Skip to main content

Posts

Announcement...

Assalamualaikum... Pengumuman yang entah penting atau tak... tapi saya umumkan juga di sini, Email saya yang sebelum ni, uniq_smiley@yahoo.com dah tak boleh digunakan. Atas sebab apa, saya pun tak tahu. Dah dua hari try nak akses, tapi tak boleh jugak. Jadi, in future... anyone kalau nak send e-mail atau berhubung dengan saya, gunakan e-mail ni,  uniq_smiley29@yahoo.com . Baru je buat tadi.  p/s: sesiapa tahu tak, kenapa e-mail tu boleh di'locked'???  Dah tu, jawapan untuk security question tak match pulak! Orang kurang celik it... T_T

[16]

Tuan 'Singa' Milikku DENGAN rasa malas, aku bersandar pada sofa L shape di ruang tamu. Letih rasanya tidak sudah-sudah mengenangkan pertemuan dengan keluarga Elisa siang tadi. Aku letih dengan sikap mereka yang langsung tidak mahu memahami kata-kata Asad.             Seakan terngiang di telinga aku, setiap patah kata yang diluahkan oleh Asad.             “Saya langsung tak pernah berniat untuk memadukan isteri saya… uncle, jangan paksa saya! Tujuan saya datang sini pun, supaya uncle dapat nasihatkan anak uncle daripada ganggu isteri saya di pejabat dan di mana aje. Saya hormat dengan uncle… hormat dengan aunty. Dan saya harap… uncle juga boleh hormati keputusan saya ni.”             “Asad…” suara Datuk Mokhtar masih cuba menarik Asad supaya berdiplomasi. “Cuba fikirkan dulu....

[15]

Tuan 'Singa' Milikku “PERLU ke kita jumpa parents dia bang?” buat kesekian kalinya, soalan itu aku ajukan pada Asad. Tapi suami aku nampaknya lebih senang tersenyum. Sesekali tanganku digenggam erat seolah mengalirkan semangat. Tahu benar Asad, aku sangat cuak di saat ini. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati pula. Macam kalau parents Elisa itu sebenarnya tidak kisah pun anaknya menjadi isteri kepada Asad???             Argh!!! Aku boleh kena darah tinggi kalau berterusan fikirkan perkara ini. Lantas aku cuba menghela nafas perlahan-lahan. Dengan mengalunkan surah Alam Nasyrah, aku berharap Allah akan lapangkan dadaku daripada dibelenggu masalah ini.             “Jangan risau Sham… parents dia okey. Abang dah kenal.”             Ayat Asad itu sebenarnya hendak memujuk aku. Ta...

[14]

Tuan 'Singa' Milikku HENTAKAN keras pada meja aku membuatkan aku tersentak. Dengan rasa yang tidak puas hati, aku mengangkat wajah. Tanpa disangka-sangka, yang tidak kuinginkan sudah berada di depan mata. Renungan tajam menusuk pada wajahku. Rasanya, kalau renungan itu mempunyai kuasa laser, pasti sahaja muka aku ini akan ditoreh dengan teruk sekali.             Dalam masa yang sama, aku menjeling sekilas pada pintu bilik Asad yang terkatup rapat. Dia sudah keluar atas urusan kerja. Entah kenapa, dalam banyak-banyak hari… hari ini merupakan paling padat buat Asad. Aku tidak dapat mengganggunya waima untuk seminit sekalipun. Akhirnya, hanya keluhan berlagu di bibir.             Wajah Elisa yang sedang memandangku dengan penuh rasa amarah aku pandang juga tanpa perasaan. Sekarang ini, aku rasa betul-betul keliru. Asad ini sebenarnya...