Advs

Followers

June 28, 2012

Cerpen: Kausar (Part III)


SURAT TAWARAN yang membuatkan aku bangga sendiri, seakan tidak memberikan sedikit pun khabar gembira pada kedua mak dan abah aku. Mak baling sampai drift sampul tu masuk bawah kabinet. Dahsyat punya mengamuk.
            “Awat nak kena pi sampai sana?!” marah mak. Abah dah pegang bahu mak kejap. Bimbang aksi diluar jangkaan. Abah lebih bertenang daripada mak, yang sebenarnya. Walaupun mak berwajah lembut dan abah berwajah garang. “Macam dekat sini kurang kasih sayang ja!” sambung mak lagi.
            Aku terkedu. Mak aku duk ingat, aku nak pergi Australia itu atas tujuan berkasih sayang ke? Tidak nampak sebarang perkaitan dalam hal itu, aku terus menyoal dengan bendulnya.
            “Apa kaitan kasih sayang dengan Kausar nak sambung belajar mak?”
            Dan soalan yang membuatkan mak makin mendidih dengan amarah. Amarah yang bakal membaham Kausar… huhu, macam aku takut sangat dengan amarah mak. Mak ni, kalau marah, senang saja nak bagi sejuk. Disebabkan aku yakin dengan kenyataan itu, lalu aku bangkit laju dan melangkah pergi dekat dengan mak. Tarik tangan mak. Peluk mak. Cium mak. Cakap lembut-lembut dekat telinga mak, “Kausar sayang mak sangat-sangat. Kalau mak bagi Kausar pergi belajar, lagi Kausar sayang gila-gila.” Ayat gila itu memang tak boleh berpisah dengan aku.
            Mak pandang aku atas-bawah. Aku sengih lebar. Abah sudah geleng kepala. Aku rasa, abah pening memikirkan nasib yang dia ada seorang anak, yang tak tua dan juga tak muda, tapi perangainya… tak tahu nak dikategorikan macam mana. Mengalahkan Fakhrul yang bongsu agaknya.
            “Habis, bila nak kahwinnya?” soal mak mengubah topik. Riak mukanya risau habis. Abah pun setuju dengan mak. Aku pula hilang lidah untuk berbicara. Payahlah!
            “Dah sampai jodoh, Kausar kahwinlah mak. Mak janganlah risau… abah pun dah cakap macam tu kan?” aku alih pandang abah. Abah mengangguk ringkas. Aku dapat rasakan abah dah lelah nak layan keras kepala-degil aku ini dalam hal jodoh.
“Tak payahlah pi sampai luaq Negara tu. Belajaq sini sudahlah Kausar…” mak cuba pujuk. Abah pandang aku.
“Kalau bukan Kausar, siapa lagi yang nak teman mak? Kak Umairah dah kahwin, ada keluarga. Fakrul, sibuk dengan study dia dekat Sabah tu. Kausar aje yang ada nak teman mak buat masa ni. Kalau Kausar pun nak pergi jauh, kesianlah mak… abah pun sibuk.” Abah pun tumpang top-up ayat simpati untuk memihak kepada parti mak.
“Dua tahun aje pun mak, abah…” pujukku.
“Tak payahlah.” Mak berkeras juga.
“Kausar, kesian mak.”
Aku mengeluh. Aku nak pergi, tapi kesian mak nanti. Abah dengan mak, sengaja nak bagi aku serba salah. Aku dah excited sangat nak merantau. Nampaknya…
“Nantilah Kausar fikir… tapi, kalau boleh… nak pergi jugak-jugak.” Aku buat juga keras kepala. Mana boleh aku nak beralah. Ini soal masa depan. Biarlah tak dapat kahwin, aku nak sambung belajar. Kejar cita-cita. Memang itu pun sudah menjadi tekad hidup aku sejak melangkah ke alam 20-an.  Aku nak jauh daripada masyarakat tempatan kalau aku masih tak kahwin-kahwin bila umur dah sampai lewat 20-an. Jauh pada masyarakat? Gaya macam ada saja ‘masyarakat’ yang nak ambil peduli tentang kisah hidup aku!

