Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 5

Sarah menanti dengan penuh kesabaran. Sudah hampir sejam dia menjejakkan kaki ke dalam Secret Recipe Mid Valley ni, tapi batang hidung Khairul masih belum kelihatan. Sekejap-sekejap dikerling pada jam di tangan, sudah pukul 3.30. Pandangannya melilau di sekitar kawasan itu, cuba mencari wajah Khairul. Namun tiada juga. Dia menyisip lemon tea yang sudah tinggal separuh dalam gelas. " Sorry to keep you waiting," suara Khairul yang termengah-mengah mengejutkan Sarah. " Kenapa lambat?," Sarah sekadar menyoal. " Ada problem sikit tadi. Lama ke tunggu? Maaf ye!," Khairul serba salah. Semalam lagi Sarah dah maklumkan padanya, tak boleh berlama-lama. Dia ada appoinment dengan pesakitnya. " Tak lama, ada dalam sejam," balas Sarah sinis. Khairul tersenyum kelat. Tahu, dia yang bersalah. " Sorry," ucapnya lagi sekali. Sarah merenungnya tajam. " Khairul, saya tak datang sini nak dengar ucapan minta maaf awak! Awak kata ada hal penting n

pilihan aku vs pilihan mak aku 4

Kepala dipusing ke kiri, kemudian matanya cuba dipejam. Tak boleh jugak! Terus dia bangun dan duduk bersila di atas katil. Dijeling sekilas ke arah teman sebiliknya yang telah nyenyak diulit mimpi. Siap tersenyum-senyum lagi. Mira ketawa kecil, geli hati melihat aksi temannya. Tengah mimpikan putera idaman agaknya. Putera idaman? Keluhan kecil dilepaskan. Sudah masuk dua minggu inboxnya sepi daripada pesanan 'orang gila' tu. Awalnya, rasa gembira tak terhingga kerana sudah tiada gangguan yang mengocak keamanan hidupnya. Namun kini, teringat pulak pada lelaki itu. Sepatutnya dia berterima kasih pada Khairul kerana menerangkan tentang perkara yang sebenar pada ayah. Sebaliknya, layanan yang buruk diberikan pada lelaki itu.... Dia memang patut dilayan macam tu! Bisik hatinya geram. Tapi kenapa aku langsung tak suka dia hah? Dia okey apa! Ada permenant job,steady... good looking, hoho...this is the plus point. Mira tersengih sendiri dengan fikiran nakalnya. Paling penting, ayah

pilihan aku vs pilihan mak aku 3

Semua butiran yang meniti bibir Khairul didengar dengan teliti. Kepalanya terangguk-angguk kecil tanda faham. Selain itu, keluhan pula tak putus-putus meniti bibirnya. Terdetik di hati kecilnya, apa yang telah aku buat? Aku dah hancurkan hati dia. Perlahan wajahnya diraup pedih. Cuba merasai kepedihan yang dirasai insan tersayang saat kata-kata nista dilemparkan padanya, padahal orang itu tidak tahu-menahu. " Saya harap pak cik boleh tolong saya," lembut suara Khairul meminta. Weyh!Nak pinang anak orang, kena gentle banyak. Dia tersenyum dalam hati. Segarit senyuman muncul di bibir Encik Rahim. Direnung dalam ke dalam anak mata Khairul, dapat dilihat keikhlasan terpancar. Sedikit sebanyak melegakan hatinya yang berkecamuk dengan perubahan puteri kesayangannya. Mira sudah melancarkan mogok dengannya, gara-gara salah faham tempoh hari. Maafkan ayah Mira. " Kamu jangan risau, pak cik akan tolong. Tapi, harap kamu pun dapat bagi dia masa untuk fikirkan hal ni. Perasaan me

pilihan aku vs pilihan mak aku 2

Wajah bengis di hadapannya dipandang takut-takut. Langsung tidak dilepaskan tangan Sarah walau seinci sekalipun. Puan Juriah seolah-olah harimau yang sedang tunggu untuk menelan mangsanya. " Sarah, lepaskan tangan dia sekarang jugak!," tengkingnya. Bergetar badan Mira mendengar suara yang bergema di ruang tamu. Menakutkan. Dia kelihatan seolah insan yang amat kerdil di pandangan mak. " Mak... bukan salah Mira!," ucap Sarah cuba membela adik kesayangannya. Kemarahan Puan Juriah bagi fikirannya tidak patut. Budak lelaki tu yang mula mengusik Mira, namun tidak dilayan langsung. Tapi, siapa sangka lelaki tu akan bertindak agresif, sampai ditarik tangan Mira sampai kedua-duanya terguling atas lantai. Puan Juriah hanya melihat aksi kurang menyenangkan mata tu, bila dah sampai part klimaks. Bukannya mak tahu apa yang jadi dari awal. " Kamu kenapa nak sokong-sokong dia? Sarah dengar cakap mak... pergi masuk dalam! Budak ni kena diajar sikit, bagi dia tahu apa tu ada

pilihan aku vs pilihan mak aku [part 1]

" Apa ni mak, paksa-paksa saya tengok calon pilihan! Dari hari tu lagi saya cakap, saya tak nak....," ucap Khairul tegas namun masih dikawal suaranya agar tidak kedengaran kasar. Hati ibu perlu dijaga, kan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Puan Salmi memandang ke arah suaminya, Encik Kassim yang pura-pura khusyuk dengan surat khabar di tangannya. Boleh pulak dia tak ambil port dalam hal serius ni, sedangkan semalam beria suaminya menyokong semasa dia mengutarakan cadangan pasal menantu pilihan. " Abang... cuba la terangkan kat anak awak ni...," ucap Puan Salmi bagi menarik perhatian suaminya. " Hah!," Encik Kassim berlagak terkejut. Sedangkan dari tadi dia mendengar segala isi perbualan. Puan Salmi mendengus kecil. Orang tua ni, boleh pula berlakon macam tak tau apa-apa depan anak dia. Saja je nak kenakan aku la tu! " Kan semalam kita dah bincang pasal perkara ni abang... nak cari calon isteri untuk Khairul. Apa, abang dah lupa ke? Takkan dah