Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pilihan aku vs pilihan mak aku

pilihan aku vs pilihan mak aku (end)

"Aku terima nikahnya Amira binti Abdul Rahim.....," dengan sekali lafaz upacara akad nikah telah selesai berlangsung di ruang tamu rumah teres milik encik Rahim. Menggeletar tangan Khairul sewaktu berjabat tangan dengan tok kadi sebentar tadi. Nafas lega dihembuskan. Terdengar suara usikan, kenapa pengantin lelaki menggeletar. Namun tidak dihiraukan. Resah dan gementar di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Khairul mula mengangkat wajah mencari-cari bayang wajah Mira. Sekilas pandang, dia sudah menangkap susuk tubuh Mira yang sedang duduk bersimpuh dikelilingi oleh tetamu wanita. Langkah kaki diatur mendekati Mira. Hatinya berbisik perlahan, my wife. "Thanks," bisiknya saat tangan Mira berada dalam genggamannya. Mira tersenyum. Majlis yang sederhana, namun meriah berlangsung di perkarangan rumah encik Rahim. Kenalan yang dijemput semuanya hadir bagi memeriahkan lagi majlis penyatuan dua hati. "Mana kak Sarah?," dalam kesibukan majlis, sempat lagi Raz...

pilihan aku vs pilihan mak aku 15

"Dah prepare ke semua benda?," Khairul mengangguk. Tinggal tepat lagi tiga minggu. "Tapi aku risau la bro!," bahu Razin ditepuknya. Razin angkat kening. "Risau pasal apa?," Razin mengerutkan dahi pula. Rasanya semua dah settle. Mana tidaknya, semua warga veteran dalam rumah turun padang selesaikan urusan untuk majlis akad nikah Khairul dengan Mira yang akan berlangsung lagi tiga minggu. "Mira tak tau lagi tarikh nikah. Aku pelik betul dengan planning warga veteran dalam rumah kita ni... interview dekat pejabat kadi pun dia tak pergi lagi," Khairul meluahkan kerisauan yang bertandang di hatinya saban hari. Razin spontan melepaskan tawa. Ingatkan risau pasal apa. "Dah, dah... kau tak payah nak risau lebih-lebih. Malam ni cadangnya mak nak bagi tahu Mira, sebab minggu depan appointment untuk Mira kat pejabat kadi," mendengarkan jawapan itu, Khairul menghela nafas lega. Senyuman puas tersungging di bibir. Lagi tiga minggu. ...

pilihan aku vs pilihan mak aku 14

Mira baring longlai atas sofa. Hari ni dah masuk dua minggu dia mula kerja. Penat jugak bila dah bergelar pekerja ni. Macam mana la kak Sarah boleh tahan. Akak tu lagi la.. dah la doktor, kerjanya tak menentu. Sekejap-sekejap ada oncall pulak. Kalau aku kat tempat dia, dah pengsan dah gamaknya. Baru je nak lelapkan mata, terdengar bunyi kereta di luar rumah. Dikerling ke arah jam di dinding, dah pukul dua belas tengah hari. Apa punya anak dara la aku ni, tengah-tengah hari fikir nak membuta je. Dialih pandang ke pintu rumah, wajah Sarah yang letih lesu menyapa pandangan. Baru habis kerja. Sarah tersenyum nipis sambil melangkah ke arahnya. Perlahan dia merebahkan punggung di atas sofa. Ditarik keluar tudung dan spontan mata dah bertutup. "Akak...pergilah tidur kat bilik...," tegur Mira. Dia dah penat sakan, boleh pulak main tidur atas sofa je. Sarah menggeleng perlahan. Dah tak larat nak naik atas. "Kejap je Mira...nanti kejut akak ye...," sempat lagi dia be...

pilihan aku vs pilihan mak aku 13

Mira diam tak berkutik di tempat duduknya. Otaknya terasa beku sementara. Genggaman erat tangan ayah dapat dirasakan. Mira tunduk menekur lantai. Wajah yang terbaring di hadapannya dipandang sayu. "Mira...," perlahan suara itu memanggil namanya. Namun jelas pada pendengarannya. Hati Mira sebak. Air mata terus mengalir membasahi pipi. Tangan ayah terasa menyentuh bahunya. "Pergilah Mira... bapa Mira panggil," bisik encik Rahim pada Mira. Perlahan Mira mengatur langkah mendekati katil yang menempatkan seorang yang diberitahu sebagai bapa kandungnya. "Bapa Im, ayah kandung Mira...," ucap encik Rahim. Razin disebelah mengangguk mengiakan. Ujian DNA yang dijalankan mengukuhkan bukti. Kalau menurut keyakinan encik Rahim, dia memang pasti dengan fakta itu. Namun untuk Mira dan Razin yang memerlukan penjelasan, ujian DNA itu penting. Mira kaku, terdiam seribu bahasa. Bergetar bibirnya mendengar kata-kata itu. Dipandang wajah ayahnya dalam-dalam. "...