Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Tidak ku sangka 5

GAGANG telefon yang dihulurkan oleh Puan Amina disambut dengan tangan yang terketar. Entah lawak apa yang hendak dipersembahkan oleh Puan Amina. Selamba sahaja meminta dirinya untuk beramah mesra dengan bakal mak mentua. Oh, nak disebut pun masih terasa janggalnya.             Telefon yang sudah melekap di telinga dipegang seerat mungkin. Bimbang pula kalau terlolos daripada pegangan. Memalukan.             “Apa khabar Anis?”             “Sihat… mak cik?” Anis cuba berbasa-basi. Hendak bina chemistry bukan satu kerja mudah. Tetapi, kalau bukan mudah… bagaimana dengan mudahnya dia berkata ya untuk Iman Anas?             “Alhamdulillah… sihat jugak. Mak cik lagi ya? Bukan dah boleh panggil mak?”             Untuk usikan itu, wajah Anis terasa berbahang seketika. Mak? Tunggu nikahlah!             “Sebenarnya, mak ada nak sampaikan hajat orang tu… bakal tunang Anis.”             Bicara itu hanya menyesakkan nafas Anis. Hajat apa pula makhluk bernama Iman Anas itu?    

Tidak ku sangka 4

HARI ini, hari ahad. Sudah dilihat pada telefon bimbit, tertulis Ahad. Pada kalendar juga serupa. Pada diarinya juga. Tiba-tiba ada satu rasa yang tidak dapat dikenal pasti punca menyerang diri. Perutnya memulas tidak henti dari tadi. Masuk tandas, namun tiada apa yang terjadi. Laju tangannya mengirimkan SMS pada Kamilia. Itulah sifunya…             Itu semua tanda-tanda bahawasanya kau tu normal. Ada rasa gemuruh bila nak bertemu mata dengan sang arjuna. Maka, bersedialah…   -Kamilia             Melihat perkataan arjuna itu, makin bertambah pulasan dalam perut. Mungkin sudah terbelit ususnya. Mana tahu, bukan boleh dilihat usus itu!             Air kosong di meja solek, dicapai dan diteguk. Biar reda sedikit gemuruh di dada. Tetapi sekejap sahaja. Ia datang dan pergi tanpa amaran. Mungkin dia patut melakukan yoga sebentar. Lantas dirinya bersila di atas katil dan matanya mulai dipejam.             Serentak itu kedengaran pintu biliknya dibuka. Dan ada tawa halus yang mena

Tidak ku sangka 3

“CAKAP okey tak dekat mak?” soal Kamilia dengan lagak guru besarnya. Matanya terjegil dan keningnya terangkat. Konon, Ziana Zainlah!             Anis malas hendak memberi respon. Pinggan yang berisi nasi goreng dikuis-kuis sahaja. Tak sedap langsung! Tak kena dengan selera. Itu yang dirunsingkan juga. Bagaimana kalau dia tidak berkenan dengan Iman Anas? Walaupun emak cakap manis dan sopan. Walaupun hatinya juga hampir terpaut disebabkan nama Anas. Tetapi kini bimbang mulai menyerang. Bimbang dia hanya menambahkan luka di hati Puan Amina.             “Anis…” tekan Kamilia geram.             “Aku cakap okey.”             Terus Kamilia tersenyum lebar.             “Macam itulah anak mak. Solehah dan dengar cakap. Menempah tiket untuk masuk ke syurga.” Sambung Kamilia dengan ulasan yang Anis tidak pinta.             “Tapi dengan syarat…”             Terus mati semula senyuman Kamilia. “Syarat apa pulak dah? Kau ni Anis, tak boleh ke jadi manusia normal sekejap? Berkenala