebih emosi, tak dapat nak mengawal tindakan menjadi lebih normal.

"Rahsia... tak boleh kongsi!," jawapan dari encik Kassim membuatkan Khairul terpinga-pinga. Erk! Apa yang abah cakap, tak dapat nak catch up!

"Abah cakap apa?," soalnya sekali lagi. Encik Kassim dah mengerutkan dahi.

" Khairul...khairul....," abah dah geleng-geleng kepala sambil tersenyum kecil. Semalam, buat aksi air mata, hari ni... asyik berangan je. Sepanjang hari pulak tu. Tak dapat nak cure la budak ni.

Khairul tersenyum kelat. Kepala pula tak berhenti fikir maksud senyuman abah. Aku ada buat something yang pelik-pelik ke?

" Abah.....," ucap Khairul meleret. Memohon penjelasan.

" Sal....," tiba-tiba je, encik Kassim memanggil puan Salmi. Khairul mengerutkan dahi. Tak faham.

" Kenapa bang?," soal puan Salmi yang baru muncul dari dapur. Dengan apron yang masih belum ditanggalkan, dia terus melabuhkan punggung di sofa. Melihatkan wajah Khairul yang jelas kabur dan tertanya-tanya, membuatkan puan Salmi ketawa sendiri.

" Abang kenakan Khairul lagi ke?," soal puan Salmi sambil tertawa kecil. Encik Kassim ikut ketawa.

Berkerut-kerut dahi Khairul melihat dirinya menjadi bahan ketawa tanpa punca.

" Abang rasa, elok kita cepatkan proses perkahwinan anak awak ni... makin melarat nampaknya penyakit," selamba encik Kassim mengemukakan cadangan. Puan Salmi terangguk-angguk bersetuju, dah memang itu pun yang mereka sepakat dari semalam. Khairul dah kelu seribu bahasa.

Aku tak salah dengar kan? Abah cakap pasal proses kahwin aku.. means, aku dah nak kahwin! Terus je senyuman melebar di wajah. Tak dapat nak cover, rasa hati yang gembira dizahirkan secara terang di wajah.

" Terima kasih banyak-banyak. Mak, abah! Love you so much la....".

" Tapi kamu janganlah happy sangat. Ni cadangan mak dengan abah je, tak tau lagi keluarga Mira macam mana...," kata-kata puan Salmi terus mematikan senyuman di wajah Khairul. Betul jugak. Dah la sikit punya lama Mira tu nak setuju berkenalan dengan aku. Masuk bab kahwin secara serius ni, entah macam mana pulak respon mak minah tu. Alahai.

" Rul rasa kan mak... dia takkan setuju nak kahwin awal ni!," Khairul dah buat hipotesis. Puan Salmi dan encik Kassim masing-masing berpandangan sesama sendiri.

" Kenapa pulak?," soal encik Kassim.

" Dia kan muda lagi, baru 22. Mesti banyak lagi planning dia... nak sambung study ke, kerja ke. Nak ke dia kahwin dengan anak mak dengan abah ni?," Khairul membalikkan soalan.

" Mak dah cakap kahwin dengan Sarah, kamu tu degil sangat!," alamak! nada suara mak dah lain. Janganlah dia ubah fikiran balik. Khairul mengetap bibir. Mulut ni patut cuci dengan clorox, tanya soalan yang tak relevan kat mak.

Encik Kassim memandang wajah puan Salmi dengan renungan tidak percaya. Semalam, rasanya dah puas brainwash kasi clear. Hari ni, kenapa dah lain macam pulak. Dia beralih pandang wajah Khairul yang macam cicak tertelan skru. Dah tau mak dia baru di'brainwash', lagi mau tanya soalan mengarut-ngarut. Kalau mak tak setuju kali ni, abah surrender siap Rul!

" Mak... Rul boleh nangis dengar mak cakap macam ni!," spontan ayat yang meniti dari bibir Khairul. Sesaat sepi. Dua. tiga. Empat. Pecah gelak. Tawa puan Salmi dan encik Kassim memenuhi ruang itu.

" Lailahailallah! Ni kenapa, taktik baru ke.. asyik-asyik nak menangis. Nak bagi mak tersentuh, terharu. Tak gitu," ucap puan Salmi sambil ketawa. Namun wajah Khairul masih kelat.

" Mak ni... sebenarnya suka ke tidak Khairul nak kahwin dengan Mira?," soalnya serius. Rasanya dia takkan sanggup nak berhadapan dengan penolakan buat kali yang kedua dari pihak mak.

Puan Salmi mematikan ketawa. Dia menarik senyum di bibir.

" Mak suka. Jangan risau... saja nak test tahap keyakinan anak mak. Asyik gelabah je. Bersemangat la sikit! Kamu tu lelaki...," ucap puan Salmi ikhlas. Khairul menghembuskan nafas lega. Nasib baik!

******


(
Selepas dua bulan)


" Dah makan ke?," soal suara di hujung talian.

" Belum," jawabnya sepatah.

" Kenapa?," suara itu menyoal lagi.

" Tak sihat. Demam," bibir dah tarik senyum.

" Demam!," suara terkejut.

" Demam rindu," sengih nakal.

" ok. bye," terus talian dimatikan. Aik! Baru cakap rindu dah letak phone. Betul, sangat gelabah la bakal isteri aku ni. Khairul tersenyum sendiri di dalam bilik.

Rasa macam mimpi pulak. Macam baru semalam tengok Mira as Mira, but today officially Mira as tunang Khairul. Cepat tak cepat. Tapi, masih ada satu masalah yang tak selesai. Untuk tu, memang wajib untuk melambatkan tarikh nikah. Request dari ayah. Oh, pak cik Rahim..sudah ditukar title kepada ayah. Al-maklum, kena praktis siap. Senyum lagi.

Kekunci di handphone ditekan pantas. Butang send dipilih. Mesej sent!


- Saya fly esok. Jumpa after two weeks. Pls, miss me. :)


Dengan sabar dia menunggu balasan dari orang sana.

Seminit dah bertukar sepuluh minit.

Haih, berjanggut aku tunggu, tak reply-reply lagi!

Pelik dengan manusia yang bernama Mira ni! Takde plan nak balas mesej aku ke... Tolong la reply. Kalau tak, memang tak bersemangat aku nak fly esok.

setengah jam berlalu.

Khairul dah beralih posisi dari duduk ke pembaringan. Nak kena tidur awal, kalau tak penat la den. Mak cik Mira tu memang tak nak balas agaknya. Macam tak suka la pulak dengan aku ni! Alahai, Khairul. Touching la pulak. Dah la dia matikan telefon macam tu je. Sedih ni, macam nak merajuk berbulan-bulan pun ada.

Mira better you reply me, sebelum aku plan nak melancarkan mogok!

Penat menunggu, mata pun dah terlelap. Dalam hati, sampai hati Mira.

Awal pagi, Khairul dah berjaga nak siap. Nasib ada mak yang sangat sweet, tolong gosokkan baju semua. Semua barang dah dikemas oleh mak. Dah settle semua benda. Dicapai telefon bimbit di atas meja yang tak dibelek sejak tadi.

New message. Keningnya terangkat. Mira! Bila pulak mak cik ni reply, tak dengar pulak bunyi alert semalam. Butang open ditekan. Sesaat. Bibirnya terus menguntum senyuman. Okey. Aku akan sangat bersemangat for the coming two weeks. Langkah diatur keluar dari bilik bersama bagasinya.


+ i will.


*****



Salam ramadhan dari saya ^.^