"Suzana. Panggil Ana je!"
Matanya tidak beralih lagi dari
wajah gadis itu. Segarit senyuman sinis dihadiahkan buat insan bernama Suzana
itu.
"Kenapa nak kerja kat
sini?" soalnya lagi.
Suzana pandang saja wajah pemuda
yang sedang menemuduga dirinya di saat ini. ‘Muka kerek gila. Dah la pandang
aku macam tak pernah tengok manusia sebelum ni. Baru keluar dari hutan tropika
ke?’ desis Suzana.
"Hello....miss... kalau nak
berangan, baik tak payah datang. Duduk rumah je, dua puluh empat jam boleh
berangan dengan sewenang-wenangnya..." suara mamat sinis itu kedengaran.
Berdesing telinga Suzana.
"Saya bukan berangan, tapi saya
berfikir!" Eceh....boleh ke jawapan tu?! Ah, bedal ajelah Ana!
"Saya nak kerja kat sini sebab
ada jawatan kosong, kebetulan saya pun tengah cuti semester jadi saya nak
gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Daripada saya duduk berangan di rumah,
baik saya datang bekerja. Dapat isi masa saya dengan benda yang berfaedah."
Mamat itu memandangnya dengan tajam.
Kalau ikutkan hati Suzana, hendak saja dijeling tajam pada mamat sinis tu, tapi
dah dia interview aku.. buatnya aku tak dapat kerja, tak ke haru. Dia perlukan
kerja. Tekadnya dalam hati.
Baik jangan cari pasal. Betul tu Ana....
cool sudah!
"Awak nak kerja kat sini
ke?" soal mamat itu lagi dengan nada yang sinis.
Ek eleh... dah aku datang ni, memang
aku nak kerja la. Apa susah sangat nak faham ni??? Bengangnya aku!!! Tidak
henti-henti, Suzana membentak dalam hati.
"Ya... encik. Saya. Nak. Kerja."
sebutnya satu-satu. Lelaki itu masih seperti tadi. Masih dengan senyuman
sinisnya.
***
"KAU
belajar kat mana? Ambil kos apa?" soal Fiqa teman sekerja Ana. Hari ini
merupakan hari pertama baginya bekerja di sini. Kerjanya tidak susah mana
pun... jadi typist. Tak susah ke??? Juling jugaklah biji mata nak menghadap
komputer tu.
"Aku study dekat sini je,"
balas Ana ringkas sambil tersenyum. Fiqa sudah menjeling tidak puas hati.
"Kau belajar course apa??
Jurutaip," balas Fiqa geram. Dari tadi pagi rasanya dia cuba untuk
berkenal-kenalan dengan Ana dengan lebih rapat, tapi budak seorang ini perahsia
sangat.
Ana ketawa kecil. "Aku belajar
la, course apa pun... kenapa? Kalau kau tau aku belajar kat mana, ambil kursus
apa... baru kau nak kawan dengan aku ke?? Tak penting pun... cukuplah kau tau
yang aku ni Ana yang comel..." sambungnya sambil ketawa. Fiqa sekadar
tersenyum.
'Ana yang comel,' tersentak langkah
kakinya sebentar ketika melintasi ruangan itu. Comel ke dia tu??? Huh!!! tak sedap
pun mata aku memandang.
Dipandang sekilas ke arah gadis
berdua itu. Rancak sembang, tapi rancak juga buat kerja. Kalau nak kenakan si
Ana tu pun tak boleh.. tak ada alasan nanti.
Senyuman sinis muncul kembali. Tak
apa... nanti-nanti. Takkan tak ada hari untuk aku kan???
"Fiqa...." suara garau itu
menyentakkan Ana dan Fiqa. Serentak mereka mengangkat muka. Matanya berlaga.
Senyum sinis tersungging di bibir.
"Alia mana?" soalnya
apabila terpandang meja Alia yang kosong itu.
"Dia ikut encik Bakar ke Segambut."
"Segambut???" dijeling
lagi ke arah Ana.
Ana terus saja memandang skrin
komputer. Renungan yang merimaskan itu tidak dipedulikan. Apahal jeling-jeling
ni??? Sekeh baru padan dengan muka. Dah la asyik tersenyum sinis dengan aku.
"Oh... baru saya teringat.
Semalam saya yang suruh Alia ikut Bakar ke Segambut." Fiqa sekadar
mengangguk mendengar jawapan bosnya itu.
"Ana..." dipanggil Ana
pulak. Ana sudah mendengus kecil.
"Buatkan saya kopi!" Terus
dia menuju masuk ke bilik yang tertulis nama 'Tengku Faisal Tengku Zaid'.
Ana menjeling tajam. "Aku minta
kerja typist. Tak sangka kena jadi tea lady pulakkan..." ujarnya sinis
pada Fiqa.
"Buat jela... dia kan
bos," Fiqa memujuk.
"Bos..." sambung Ana malas
sambil melangkah ke pantry.
***
PINTU
ditutup perlahan. Rumah sunyi. Tak ada siapa-siapa ke? Lantas perlahan dia
mengatur langkah ke tangga.
"Ana..." berdetak jantung
Ana mendengar suara itu. Distatikkan langkah kakinya.
"Pergi mana? Keluar awal pagi,
sekarang baru balik," ucap mama lembut. Ana diam lagi.
"Ana bukan cuti semester ke
sekarang ni? Ana pergi mana, keluar lama-lama ni?" soal mama lagi.
"Ana kerja ma..." perlahan
suara Ana mengetuk gegendang mama. Jelas wajah itu mempamerkan riak terkejut.
"Kerja? Kenapa? Kalau papa
tahu, mesti dia marah Ana..." luah mama yang sudah risau.
"Ana tak nak bergantung pada
siapa-siapa ma... Ana bukan anak papa pun," ujarnya lirih.
"Siapa cakap??? Ana ni... anak
yang mama kandung... Ana anak mama dengan papa... kenapa Ana cakap macam
ni?" soal mama lembut. Ana melemparkan pandangan tepat pada wajah mama.
Pandangan mereka bertaut.
"Ana naik dulu mama..."
Ana tidak sanggup melihat wajah mama yang sayu itu. Sememangnya ini semua
kerana kesalahannya. Kalau diberi peluang, dia tidak akan melukakan hati papa
dan mama. Maafkan Ana. Bukan ini yang Ana pinta, tapi... yang ini juga yang
terjadi.
***
"PAPA... Su ingat nak tukar
keretalah?" rengek Suraya pada papa. Ana diam saja sepanjang di meja
makan.
"Kereta yang kamu pakai ni pun
baru tukar kan... nak tukar apa lagi? Membazir duit je..." sampuk mama.
Suraya sudah menarik muka masam.
"Yang awak risau sangat pasal
duit tu kenapa? Saya yang nak belikan untuk anak saya... biarlah..." papa
menyokong Suraya. Suraya kembali tersenyum lebar.
"Baik abang belikan untuk Ana
je... bukan senang dia nak berulang-alik ke kolej, naik bas je," mama
merungut.
"Ma... Ana pergi dulu,"
terus Ana mencium tangan mama dan berlalu dari situ. Suraya memandangnya dengan
ekor mata sambil tersenyum sinis.
"Dia ke mana?" serius papa
menyoal.
"Dia ke mana-mana je bang. Tak
payah risau... dia lagi pandai jaga diri dari anak abang ni..." sindir
mama. Tersirap darah Suraya. Mama ni kenapa suka sangat sokong si Ana tu??!!
***
Gadis yang bertudung ungu lembut itu
diperhatikannya dari tadi. Tekunnya dia buat kerja! Tak ambil tahu hal keliling
ke? Kerja apa sangat yang dia ada hari ni? Oh, terlupa.. aku dah longgokkan
se-tan file untuk di recheck typing error. Tapi, macam ada yang tak kena la
kalau tak ganggu hidup si Ana ni... kepala dah mula bertanduk. Sengih panjang
sudah mula menghiasi bibir.
Interkom ditekan. "Ana...
coffee please."
Senyuman menghiasi bibir saat
melihat wajah yang muncung itu bergerak menuju ke pantry. Puas hati aku!
Deringan telefon bimbit mematikan
konsentrasinya. 'Suraya' tertera di skrin. Keluhan kecil dilepaskan. Rimas
dengan anak kawan papa seorang ni.
"Hello," jawabnya malas.
"Buat apa sayang?" soal
orang di hujung sana manja.
"Kerjalah. Time office kan...
macam tak tahu pulak!" balas Faisal mendatar. Sesungguhnya dia rimas!
"Yeke... baru ingat nak ajak
keluar. Pergi shopping jom?" alahai minah ni... dah aku cakap kerja,
diajak shopping pulak. Tak faham betul aku...
"I kerja la.. nak shopping
macam mana? Next time jela..." balasnya malas.
"I got works to do...
bye!" terus talian dimatikan.
Pintu diketuk. Tuk!Tuk!Tuk!
"Masuk," wajah Ana
menjengah bilik. Mukanya tidak semuncung tadi. Seperti biasa, Ana akan
disajikan dengan senyuman sinis oleh jejaka di kerusi depannya itu.
"Ada apa-apa lagi encik?" soal
Ana malas.
"Tak ada apa dah!"
Mendengarkan jawapan itu Ana sudah
mula melangkah ke pintu.
"Ana...." namanya
dipanggil. Ana mendengus kecil. I bet, mesti dia cakap tak ada apa-apa,
desisnya dalam hati.
Ana berkalih memandang muka Faisal.
Faisal tersenyum sinis.
"Nothing..."
Ana sudah mengetap bibir. See...
told ya! Meluat betul! Dengan perasaan geram Ana berpaling semula hendak
melangkah ke pintu.
"Ana..." lagi sekali
namanya dilaung.
"Ada apa Tengku?" tekan
Ana geram. Faisal tertawa.
"Nice clothes." Ana
terdiam. Dipandang ke arah baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Baju
berlatarkan putih dengan bunga-bunga ungu kecil. Dipadankan dengan tudung rona
yang sama. Nice???
"Thanks..." ucap Ana tanpa
segarit senyuman dan berlalu keluar dari bilik Faisal.
Membulat biji mata Faisal. Aku puji
sikit punya ikhlas, ada ke jawab macam tu! Tak puji baru tau! Eleh, Faisal...
macam la si Ana tu kempunan sangat nak dengar pujian dari kau. Berlagak macho
je lebih.
Rasanya, sejak Ana kerja di sini
mereka berdua memang tak pernah ada perbualan yang menyenangkan. Sama ada Ana
memuncung panjang dan dia tersenyum sinis. Rasa macam tak sah pulak bila tak
kenakan Ana. Motif, tak ada apa. Saja sebenarnya. Dia tersenyum sendiri.
Sementara itu, di luar bilik Faisal.
"Bos kau tu Fiqa... dah hilang
skru kot. Tersenyum-senyum sendiri je aku tengok dari tadi..." ujar Ana
pada Fiqa. Namun mata masih statik di skrin komputer. Keadaan senyap. Tiada
balasan dari Fiqa.
"Fi..." Ana mengalihkan
pandangan. Statik terus mulut daripada nak berkata-kata lebih lanjut. Patut
senyap. Tak sempat nak reply or komen apa-apa, dah ada orang kat sebelah.
"Ana." Dia dah panggil
dah. Ana dengan berat hati mengalihkan wajah. Mata dilarikan ke arah lain. Tak
nak tengok senyum sinis di bibir Faisal.
"Ada nak kutuk-kutuk lagi ke?"
aiseyman, sindir punya pedas. Tapi mana ada aku kutuk dia. Cakap dia hilang
skru je kot. Termasuk dalam kategori kutuk ke? Ana mendiamkan diri. Malas nak
layan mamat yang tengah senyum sinis bangga tepi Fiqa tu.
"Ana..." panggil Faisal
lagi. Ana sekadar menggeleng. Nanti aku buka mulut lagi, makin melebar pula
senyum sinis dia tu. Baik diam, itu yang terbaik.
Faisal pandang tidak berkutik. Eh,
eh! Ana dah insaf. Dah tak balas-balas cakap aku. Takkan dah boring kot. Baru
sebulan je. Masalahnya, aku boring kalau tak cari pasal dengan dia. Pelik
betul. Datang ofis, semata-mata bersemangat nak cari pasal dengan si Ana ni. Bibirnya
terus tersenyum.
***
"Kau buat apa kat sini???"
kasar dia menyoal. Mata tu kalau boleh, nak buka seluas-luasnya. Macam nak
terkeluar biji mata tengok si Ana duduk dalam pejabat ni.
Ana melemparkan pandangan ke arah
lain. Malas nak layan orang gila kena sawan!
"Hei!!!" marahnya. "Aku
tanya kan... tak reti-reti nak jawab!" geram dengan Ana yang bersikap
selamba di hadapannya. Ana pandang Suraya atas bawah.
Aku tengah bersabar, dia datang cari
hal. Karang, ada yang berlebam biji mata, jangan nak mengadu lebih-lebih kat
papa kesayangan dia tu. Bisik Ana cuba menenangkan hatinya sendiri.
"Hei Ana!!!" sekali lagi
naik suara Suraya.
Ana menggenggam tangannya kuat-kuat.
Sabarlah duhai tangan. Walaupun kau teringin sangat nak merayap kat muka dia
pun, jangan kat sini. Never! Sabar Ana...sabar separuh daripada iman.
Matanya mencerun memandang wajah
Suraya. Tajam pandangan itu menikam. Sehingga kecut perut Suraya melihat wajah
bengis itu.
"Sebelum apa-apa yang teruk
jadi kat sini, aku nak kau hilang dari pandangan mata aku," serius nada
suara Ana. Suraya telan liur. Gulp! Tapi, mana boleh dia mengalah dengan si Ana
ni... takkan sama sekali.
"Kau..." tangannya dah
menuding ke wajah Ana.
