Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ini cerita jelita dan perkasa

Ini Kisah Jelita & Perkasa [16]

BAB 16 “ ASIF… ana asif. ” (Saya minta maaf)             Hasil daripada duduk di hadapan internet buat beberapa ketika, dapatlah Jelita Suria mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada Maisarah. Tetapi, hanya itu sahaja. Lebih-lebih, dia tidak reti pula. Namun, reaksi Maisarah seperti tidak mempedulikan dirinya. Aduh! Apa lagi yang harus dilakukan?             “Saya dah cakap kan, saya minta maaf.” Akhirnya, terkeluar semula Bahasa Malaysia. Payah sungguh rasanya hendak berkomunikasi dengan mereka yang berlainan bahasa di hadapannya ini.             “ La ‘alaiki! ” Sepatah kata yang keluar daripada bibir Maisarah. Terus sahaja gadis itu bangun dan meninggalkan ruang makan.             Jelita Suria hanya terkaku di tempat berdirinya. Matanya b...

Ini Kisah Jelita & Perkasa [15]

BAB 15 “AWAT buat keputusan langsung tak cakap dengan mak? Jelita tu siapa, bukan cucu mak jugak ke? Perlu sangat nak hantar sampai jauh macam tu!”     marah benar Puan Kamariah dengan anak lelakinya. Namun, anaknya seakan tidak mempedulikan kemarahan yang dilemparkan itu. Selamba sahaja Encik Johan menyelak akhbar Berita Harian tanpa mengerling sedikit pun ke arah Puan Kamariah.             “Johan!!!” Menaik suara Puan Kamariah. Terasa mendidih darahnya dengan gaya selamba yang dihidangkan di depan mata.             Tenang sahaja Encik Johan menutup helaian akhbar yang dibaca sejak setengah jam lalu. Seperti biasa, apa yang menghiasi dada akhbar, kalau tidak berkenaan dengan politik selainnya lebih kepada jenayah yang menunjukkan betapa rendahnya moral manusia. Jenayah rogol, buang anak, zina… semua itu seakan sudah menjadi perkara remeh. Walaupun ...

Ini Kisah Jelita & Perkasa [14]

BAB 14 BUAT sekian kalinya Perkasa Armana mengerling jam di tangannya. Sudah hampir sejam dia mendarat tetapi tiada juga petanda akan kemunculan kelibat Puan Zaidah dan Putra Azad yang dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambilnya. Kalau emak tidak mahu ambil pun tiada masalah sebenarnya. Tetapi Puan Zaidah beria benar. Lantas, haruslah dia menunggu walaupun dirinya sudah penat berada di Lapangan Terbang Bayan Lepas itu.             Bagasi berwarna hitam miliknya ditariknya. Tempat duduk yang tersusun sepanjang kawasan menunggu itu dituju. Punggungnya dilabuhkan di situ. Sementara menanti emak, tangannya sudah mula menyelak majalah fotografi yang dicapainya ketika di KLIA tadi. Bosan sangat. Sekadar untuk menghilangkan rasa bosan dengan menatap pemandangan indah yang terakam dengan lensa kamera DSLR itu.             Seakan tidak sampai beberapa detik dia mengh...