Advs

Followers

February 11, 2012

Kampung Girl: Carta Bestseller

Alhamdulillah, syukur pada Dia. Atas semua sokongan yang diberikan oleh para pembaca... dan dengan rezeki daripada-Nya, novel Kampung Girl menduduki No. 1 carta bestseller Popular dan No. 4 carta bestseller MPH bagi minggu ini.

Dengan respon yang diterima setakat ini, Alhamdulillah, boleh membuatkan saya tersenyum gembira. Saya akui, novel ini mungkin banyak kelemahannya. Sekadar novel yang santai dan tidak sarat dengan konflik yang kadangkala mampu membuatkan pembaca teruja. Namun mungkin kerana santai itu juga yang mampu memikat hati pembaca.

Sebagai penulis baru yang hendak mengorak langkah dalam bidang ini, saya begitu mengharapkan komen daripada para pembaca. Tidak kira, pujian atau kritikan, insyaAllah, saya mampu terima dengan hati yang terbuka. Kerana saya tahu, bukan semua mempunyai citarasa yang sama. Bukan semua dapat menerima cerita kahwin paksa yang dah jadi macam fenomena penulisan zaman kini. Namun, ini adalah hasil  nukilan pertama, yang tidak seberapa daripada saya. Insya-Allah, jika panjang usia dan dengan ilham yang ada, saya akan cuba pelbagaikan corak penulisan dengan mencoretkan kisah berlainan genre pula.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua pembaca yang begitu setia menyokong hasil penulisan Karya Umi yang tidak seberapa ini.

Salam sayang kepada anda semua,
Umi Kalsom. =)

February 07, 2012

Lot of thanks

Assalamualaikum... =)

Masuk hari ni, dah hampir dua minggu novel Kampung Girl dah release. Dekat sesetengah kedai buku dah masuk, malah ada yang saya dengar dah habis pun. Alhamdulillah.

Syukur pada Dia atas kurniaan rezeki ini. Dan terima kasih pada anda, yang sentiasa menyokong penulis macam saya. Walaupun masih mentah dalam dunia penulisan dan penulisan pun tak la sehebat mana... setakat tulis cerita cliche aje pun... tapi untuk sokongan yang berterusan daripada pembaca semua membuatkan saya terus bersemangat untuk menulis. Untuk itu... from deep inside of my heart, I thank all of you =)

Tanpa sokongan anda, siapalah saya. Setakat menulis... saya takkan ke mana. Sokongan anda... itulah yang bermakna.