Bab 2 TAKUT- takut Mutiah memulas tombol pintu. Dia masih di sini, kalau wajah yang muncul itu selain daripada Puan Sofea, pastinya dia akan panik. Dia tahu sangat dengan fiil dirinya sendiri. “Cari siapa?” Bergetar suara Mutiah bertanya soalan. Matanya mula menganalisa wajah asing yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Berketinggian lebih kurang 175 sentimeter agaknya. Sehinggakan Mutiah terpaksa mendongak sikit untuk mendapatkan gambaran jelas wajah jejaka yang berdiri tegak di hadapan pintu biliknya ini. “Mutiah ya?” soal lelaki itu. Mutiah mengangguk. Matanya terkebil-kebil. Otaknya ligat berfikir. Siapa pula dia ini? “Saya Uzair, tukang masak dekat sini.” Uzair memperkenalkan diri. Senyuman nipis dilemparkan buat tatapan Mutiah yang masih dengan reaksi terkejut tidak habis itu. “Saya Mutiah, jururawat peribadi untuk ibu Puan Sofea.” Mutiah memperkenalkan juga diri dan statusnya biarpun Uzair sudahpun menyebut namanya tadi. Uzair ketawa kecil. “Saya tah
Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar