Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Ini Kisah Jelita & Perkasa [10]

BAB 10 “TERSENGIH panjang… menyampah aku tengok!” Perkasa Armana yang baru masuk ke dalam rumah dengan beg barang dapur di tangan, cepat sahaja melaungkan komen pada Mirza Haidar. Selalunya waktu begini, Mirza Haidar pasti menggantikan tidur yang tidak cukup di malam hari. Tetapi hari ini, mata itu cerah. Secerah langit hari ini.             “Aku ada sorang adik yang sangat comel, yang suka buat benda bukan-bukan!” Mirza Haidar tergelak. Membaca kiriman emel daripada Marlisa pada ketika ini hanya menerbitkan rasa lucu dalam hatinya. Ada-ada saja!             Sementara itu minda Perkasa Armana terus terpanggil dengan nama Putra Azad. Cebikan terzahir di bibir mengenangkan si Doraemon yang kini sudah menjelma menjadi Prince Charming itu. “Huh? Sorang adik yang sangat comel? Aku ada sorang adik yang perasan sangat kacak dan suka jugak buat benda yang bukan-bukan. Kita patut jadi besan!” Tutur Perkasa Armana sambil membayangkan Putra Azad dengan kegilaannya pada Jelita! Dan

Ini Kisah Jelita & Perkasa [9]

BAB 9 PERKASA Armana yang baru pulang daripada kuliah, mengintai seketika insan di bilik sebelah. Lena sungguh tidur Mirza Haidar. Maklumlah, pelajar tahun akhir perubatan, memang tidak akan kenal erti berehat yang semoleknya. Kena cari kes di hospital, review , pembentangan lagi. Lima tahun pengajian yang begitu mencabar otak! Bukan mudah kalau sudah melangkah kaki ke dunia perubatan. Tapi dalam dunia ini, ada ke perkara yang mudah?             Disebabkan itulah Perkasa Armana terpujuk dengan kata-kata emak dan abahnya untuk menerima tawaran ke Kolej Mara Banting sebagai persediaan berangkat ke oversea mengikuti pengajian. Pada mulanya memang langkah ini diambil untuk menyenangkan hati emak dan abah, tapi mungkin benar seperti yang pernah dititipkan Mirza Haidar padanya.             “Redha Allah akan mengiringi diri kita andai adanya redha emak dan bapa. Jangan fikir kita buat ni semata-mata untuk gembirakan hati orang tua kita, fikir untuk agama. Ada hikmahnya kenapa A