"Su... Ana... kenapa ni?"
Dah muncul dah pak cik sibuk, desis
Ana. Dilihatnya aksi Suraya terus berubah 360 darjah. Meliuk lentok. Manja
semacam dengan Faisal. Pakwe dia kot. Malas aku nak layan.
"Dia ni lah...cari pasal dengan
I," adu Suraya. Ana sudah menjegilkan biji mata. Ewah-ewah. Sesedap mulut
dia. Nak kena basuh dengan clorox agaknya. Tak pun petrol..eh, tak payah
membazir. Clorox sudah. Murah sikit.
"Ana..." mendatar nada
suara Faisal menyebut nama Ana. Meminta penjelasan.
"You kenapa nak tanya-tanya kat
dia ni. Tak percaya cakap I?" Suraya dah merengek manja. Ana dah terasa
geli-geleman yang amat. Aduh, ampun. Aku tak mengaku ni adik aku.... memalukan kaum
je. Meliuk lintuk dengan laki, ingat bagus sangat lah tu. Diperhatikan tangan
Suraya memeluk erat lengan Faisal. Dengan tubuh yang sudah bergesel-gesel
dengan lelaki itu. Okey, ini sudah melampau! Macam orang tak reti hukum. Dah la
dengan pakaian entah apa-apa. Dah tegur sampai sakit anak tekak, tak pernah si
minah gedik ni tunjukkan tanda-tanda nak berubah. Kalau tak fikir adik.. aku
malas nak layan. Tapi, dah ada perkongsian darah.. So, memang nak kena tegur
juga.
"Kau lepaskan tangan dia
sekarang!," ucap Ana tegas. Tajam matanya menikam wajah Suraya. Suraya
terkejut, Faisal lagi terkejut.
"Suka hati akulah!," balas
Suraya angkuh. "Ana, kenapa nak marah-marah ni!," Faisal pun dah
masuk campur dengan cubaan nak berlembut dengan Ana.
"Kau diam! Jangan nak masuk
campur hal kami!," sedas kata-kata yang dilemparkan kepada Faisal.
Terkejut Faisal melihat reaksi Ana.
Ana bergerak menghampiri Suraya.
Suraya dah kecut perut. Tapi diberanikan juga diri. Mana boleh kalah dengan
Ana. "Kau nak lepas elok-elok, atau kau nak aku lempang kau kat
sini?," serius raut wajah Ana.
"Berani kau nak lempang aku.
Aku takkan lepas," Suraya masih lagi bermain dengan api. Wajah Ana yang
merah padam menikam pandangan matanya. Jantung dah berdegup kencang. Takut!
PANG!!!! Tanpa menunggu, tangan Ana
dah sedap landing atas pipi Suraya. Mata Suraya dah berkaca-kaca. Pedih.
"Ana!!!," Faisal terkejut.
"Anak tak tau malu. Memalukan
mama dengan papa je... tau nak keluar foya-foya dengan laki, menghabiskan harta
mama dengan papa. Study semua entah ke mana. Sosial tak ingat hukum Allah! Kau
ingat bagus sangatlah perangai macam tu!," Ana menghamburkan segala
kemarahan di situ. Dia tidak peduli dengan pandangan pelik yang diterima.
Mulut Suraya terkumat-kamit ingin
mengucapkan sesuatu.
"Bagus lagi dari kau yang dah
hilang dara!," Ana terpana. Terkaku di situ. Suraya tersenyum puas. Sakit
yang dirasa terasa ringan bila mana dapat sakitkan hati Ana. "Kau bertutup
bagai macam ni, ingat baiklah. Aku yang terbuka sana-sini, kira jahatlah. Sejahat-jahat
aku, aku tak pernah buat kerja terkutuk tu... tak macam kau... Kotor!!!,"
ucapnya tanpa perasaan.
"Kalau tak tahu apa-apa, baik
kau jangan cakap!," hanya itu yang diucapkan Ana. Sakit yang dahulu
diungkit kembali. Luka yang hampir sembuh, ditoreh kembali. Ditahan air mata
yang dah bertakung di tubir mata. Sakit! Ana terduduk di situ. Malu dan sakit!
Faisal terpinga-pinga dengan keadaan
yang berlaku. Apa semua ni. Dia tak faham.
"Jom .. jangan dilayan
perempuan gila ni!," terus saja ditarik tangan Faisal keluar dari bangunan
tersebut. Faisal masih lagi berpaling melihat Ana walaupun kakinya menonong
mengikut langkah Suraya. Ana!
"Ana....," bahu Ana
disentuh lembut. Ana mengangkat muka. Wajah Fiqa terlayar di ruang mata. Habis
lencun muka Ana dengan air mata. Fiqa pandang Ana dengan pandangan yang sayu.
"Aku kotor Fiqa!," ucapnya
pedih.
"Ana....," seru Fiqa
perlahan. "come...," Ana diraih dalam pelukannya. Bergetar bahu Ana
menahan tangisan. Biarpun tidak tahu mengenai kisah silam Ana, tapi dapat
dirasakan bebanan yang ditanggung oleh Ana amat perit.
"Fiqa... aku kotor Fiqa tapi
aku tak pernah rela... tak pernah aku terfikir nak buat benda terkutuk tu...
aku tak pernah rela tangan yang tak halal tu sentuh aku... aku...," dia
menghambur segala yang berbuku di hati. Sakitnya menanggung penghinaan yang tak
pernah lupus.
"Syhhh...kau tenangkan fikiran.
Jangan fikir sangat," ditepuk bahu Ana perlahan seolah ibu mendodoikan
anaknya. Ana menangis tanpa henti.
******
"Siapa dia tu untuk you?,"
soal Faisal ingin tahu. Suraya dah tayang muka tak puas hati. Dari tadi asyik
sebut Ana! Ana! Ana! Bosan!
"Tak perlu tahu la... makan
cukup!," balasnya rimas. Dalam hati sedikit pun dia tak terasa terkilan
sebab dah aibkan maruah kakak sendiri. Biar padan muka dia. Dia ingat selama
ni, semuanya dia je yang lebih. Sekarang ni, aku dah buktikan aku yang lebih
semuanya.
"I nak tahu juga!,"
balasnya keras. Otak dah tak boleh berfikir melainkan kalau dia tahu lebih
lanjut tentang Ana. Ana...
Suraya dah menjeling geram.
Dihentakkan sudu dan garpu. Geram dengan Faisal yang tidak mengendahkannya.
Dari keluar ofis sampai masuk restoran ni, mulutnya tak berhenti sesaat pun nak
bertanya lebih-lebih pasal Ana. Dah la selalu mengelak je tiap kali aku nak
jumpa dia, dah dapat jumpa, mulut tak henti-henti nak tanya pasal si Ana tu.
Menyampah!
"Kakak saya! Puas!,"
balasnya geram. Terbuntang biji mata Faisal.
"You malukan kakak you sendiri
dalam ofis I?," soal Faisal tidak percaya. Di wajah Suraya tidak terpalit
sedikit pun rasa bersalah. Suraya mencebik.
