Skip to main content

Lot of thanks

Assalamualaikum... =)

Masuk hari ni, dah hampir dua minggu novel Kampung Girl dah release. Dekat sesetengah kedai buku dah masuk, malah ada yang saya dengar dah habis pun. Alhamdulillah.

Syukur pada Dia atas kurniaan rezeki ini. Dan terima kasih pada anda, yang sentiasa menyokong penulis macam saya. Walaupun masih mentah dalam dunia penulisan dan penulisan pun tak la sehebat mana... setakat tulis cerita cliche aje pun... tapi untuk sokongan yang berterusan daripada pembaca semua membuatkan saya terus bersemangat untuk menulis. Untuk itu... from deep inside of my heart, I thank all of you =)

Tanpa sokongan anda, siapalah saya. Setakat menulis... saya takkan ke mana. Sokongan anda... itulah yang bermakna.


Comments

  1. hehe.. x sabar nak bace habis..
    harap2 tempahan smpai cepat2. hehe

    ReplyDelete
  2. ihaaz: kalau dah order lama, better call direct tny dengan KS ya =)
    takut diorg terlepas pandang je. sbb ada jugak yang tak dpt lg.

    Selamat membaca n thanks a lot <3

    ReplyDelete
  3. saya tak pergi beli lagi novel tu...harap2 banyak lagi novel tu kat bookstore..tak sabor2 nak bace...>.<

    ReplyDelete
  4. (; hehe bru j abes bace

    ReplyDelete
  5. saya dah beli dah masa pergi popular kat manjung.
    dua-dua novel, dgn jodoh itu milik kita.
    before this tak follow pun KG kat blok akak.
    tapi, dah alang2 beli dgn kupon kan... rembat dua-dua terus.
    dan dua-dua baca lompat2 terus ke ending. hahaha.
    boleh rasa KG best. tapi tunggulah masa rajin nak membaca dari awal sampai habis. sekarang mood nak membaca tengah slow yang amat. apa-apa pun, tahniah! ^^

    ReplyDelete
  6. order saya baru sampai semalam..
    punyalah lama tunggu.. 11 hari baru sampai.. itupun kena call & email tanya kenapa tak sampai2x lagi...
    memang tak boleh sabar nak start baca.. ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Bes sgt!mcm2 feel ade..lawak,geram,nyampah,romantik..sume ade laa..nk tnye novel ape lg y umi tulis?nk g beli laa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang ...