Advs

Followers

March 26, 2011

Buat Anda yang Setia :)

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Entry yang aku sediakan khas untuk anda, pembaca-pembaca blog ni. Sekadar ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga atas setiap visit yang anda buat ke sini.
Terima kasih atas setiap ketukan keyboard anda untuk memberikan sebaris komen untuk setiap entry di sini.
Terima kasih untuk setiap klik dari cursor anda untuk vote poll yang aku display di blog ni.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya.

Aku tak pernah bagi apa-apa. Infact, kalau diikutkan keadaan sekarang pun, aku tak mampu nak bagi apa-apa pada anda semua melainkan secebis penghargaan dan ingatan yang tidak pernah putus untuk semua yang berkunjung ke sini. *ini ayat emosi, aku terharu*

Followers makin meningkat. Statistik kunjungan sehari pun boleh membuatkan aku tersenyum. Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku yang tak berapa nak menarik ni. *dengan penuh rasa rendah diri*




Khas untuk anda, (just grab this)

aku tak pandai nak main editing pakai adobe or apa-apa software lain. Ini pun sumbangan google juga. Plus di-edit nama aku dan alamat blog saja. Tapi, tujuannya hanya satu... sebagai penghargaan buat anda semua. Sekadar yang termampu daripada aku. Sekali lagi, TERIMA KASIH.

with love,
Kalsom Rahmathulah @ umi Kalsom.

p/s: TERIMA KASIH! :)














March 18, 2011

Cintaku Milik Siapa

Assalamualaikum dan selamat tengah hari, jam aku dah pukul 12 tgh hari.

Okey, aku bukan nak bebel panjang-panjang, cuma nak maklumkan... kepada anda-anda yang follow my story di P2u (Cintaku Milik Siapa), saya dah buka blog baru... untuk CMS. Boleh jenguk dan baca dan tinggalkan apa-apa yang patut... apa?hehe... komen ya. :)

Klik di sini Cintaku Milik Siapa

Sementara P2u masih dalam proses pembaikpulihan, aku akan post dalam blog baru ni dulu. Enjoy. :)

Thank you very much kepada semua pembaca blog dreamer cap creamer ni. Again, thanks a lot.

March 06, 2011

Nak Tanya Pendapat

Assalamualaikum...

Pertama sekali nak mohon maaf dulu, sebab minggu ini tak dapat nak sediakan lebih dari satu entry KLIK. Sebabnya, sibuk sedikit & kesihatan yang terganggu untuk beberapa hari ni. Harap-harap pembaca tak jemu menanti. :)

Entry ni bertujuan nak tanya pendapat pembaca tentang cerita Cintaku Milik Siapa. Bagi sesiapa yang belum pernah baca, bolehlah klik di side bar, link setiap episod yang disiarkan di P2u.

Cerita ini agak serius sikit daripada cerita-cerita yang aku pernah karang sebelum ni. Ceritanya yang tak berapa nak santai, tak berapa nak ada selingan lawak yang boleh buat pembaca tergelak-gelak sendiri. Entah orang suka ke tidak... aku pun tak boleh nak agak. Mungkin aku nak bermain dengan emosi, sebab tu cuba hasilkan cerita macam CMS ni.

Cumanya, aku ada niat di hati, ingin mencuba untuk hasilkan sebuah manuskrip. Sekadar nak mencuba nasib. Kalau ada rezeki, bolehlah kan... kalau tak ada rezeki, tak apa... sekurang-kurangnya aku dah berusaha.

Sekarang ni nak tanya pendapat pembaca-pembaca di luar sana, review anda setakat ini untuk cerita Cintaku Milik Siapa. Abaikan tajuk yang ter'serupa' dengan karya seorang lagi penulis terkenal, Alina Haizar. Sebab tajuk boleh berubah-ubah. Pasti saja cara penulisan aku takkan dapat capai tahap penulis yang berbakat tu walaupun tajuknya serupa.

Sila berikan pendapat anda, nak panjang pun boleh, nak pendek pun tak apa. Asalkan mesejnya sampai dengan jelas pada aku. Sama ada story ni boleh menarik hati pembaca untuk terus baca ataupun, tak sampai sepuluh entry lagi pembaca dah naik muak.

Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca entry ini... :)
Have a nice weekend.