Skip to main content

Posts

Sambung Kampung Girl 2?

Assalamualaikum, Salam Ramadan (Yang sudah makin menemui penghujungnya, moga dipanjangkan usia kita agar akan terus bertahan sehingga ke akhir nanti)   Semenjak dua menjak ni, ada saja yang request minta sambungkan Kampung Girl part II.  Maaf, bukan saya tak nak melayan permintaan tu, tapi saya betul-betul takut tak dapat nak buat. Sekarang ni pun, saya tengah cuba-cuba siapkan manuskrip walaupun tidak digesa oleh penerbit. Manuskrip apa? Akan saya kongsikan bila dah siap sepenuhnya. :) I'm working hard supaya dapat siap dengan jayanya. Disebabkan saya ni student, dan ada komitmen dengan study, jadinya masa untuk menulis memang sangat terhad. Tapi saya masih menulis kalau ada ruang masa. Cuma tak dapat nak post macam selalu, takut kalau kala posting tu naik turun, sebab mood menulis saya pun naik turun. Tak macam dulu, everyday pun mesti tulis.  Sekarang ni, weekend aje saya akan spend time atleast 2 jam untuk tulis. Weekdays penuh dengan kerja prakti...

TUTORIAL BLOG 1

Assalamualaikum...  Someone hantar email pada saya, tanya macam mana nak buat the sidebar 'link' stuff. Dah lama jugak, maaf busy sampai terlupa dengan janji. Tapi, insyaAllah, harap ini boleh membantu pada semua yang nak belajar blogging dan linking. This is easy. So, let's learn. Step 1: Selepas update post di blog, go to your blog and click on the title. Like the image shown below. Step 2: Highlight and copy the URL.  Step 3:Pergi ke dashboard dan klik untuk edit layout. Step 4: Here you go, click to add gadget and choose add text. Step 5: Akan keluar kotak macam dalam image bawah ni, dan apa yang anda harus lakukan... TAIP tajuk, HIGHLIGHT, klik logo bumi (add link), paste URL, OK dan SAVE. Semudah 1,2,3,4 dan 5. Side bar akan muncul di sisi blog anda. This is just a simple tutorial. I'm really hope it might help for those who are still looking fwd how to add on this stuff on your blog. Selamat mencuba. :)

Salam Ramadhan Readers! :)

Assalamualaikum. Syukur yang tidak terhingga, kita panjatkan kepada Dia kerana masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Ramadhan bulan penuh keberkatan. "Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia rugi." Hadis riwayat Ahmad dan An-Nisai Jadi, janganlah kita melepaskan peluang ini. Janganlah kita sia-siakan waktu berharga yang telah dianugerahkan oleh Dia. Jalankan ibadah dengan penuh tawaduk, moga Ramadhan kali ini akan membuka lembaran baru dalam hidup kita. Moga kita akan menjadi insan yang lebih dekat dengan-Nya daripada sebelumnya. Lakukan hijrah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum. InsyaAllah. Dan ingatlah apabil...

Cerpen: Kausar (Part III)

SURAT TAWARAN yang membuatkan aku bangga sendiri, seakan tidak memberikan sedikit pun khabar gembira pada kedua mak dan abah aku. Mak baling sampai drift sampul tu masuk bawah kabinet. Dahsyat punya mengamuk.             “Awat nak kena pi sampai sana?!” marah mak. Abah dah pegang bahu mak kejap. Bimbang aksi diluar jangkaan. Abah lebih bertenang daripada mak, yang sebenarnya. Walaupun mak berwajah lembut dan abah berwajah garang. “Macam dekat sini kurang kasih sayang ja!” sambung mak lagi.             Aku terkedu. Mak aku duk ingat, aku nak pergi Australia itu atas tujuan berkasih sayang ke? Tidak nampak sebarang perkaitan dalam hal itu, aku terus menyoal dengan bendulnya.             “Apa kaitan kasih sayang dengan Kausar nak sambung belajar mak?”             ...

Cerpen: Kausar (Part II)

Maaf di atas kekalutan bahasa yang agak merapu. Sekadar cerpen untuk menghiburkan anda. Enjoy, Part II. :) ____________________________  SUDAHLAH jatuh cinta, kecewa! Lepas tu, kena tipu dengan calon-pilihan-mak-pending tu! 35 tahun?! Aku memang betul boleh histeria disebabkan Kamal anak kawan mak ni. Tipu aku tak agak-agak. 35 tahun? Aku macam tak boleh nak terima hakikat pula. Habis tu, aku buat keputusan nekad, malas nak involve dengan hal berkaitan dengan hati dan perasaan buat masa sekarang. Lepas tu, memang asyik kena perli dengan mak.             “Kalau tak fikir sekarang, nak fikir lepas 35 tahun akan datang?”             Aku ingat lagi ayat itu. Mak kalau bab nak perli aku, tak agak. Abah awal-awal angkat bendera putih, tak nak masuk campur. Sebab abah pun   jarang ada dekat rumah. Selalu sangat kena pergi kerja luar. Tapi, abah pun tak lepas ba...