Semua mata tertumpu di kaca televisyen. Semangat nak tengok pengumuman bulan puasa. Amira dengan Safwan dah berdebar-debar. Fikir nak puasa penuh buat kali pertama. Dikerling sekilas ke arah mama dengan papa, nampak cool je menghadap TV. " Assalamualaikum warahmathulahi wabarakhatu," dah mula dah. " Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang Maha Mulia Raja-raja," Safwan pandang Amira, dan begitu jugak sebaliknya. " Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa....," tangan digenggam erat. Sofina dan Adam yang melihat gelagat mereka berdua macam nak terhambur ketawa je. Anak-anak aku ni gelabah biawak betul! Nak puasa je pun. Puasa je? Sofina... dulu kau pun macam tu jugak. Hehehe.. " Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 haribulan Ogos tahun 2009," Safwan terus kalih belakang. " Ma... puasa bila?," soalnya. S...
Ceritaku;Imaginasiku.