Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Kampung Girl [14]

Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca. Bab 14 KELUHAN berat meniti bibirnya. Mindanya dikerahkan untuk menghasilkan buah pemikiran yang dapat memberi kesan besar untuk projek ini. Wajah Wan Shafie salah seorang sahabat sejati yang turut bertungkus-lumus mengeluarkan idea dipandang sekejap. Kelihatan dahi Wan Shafie berkerut. Tekun juga dia berfikir.             Fail di depan mata cuba dibelek beberapa kali, mana tahu dapat ilham. Boleh juga aku bersorak riang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi kalau batu… dengan dia sekali akan tenggelam terus. Tak boleh jadi macam ini. Lantas mejanya diketuk kuat.             Wan Shafie yang tekun berfikir ikut tersentak.             “Kau ketuk meja kenapa? Dah hilang habis idea yang datang!” rungutnya dengan pandangan tidak puas hati.             “Betul ke Wan? Dah hilang ke idea? Allah!!!” Ashraf tiba-tiba saja menarik rambutnya gaya orang gila. Wan Shafie yang melih

Kampung Girl: Komen

Assalamualaikum... Salam Jumaat semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua, novel Kampung Girl dah ada yang sampai di tangan pembaca. Bagi yang belum, insyaAllah... tak lama sampai la tu. Dan bagi yang nak tunggu di kedai-kedai seperti MPH dan Popular, insyaAllah... dalam masa terdekat ini, Kampung Girl akan berada di rak buku. :) Kalau dah semua dapat baca, so, umi pun nak dapatkan feedback daripada anda semua. Macam mana KG ni? Okey ke? Tak okey ke? Apa yang boleh diperbaiki? Apa yang umi kena tekankan lagi? Semua yang anda rasa tentang KG.... boleh hantarkan review anda ke alamat e-mail ini, umikalsom_29@yahoo.com Sudi-sudilah berkongsi review anda supaya umi dapat meningkatkan mutu penulisan di masa yang akan datang. Terima kasih semua. :)

Kampung Girl [13]

Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.   Bab 13 WAJAH Ashraf dipandang dengan renungan yang maha tajam. Gara-gara si cekodok basi ini dia sudah terlepas untuk mengejar basnya. Akhirnya, tersadailah dia di sini duduk menghadap wajah lelaki itu yang masih menyepi dari tadi.             Trauma kot! Desis Ainnur sendiri. Tanpa sedar ketawanya sudah lepas.             “Yang kau gelak ni kenapa?” cepat saja Ashraf menyambut.               Ainnur ketawa lagi. Mana boleh tak gelak untuk benda-benda macam ini. Lebih-lebih lagi mangsa kejadian, Encik Ashraf Khairi! Maka makin menariklah jadinya.             “Kau baik diam sebelum aku sumbat bungkus nasi lemak ni dalam mulut kau,” marah Ashraf lagi. Rasa seakan tercalar maruahnya bila diketawakan sakan oleh gadis itu. Tapi, dalam diam dia sebenarnya bersyukur sangat… ada juga Ainnur tadi untuk menyelamatkannya dari genggaman ‘gadis ayu’ yang dilanggarnya.             Seakan te