Tuan 'Singa' Milikku CEPAT sungguh masa yang berlalu. Sehingga aku tidak sedar, hari ini adalah tarikh penerbangan kami untuk berangkat dari tanah air. Merantau di negara orang, aku berharap mampu menyesuaikan diri di sana nanti. Dengan kehadiran Asad di sisi, aku yakin tidak akan wujud masalah bagiku. Asad sentiasa di sisi untuk menjaga dan melindungi aku. Sekilas aku mengerling ke sisi. Kacak sekali Asad pada hari ini. Dengan t-shirt berkolar berwarna oren putih dipadankan pula dengan jeans hitam, suami aku kelihatan seperti muda remaja. Haish! Kacau sungguh. Tiba-tiba sahaja Asad sudah tersenyum panjang apabila menyedari mataku yang melekat utuh di wajahnya. Senyuman yang begitu nakal sekali sehingga memaksa aku melarikan pandangan ke arah lain. ...
Ceritaku;Imaginasiku.