BAB 13 BAGAIKAN pesalah, dirinya terpaksa tertunduk menekur lantai rumah. Dalam kiraan kurang daripada beberapa minggu menduduki peperiksaan yang dikatakan paling penting dalam hidup seorang pelajar sekolah, dia tidak sangka akan menerima satu kejutan yang luar biasa. Agak luar biasa, sebab dalam sejarah keluarga mereka, belum ada yang pernah berkahwin sebaik sahaja tamat tingkatan lima. Dan kalau itu yang terjadi buat dirinya, memang akan memecahkan tradisilah! “Apa penjelasan yang abah boleh dapat untuk benda ni?” Serius nada Encik Johan. Nada yang membuatkan Jelita Suria rela untuk tidak mengangkat muka daripada ditoreh tanpa bilah dengan pandangan tajam abahnya. “Sampai nak kahwin… tak menyempat nak habis belajar?” soal Encik Johan, masih dengan nada tingginya. Di saat ini, ingin benar dia mengetahui apa yang tersirat di balik hati anak ...
Ceritaku;Imaginasiku.