Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Ini Kisah Jelita & Perkasa [1]

PROLOG MERIAH sekali kediaman Encik Johan dikerumuni sanak saudara. Hari ini merupakan hari paling bahagia. Anak kesayangan mereka bakal diserahkan kepada imamnya. Berkat doa daripada semua, hatinya hanya menginginkan majlis ini berjalan dengan penuh barakah dan rahmat daripada Allah. Disebabkan itu juga, walaupun muda-mudi zaman kini lebih selesa bercinta untuk memilih pasangan hidup mereka. Namun dia bertegas dengan anaknya, perkahwinan ini akan berlangsung mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah. Mungkin ramai melihat tidak salah bercinta. Tidak salah keluar berdua. Tidak salah semuanya asalkan mendapatkan keizinan daripada ibu dan bapa mereka. Tidak salah asalkan pandai menjaga batas yang ditetapkan dalam Islam. Encik Johan tersenyum seketika dengan kebiasaan yang sudah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat pada akhir zaman ini. Tetapi, ramai yang terleka. Tidak sedar dengan keadaan yang menyebabkan masing-masing menyumbang kepada keadaan dosa anak-anak ...

#update 3

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul kepada semua. :) Apa habaq semua? Semoga sihat dengan rahmat dan keberkatanNya. Alhamdulillah, sekali lagi berjaya jugak umi biarkan blog bersawang berbulan. *sangat seronok bila tak perlu update blog* muehehe... jangan marah. Biasalah kalau dah jadi student full time. Masa lebih untuk tugasan belajar. (tapi baca novel orang lain, sempat pulak... uhuk, tersedak) Just want to share a few things yang mungkin ada antara readers terlepas pandang... kita tengok satu persatu. 1) Pesta Buku 1Malaysia. InsyaAllah, dengan izinNya, umi akan berada di booth Karya Seni pada 2hb Februari 2013, dari jam 1 hingga 3 petang (Kalau ada dekat situ, mai la jumpa kami) :) Tapi, maaflah... umi tak ada buku baru lagi. Setakat nak mai tayang muka ja... sebab sejak buku Kampung Girl publish, tak pernah umi join sesi2 ala-ala macam ni... maklumlah, tak pernah selari dengan masa free umi. Kebetulan, sekarang ni tengah cuti sem, jadi boleh la ON. 2) Kampung G...