Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Cerpen: Kerana Cinta [Part 4]

“PUAS hati kau ya?!” kepala Amni ditolak lagi. Amni menahan rasa sakit. Wajahnya tertunduk ke bawah. Dia tahu, dia perlu menghadapi kemarahan Mak cik Ramlah.             “Kau dengan mak kau, memang sama… tak pernah nak bagi hidup aku senang. Ada aje yang nak sakitkan hati aku!” tengking Mak cik Ramlah lagi.             Bergugur air mata Amni mendengarkan ayat itu. Benarkah dirinya hanya bebanan kepada semua? Tidak pernah sekalipun menyenangkan sesiapa?              “Mak cik… bukan salah Amni. Salah saya… sebab saya yang cintakan dia.” Pengakuan Reza itu seakan menyimbah petrol pada api yang sedang marak. Makin berasap Mak cik Ramlah. Jelingan tajam mendarat di wajah Reza. Wajah yang selama ini dilihat kacak, sekarang ini bila dipandang hanya rasa menyampah. Secantik-cantik Zatilhusna, Amni juga yang mendapat tempat di hati Reza.             “Kau….” Jari dituding ke wajah Reza. “Apa kau buta sangat ke, sampai tak dapat nak bezakan… yang mana satu paling layak untuk dijadik