Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Jangan lupa!!! Pergi sembahyang terawih dan rajin-rajin bangun bersahur. Di kesempatan yang ada ini, saya ingin memohon maaf andai ada yang serba tidak kena dari pihak saya. Semoga kita dapat melangkah ke bulan yang mulia ini dengan hati yang ikhlas dan untuk mendapatkan redha dari NYA. InsyaAllah. Selamat mengerjakan ibadah puasa. Sabda Nabi S.A.W "Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

[10]

Tuan 'Singa' Milikku RUNSING! Itulah yang buat aku pening kepala sekarang ini. Tidak ada masalah, tapi aku cari masalah. Elok Asad tengah berjiwa romantika dengan aku. Tup! Tup! Tak nak cakap terus. Aduh!!! Pening pula kepala aku fikirkan cara untuk memujuk ‘singa’ manja ini.             Masuk hari ini, bukan sehari dua. Tapi hampir seminggu dah. Apa yang aku hendak buat? Semuanya seakan tak jalan. Kalau gaya main bowling itu, pasti semua bola masuk longkang. Satu pun tidak dapat menjatuhkan pin. Betul-betul merajuk ini Tuan singa.             Pintu bilik yang terkuak, membuatkan aku tersentak. Terintai-intai mata aku dekat pintu. Kononnya hendak tengok, siapa itu. Walhal, dalam rumah ini ada dua manusia sahaja pun! Macam bodoh pula aksi aku ini.             Asad tanpa kata sudah melabuhkan punggung di birai katil. Aku yang dekat sebelah ini, dia pandang sebelah mata pun tidak. Hurm… sepatutnya aku mengandung, aku yang merajuk.

[9]

Tuan 'Singa' Milikku MULUTKU sudah menyanyi-nyanyi kecil sambil mengacau minuman dalam teko. Senyuman di bibir tidak lekang sejak dari semalam. Kenyang sudah perut dan hatiku dapat menyantap char kuey teow yang begitu enak sekali. Entah di mana Asad beli, aku tidak sempat hendak bertanya. Bila bungkusan sudah ada di depan mata, aku jadi lupa tentang segalanya.             Pagi ini, aku rajin sedikit. Aku sediakan roti jala dengan kari ayam untuk sarapan. Teringin pula aku hendak makan hidangan itu. Tambah pula, hari ini cuti kan. Makin rajinlah tangan aku memproses peti sejuk mencari bahan untuk menyediakan hidangan yang aku inginkan.             Asad yang baru bangun ketika itu sudah terpisat-pisat matanya memandang aku. Kesian dia. Sudahlah tidur lambat semalam. Lalu diqadha tidur sesudah subuh tadi. Aku pula sudah tidak mampu hendak menyambung tidur, jadi melepak sahaja di dalam dapur ini. Buat apa-apa yang patut.             “M

[8]

Tuan 'Singa' Milikku PUFFHHH!!!             Hanya dengan seteguk air ‘fresh orange’ hasil tangan aku, perempuan itu sudah menyemburkan semuanya keluar dari mulutnya. Terus aku tersenyum senang dan perlahan-lahan hendak melangkah keluar dari bilik Asad.             Namun langkahku terbantut apabila perempuan itu naik angin dan mula memanggil aku. Amboi! Ingat aku takut…             “Hey stupid! Air apa yang kau buat ni? Buat air pun tak reti ke?” marahnya padaku. Aku sekadar menayangkan wajah tidak berperasaan.             Bodoh! Dia itu yang bodoh, dikatanya aku pula yang bodoh. Ikutkan hati, hendak sahaja aku sediakan racun tikus yang terselit di bawah sinki pantry. Tapi aku waraskan juga fikiran, tidak mahu sandang gelaran pembunuh terhormat, jadi aku ringankan sedikit rancangan aku itu. Sebaliknya, aku cuma sediakan air ‘fresh orange’ dengan menambahkan sedikit perisa MSG ke dalam airnya. Satu sudu penuh… sikit aje kan?       

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba