Skip to main content

As-salam, Hai and smile :)

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari dan salam Ahad. :)

Update tanpa sebarang tujuan, mungkin sekadar nak maklumkan, sebab blog dah makin 'lemau' dari masa ke masa. Update pun jarang-jarang dan posting pun macam tak ada 'feel' aje kan? Kan? Sebab saya tengok... kurang respon daripada readers untuk entry baru daripada yang sebelumnya.

As a new writer, I really hope a strong support and comments from all of the readers. Saya tahu, ramai yang rasa macam tak perlu la nak komen. Baca aje. Saya tak kisah, itu hak pembaca. Sebab kalau story tak best, siapa yang nak komen kan? Tapi masalahnya, bila no comments, jadi saya pun blur... banyak 'tanya-tanya' dalam kepala saya sendiri. Cerita ni bosan sangat kot... cerita ni tak kena dengan taste readers... macam2 lagi tanda-tanya.

Jadi, sebagai penulis yang tak berapa nak berbakat ni... saya nak minta jasa baik pembaca... komen la ye. Komen.... bosan, cakap je bosan. Meleret, cakap je meleret... anything that you rasa tak kena dan tak betul. Tell me. Then only I will know.

Saya tak suka nak demand, I want this 'amount' of comments, then only I will continue my new entry. Saya akan tetap update, bila-bila saya ada masa lapang dan entry dah siap bertaip. Cuma mengharapkan sumbangan daripada pembaca pula, hope you don't mind to drop by a comment. :)

Kalau rasa, this entry actually kind of stating a demand too... sorry.
Segala kekurangan tu, hanya datang daripada saya. Maaf.

Enjoy your weekend.
May our day are bless by Him. :)

Terima kasih semua.

Comments

  1. Waalaikumuslam... WC suke bace semua karya umi... n WC akan sentiasa tunggu n3 baru walaupun umi lambat update n_n

    ReplyDelete
  2. Sy suka dgn penulisan umi.. Yg mn dh jadi novel, telah ada dlm simpanan. Sy suka citer umi yg baru ni. Playboy itu suamiku? Maybe sy jarang comment tp ikhlas sy suka.

    ReplyDelete
  3. W.salam Umi..jangan la cepat berputus asa..saya rasa umi adalah salah seorang penulis baru yg mempunyai bakat besar...saya dah baca karya umi kampung girl best jalan ceritanya...lain drp yg lain..teruskan berkarya dan jangan berputus asa ye...

    ReplyDelete
  4. kak umi,

    kadang2 tak nak komen sebab takut penulis terasa... skrg byk sgt penulis enovel rasa kecil hati kalau pembaca bg komen yg negatif.

    saya suka kak umi seorg yg berpositif menerima komen walaupun yg negatif.

    utk karya kak umi, no komen saya suka semuanya terutamanya Tuan Singa Milikku!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ,
    kak umi , karya kak umi semua seronok .Jangan putus asa ya . yg cerita panggilan cinta tu pun saya suka . cuma , sy kalau bca , sy selalu jd silent reader . saya selalu vote je untuk karya tu . cheer up , kak umi .

    ReplyDelete
  6. Dear Umi,
    baru berkesempatan nak menjenguk blog umi hari ini. jangan sedih ya... lain pembaca lain pemikirannya.... takda komen tak semestinya cerita tak bagus & tak semestinya org tak baca. selalunya kami sebagai reader akan follow writer menulis ikut flow mereka masing2x & akan komen jika ada n3 yg perlu dikomen utk panduan. sometime, sy jgk jadi silent reader. tapi tak semestinya sy tak minat karya umi. saya dah lama follow blog umi dr citer KG & TSM lagi, walupun tak dpt jenguk hari2x. blog lemau sekejap tak apa... kami paham sekali sekala writer jgk perlu rehatkan minda... asalkan umi terus berkarya... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.        ...