Alhamdulillah, syukur pada Dia. Atas semua sokongan yang diberikan oleh para pembaca... dan dengan rezeki daripada-Nya, novel Kampung Girl menduduki No. 1 carta bestseller Popular dan No. 4 carta bestseller MPH bagi minggu ini. Dengan respon yang diterima setakat ini, Alhamdulillah, boleh membuatkan saya tersenyum gembira. Saya akui, novel ini mungkin banyak kelemahannya. Sekadar novel yang santai dan tidak sarat dengan konflik yang kadangkala mampu membuatkan pembaca teruja. Namun mungkin kerana santai itu juga yang mampu memikat hati pembaca. Sebagai penulis baru yang hendak mengorak langkah dalam bidang ini, saya begitu mengharapkan komen daripada para pembaca. Tidak kira, pujian atau kritikan, insyaAllah, saya mampu terima dengan hati yang terbuka. Kerana saya tahu, bukan semua mempunyai citarasa yang sama. Bukan semua dapat menerima cerita kahwin paksa yang dah jadi macam fenomena penulisan zaman kini. Namun, ini adalah hasil nukilan pertama, yang tidak seberapa dari...
Ceritaku;Imaginasiku.