Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

[18]

Tuan 'Singa' Milikku WAJAH Asad yang terlena itu kutatap dengan penuh kasih. Ombak di dadanya membangkitkan ketenangan pada jiwaku. Setelah lebih sejam berbual dan mengimbau kenangan lama, akhirnya Asad terlena juga dek kerana kesan ubat yang masih bersisa.             Jemariku berlari perlahan menyentuh hujung kening Asad. Kemudian bergerak ke hidungnya pula. Kemudian melurut ke bibirnya yang terbuka sedikit.             Spontan aku sudah tersenyum. Banyak pula cakap tuan singa ini tadi. Tak nampak langsung seperti orang yang dilanda stress. Namun aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya Asad sudah tidak memikirkan perihal Elisa buat beberapa ketika ini. Imbauan kenangan kami berdua berjaya membungakan senyuman tanpa henti di bibirnya.             “Ingat tak… bila first time kita ‘dating’?” soalan Asad dengan nada mengusik itu kembali menjengah mindaku. Aku tersenyum ketika itu.             Ada ke patut, meeting diistilahkan

Berehat seketika

Assalamualaikum... Blog ini akan direhatkan seketika buat beberapa minggu. Sementara menanti posting baru, bolehlah layan post lama. Jangan lupa, mana yang belum komen, tinggalkan komen anda. Insya-Allah, bila saya dah mula serasi dengan jadual dekat tempat baru ni, akan ada posting baru. Doakan :) Jumpa lagi. Terima kasih semua. ^^