Skip to main content

Posts

Cerpen: Suka awak. Sayang awak [Part 1]

TEGAK dudukku apabila mendengar jeritan kuat dari luar rumah. Kepala sakit. Terasa bingung seketika. Entah dah pukul berapa sekarang ni? Pukul berapa ni? Aku masih mamai.             Mata dengan perlahan bergerak mencari jam. Mana jam? Aku dah gadaikan ke semua jam dalam rumah ni? Apa yang singgah di ruang mataku secara tiba-tiba hanya membuatkan badanku seakan terkena cas elektrik aje.             “10.00 pagi???” aku dah terjerit sendiri. Mati aku!!!             Assignment pukul 9.30 pagi dan aku tengah bersenang lenang atas katil lagi. Mati aku! Matilah kau Wawa!!!             Tak nak buang masa lagi, aku laju mencapai tuala dekat penyangkut. Mandi pun macam ya dengan tak aje. Asal hilangkan bau. Gosok gigi, tak boleh nak skip. Memang wajib pun! Nanti elok...

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...  Buat sekalian pembaca yang saya sayang....   SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.  Maaf, boleh post yang ni je... sebab saya sibuk sampai tak sempat nak ketuk story. InsyaAllah, kalau saya rajin dan berdedikasi dan gigih dan bersemangat... dan dan dan....  segala yang sewaktu dengannya, maka akan adalah manuskrip baru daripada saya.  Buat masa ni, sedang cuba... tapi macam kadar pergerakan manuskrip pada tahap 0.00 km/sebulan. Doakan saya rajin selalu.  Nak study lagi, nak buat story lagi. Jangan sampai ada yang menyampah nak jenguk blog ni sebab penulis dia malas sangat nak update story. :)

Manner please...

Assalamualaikum... Sejak blog ni ditinggalkan dan dibiarkan bersawang, rasa macam dah banyak sawang yang menyemakkan mata. Maaf, saya sibuk. Again, maaf. Blog ini dibuka umum kepada sesiapa sahaja untuk baca, free jugak untuk dikomen dan dikritik. Positif dan negatif, tak ada masalah. Saya terima aje. Tak akan didebatkan pun. Cuma, kecik hati saya yang dah memang kecik ni... bila yang tak "bernama", komen... letak bullshit je. Apa tu bullshit? Sejenis hidangan pembuka selera? Please... biarpun ruangan ni bukan ruangan peribadi, tolonglah jaga bahasa tu. Biarpun saya tak kenal baik dengan pengkomen di blog ini, tapi saya yakin, anda semua manusia yang budiman.  Don't mess this blog, with those 'crazy2' word. I just don't like it.  Lagi baik kalau ada yang letak, "apa cerita yang kau tulis ni umi, bosan sampai aku tertidur".  Don't bullshit on my story if you can't ever critic in a very good manner. Kritik la, orang tak marah... t...

Update #1

Assalamualaikum... :) a big smile from me, kepada semua yang rajin2 singgah sini. Update ni sekadar entry suka-suka. Nak bagi tau dengan pembaca, apa yang Umi Kalsom ni duk buat sekarang. Masih wujud lagi dia dalam blog yang selalu dibiarkan bersawang ni. InsyaAllah, in future... mungkin kita boleh rapatkan ukhuwah dengan update seterusnya anything about me di blog ini. :) Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Dia. Cik Umi dah habis praktikal. :) Sekarang ni bertungkus lumus nak siapkan repot praktikal (pada hakikatnya, satu hapa pun tak taip lagi, duk sibuk berangan fikir manuskrip yang tak gerak-gerak lagi). Lagi dua minggu, dah kena masuk new semester. 3rd year, insyaAllah. Lagi  setahun lagi untuk habiskan alam degree yang tidak berapa enak ini. Just nak share, sedikit sebanyak apa yang Cik Umi experience sepanjang praktikal dekat Bernama, biro Penang. :) Jadi wartawan, tak padan dengan diri yang selalu takut nak tanya orang. Tapi dah nama pun bidang m...

Cerpen: Ramadan Ini (End)

MASAM wajahku sepanjang hari itu. Senyum tidak. Bertegur dengan orang sekeliling pun tidak. Dengan bos aku, Encik Azman, aku boikot terus sepenuh jiwa dan raga. Antara orang yang aku paling marah, dialah! Sengaja hendak mengkucar-kacirkan hidup aku di bulan Ramadan ini.             Dia tersenyum apabila nampak muka aku yang cemberut. Aku pura-pura meneruskan kerja apabila Encik Azman mula mendekati mejaku.             “Marah lagi Najihah?” soalnya dengan tenang. Sebagai jawapan, aku ketuk-ketuk keyboard dengan kuat. Biar dia tahu aku marah. Biar dia tahu, setiausaha dia yang bernama Najihah, perempuan yang sentiasa tampil ayu dan lembut juga mempunyai deria naga naik disembur minyak. Panas hati!             “Marah sangat nampaknya.” Komennya sendiri.           ...