Skip to main content

Posts

Tidak ku sangka 2

SEKALI lagi, dirinya menjadi mangsa. Mangsa menerima bungkusan makanan daripada Qaiser. Ah, lelaki itu!             Dikerling ke arah Kamilia, tersenyum pula perempuan seorang ini. Macam tak ada perasaan. Kata peminat? Tapi tak nampak seperti meminati pun.             “Muncung aje kak? Dapat makanan pun muncung ke?” soal Kamilia penuh mengusik.             Anis mencebik. “Apalah yang lelaki tu susah-susah sangat. Aku bukan tak reti nak jaga perut sendiri. Macam aku ini budak-budak pulak…” bebelnya. Serentak juga tangan membuka isi bungkusan. Hampir terjojol biji mata Anis. Biarpun marah, tetapi tekak sudah mula meronta. Siapa yang mampu menolak cempedak goreng sewangi ini? Lalu disuakan ke dalam mulut dan rasanya… ah, manis sekali!             Panjang juga t...

Tidak ku sangka 1

HARI ini hari terakhir peperiksaannya sebagai siswi di universiti. Perasaannya gementar bercampur gembira. Gementar bimbangkan entah bagaimana prestasi pencapaiannya nanti. Gembira memikirkan yang dia sudah boleh pulang ke rumah dan bermanja dengan mak dan abahnya.             Langkah kaki yang laju menuju ke dewan peperiksaan E41 itu serta-merta menjadi perlahan. Jantung yang tadinya berdebar mengenangkan kertas peperiksaan yang bakal diduduki, kini berubah arah angin.             Anas!             Hatinya berbisik gemuruh.             Anas!             Serunya lagi tatkala mata mereka bersatu tanpa sebarang rencana. Dan mata Anas kembali berlabuh di wajah teman yang berkaca mata di hadapan. Hendak t...