"Dia tampar I, boleh pulak
kan...," balasnya selamba. Malasnya. rimasnya kalau apa-apa yang
dibangkitkan berkait dengan Ana. Benci betul dengan perempuan tu.
"You yang cari pasal dengan dia
kan?," Faisal mula membela Ana. Setahunya Ana bukanlah sengaja akan cari
pasal dengan orang. Dah dekat dua bulan Ana berkerja di bawah pantauannya, dia
amat memahami sikap gadis itu. Suraya semakin geram. Diketap bibirnya
kuat-kuat.
"You pun nak jadi penyokong Ana
pulak sekarang!," pekiknya. Mukanya merah padam mengepung marah. Kenapa
setiap yang berkaitan dengan dia akan ada hubung kait dengan Ana.
"Patutnya you buang je pekerja
macam dia tu! Jijik I pandang dia...," selamba sahaja dia menuturkan kata.
Faisal dah mencerun pandangan pada Suraya.
"Jijik? You cakap jijik kat
kakak sendiri!" Faisal tidak berpuas hati. Apa punya adik ni, kutuk pasal
akak sendiri depan aku. Even dia tak ada la suka sangat nak ambil tahu pasal
Ana tu.... tapi, takkan dia dapat terima kutukan pasal orang tu.
"You nak dengar cerita ke?"
soal Suraya malas. "Cerita pasal staf you tu...merangkap anak kesayangan
mama I!" ucapnya lagi dengan nada yang paling menyampah. Faisal mendiamkan
diri. Tidak mahu bercakap lebih-lebih. Kalau nak cerita, cerita. Kalau tak nak sudah!
"Papa dengan mama memang sangat
sayangkan Ana. Dia anak emas keluarga tau. Pandai, cantik, baik, sopan
santun... dah segala-gala plus point memang akan ditujukan untuk dia pun..."
Suraya sudah mencebik. Kenapa aku buka cerita yang memualkan tekak aku sendiri.
Faisal sekadar menadah telinga
mendengar. Maknanya... Suzana Shahir. Suzana anak Dato' Shahir. Anak kawan baik
papa! Macam mana aku boleh tak kenal dia. Dan lagi satu... cantik ke dia?
"Ana memang budak smart. So,
dapat offer oversea. Mama dengan papa tak bagi, sebab tak nak berpisah dengan
dia. Semua yang mama dan papa fikir, pasal Ana je!!!! Semuanya Ana!Ana! Ana!"
bentak Suraya.
Kes cemburu la ni, fikir Faisal.
Sebenarnya umur Ana berapa ya sekarang? Tiba-tiba pula terfikir. Sebelum ini, tak
pernah nak ambil tahu pasal detail Ana.
"Dia tu, anak yang tak reti nak
jaga kepercayaan yang mama dan papa bagi pada dia, dah masuk universiti, buat
onar dengan jantan mana entah! Sejak tu, baru papa sedar. Anak yang dia sanjung
sangat tu, bukan boleh harap pun!"
Faisal dapat menangkap riak puas di
wajah Suraya.
"You suka kalau kakak you
dipulaukan dari keluarga?" soal Faisal sekadar berbasa-basi.
"Suka. Suka sangat! Kalau kena
halau terus pun, I lagi suka," ucapnya tanpa berselindung. Suraya tersenyum
puas. Namun jawapan itu membuatkan riak wajah Faisal berubah. Suraya penuh
dengan hasad dengki dengan kakak sendiri. Dia menghadiahkan senyuman hambar
buat Suraya yang kelihatan ceria selepas mewar-warkan cerita sadis Ana.
*****
"Kenapa?" suara Faisal
memenuhi ruang bilik itu. Rasanya baru cukup dua bulan Ana di sini, masih ada
beberapa minggu kontraknya nak habis. Dilihatnya Ana tertunduk menekur lantai.
Ana...
Ana dah berubah menjadi pendiam.
Sejak seminggu yang lalu, Ana langsung tidak menyapanya. Sekadar menjawab yang
perlu dan menjalankan segala yang disuruh. Dan hari ini, dia bagi notis 24 jam.
"Awak ada lagi a couple of
weeks…" ucap Faisal. Ana perlahan-lahan angkat muka. Mata Faisal singgah
di ruang matanya. Dia tidak punya kekuatan untuk melihat sesiapa pun. Kekuatan
yang dia ada selama ini dah dirobohkan. Dia tidak kuat. Dia pengecut. Kisahnya
yang sadis dah sampai ke telinga Faisal, bosnya sendiri. Dia malu. Dia cuba
berlagak biasa dan orang sekeliling juga tidak berkata apa-apa. Tetapi, hatinya
hanya tuhan saja yang mengerti. Malunya bertimpa-timpa.
"Saya tak mampu..."
ucapnya lirih. Dia benar-benar tidak mampu!
"Kami ada sakitkan hati awak ke
Ana..." Faisal masih lagi memujuk. Matanya tepat memandang ke anak mata
Ana yang berkaca-kaca. Sayu sekali pandangan itu. Ana tertunduk sendiri.
"Saya tak boleh teruskan,
walaupun untuk sehari..." ucap Ana lagi.
"Kenapa tak berhenti dari hari
tu?" Faisal sudah mula menyoal dengan lagak pegawai FBI. Dia bangun dan
bergerak menghampiri Ana.
Ana tertunduk lagi. Kenapa aku jadi
macam ni? Mana hilangnya semangat yang aku bawa selama ni? Ana, wake up!
Faisal sedang elok bersandar di meja
sambil membiarkan matanya singgah di laman wajah Ana. Cantik ke dia ni?
Teringat pada kata-kata Suraya, Ana cantik. Matanya meneliti dari alis mata,
mata, hidung, bibir. Cantik? Ana masih tidak menala pandangan ke wajahnya.
Perlahan Faisal mengangkat tangan, dengan beraninya dia menarik keluar kaca
mata yang terletak elok di wajah Ana.
Ana terkejut. "Apa ni encik?"
marahnya. Matanya jelas menangkap wajah Faisal yang tersenyum nipis.
"Awak ni memang specky ke?"
soalan Faisal dah terpesong jauh. Ana menjeling tajam. Aku datang nak hantar
surat. That's it! Ini dah lebih, suka-suka hati dia saja tarik-tarik speck aku.
Faisal tersenyum panjang. Wajah Ana
dah kembali muncung. Muncung yang hilang dari minggu lepas. "Ana...
jawablah," Faisal bersuara lembut.
Kelu lidah Ana. Apasal mamat
sarkastik ni jadi baik semacam hari ni.
“Ana…”
"Tak!" jawabnya keras.
Mata Faisal masih mendarat di wajah
Ana. No wonder lah, adik awak cemburu sakan! I need to admit it. Dengan spek
yang tebal macam Betty, sesiapa pun boleh nampak lain.
"Jom ikut saya!" ajak
Faisal. Ana merenungnya tajam. Jawapan yang aku nak, belum dapat lagi.
