Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 12

Mira ada abang? Pelik! Teramatlah pelik bila Mira bertanya tentang perihal yang dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika disoal oleh Sarah, dia sekadar menggeleng kepala tanda tidak tahu. Tetapi, otaknya masih ligat memikirkan tentang hal itu. Kad nama yang dihulurkan oleh Sarah semalam diamati. Kalau benar.... Syukur! ****** Pagi itu, di meja makan. Wajah Mira pucat lesi. Demam terkejut rasanya. Bangun tidur pun, kepala terasa berat yang amat. "Mira... demam ke?," soal puan Juriah sambil melekapkan tangannya di dahi Mira. Panas. Terpancar riak risau di wajah. Pantas dia bergerak ke dapur mengambil sesuatu. Sarah yang baru sahaja turun mengambil tempat di sebelah Mira. Sempat matanya menangkap wajah adiknya yang pucat itu. "Mira demam panas ni...," belum sempat Sarah membuka mulut untuk bertanya, mak dah muncul dari dapur membawa dua biji panadol. Sarah juga bertindak melekapkan tangannya di dahi Mira. "Mira... panasnya," Sarah dah risau. Mira mengge

pilihan aku vs pilihan mak aku 11

Mira melarikan pandangan ke arah jalan. Terasa tidak senang duduk apabila dirinya diperhati begitu sekali. Macam nak korek je biji mata pak cik Khairul a.k.a tunang aku ni. Tau la dah dekat sebulan tak tengok, tapi takkan kena usha anak orang sampai macam ni. " Apa tengok-tengok?," marahnya. Khairul tersengih. " Lama tak jumpa. Rindu," senyuman di bibir Khairul makin melebar melihat Mira tertunduk. Malu la tu. Haih, ayu sungguh gadis ini. Tunang sapa la kan. Senyum lagi. " Awak tengok macam tu lagi, saya balik sekarang jugak!," Mira mengertak. Terkulat-kulat Khairul mendengar ayat itu. Baru sekejap tadi puji dalam hati, nampak ayu. Terpaksa, tarik balik! Aura singa dah keluar. " Janganlah marah-marah sayang," sengaja ditekankan perkataan sayang di hujung kata. Wajah Mira dah kepanasan. Matanya merenung tajam ke arah Khairul. Ada orang nak makan selipar hari ni. Aku dah pesan, jangan panggil sayang-sayang semua, dia nak jugak! Orang tua ni mem

pilihan aku vs pilihan mak aku 10

" Sebenarnya, apa yang abah cakap kat mak?," soal Khairul pelik. Sejak kejadian petang semalam, otaknya masih ligat berfikir apa punca mak bersetuju dalam hal ini. Tanpa sedar, senyuman nipis bergayut di bibirnya. Mengenangkan betapa tebalnya wajah ini untuk berdepan dengan mak dan abah tika wajahnya sudah merah kerana menangis. "For a second...mak dah confius. Anak mak ni laki ke perempuan!," ayat pertama yang lahir dari bibir puan Salmi semalam. Khairul mengetap bibir. Malu tak sudah kena usik dengan mak dengan abah. Macam mana boleh terlebih emosi, tak dapat nak mengawal tindakan menjadi lebih normal. "Rahsia... tak boleh kongsi!," jawapan dari encik Kassim membuatkan Khairul terpinga-pinga. Erk! Apa yang abah cakap, tak dapat nak catch up! "Abah cakap apa?," soalnya sekali lagi. Encik Kassim dah mengerutkan dahi. " Khairul...khairul....," abah dah geleng-geleng kepala sambil tersenyum kecil. Semalam, buat aksi air mata, hari