Skip to main content

Posts

Kampung Girl: Carta Bestseller

Alhamdulillah, syukur pada Dia. Atas semua sokongan yang diberikan oleh para pembaca... dan dengan rezeki daripada-Nya, novel Kampung Girl menduduki No. 1 carta bestseller Popular dan No. 4 carta bestseller MPH bagi minggu ini. Dengan respon yang diterima setakat ini, Alhamdulillah, boleh membuatkan saya tersenyum gembira. Saya akui, novel ini mungkin banyak kelemahannya. Sekadar novel yang santai dan tidak sarat dengan konflik yang kadangkala mampu membuatkan pembaca teruja. Namun mungkin kerana santai itu juga yang mampu memikat hati pembaca. Sebagai penulis baru yang hendak mengorak langkah dalam bidang ini, saya begitu mengharapkan komen daripada para pembaca. Tidak kira, pujian atau kritikan, insyaAllah, saya mampu terima dengan hati yang terbuka. Kerana saya tahu, bukan semua mempunyai citarasa yang sama. Bukan semua dapat menerima cerita kahwin paksa yang dah jadi macam fenomena penulisan zaman kini. Namun, ini adalah hasil  nukilan pertama, yang tidak seberapa dari...

Lot of thanks

Assalamualaikum... =) Masuk hari ni, dah hampir dua minggu novel Kampung Girl dah release. Dekat sesetengah kedai buku dah masuk, malah ada yang saya dengar dah habis pun. Alhamdulillah. Syukur pada Dia atas kurniaan rezeki ini. Dan terima kasih pada anda, yang sentiasa menyokong penulis macam saya. Walaupun masih mentah dalam dunia penulisan dan penulisan pun tak la sehebat mana... setakat tulis cerita cliche aje pun... tapi untuk sokongan yang berterusan daripada pembaca semua membuatkan saya terus bersemangat untuk menulis. Untuk itu... from deep inside of my heart, I thank all of you =) Tanpa sokongan anda, siapalah saya. Setakat menulis... saya takkan ke mana. Sokongan anda... itulah yang bermakna.

Kampung Girl [14]

Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca. Bab 14 KELUHAN berat meniti bibirnya. Mindanya dikerahkan untuk menghasilkan buah pemikiran yang dapat memberi kesan besar untuk projek ini. Wajah Wan Shafie salah seorang sahabat sejati yang turut bertungkus-lumus mengeluarkan idea dipandang sekejap. Kelihatan dahi Wan Shafie berkerut. Tekun juga dia berfikir.             Fail di depan mata cuba dibelek beberapa kali, mana tahu dapat ilham. Boleh juga aku bersorak riang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi kalau batu… dengan dia sekali akan tenggelam terus. Tak boleh jadi macam ini. Lantas mejanya diketuk kuat.             Wan Shafie yang tekun berfikir ikut tersentak.             “Kau ketuk meja kenapa? Dah hilang habis idea yang datang!” rungutnya dengan ...

Kampung Girl: Komen

Assalamualaikum... Salam Jumaat semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua, novel Kampung Girl dah ada yang sampai di tangan pembaca. Bagi yang belum, insyaAllah... tak lama sampai la tu. Dan bagi yang nak tunggu di kedai-kedai seperti MPH dan Popular, insyaAllah... dalam masa terdekat ini, Kampung Girl akan berada di rak buku. :) Kalau dah semua dapat baca, so, umi pun nak dapatkan feedback daripada anda semua. Macam mana KG ni? Okey ke? Tak okey ke? Apa yang boleh diperbaiki? Apa yang umi kena tekankan lagi? Semua yang anda rasa tentang KG.... boleh hantarkan review anda ke alamat e-mail ini, umikalsom_29@yahoo.com Sudi-sudilah berkongsi review anda supaya umi dapat meningkatkan mutu penulisan di masa yang akan datang. Terima kasih semua. :)

Kampung Girl [13]

Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.   Bab 13 WAJAH Ashraf dipandang dengan renungan yang maha tajam. Gara-gara si cekodok basi ini dia sudah terlepas untuk mengejar basnya. Akhirnya, tersadailah dia di sini duduk menghadap wajah lelaki itu yang masih menyepi dari tadi.             Trauma kot! Desis Ainnur sendiri. Tanpa sedar ketawanya sudah lepas.             “Yang kau gelak ni kenapa?” cepat saja Ashraf menyambut.               Ainnur ketawa lagi. Mana boleh tak gelak untuk benda-benda macam ini. Lebih-lebih lagi mangsa kejadian, Encik Ashraf Khairi! Maka makin menariklah jadinya.             “Kau baik diam sebelum aku sumbat bungkus nasi lemak ni dalam mulut kau,” marah Ashraf lagi. Rasa...