"Saya tak nak ikut ke
mana-mana. Saya nak tau, apa jawapan encik Faisal," suaranya tegas. Faisal
tersenyum nipis.
"Saya terima...jangan risau,
tapi dengan syarat..." ucapnya meleret. Ana mengangkat kening bertanya.
"Jom, pergi date," selamba Faisal mengajak. Bulat biji mata Ana.
Namun, sekejap cuma wajah yang serius itu bertukar sayu.
"Encik Faisal pun dah anggap
saya murah sangat kan! Kenapa sebagai syarat nak berhenti kerja, saya kena
spend time saya dengan seorang lelaki."
Faisal menjadi serba salah mendengar
ucapan Ana, dia tidak bermaksud macam tu.
"Ana... sorry, saya tak
bermaksud macam tu. Saya cuma nak treat awak, for the last time... please,
jangan salah faham," ucapnya bersungguh-sungguh. Dia tidaklah sekeji itu
sehingga hendak menggunakan Ana untuk kepuasan diri sendiri. Ana merenung ke
dalam anak mata Faisal, cuba mencari keikhlasan. Faisal mengangguk yakin.
*****
"Makan banyak sikit, saya
belanja kan..." Faisal kelihatan ceria. Ana hanya mendiamkan diri.
Menjawab bila perlu saja. Entah angin apa yang datang, beria nak belanja makan
pula.
"Awak study dekat mana Ana?
Ambil kos apa? Lagi berapa tahun study?" Faisal cuba beramah mesra dan
terlebih-lebih mesra la pulak hari ni. Kenapa yang aku baik sangat dengan Ana
hari ni? Entah lah... kesian pulak tengok muka dia yang monyok sejak seminggu
lepas. Dan... rindu jugak nak tengok muncung dia, setiap kali aku cari pasal.
"Kolej area sini je…"
bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Faisal, sepatah je dijawab. Faisal
tersenyum cuma. Nak beramah mesra tak kena tempat kot aku ni.
"Hey, Fai..." Faisal angkat
muka. Terus bibirnya mengukir senyuman. Terpampang wajah Reza di hadapannya.
"Lama tak jumpa, sihat?," soal Reza sambil bersalaman dengan Faisal.
"Kau sorang je ke?," Reza
mengangguk kecil. Pandangan Reza beralih pada gadis semeja dengan Faisal yang
tertunduk memandang pinggan. "Tak nak kenalkan? Special friend ke?,"
sempat Reza mengusik dengan senyuman manis. Namun saat pandangan matanya
bertemu dengan mata gadis itu. Bibirnya terus kaku. Ana!
Lama mereka bertatapan sehingga
Faisal berdehem kecil melihat aksi kedua insan yang pegun secara tiba-tiba di
hadapannya. Reza kembali mengalih pandang pada wajah Faisal. Ana juga kembali
tertunduk.
"Awek kau ke?" soal Reza
bersahaja namun ia kedengaran sangat sinis di pendengaran Ana. Hatinya kembali
pedih. Kenangan yang hendak dibuang semakin menyeksakan jiwanya. Kenapa setelah
rahsianya terbongkar dan kini dia harus dipertemukan kembali dengan Reza pula?
Hatinya makin sakit tetapi dia cuba bertahan.
Senyuman Faisal nyata tidak
menyenangkan hati Reza. Wajahnya kembali merenung Ana yang lebih senang
menghadap pinggannya. Begitu mudah gadis itu mendapatkan pengganti? Ah! Gadis
seperti Ana... susah apa nak cari lelaki. Berikan saja sedikit 'habuan', pasti
segalanya berjalan lancar. Macam Ana tak ada pengalaman sebelum ini. Kutuknya
dalam hati. Bayangan peristiwa 5 tahun sudah kembali berlayar dalam mindanya.
Perasaan marah dan geram berpadu buat insan yang bernama Suzana.
"Kau kenal Ana ke?" soalan
Faisal dibiarkan sepi tanpa jawapan. Matanya tidak sudah-sudah berlayar di
wajah Ana. Dia masih seperti dulu. Aku rindukan dia tapi... semuanya dah tak
berguna lagi. Ana sudah menghancurkan kepercayaan yang diberi.
"Kau orang nak pergi mana lepas
ni?" soal Reza dengan mood yang sengaja diceriakan.
Pandangan Faisal tertancap pada Ana
yang membatukan diri di antara mereka. Sudahlah makanan di pinggan langsung
tidak dijamah gadis itu.
"Ana..." belum sempat
Faisal meneruskan kata Ana sudah lebih dulu memintasnya.
"Saya nak balik!" ucap Ana
tegas. Bukan meminta izin tetapi memberi kenyataan. Faisal terpinga. Ana
kelihatan angin secara tiba-tiba.
"Saya hantar."
"Tak payah! Saya tahu jalan
balik sendiri. Terima kasih Encik Faisal untuk makanan ni... dan terima kasih
sebab sudi menggajikan saya selama tiga bulan ni. Saya balik dulu.
Assalamualaikum." Tanpa sedikit pun menoleh ke arah Reza, Ana begitu
pantas mengaturkan langkahnya. Faisal terkedu sendiri. Reza berubah terus riak
di wajahnya. Matanya menemani setiap langkah Ana hingga ke luar pintu restoran.
"What's wrong with her? Kau
bergaduh dengan dia ke?” sengaja Reza menyoal. Hatinya begitu membuak-buak
untuk mengetahui status Ana dengan Faisal. Benarkah mereka kekasih seperti yang
diandaikannya. Ah!!! Kenapa aku masih nak ambil tahu tentang perempuan itu.
Aku masih sayang… sahut hati Reza.
“Entahlah… Ana…” mata Faisal ikut
sekali dengan langkah Ana yang sudah hilang dari pandangan mata. Kenapa?
Hatinya menjadi tidak senang dengan reaksi Ana. Marahkah gadis itu?
Aku ingin sekali memujuk hati yang
dingin itu… sambung hati Faisal.
****
WAJAHNYA
disembamkan pada katil bercadar hijau pucuk pisang bercorak flora itu. Air mata
yang ditahan sejak dari tadi, akhirnya tumpah juga membasahi pipi. Hatinya
makin tertikam. Pandangan itu masih mendebarkan hatinya. Sama seperti dulu.
Tiada yang berubah. Masih sama!
“Kenapa Ana sanggup buat Reza macam
ni?!” tengkingan itu masih segar dalam minda. Di saat itu, dia sendiri terasa
hendak lenyap terus dari muka bumi ini. Dengan keadaan dirinya yang sudah tidak
suci bercampur dengan tuduhan Reza yang meletakkan kesalahan di pundaknya,
hanya membuatkan hatinya terluka. Hilang sudah kepercayaan lelaki itu ke atas
dirinya.
“Ana tak tahu!”
“Tipulah Ana… takkan Ana tak tahu,
sedangkan lelaki tu pun keluar dari bilik Ana.” Tuduhan Reza membuatkan Ana
terasa sesak.
