Skip to main content

Posts

Husna [1]

“ARGHHH!!!” Jeritan Husna memenuhi ruang biliknya yang turut diiringi alunan kipas berpusing di siling. Mata yang bersaiz sederhana itu makin tajam merenung ke arah komputer riba yang terpasang sejak sejam lalu di hadapannya itu. Apa yang terpapar di skrin, hanyalah imej putih suci mewakili page Microsoft Word yang dibukanya. “Ini kalau dah boleh masak, aku masak jugak buat satay bakaq!” ucapnya lagi. “Boleh aku tau, adakah itu monolog dalaman hang yang terlepas suara secara tidak sengaja?” soal si Hanani yang turut berbaring sama di atas katil dalam bilik itu. Mendengarkan soalan itu, Husna menjadi makin stress ! “Bila masa pulak hang ada dalam bilik ni sekali? Tak nampak pun dari tadi?” soal Husna sedikit menjerit. Rasa tension yang mengambil tempat dalam diri sedari tadi makin memarak bila bebola matanya menangkap visual tubuh Hanani yang terbaring cantik di atas katilnya. Katil itu pula, baru sahaja selepas dikemas rapi dan segala bucu ditarik kemas serta tajam sebenta...

Jangan biar aku pergi 6

Bab 13 MELIHAT wajah si kecil yang nyenyak tidur itu, hatinya terasa berbaur. Baru sekejap tadi abah menyelesaikan pendaftaran bagi anak yang dilahirkan ini. Sesak dada melihat ruangan nama bagi bapa yang kosong tidak berisi. Menitis juga air mata yang ditahan sejak tadi.             Sudah dihuraikan dalam hukum, anak luar nikah dan anak hasil daripada zina tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya. Walaupun si ibu sudah berkahwin dengan lelaki itu, namun anak yang dilahirkan tetap tidak boleh dinasabkan kepada nama bapanya.             Sedih hati mengenangkan itu.             Afi Sani Bin Abdullah.             Nama yang tercatat di sijil kelahiran anaknya. Encik Bohari ada juga menerangkan, dibolehkan untuk anak itu berbinkan nama ibu sendiri, iaitu dirinya....

Jangan biar aku pergi 5

Bab 11 LAMA Hanina termenung menghadap meja makan. Permintaan yang dibangkitkan oleh emaknya bukanlah satu perancangan yang baik bagi menjamin masa hadapan. Dia tidak keliru, jauh sekali buntu. Namun, jawapan yang diberi langsung tidak melekat di hati seorang ibu.             “Nina... dengarlah cakap mak.”             Hanina menggeleng laju. Apa pun yang bakal diucapkan oleh emaknya, dia tidak berniat untuk mempertimbangkan. Langsung tidak!             “Apa salahnya Nina?”             “Nina tak nak.” Mata Hanina memaku di wajah emaknya, Puan Faridah. “Kenapa mak nak sangat tunduk dengan permintaan saudara mak tu? Sangat tak masuk akal! Nek Ngah pun tak setuju, mak tahu kan?” Mata si gadis sudah membulat. Suaranya cuba dikawal.      ...

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.        ...

Jangan biar aku pergi 4

Bab 9 ELOK sahaja dia keluar daripada kawasan perumahan berhampiran pasaraya Giant, ternampak wajah seseorang yang dikenali. Terjenguk-jenguk ke arah jalan seolah menantikan seseorang. Paras rupa yang mirip dengan Anis itu hanya mencambahkan senyuman di wajah. Terus sahaja stereng kereta dipusing dan brek ditekan perlahan sebagai sahaja berada di depan gadis itu.             Wajah Adila berubah riak dan dia nampak dengan jelas. Mungkin disebabkan hari ini dia tidak memandu keretanya seperti biasa, maka gadis itu kelihatan sedikit keliru dengan kemunculan kereta ini secara tiba-tiba.             Cermin kereta diturunkan, senyuman dikuntum lagi.             “Adila, jom! Abang hantar balik...” pelawanya.             Adila menunduk perlahan. Memerhatikan wajah ya...

Jangan biar aku pergi 3

Bab 7 TERASA aneh sekali perasaannya hari ini. Terasa diekori sejak dari tadi. Tapi siapa pula yang nak buat kerja tak berfaedah mengekor dirinya?             Mata itu mula mengerling ke kiri dan ke kanan. Sengaja nak puaskan hati sendiri walaupun terasa juga, ada juga part yang tidak logik dengan andaian mindanya itu.             “Siapa pulak kan yang nak stalk aku. Macamlah kita ni artis!”             Bibir itu tergelak sendiri. Tanpa berlengah, dia meneruskan kerjanya. Menyusun stok baru seperti yang diarahkan oleh penyelia. Dua kotak yang penuh berisi paket susu tepung dibuka. Laju sahaja dia menyusun barang tersebut di rak yang sudah mempamerkan kelopongan di situ. Kalau lambat buat kerja, nanti adalah murai yang hendak menyerang pula.

Jangan biar aku pergi 2

Nota kaki: Jangan terkeliru dengan Anas. Seorang Anas dan seorang lagi Iman Anas. ;) Peace, enjoy your reading, and drop by your comments. Bab 4 CEPAT sungguh berlalu seminggu. Hari ini sudah kembali ke Jumaat lagi satu. Masih bernafas dia di sini. Masih berkudrat memasakkan hidangan untuk anak-anak yang dihantar ke taman asuhan ini.             Jam sudah berdetik ke angka lapan. Tidak mahu membuang masa, Asma terus ke singki. Isi ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk seawal pagi tadi mula dicuci. Mengikut kepada jadual, hidangan yang perlu disediakan hari ini ialah sup ayam. Maka, lebih mudah kerjanya.             Beras sudah dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk nasi. Sekali tekan sahaja, periuk sudah mula menjalankan tugasnya sendiri. Tiada apa yang susah dengan kerja yang dilakukannya kini. Untuk itu, Asma bersyukur. Dia masih mempunyai ruang untuk bekerja tanpa ...