Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Ini Kisah Jelita & Perkasa [8]

BAB 8 SEKEPING coklat Cadbury yang diletakkan atas fail kuningnya secara tiba-tiba, menyebabkan dia menolak dengan spontan. Tiada senyuman di bibir Jelita Suria biarpun Putra Azad sejak tadi asyik menyengih sampai ke telinga. Entah kenapa dengan lelaki itu, sudah dapat sawan senyum agaknya!             “Aku tak nak la… Azad!” Tegas suara Jelita Suria. Entah apa lagi yang perlu dikatakan kepada Putra Azad supaya lelaki itu faham. Faham bahawa Jelita Suria tidak suka diberi perhatian yang sebegini. Tetapi Putra Azad, harus dikategorikan sebagai lelaki yang keras kepala. Kalau minggu lepas dia sudah berhenti buat perangai pelik bagi coklat ini, minggu ini dia mulakan kembali. Jelita Suria pula naik pening.             “Janganlah macam ni… Azad bagi ikhlas. Coklat aja pun...” pujuk Putra Azad bersungguh. Riak kecewa cuba disembunyikan daripada wajah dengan jayanya. Tetapi tidak guna juga, Jelita Suria ini pandang wajahnya pun tidak. Begitu sekalikah tahap bencinya pada Putra

Ini Kisah Jelita & Perkasa [7]

BAB 7 PINTU bilik ditutup rapat. Puan Hayati sudah mengambil tempat di atas katil bercadar kuning cair itu. Kandungan yang sudah makin membesar itu diusap perlahan. Selesai segala kerja di dapur, dia terus mencapai naskah Quran yang terletak di ruang tamu. Bacaan rutin diteruskan dan tidak lupa untuk mengamalkan surah Maryam dan Yusuf yang dijadikan amalan bagi ibu mengandung. Proses mendidik anak itu bukanlah bermula saat si kecil itu dilahirkan ke dunia. Namun, segalanya bermula dari dalam rahim seorang ibu lagi. Maka, wajarlah sebagai harapan mendapatkan anak yang soleh dan solehah, sebagai ibu yang membawa kandungan itu harus juga menjaga segala amalan harian serta sunat yang disyariatkan oleh Allah dalam kehidupan. Sesungguhnya, begitu besar ganjaran yang diberikan Allah kepada ibu yang mengandungkan anak selama sembilan bulan dalam kandungan. Sehingga Allah menjanjikan pahala syahid kepada ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak. Subhanallah! Dia yang berkuasa