Air matanya mengalir terus. Dia
benar-benar tidak tahu. Siapa lelaki itu? Kenapa dia begitu tega meragut
kesucian diri aku? Apa dosa yang aku lakukan pada dia? Hati Ana sudah merintih
pilu.
“Ana tak salah… Ana betul-betul tak
tahu!” dalam pada dirinya masih terkesan dengan perbuatan tidak bermoral itu,
dia masih hendak mempertahankan tentang kebenaran kejadian yang telah pun
berlaku. Dia benar-benar tidak mengenali lelaki yang didakwa keluar dari
biliknya.
“Ana dah hancurkan kepercayaan Reza!
Jadi betullah selama ni apa yang Reza dengar tentang Ana...” luahan bibir Reza
membuatkan Ana terkaku. Apa yang didengar oleh Reza tentang dirinya?
“Ana…” baru saja dia hendak membuka
mulut untuk berbicara. Pantas lagi Reza memotong ayatnya.
“Biarlah semuanya berakhir di sini!”
“Reza!!!” tangisan Ana sudah makin
lebat. Segalanya sudah berakhir? Segala impian cinta mereka sudah musnah?
Seakan terbayang di ruang mata, lamaran Reza untuk menyunting dirinya menjadi
suri hidup lelaki itu. Apakah semuanya… berakhir?
“Reza sayangkan Ana… sangat
sayangkan Ana… tapi Ana…” dengan kata-kata itu, Reza sudah berlalu. Jauh
melangkah meninggalkan Ana sendiri menghadapi kesepian hidup. Tomahan dan
tuduhan menghiasi kehidupannya. Hancur luluh hati saat papa melayangkan
tamparan hebat ke pipinya.
Detik itu, Ana sudah kehilangan
segalanya. Kepercayaan. Harga diri. Insan yang disayangi sepenuh hati. Mujur
dia masih ada mama yang sentiasa memberi sokongan moral padanya. Mama…
Usapan lembut di kepala membuatkan
Ana tersentak. Wajahnya yang basah dengan air mata, dikalihkan dengan segera
daripada terkesan pada pandangan mama.
“Kenapa Ana? Kenapa Ana menangis?”
soalan mama yang bernada sayu itu membuatkan hati Ana semakin hiba. Dia tidak
pernah berkongsi rasa luka yang pernah dialami selama ini. Dipendamkan saja
semuanya menjadi debu dalam hati. Tidak pernah disangka, segala luka akan segar
kembali. Membuatkan hatinya kembali merintih.
“Ana tak berguna mama…” ucapnya
perlahan. Lemah terasa mencengkam seluruh badan. “Ana tak berguna sebab
memalukan mama dan papa… Ana tak berguna sebab tak pandai jaga maruah keluarga.
Ana tak berguna sebab tak pandai jaga kepercayaan insan yang sayangkan diri
Ana… Ana ni anak yang tak berguna mama…” Ana terus berkata-kata tanpa noktah.
Air mata mengalir seiring dengan bicara.
“Ana!” tegur mama tidak senang.
“Mama percayakan anak mama… walau apapun yang telah terjadi, mama sentiasa
percayakan Ana… anak mama tak bersalah!”
“Kenapa mama percayakan Ana?” dalam
tangisan, Ana menyoal. Kenapa saat semua manusia membuangnya ke tepi, masih ada
insan yang menerima dirinya. Mama!
“Mama kenal anak mama… lebih pada
orang lain.” Cukup ayat itu. Cukup sebaris kata itu untuk meredakan hati Ana
yang sudah dibanjiri pilu. Itu sudah cukup buat masa ini.
*****
SEAWAL
pagi lagi Reza sudah terpacak di depan pejabat Faisal. Perasaan ingin tahu
sudah tidak dapat dibendung. Dia ingin mengetahui segalanya tentang Ana.
Langkah mula diatur memasuki ruang pejabat berlatar dinding berwarna biru itu.
Tenangnya hanya di luaran. Sedangkan dalaman sudah berkecamuk. Semenjak
bertentang mata dengan Ana, dia sudah tidak dapat mengawal debaran dalam
hatinya. Dipisahkan dengan jarak masa yang lama nyata tidak mengubah perasaannya
pada Ana walaupun gadis itu tidak menghargai cinta yang telah diberikan pada
satu ketika dulu.
“Encik Faisal ada di dalam…” maklum
Fiqa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pemuda bernama Reza ini.
“Hah… mimpi apa kau, pagi-pagi dah
datang ke sini?” teguran suara Faisal membuatkan Reza pantas berpaling. Wajah
kacak Faisal ditatap lama sebelum hembusan nafas dilepaskan perlahan-lahan.
“Saja… nak ajak kau berbual.” Dalih
Reza. Sedangkan agenda kedatangannya bukan itu.
Faisal ketawa. “Jomlah… aku nak
pergi breakfast ni, join sekali?”
“Bolehlah…” akur Reza. Biarlah di
mana pun, yang penting dia dapat mengumpulkan maklumat yang dia mahu.
“Err… Ana?” tersentak Reza mendengar
nama yang meniti bibir Faisal. Matanya terus tertancap pada susuk tubuh yang
sedang berdiri berhadapan dengan Faisal. Raut wajah yang dahulu sering
tersenyum riang, kini begitu serius di ruang matanya. Dan ada sesuatu yang
pelik di wajah Ana. Specky? Lain pula raut wajah Ana dengan sepasang kaca mata
berbingkai tebal itu. Sungguh aneh dan berbeza.
“Maaf Encik Faisal… ada barang saya
yang tertinggal. Boleh saya minta izin nak kemaskan apa yang patut…” Ana
bersuara. Sedikit pun dia tidak mengalihkan wajah pada insan yang turut berada
di sisi Faisal.
Faisal sudah tersenyum riang. Hatinya
sangat gembira dengan kehadiran Ana. Sangkanya, semalam adalah kali terakhir
mereka bersua. Nampaknya tidak. Dia akan pastikan, tidak terlepas walau
selangkah jejak Ana.
“Mestilah boleh… awak masih pekerja
saya. Lepas ni, setiap kali cuti… awak boleh datang kerja dekat sini. Tempat
tu, saya reserve untuk awak…” ceria nada Faisal menuturkan kata.
Dahi Ana berkerut. Nada Faisal itu
hanya membuatkan dia terpinga. Apa yang sudah jadi dengan lelaki sarkastik ini?
“Tak perlu. Saya dah berhenti… lepas
ni, tak mungkin saya datang kerja di sini lagi. Terima kasih.” Tegas dan serius
Ana berkata. Tanpa menunggu lama, dia sudah berlalu ke mejanya. Mengemas apa
yang patut.
“Ana…” ketukan di meja membuatkan
pergerakan Ana terbantut. Wajah Faisal muncul lagi. Ana mengeluh.
“Ada apa Encik Faisal? Jangan
risaulah… saya takkan curi barang dalam office ni!” ucap Ana geram. Namun
Faisal tersengih terus.
