Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Cerpen: Kerana Cinta [Part 1]

BATU-batu yang dikutipnya sepanjang dia melalui gigi air tadi, dilemparkan terus ke dalam air. Kuat kedengaran bunyi air berkocak. Sekuat kocakan hatinya di saat ini. Biarpun begitu, dia redha. Jika inilah ketentuan oleh Dia, maka dia harus redha. Kerana dia yakin, takdir dan ketentuan Ilahi pasti ada hikmah disebaliknya.             Pandangannya jatuh terus ke arah ombak yang sedang menderu menyembah muka pantai. Bunyi itu sangat menenangkan jiwanya. Lantas kaki terus dihayun mendekati air. Seluarnya sudah separuh basah dipukul air. Namun, dibiarkan sahaja. Dia sudah tidak kisah.             “Ana… maafkan Reza.”             Air mata Reza sudah jatuh membasahi pipi. Hari ini merupakan hari bahagia Ana. Selamat sudah Ana dinikahkan dengan Faisal. Reza sedar, dia bukanlah pilihan Ana sejak dari hari dia membuang gadis itu daripada hidupnya. Dia sedar, dia sudah melakukan kesilapan yang tidak dapat diubah kembali. Untuk menyesal, sudah terlambat. Apa yang dia mampu, adalah mendo

As-salam, Hai and smile :)

Assalamualaikum... Selamat tengah hari dan salam Ahad. :) Update tanpa sebarang tujuan, mungkin sekadar nak maklumkan, sebab blog dah makin 'lemau' dari masa ke masa. Update pun jarang-jarang dan posting pun macam tak ada 'feel' aje kan? Kan? Sebab saya tengok... kurang respon daripada readers untuk entry baru daripada yang sebelumnya. As a new writer, I really hope a strong support and comments from all of the readers. Saya tahu, ramai yang rasa macam tak perlu la nak komen. Baca aje. Saya tak kisah, itu hak pembaca. Sebab kalau story tak best, siapa yang nak komen kan? Tapi masalahnya, bila no comments, jadi saya pun blur... banyak 'tanya-tanya' dalam kepala saya sendiri. Cerita ni bosan sangat kot... cerita ni tak kena dengan taste readers... macam2 lagi tanda-tanya. Jadi, sebagai penulis yang tak berapa nak berbakat ni... saya nak minta jasa baik pembaca... komen la ye. Komen.... bosan, cakap je bosan. Meleret, cakap je meleret... anything t