Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Minat berkarya?

Kepada rakan pembaca saya yang minat menulis dan mungkin ada di antara anda yang sudah menulis. Di sini, ingin saya promosikan kepada anda yang berminat dengan penulisan untuk menghantar karya kepada ANA MUSLIM. :) Kak Siti Aznor, editor Ana Muslim ada contact saya tadi... dan beliau juga minta saya sebarkan ini kepada semua. Jika sesiapa berminat untuk menulis karya bagi pembaca kategori umur remaja (15 tahun ke atas), ciri karya: mengandungi mesej islamik, dan minimum patah perkataan ialah 23000 patah perkataan sehingga 28000 patah perkataan. Anda boleh menghantar proposal iaitu sinopsis ringkas mengenai cerita yang ingin dikarang. Jika diterima, boleh diteruskan ke peringkat penulisan manuskrip. Berminat? Apa kata mencuba? Mungkin ada rezeki di sini :) Selamat ya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 012-9030046 / 03-41069119 (Siti Aznor- Editor) e-mail: aznor@blue-t.com.my any question @ benda nak bagi clear, boleh tanya dekat saya di sini. Apa yang boleh dibantu, In sha

Cerpen: Suka awak. Sayang awak [End]

AKU terpaksa menikus sejak tadi apabila suara emak berdentum-dentum di ruang tamu ini. Atas arahan cumpolsary aku terpaksa balik kampung. Emak marah bersungguh-sungguh sambil menyindir perangai aku yang tidak senonoh itu. Aku malas hendak menyampuk sebab aku sedar, memang salah aku pun. Mana mungkin ada manusia yang tidak reti jaga adab sopan seperti yang aku dah lakukan depan emak Mawardi. Memang memalukan lagi mendukacitakan.             “Awatlah hang jadi macam tu Wawa? Malu mak bila dapat kawan hang telefon cakap macam tu. Hang ni, langsung tak dak rasa malu ka?” mata emak berhenti tepat di wajah aku.             “Malu.” Pendek sahaja jawapan yang aku beri.             “Tau malu… tapi awat yang buat perangai lagu tu?” emak soal lagi. Kuat. Sampai aku ternampak kepala Acik Jannah terjenguk mengintai dari jendela rumah. Busybody sungguh!             “Mak macam tak kenal Wawa… Wawa kan kalau dah lapaq memang cepat lupa diri sikit.”             “Tu bukannya lupa diri s

Cerpen: Suka awak. Sayang awak [Part 2]

AKU sangat bersemangat untuk buat kerja. Aku perasan benda tu. Dan aku pun tak tahu kenapa, sekarang ni aku kurangkan secara perlahan-lahan perangai selekeh dan serabai aku. Walaupun tak bergaya sangat, tapi aku pastikan aku nampak bersih dan kemas. Johan pun selalu sangat perli sebab aku makin wangi lebih daripada biasa.             Malam ni, aku nak keluar makan dengan Mawardi. Aduh, kembang hati! Seronok aje aku rasa sejak dia tukar kerja ke Pulau Pinang. Rasa macam penuh hidup aku ini. Happy sentiasa. Kalau hari-hari dapat pergi buat assignment dengan dia, lagi bahagia. Tapi itulah, dia selalu dihantar ke Seberang Perai. Alih-alih aku kena menghadap muka Johan jugak. Bosan!             Bunyi telefon dah buat aku rasa happy. Cepat-cepat aku capai dan lekapkan ke telinga. Belum sempat Mawardi bersuara, aku dah potong laju.             “Wardi, aku dah siap.”             Senyap.             “Hang dah keluar ke?”             Nafas dihela.             “Aku, Johan.”