“Kalau awak curi… lagi bagus!”
balasnya bersahaja.
Ana menjeling. Pelik pula pak cik
seorang ni.
“Tak apalah Encik Faisal… saya masih
ingat hukum dosa dan pahala.”
Jawapan dari bibir Ana membuatkan
Reza mencebik. Hukum dosa dan pahala? Ana? Seakan tidak dapat diterima oleh
akal warasnya.
******
“ANA tu macam mana?”
Pertanyaan Reza itu membuatkan
suapan Faisal terhenti. Perlahan-lahan sudu diletakkan pada sisi pinggan.
Bibirnya cuba untuk tersenyum nipis dengan soalan itu walaupun hati sudah dapat
meneka, ada sesuatu yang tidak kena dengan nada yang digunakan oleh Reza.
“Ana… okey. Sangat okey…” jawapan
yang sangat umum dibalas oleh Faisal.
“Okey?”
“Ya… okey. Kenapa? Kau nampak dia
macam tak okey ke?” soal Faisal menduga. Riak Reza berubah kalut seketika.
“Tak adalah… aku cuma tanya. Kau
dengan dia, macam mana? Dah okey?”
Faisal mengerutkan dahi. Tadi Reza
bertanya sama ada Ana okey. Sekarang ini ditanya pula, adakah dia dan Ana okey.
Pelik. “Kau sebenarnya tengah bercakap pasal apa?” soal Faisal terus. Malas
hendak berteka-teki.
“Aku cakap pasal kau dan Ana. Bukan
ke semalam kau berdating dengan dia. She’s not your girl?” sengaja Reza bersoal
begitu. Serentak itu, hatinya sudah mula berdebar sendiri. Gusar pula hendak
menghadapi jawapan dari bibir Faisal. Senyuman di bibir jejaka itu makin
menambahkan gelisah dalam hati.
“Kau rasa dia girl aku…” Faisal
tersenyum kecil. Bayangan wajah Ana sudah mula menghiasi ruang mindanya. Ana…
“Aku pun rasa macam nak jadikan dia, teman hidup aku.”
Reza tergamam. Paluan jantung sudah
tidak menentu. “Maksud kau?”
“Dia tak adalah nak layan lelaki
ikut suka hati. Lagi-lagi aku… pandang sebelah mata pun dia tak sudi.”
“Sebab?” soal Reza yang sudah mula
dihurungi dengan rasa pelik. Ana tak layan lelaki? Peliknya…
Faisal mengeluh. Mungkin sebab dia
terlalu sinis atau Ana yang terlalu berhati-hati dek kerana pengalaman hidup
yang pernah dilalui. Namun untuk menyatakan secara terperinci pada Reza, Faisal
merasakan tidak patut begitu. Maruah diri Ana perlu dijaga. Dia bukanlah keji
sehingga sanggup menjatuhkan maruah seorang gadis yang sudah sedia calar dengan
sejarahnya yang tersendiri.
“Mungkin dia berjaga-jaga.”
“From what?”
Faisal tersenyum. Tenang. Nada Reza
sudah seakan hendak memprovok Ana, sedangkan kenal gadis itu pun tidak.
“Daripada lelaki-lelaki yang tak berguna… yang hanya tahu merosakkan hati
wanita suci macam Ana…”
Reza terdiam. Faisal tersenyum.
Tanpa disedari, ada air mata yang
sedang berlinangan di sudut yang tersorok daripada meja yang diduduki oleh dua
jejaka itu.
*****
“KENAPA
Ana…? Nampak tak tenang aje dari tadi. Ada masalah ke? Cuba cerita dengan
mama…” lembut suara mama mencecah gegendang telinga Ana. Lantas dia mengeluh
kecil. Tahu sangat apa harapan mama. Mama cuma mahu dia berkongsi suka dan duka
dalam kehidupan bersama insan yang telah bersusah-payah melahirkan dirinya. Dia
sedar! Namun terlalu sukar untuk dilakukan satu perkara itu. Berkongsi?! Bukan
mudah bagi dirinya…
“Ana risaukan apa ni?” soal mama
lagi apabila Ana masih berdiam tanpa memberi maklum balas. Wajah Ana yang
mendung itu hanya mengalirkan rasa sayu dalam hatinya. Sebagai ibu, dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi Ana…
“Mama…” perlahan Ana bersuara. Mama
sudah melirik senyuman ikhlas.
“Ya sayang…”
“Ana…” lidah Ana kelu. Dia masih
teragak-agak untuk membuka pekung di dada.
Mama tersenyum. “Tak apa Ana… cerita
bila Ana dah sedia. Mama boleh tunggu.”
Ucapan yang lembut itu membuatkan
Ana terasa sayu. Tanpa menunggu sesaat pun, dia sudah lemaskan diri dalam
pelukan mama. Dia benar-benar kasihkan wanita itu.
“Terima kasih mama sebab sentiasa
percayakan Ana…” ucapnya dengan tangisan.
“Mama kenal anak mama…”
Ana tersenyum sayu. Ayat mama itu
sudah cukup untuk mengubat parut di hatinya.
Namun di balik pintu bilik yang
berwarna coklat itu, sudah ada wajah yang dipalit dengan rasa tidak puas hati.
Suraya sudah mengepal jemarinya. Hatinya makin dihurung dengan amarah. Kenapa
mama masih percayakan perempuan jalang seperti Ana?! Aku benci dia!
*****
MATANYA
tidak mampu untuk dipejam. Fikirannya menerawang jauh. Mengimbau detik-detik
manis yang pernah dirasai. Sesungguhnya semua itu masih utuh dalam fikirannya.
“Ana…” bibirnya mengalun lembut.
“Ya Reza… kenapa call? Dah tak boleh
tunggu esok ke…” tawa Ana sudah mula meniti saluran gegendang. Serentak itu
otak menafsir impuls bahagia yang dirasa. Detik itu. Saat itu. Segalanya masih
segar terasa.
“Reza rindu…” ucapnya lagi. Matanya
tertancap pada bingkai gambar yang masih setia menghiasi ruang mejanya. Gambar
yang sama dan tidak berganti sama sekali. Wajah Ana yang diserikan dengan
senyuman manis berlayar di ruang mata. Manis sungguh wajah itu. Ternyata masih
tiada sebarang cacat cela di wajah itu melainkan penambahan cermin berbingkai
tebal.
“Ana tak salah... Ana betul-betul
tak tahu.”
“Kalau Ana tak salah… kenapa Ana
biarkan lelaki tu ‘makan’ Ana? Reza kecewa dengan Ana…” ucapnya sendiri. Tanpa
sedar, pipinya sudah mula berasa panas. Tangisan yang pernah diluahkan sebaik
sahaja dia memutuskan perhubungan dengan Ana kini kembali lagi. Semuanya untuk
Ana.
Bagaimana dia hendak berlagak biasa?
Hatinya sudah cukup terseksa dengan keputusannya sendiri. Namun kejadian lima
tahun sudah yang masih berbekas di hati seakan menghalang rasa hati.
