Skip to main content

Kampung Girl bakal menemui anda...

Alhamdulillah... dengan penuh rasa rendah diri, saya nak announce, bahawa Kampung Girl akan diterbitkan pada bulan Januari 2012 di bawah KaryaSeni.

Lagi sebulan aje lagi, jadi... sama-sama ya kita tunggu for the official Kampung Girl versi cetak.

Dah mula berdebar-debar ni menanti tahun baru. Nak sambut my 'new baby'. :)

Hopefully, keseluruhan cerita KG ni akan memberikan kepuasan kepada pembaca sebab cerita ni saya tak beratkan dengan konflik yang extreme. Biasa aje. Macam cerita-cerita saya yang lain, yang anda baca dalam blog ni... mungkin saya suka dengan penulisan yang jenis macam tu, atau saya masih belum bersedia nak buat konflik yang bakal 'memecahkan' kepala saya sendiri. Apa-apa pun, saya harap anda semua dapat tersenyum gembira apabila membaca Kampung Girl nanti.

Any new info, akan saya update di sini dan FB. InsyaAllah. Doakan yang terbaik :)

Terima kasih semua.

Comments

  1. x sabo rasenya nk tunggu..Congrates Umi!!!

    ReplyDelete
  2. wahhh! tahiah kak umi! ini first time saya drop comment kat sini, tapi hopefully everything's going on smooth :) akan tunggu di rak popular nati! hikhik :D

    ReplyDelete
  3. tnjuk la cover bku, snang skit nk cr nnti....

    ReplyDelete
  4. akan tggu dgn sabar....

    ReplyDelete
  5. umi !! congratulation dik. akhirnya "baby" awk nak deliver dah. terbalas la jgk penat lelah para readers sekalian tunggu buah hati awak ni. tahniah lagii sekali. hopefully lepas ni awak terus la giat berkarya sebab awak ada bakat =))

    ReplyDelete
  6. congratz..xlme dh nk jumpe abg ash..weeeeee!

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua!!!

    insyaAllah, nnti dh publish cover, saya akn masukkan di sini. tpi mungkin bulan depan kot.

    anda semua dialu-alukan untuk memberi komen sejurus selepas habis baca KAMPUNG GIRL...

    :) COUNTDOWN 4 NEW YEAR BEGINS... ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.        ...