Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Ini Kisah Jelita & Perkasa [15]

BAB 15 “AWAT buat keputusan langsung tak cakap dengan mak? Jelita tu siapa, bukan cucu mak jugak ke? Perlu sangat nak hantar sampai jauh macam tu!”     marah benar Puan Kamariah dengan anak lelakinya. Namun, anaknya seakan tidak mempedulikan kemarahan yang dilemparkan itu. Selamba sahaja Encik Johan menyelak akhbar Berita Harian tanpa mengerling sedikit pun ke arah Puan Kamariah.             “Johan!!!” Menaik suara Puan Kamariah. Terasa mendidih darahnya dengan gaya selamba yang dihidangkan di depan mata.             Tenang sahaja Encik Johan menutup helaian akhbar yang dibaca sejak setengah jam lalu. Seperti biasa, apa yang menghiasi dada akhbar, kalau tidak berkenaan dengan politik selainnya lebih kepada jenayah yang menunjukkan betapa rendahnya moral manusia. Jenayah rogol, buang anak, zina… semua itu seakan sudah menjadi perkara remeh. Walaupun terpampang hampir setiap hari di akhbar tetapi entah berapa sahaja peratus insan yang mendapat kesedaran dan menjadikan ia s

Ini Kisah Jelita & Perkasa [14]

BAB 14 BUAT sekian kalinya Perkasa Armana mengerling jam di tangannya. Sudah hampir sejam dia mendarat tetapi tiada juga petanda akan kemunculan kelibat Puan Zaidah dan Putra Azad yang dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambilnya. Kalau emak tidak mahu ambil pun tiada masalah sebenarnya. Tetapi Puan Zaidah beria benar. Lantas, haruslah dia menunggu walaupun dirinya sudah penat berada di Lapangan Terbang Bayan Lepas itu.             Bagasi berwarna hitam miliknya ditariknya. Tempat duduk yang tersusun sepanjang kawasan menunggu itu dituju. Punggungnya dilabuhkan di situ. Sementara menanti emak, tangannya sudah mula menyelak majalah fotografi yang dicapainya ketika di KLIA tadi. Bosan sangat. Sekadar untuk menghilangkan rasa bosan dengan menatap pemandangan indah yang terakam dengan lensa kamera DSLR itu.             Seakan tidak sampai beberapa detik dia menghayati panorama indah di helaian muka majalah itu. Terasa ada sesuatu yang jatuh mengenai kakinya. Alih sahaja