“Reza…” panggilan serta ketukan di
pintu bilik menyentakkan fikiran Reza. Pandangan sudah beralih. Wajah ibunya
sudah terjengul di muka pintu.
“Dari balik tadi asyik terperap
dalam bilik. Makan pun tak… kenapa ni?” soal ibunya yang sudah melangkah dan melabuhkan
punggung di sisi.
Reza mengeluh kecil. “Ana…” ucapnya
perlahan.
“Perempuan tu! Reza masih ingat lagi
dengan perempuan tak tahu malu tu…!” ibu sudah mula marah. Bengang rasanya bila
bibir anaknya masih mengalunkan nama perempuan seperti Ana. Perempuan tidak
bermaruah! Bentak hatinya marah.
“Reza sayangkan Ana, bu…” nada Reza
masih perlahan dan sayu. Kemarahan serta ketegangan suara ibu seakan tidak
memberi sebarang kesan kepada dirinya.
“Reza sebut nama perempuan tu lagi
dalam rumah ni… ibu tak redha Reza! Ibu tak redha!” marah ibu. Wajahnya yang
lembut tadi, sudah berubah tegang. Sebaris nama itu sudah cukup untuk
membuatkan darahnya mendidih.
“Reza nak kahwin dengan Ana!”
“Reza!!!” suara ibu sudah bergema di
ruang bilik itu. “Reza sedar tak apa yang Reza cakap ni? Dia tu dah tak suci.
Dia dah serahkan tubuh dia pada lelaki lain… Reza nak perempuan macam tu untuk
dibuat bini?”
“Reza dah tak peduli semua tu… Reza
sayangkan Ana… Reza nak Ana dengan Reza sentiasa. Reza dah tak sanggup
kehilangan dia…” serentak dengan itu, air matanya mengalir dengan laju. Dia
tidak menangis untuk meraih simpati ibu tetapi hatinya dengan sendiri menjadi
sayu. Entah kenapa, dia tidak tahu.
Kehilangan Ana? Dia tidak sanggup untuk
menghadapi perkara itu. Tidak untuk sekali lagi.
Ibu pula seakan kaku melihat
tangisan anak terunanya. Tidak sama sekali dia menyangka, Reza masih
mengharapkan kuntum bunga yang sudah tercemar itu. Tidak sama sekali dia
menyangka, permintaan di luar fikiran ini akan disuarakan oleh anaknya.
“Ibu… Reza nak kahwin dengan Ana.
Tolong bu…” rayu Reza.
Ibu terdiam. Tidak mampu berkata
apa-apa. Hatinya langsung tidak rela namun untuk menolak di hadapan Reza,
lidahnya menjadi kelu tiba-tiba.
[bersambung]
p/s: Siapa yang anda akan pilih? Reza atau Faisal?
Terima kasih semua =)
baik ana pilih faisal.. reza pernah tidak percaya kt ana...
ReplyDeleteFaisal la.....Biar ana ngan faisal
ReplyDeleteFaisal
ReplyDeletebetter pilih faisal.....reza je suke tp maknye x ..krg lg sian kt ana....rasa mesti ada yg aniaya ana ni 5 thn dulu.....
ReplyDeletedgn faisal j la...reza 2 buang jauh2..heheheh
ReplyDeletefaisal..
ReplyDeletedengan faisal...buat dia cpt2 dgn faisal tau...hehehehe..
ReplyDeletesy sokong sumer d ats.. faisal yg terbaek utk ana...
ReplyDeleteFaisal !kalau Reza betul2 sayangkan Ana , Reza sepatutnya percayakan Ana . Biar Ana dengan Faisal lah yea :)
ReplyDeletepili faizal.hehe..cepat2 sambung ye kak.
ReplyDeletereza atau faisal...hohoe...nak tau...
ReplyDeleteaaa...
ReplyDeletenape reza ni..
faisal o faisal cepatla
i vote for faisal jgk..sbb :
ReplyDelete1)dh knl lme,berksh syg sgale,tp bile jd perkre mcm tu,tuduh ana mcm xpernah knl lgsg ana tu mcm mne b4 tu
2)kepercyaan pntg dlm satu2 relationship
3)walaupun reza syg ana,tp reza jge manusia..wlaupun die cube try utk trime,tp akn ade jgk mse die ungkit balik perkre yg die sndri percye ana buat tu..di mulut @ sekadar terdetik di hati
4)restu mak ayh penting..mak mertua xberkenan,lg sengsara ana nnt
5)utk trime seseorg yg trime diri kite seadanya,trime baek buruk kte,xpndg mse lepas kite...is betttttteeeerrr dr trime sumone yg kte syg tp pernah meragui kite plus tgglkn kte pd waktu sepatutnye die menjadi tunggak tmpt kte bergntng pd mse kte paling memerlukan
6)saling mencintai xsemestinye bersma..
sekian..hahaha..rse cm nk jwp soklan penulisan spm ^_^
neway,it's ur story,ur choice
cpt smbg cik writer..berdebar nk tau ending..hehe
nk faisal jugak2....akak...betul ke ana da xsuci?ke senanye laki mne2 ntah tu xbuat pape pn...just msuk then keluar blek?kalau mcm tu lg la sy nk faisal yg ngn ana...tp ana mcm msh syg reza la plak...adei
ReplyDeletesaye pun nak faisal dgn ana.
ReplyDeleteINTERESTING...
ReplyDeletebest cite nie...
i think better faisal...
pilih faisal dan bknnya reza...sebab reza x pernah nk percayakan ana masa dia dlm masalah...
ReplyDeletebest2... better pilih faisal then reza yg x mghargai ana time dye ade masalah.. hehe... nice cerpen..
ReplyDeletefaisal
ReplyDeletefaisal... :)
ReplyDeletewah ramai nya komen.. I pn plih faizal..
ReplyDeletepilih faizal la, bagi hero ni menang. lagipun si suraya tu cam tak ngam ngan dia. better lg ana
ReplyDeleteFaisal...=)
ReplyDeletesaya cuma nk happy ending je untuk ana nanti. cepat2 sambung tau, tk sabar ni (chah)
ReplyDeletetgk2 suraya punya kerja upah org wat kakak dia camtu sbb dengki punya psl... jeng3 (pandai2 plak wat cite kan kan... ngehehehehe) cpt sambung yea.....
ReplyDeleteFaisal....lah yer...:)
ReplyDeletehahaha...stju dgn panda_chomot.... faisal pls.....hehe;)
ReplyDeletesaya pilih Faisal.
ReplyDeletealamak rasa kesian kat reza, 2 2 masih cinta tu. er tak tau nak pilih sapa sebenarnya..ok nak baca yg next plk..thanks ya
ReplyDeleterepeat again for this st0ry..jalan cerita yg x membosankan..penulisan ok not bad..ada part2..s0, g0 n go..teruskan usaha..sya ada kat belkg awak..nak jd mcm stalker..haha
ReplyDelete#u frezz..sja buat gempak.^^