Skip to main content

Posts

pilihan aku vs pilihan mak aku 6

Wajah Sarah tanpa segarit senyuman menyapa pandangan puan Juriah dan encik Rahim. Hanya renungan tajam dihadiahkan buat pandangan puan Juriah yang setia mengekor langkah kakinya. Pintu bilik dikunci. Dihempaskan beg tangan ke atas katil. Hatinya masih tidak berhenti mendidih sejak meninggalkan rumah Khairul tadi. Badannya disandarkan pada dinding bilik. Cuba bertenang. Cuba berfikir dengan kewarasan akal yang diberikan oleh Allah pada semua hambaNYA. Wajahnya diraup kasar. Sungguh dia tidak menyangka, sampai ke tahap begini keseriusan perkara ini. Mak! ucap hatinya pedih. Kenapa mak begitu tega menabur fitnah pada Mira. Apa dosa Mira pada mak? " kelapa ditebuk tupai, sapa yang nak," berdesing telinga Sarah mendengar tuduhan yang dilemparkan pada Mira. " Adik Sarah bukan macam tu mak cik. Mak cik jangan nak tuduh sebarangan!," bentak Sarah. Kalau tuduhan biasa-biasa, kiranya masih boleh diterima. Tapi ini melibatkan maruah Mira. " Mak Sarah yang bagitahu,...

pilihan aku vs pilihan mak aku 5

Sarah menanti dengan penuh kesabaran. Sudah hampir sejam dia menjejakkan kaki ke dalam Secret Recipe Mid Valley ni, tapi batang hidung Khairul masih belum kelihatan. Sekejap-sekejap dikerling pada jam di tangan, sudah pukul 3.30. Pandangannya melilau di sekitar kawasan itu, cuba mencari wajah Khairul. Namun tiada juga. Dia menyisip lemon tea yang sudah tinggal separuh dalam gelas. " Sorry to keep you waiting," suara Khairul yang termengah-mengah mengejutkan Sarah. " Kenapa lambat?," Sarah sekadar menyoal. " Ada problem sikit tadi. Lama ke tunggu? Maaf ye!," Khairul serba salah. Semalam lagi Sarah dah maklumkan padanya, tak boleh berlama-lama. Dia ada appoinment dengan pesakitnya. " Tak lama, ada dalam sejam," balas Sarah sinis. Khairul tersenyum kelat. Tahu, dia yang bersalah. " Sorry," ucapnya lagi sekali. Sarah merenungnya tajam. " Khairul, saya tak datang sini nak dengar ucapan minta maaf awak! Awak kata ada hal penting n...

pilihan aku vs pilihan mak aku 4

Kepala dipusing ke kiri, kemudian matanya cuba dipejam. Tak boleh jugak! Terus dia bangun dan duduk bersila di atas katil. Dijeling sekilas ke arah teman sebiliknya yang telah nyenyak diulit mimpi. Siap tersenyum-senyum lagi. Mira ketawa kecil, geli hati melihat aksi temannya. Tengah mimpikan putera idaman agaknya. Putera idaman? Keluhan kecil dilepaskan. Sudah masuk dua minggu inboxnya sepi daripada pesanan 'orang gila' tu. Awalnya, rasa gembira tak terhingga kerana sudah tiada gangguan yang mengocak keamanan hidupnya. Namun kini, teringat pulak pada lelaki itu. Sepatutnya dia berterima kasih pada Khairul kerana menerangkan tentang perkara yang sebenar pada ayah. Sebaliknya, layanan yang buruk diberikan pada lelaki itu.... Dia memang patut dilayan macam tu! Bisik hatinya geram. Tapi kenapa aku langsung tak suka dia hah? Dia okey apa! Ada permenant job,steady... good looking, hoho...this is the plus point. Mira tersengih sendiri dengan fikiran nakalnya. Paling penting, ayah ...

pilihan aku vs pilihan mak aku 3

Semua butiran yang meniti bibir Khairul didengar dengan teliti. Kepalanya terangguk-angguk kecil tanda faham. Selain itu, keluhan pula tak putus-putus meniti bibirnya. Terdetik di hati kecilnya, apa yang telah aku buat? Aku dah hancurkan hati dia. Perlahan wajahnya diraup pedih. Cuba merasai kepedihan yang dirasai insan tersayang saat kata-kata nista dilemparkan padanya, padahal orang itu tidak tahu-menahu. " Saya harap pak cik boleh tolong saya," lembut suara Khairul meminta. Weyh!Nak pinang anak orang, kena gentle banyak. Dia tersenyum dalam hati. Segarit senyuman muncul di bibir Encik Rahim. Direnung dalam ke dalam anak mata Khairul, dapat dilihat keikhlasan terpancar. Sedikit sebanyak melegakan hatinya yang berkecamuk dengan perubahan puteri kesayangannya. Mira sudah melancarkan mogok dengannya, gara-gara salah faham tempoh hari. Maafkan ayah Mira. " Kamu jangan risau, pak cik akan tolong. Tapi, harap kamu pun dapat bagi dia masa untuk fikirkan hal ni. Perasaan me...

pilihan aku vs pilihan mak aku 2

Wajah bengis di hadapannya dipandang takut-takut. Langsung tidak dilepaskan tangan Sarah walau seinci sekalipun. Puan Juriah seolah-olah harimau yang sedang tunggu untuk menelan mangsanya. " Sarah, lepaskan tangan dia sekarang jugak!," tengkingnya. Bergetar badan Mira mendengar suara yang bergema di ruang tamu. Menakutkan. Dia kelihatan seolah insan yang amat kerdil di pandangan mak. " Mak... bukan salah Mira!," ucap Sarah cuba membela adik kesayangannya. Kemarahan Puan Juriah bagi fikirannya tidak patut. Budak lelaki tu yang mula mengusik Mira, namun tidak dilayan langsung. Tapi, siapa sangka lelaki tu akan bertindak agresif, sampai ditarik tangan Mira sampai kedua-duanya terguling atas lantai. Puan Juriah hanya melihat aksi kurang menyenangkan mata tu, bila dah sampai part klimaks. Bukannya mak tahu apa yang jadi dari awal. " Kamu kenapa nak sokong-sokong dia? Sarah dengar cakap mak... pergi masuk dalam! Budak ni kena diajar sikit, bagi dia tahu apa tu ada...