Skip to main content

Posts

pilihan aku vs pilihan mak aku 12

Mira ada abang? Pelik! Teramatlah pelik bila Mira bertanya tentang perihal yang dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika disoal oleh Sarah, dia sekadar menggeleng kepala tanda tidak tahu. Tetapi, otaknya masih ligat memikirkan tentang hal itu. Kad nama yang dihulurkan oleh Sarah semalam diamati. Kalau benar.... Syukur! ****** Pagi itu, di meja makan. Wajah Mira pucat lesi. Demam terkejut rasanya. Bangun tidur pun, kepala terasa berat yang amat. "Mira... demam ke?," soal puan Juriah sambil melekapkan tangannya di dahi Mira. Panas. Terpancar riak risau di wajah. Pantas dia bergerak ke dapur mengambil sesuatu. Sarah yang baru sahaja turun mengambil tempat di sebelah Mira. Sempat matanya menangkap wajah adiknya yang pucat itu. "Mira demam panas ni...," belum sempat Sarah membuka mulut untuk bertanya, mak dah muncul dari dapur membawa dua biji panadol. Sarah juga bertindak melekapkan tangannya di dahi Mira. "Mira... panasnya," Sarah dah risau. Mira mengge...

pilihan aku vs pilihan mak aku 11

Mira melarikan pandangan ke arah jalan. Terasa tidak senang duduk apabila dirinya diperhati begitu sekali. Macam nak korek je biji mata pak cik Khairul a.k.a tunang aku ni. Tau la dah dekat sebulan tak tengok, tapi takkan kena usha anak orang sampai macam ni. " Apa tengok-tengok?," marahnya. Khairul tersengih. " Lama tak jumpa. Rindu," senyuman di bibir Khairul makin melebar melihat Mira tertunduk. Malu la tu. Haih, ayu sungguh gadis ini. Tunang sapa la kan. Senyum lagi. " Awak tengok macam tu lagi, saya balik sekarang jugak!," Mira mengertak. Terkulat-kulat Khairul mendengar ayat itu. Baru sekejap tadi puji dalam hati, nampak ayu. Terpaksa, tarik balik! Aura singa dah keluar. " Janganlah marah-marah sayang," sengaja ditekankan perkataan sayang di hujung kata. Wajah Mira dah kepanasan. Matanya merenung tajam ke arah Khairul. Ada orang nak makan selipar hari ni. Aku dah pesan, jangan panggil sayang-sayang semua, dia nak jugak! Orang tua ni mem...

pilihan aku vs pilihan mak aku 10

" Sebenarnya, apa yang abah cakap kat mak?," soal Khairul pelik. Sejak kejadian petang semalam, otaknya masih ligat berfikir apa punca mak bersetuju dalam hal ini. Tanpa sedar, senyuman nipis bergayut di bibirnya. Mengenangkan betapa tebalnya wajah ini untuk berdepan dengan mak dan abah tika wajahnya sudah merah kerana menangis. "For a second...mak dah confius. Anak mak ni laki ke perempuan!," ayat pertama yang lahir dari bibir puan Salmi semalam. Khairul mengetap bibir. Malu tak sudah kena usik dengan mak dengan abah. Macam mana boleh terlebih emosi, tak dapat nak mengawal tindakan menjadi lebih normal. "Rahsia... tak boleh kongsi!," jawapan dari encik Kassim membuatkan Khairul terpinga-pinga. Erk! Apa yang abah cakap, tak dapat nak catch up! "Abah cakap apa?," soalnya sekali lagi. Encik Kassim dah mengerutkan dahi. " Khairul...khairul....," abah dah geleng-geleng kepala sambil tersenyum kecil. Semalam, buat aksi air mata, hari...

pilihan aku vs pilihan mak aku 9

Renungan yang tajam dilemparkan oleh puan Salmi pada kedua-dua wajah yang berada di hadapannya. Kemudian, dia mengalihkan tumpuan pada bancuhan tepung dalam bekas. Nak buat cucur udang petang ni. " Mak please......," suara Khairul memecah kesunyian di antara mereka. Penuh mengharap. Namun, puan Salmi tidak segera bereaksi. Dikekalkan aksi wajah pegun dan tak berperasaan di hadapan Khairul dan encik Kassim. Dia dah tahu ayat yang akan diucapkan oleh Khairul, tapi saja tak nak layan. Dipandang ke arah encik Kassim yang juga senyap dari tadi. " Abah, cakaplah kat mak..," Khairul menyiku perlahan badan encik Kassim. Ingatkan ajak abah boleh minta tolong, tapi orang tua ni diam saja dari tadi. Tak faham betul aku dengan warga-warga veteran dalam rumah ni. " Mak....," ucap Khairul lagi penuh mengharap. Harapannya sangat besar, nak pujuk mak supaya dapat terima pilihan hati. Tapi, melihatkan reaksi dari mak, nampak macam makin tipis sahaja harapan untuk perkar...

kampung girl

“ Maaflah, saya tak berkenan pun dengan awak!,” PAP! Rasa macam ada batu besar yang menghempap kepala ni. YA ALLAH, malunya. Ain sekadar tunduk menekur tanah. Malunya bila orang dah datang rumah, katanya nak masuk meminang tapi ini sadis ceritanya, bila kena tolak lamaran sebelum apa-apa perbicaraan. “ Saya dah cakap kat mak saya, tapi dipaksanya jugak datang tengok dulu,” ucapnya lagi. Ain masih statik tak berkata apa-apa. Muka dah tebal berinci-inci,pipi dah kebas macam kena bius. Masuk ni, dah dua kali aku kena reject, nasib yang sebelum ni secara online, bukan face to face macam sekarang. “ You don’t have nothing to say ?,” Ain pantas mengangkat mata. Tajam pandangan pemuda itu menikam wajahnya. “ Kenapa tak tengok foto je dulu? Kenapa kena datang sampai rumah, baru nak cakap tak setuju? Malu la kalau orang dah tahu!,” Ashraf menghela nafas yang panjang. Ain tertunduk kembali. “ Saya dah tengok. Dah cakap tak setuju dah pun kat mak saya, tapi dipaksanya jugak suruh...