Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

[23] - The End

Tuan 'Singa' Milikku SATU langkah ke kanan, jatuh. Satu langkah ke depan, terduduk. Satu langkah… jatuh terduduk dan menangis. Aku sudah melepaskan ketawa. Seronok pula bila melihat si kecil ini sudah mula belajar melangkah. Berkali-kali dia jatuh dan berkali-kali juga dia mencuba. Perlahan aku bangun hendak menarik lengannya namun ditepis laju. Ewah!             “Kenapa sayang? Mama nak tolong kan…” pujukku lembut apabila dia sudah mencemikkan wajahnya dengan gaya hendak menangis. Cengeng! Spontan mindaku berkata-kata.             Tanpa amaran, tangisannya sudah mula meletus kuat di ruang itu. Makin aku memujuk, makin kuat tangisannya. Mati kutu aku dibuatnya. Beria-ria sungguh menangis sedangkan niat aku hanya hendak memujuk.             “Dia mula dah perangai mama dia!” komen itu membuatkan kepalaku lekas sahaja hendak berpaling. Wajah Asad yang segak sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu kujeling sekilas. Balik kerja sa

Coming Soon...

Okey, sekarang ni... ada dua cerita yang tengah menari-nari dalam kepala. Nantikan ya... 1. Hati ini - Cerpen  Klik sini untuk baca PROMO.  Dalam proses untuk siapkan sepenuhnya. 2. Panggilan Cinta - E-Novel Sedutan bab... _______________________ "FARAH!!!” jeritan sejauh satu batu itu membuatkan Farah tersentak. Ikutkan hati, dia nak pijak-pijak saja muka si Kamal itu. Suka sangat mempopularkan nama aku. Sudahlah aku makin famous amos dari hari ke hari. Kalau berterusan begini, susahlah nak layan peminat nanti. Tak menang tangan.             "Ada apa kau ni? Macam tak boleh nak sebut nama aku dengan perlahan sikit. Suka sangat jerit macam anak monyet tak dapat pisang!" bebel Farah tanpa bertangguh apabila Kamal sudah muncul di depan mata. Namun wajah Kamal tersenyum senang. Dahi Farah berkerut. Aik! Aku bebel... dia tersenyum. Sudahlah senyuman dia itu asyik buat jantung aku berdegup kencang