Skip to main content

Salam Aidiladha

Assalamualaikum... 

Buat sekalian pembaca yang saya sayang.... 
 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. 

Maaf, boleh post yang ni je... sebab saya sibuk sampai tak sempat nak ketuk story. InsyaAllah, kalau saya rajin dan berdedikasi dan gigih dan bersemangat... dan dan dan.... 
segala yang sewaktu dengannya, maka akan adalah manuskrip baru daripada saya. 

Buat masa ni, sedang cuba... tapi macam kadar pergerakan manuskrip pada tahap 0.00 km/sebulan. Doakan saya rajin selalu. 

Nak study lagi, nak buat story lagi. Jangan sampai ada yang menyampah nak jenguk blog ni sebab penulis dia malas sangat nak update story. :)

Comments

  1. Salam Aidiladha jugak umi...
    WC sentiasa menanti karya dari Umi...

    ReplyDelete
  2. semuge u sukses berkarya dek n salam aidil adha dek.suker akan karya2 u dek....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci! ...

Mutiah [1]

Bab 1 BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dar...

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang ...