Skip to main content

Kampung Girl: Official


TERBITAN KARYASENI

SM : RM21.00

SS : RM24.00

Blurb:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

- Pesanan secara online boleh di buat melalui website Karya Seni -
Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli dan dapatkan potongan harga sebanyak RM 3 untuk pembelian online. Tiada caj penghantaran dikenakan :)

Terima kasih semua. Jangan lupa support Umi dan Kampung Girl. Beli dan baca ya. And of course, saya akan menantikan komen dan feedback daripada anda. :)

Comments

  1. Bila ya dijangka stok akan sampai ke pihak KS...
    Belum ada lagi dalam list katalog pihak KS novel ni...

    ReplyDelete
  2. yeay..x saba nak beli nih, dah lama tungggu..ehehhe..;)

    ReplyDelete
  3. kak novel KG dah ada di kedai ke blom???..(KELANTAN)

    ReplyDelete
  4. alahai... comei nye cover.. hihi.. mnunggu dgn sabar utk smpi di Popular kt kuching nanti..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. stok belum sampai di ofis KS lagi. insyaAllah, order online akan dibuka dlm sikit masa lg.

    Thanks semua :) dan jangan lupa beli, baca n jangan segan2 nak bagi komen ya :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. i have bought ur novel.
    seriously,i love the way u write it.
    much love
    ur fan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.        ...