Advs

Followers

September 30, 2012

Manner please...

Assalamualaikum...

Sejak blog ni ditinggalkan dan dibiarkan bersawang, rasa macam dah banyak sawang yang menyemakkan mata. Maaf, saya sibuk.

Again, maaf.

Blog ini dibuka umum kepada sesiapa sahaja untuk baca, free jugak untuk dikomen dan dikritik. Positif dan negatif, tak ada masalah. Saya terima aje. Tak akan didebatkan pun. Cuma, kecik hati saya yang dah memang kecik ni... bila yang tak "bernama", komen... letak bullshit je. Apa tu bullshit? Sejenis hidangan pembuka selera?

Please... biarpun ruangan ni bukan ruangan peribadi, tolonglah jaga bahasa tu. Biarpun saya tak kenal baik dengan pengkomen di blog ini, tapi saya yakin, anda semua manusia yang budiman. 

Don't mess this blog, with those 'crazy2' word. I just don't like it. 

Lagi baik kalau ada yang letak, "apa cerita yang kau tulis ni umi, bosan sampai aku tertidur". 

Don't bullshit on my story if you can't ever critic in a very good manner. Kritik la, orang tak marah... tapi kritik yang ada isi. Kritik yang you boleh buat I realise, how bad is my writing. Not BULLSHIT. 

Saya dah pun remove komen yang menyakitkan mata dengan 'budi bahasa' yang sangat indah tu.

*dah tak pasal-pasal, umi kalsom duk emo-emo pagi-pagi buta ni!* sangat tak normal, okey.

Manner please! Ingat, apa yang kita tuturkan menunjukkan refleksi diri. Bukan dekat blog aje, di mana pun... pelihara bahasa, tuturkan yang baik-baik. :)

Sekali lagi saya nak ulang, saya bukan nakkan komen yang cakap cerita saya bagus, best, terbaik! I'm not that good, I know. Komen kritikan juga boleh ditulis dengan bahasa yang elok. Boleh. Boleh dan boleh. Okey!

p.s: Ketahuilah, bahawasanya... saya tegur apa yang saya rasa tak senang. Maaf kalau saya agak 'over' buat posting macam ni.