Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Cerpen: Diari untuk Suamiku

JAM di dinding menunjukkan sudah pukul 12 malam. Tapi mata aku masih belum mengantuk lagi. Mentanglah esok hari sabtu, pandai pula mataku hendak berjoli sendiri. Lampu meja, ku hidupkan biar menerangi sudut bilikku yang sederhana luas. Bantal aku tegakkan dan menyandarkan tubuh dengan selesa di atasnya.             Seketika aku terkebil-kebil tidak tahu hendak berbuat apa. Tempat pembaringan di sebelah yang kosong kulihat sekilas. Terus saja aku teringatkan dia. Ya, dia isteriku. Isteri yang aku cintai dengan sepenuh hati. Spontan senyum kecil melirik di bibir. Laci kecil di tepi meja katil aku tarik perlahan. Jelas kelihatan buku skrap yang masih elok keadaannya di depan mata. Aku tarik keluar dengan berhati-hati.             Saban malam, inilah aktivitiku jika mata sukar dilelapkan. Membaca semula bait-bait kata yang dicoretkan oleh isteri tercinta dalam diari yang dikhaskan buat suaminya. Aku. Diari buat diri aku yang diberi nama, diari buat sua

Promote : Page

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua Entry yang ringkas, sekadar nak buat kerja promosi. Bagi anda yang suka, bolehlah... meng'LIKE' page ni. Sekadar suka-suka buat page di FB untuk menconteng apa saja di kala otak buntu nak dapat idea. Mungkin kita boleh berkenalan di sana. :) Okey. That's all. Selamat bekerja bagi yang kena masuk kerja, termasuk saya. Sempat lagi meng-onlinekan diri sebelum bersiap2 pergi kerja. Salam sayang, Umi.

Cerpen: Temuduga Jawatan BINI Datuk

“SAFIRA!!!” nyaring suara Puan Mastura menjerit mengejutkan anak dara bertuah dalam rumahnya.             “Safira oiii… bangunlah. Dah pukul berapa dah ni!” dengan volume paling maksima suara Puan Mastura bergema dalam rumah itu. Mahu bergegar satu pangsapuri dengan kenyaringan suaranya. Rasanya, jiran setempat pun boleh terjaga dengan gegaran suaranya, namun tidak bagi seorang anak dara yang sedang terbaring selesa dalam bilik di rumah itu.             “Safira… haish!!! Geram betullah aku dengan budak seorang ni. Mahu naik darah kalau terpekik macam ni hari-hari.” Pintu bilik Safira tinggal nak roboh saja. Sudah bagai nak rak Puan Mastura mengetuknya. Masa-masa beginilah dia akan lupa mana dia simpan kunci pendua pintu bilik.             “Safira!!!”             Akhirnya, setelah sejam terpekik dan terlolong bagai nak gila. Pintu bilik itu terkuak dari dalam. Wajah sememeh Safira dipandangnya tajam.             “Kenapa mak? Safi nak tidur lima mini