Skip to main content

Salam Ramadhan Readers! :)

Assalamualaikum.


Syukur yang tidak terhingga, kita panjatkan kepada Dia kerana masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Ramadhan bulan penuh keberkatan.

"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia rugi." Hadis riwayat Ahmad dan An-Nisai


Jadi, janganlah kita melepaskan peluang ini. Janganlah kita sia-siakan waktu berharga yang telah dianugerahkan oleh Dia. Jalankan ibadah dengan penuh tawaduk, moga Ramadhan kali ini akan membuka lembaran baru dalam hidup kita. Moga kita akan menjadi insan yang lebih dekat dengan-Nya daripada sebelumnya. Lakukan hijrah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum. InsyaAllah.

Dan ingatlah apabila Allah berfirman:
Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.
Al-Insaan: 25
Berdoalah pada Dia, mohon yang terbaik untuk hidup kita. InsyaAllah, moga pintu hidayah-Nya akan sentiasa terbuka buat kita semua. Dan janganlah kita pula berasa lokek untuk berdoa, kerana Allah tidak pernah lokek untuk memberi, sesungguhnya, Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Yuk! Sama-sama rebut BONUS RAMADHAN ni. Jangan lupa, ajak kawan-kawan sekali! :)
Salam Ramadhan semua.
Salam sayang daripada Umi Kalsom.




Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.        ...