Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tuan 'Singa' Milikku

[23] - The End

Tuan 'Singa' Milikku SATU langkah ke kanan, jatuh. Satu langkah ke depan, terduduk. Satu langkah… jatuh terduduk dan menangis. Aku sudah melepaskan ketawa. Seronok pula bila melihat si kecil ini sudah mula belajar melangkah. Berkali-kali dia jatuh dan berkali-kali juga dia mencuba. Perlahan aku bangun hendak menarik lengannya namun ditepis laju. Ewah!             “Kenapa sayang? Mama nak tolong kan…” pujukku lembut apabila dia sudah mencemikkan wajahnya dengan gaya hendak menangis. Cengeng! Spontan mindaku berkata-kata.             Tanpa amaran, tangisannya sudah mula meletus kuat di ruang itu. Makin aku memujuk, makin kuat tangisannya. Mati kutu aku dibuatnya. Beria-ria sungguh menangis sedangkan niat aku hanya hendak memujuk.             “Dia mula dah perangai mama dia!” k...

[22]

Tuan 'Singa' Milikku CEPAT sungguh masa yang berlalu. Sehingga aku tidak sedar, hari ini adalah tarikh penerbangan kami untuk berangkat dari tanah air. Merantau di negara orang, aku berharap mampu menyesuaikan diri di sana nanti. Dengan kehadiran Asad di sisi, aku yakin tidak akan wujud masalah bagiku. Asad sentiasa di sisi untuk menjaga dan melindungi aku.             Sekilas aku mengerling ke sisi. Kacak sekali Asad pada hari ini. Dengan t-shirt berkolar berwarna oren putih dipadankan pula dengan jeans hitam, suami aku kelihatan seperti muda remaja. Haish! Kacau sungguh.             Tiba-tiba sahaja Asad sudah tersenyum panjang apabila menyedari mataku yang melekat utuh di wajahnya. Senyuman yang begitu nakal sekali sehingga memaksa aku melarikan pandangan ke arah lain.          ...