“ADUH!!!” kuat aku mengaduh. Kak Umairah dah tunjuk muka-singa-tak-jadi dia tu depan aku. Yang kakak kesayangan aku ini, ada masalah dalaman ke? Tiba-tiba yang menyerang aku dengan lukuan itu kenapa?
            “Aku ni Kausar… baru hari tu ingat, yang adik perempuan aku ni normal. Ada jugak perasaan macam orang. Ada jugak rasa nak bercinta macam orang. Tapi… entah, silap mata aku kot. BUTA nak menilai… sampai tak sedar, manusia hati kering macam hang ni, mana pernah nak cuba berusaha cari cinta, kan?” Kak Umairah perli aku. Kalau boleh, cabai yang terletak dekat dengan tempat yang dia duduk tu, rasanya dia dah capai dan tempek dekat muka aku. Biar puas hati!
            “Apanya Umai?” aku soal malas. Bawang merah aku kupas laju. Malas nak pedulikan Kak Umairah yang naik minyak tahap gaban bila mak maklumkan pada dia, “Kausar tak mau kahwin dengan Kamal. Dia nak pi sambung belajaq jugak. Umai… tolong mak, nasihat sikit budak ni. Risau mak…”
            Disebabkan ayat mak yang bernada simpati itu, hampir-hampir aku berkonfrontasi dengan Kak Umairah dalam telefon bak orang gila di hospital bahagia, dua hari yang lepas. Dan Kak Umairah memang takkan lepaskan aku selagi tak dengar jawapan yang konkrit. Katanya.
            Dan kata aku, “Nak aku letak batu konkrit sebagai sokongan alasan aku dan menjadikan alasan aku tu, alasan konkrit.” Masa tu, Kak Umairah tepuk dahi laju. Mak aku dah menitiskan air mata. Mungkin tak dapat nak terima hakikat, anak perempuannya ini akan hidup menyendiri. Tak macam anak orang lain, yang sibuk bercinta dan nak naik pelamin segera.
            “Hang ni, langsung tak sayang dengan mak ke?” Kak Umairah menyoal lagi. Marah.
            Aku senyum nipis. Mana ada anak yang tak sayang mak. Mana mungkin ada! Kalau ada… itu namanya anak tak kenang budilah. Tapi… bukan sebab tak sayang aku nak pergi jauh. Aku pergi sebab ini saja peluang yang ada. Biarlah aku mencari ilmu di Negara orang pula. Mak aku ni, risau tak bertempat. Layannya macam aku ini budak belasan tahun saja. Mak dah lupa, anak mak dah nak masuk fasa umur 30 tahun.
            “Aku sayang mak… tapi buat kali ni, biarlah aku pergi, Umai.” Lembut saja nada suara aku.
            Kak Umairah mengeluh. Dia duduk berdepan dengan aku. Dan mengeluh lagi. Dan lagi. “Kenapa tak nak kahwin Kausar?” soalnya bernada risau. Jelas terukir di raut wajahnya, dia begitu risaukan aku.
            Aku senyum lagi. “Aku tak tahulah Umai… mungkin belum masanya untuk jodoh aku. Atau memang aku tak ada rezeki nak berbaitul muslim dekat dunia ni…” tenang aku menjawab.
            “Hang frust sangat ke?”
            Aku senyum terus. Lalu menggeleng kecil. “Mana ada frust. Aku bukan budak hingusan la, nak layan frust berzaman. Dah tak ada jodoh kan… lagipun, tepuk sebelah tangan aje.” Ulasku ringkas kerana aku yakin, dia sedang menyoal perihal cinta yang pernah aku khabarkan.
            “Habis tu? Hang tak suka Kamal Mukhlis ni, kenapa pulak?” soalnya lagi.
            Aku diam. Tangan pun berhenti bergerak. Mataku tepat pada mata Kak Umairah. Pandangan yang menagih jawapan. Apa yang patut aku jawab?
            “Aku tak ada jawapan Umai…” jujur jawapan yang aku lontarkan. Sudahnya, Kak Umairah mengeluh panjang. Wajah mak di balik pintu dapur, terlintas di ruang mata. Mak makin suram. Mak makin kecewa bila aku bertegas dengan keputusan untuk pergi jauh daripada dia. Aku jadi sedih tiba-tiba. Kausar minta maaf mak…

KENDURI kesyukuran sempena dengan keberangkatan aku beberapa minggu lagi diadakan. Aku senyum panjang melihat semua sahabat yang aku undang, turut serta. Hadirnya mereka, seakan menyalurkan kekuatan buat diri aku. Sebenarnya, aku pun sudah mula sedih nak kena berjauhan daripada… mak! Hakikat yang tak dapat nak dielak. Tapi aku tunjuk kuat depan mak, sebab ini yang aku nak.
            Tepukan di bahu, membuatkan aku memanggung kepala. Wajah abah tersenyum segaknya. Abah duduk di tepi aku. Rapat. Mesra. Aku senyum lagi.
            “Abah bagi Kausar keizinan, sebab abah yakin dengan anak abah. Abah tahu anak abah yang seorang ni, sangat kuat orangnya. Jadi, Kausar jangan tunjuk kata abah salah. Jangan bagi mak nampak… yang sebenarnya Kausar dah tak boleh nak tinggalkan mak…” ucapan abah lembut. Tetapi merentap jiwaku. Abah nampak… dengan begitu mudah.
            Aku pandang wajah abah. Dan tersenyum. Senyum dengan penuh yakin. “Kausar kuat abah!” ucapku. Abah terus memaut bahuku erat. Seolah menyalurkan keyakinan yang ada pada diriku agar menguatkan diriku.
            “Kausar…” suara mak memanggil aku. Bibir mak berbunga dengan senyuman. Melihatkan itu, aku tersenyum sama. Bahagia. Namun, spontan senyumku mati apabila ada senyum lain yang menyapa sama, pada ketika ini.
            Mataku terus meliar ke arah lain. Ruang yang tadinya padat dengan orang, kini sudah lenggang. Yang tinggal hanya keluarga terdekat. Termasuklah keluarga orang itu, yang sibuk diundang oleh mak. Huh!
            “Langsung tak nak pandang saya…”
            Aku diam. Tanpa melihat pun, aku dah dapat agak, abah sudah berlalu dan memberikan ruang pada insan yang seorang ini.
            “Kita ni ada masalah ke?” soalnya.
            Aku geleng.
            “Habis tu? Kenapa?”
            Aku jungkit bahu.
            “Kausar… mak awak pesan, pergi sana nanti… tolong tengok-tengokkan awak. Mak awak risau…” lembut sahaja ucapan itu.
            Aku sudah mengeluh. Mak kalau diberi peluang, dekat seluruh warga Adelaide tu mak akan khabarkan, suruh ambil berat tentang aku. Risau yang teramat nampaknya.
            “Tak payahlah. Saya bukan budak kecil yang tak tau nak jaga diri.” Balasku sambil memandang ke wajahnya. Dia senyum nipis. Muka dia masih sama. Tenang sentiasa.
            “Saya jawab dengan mak awak… err…” Kamal Mukhlis menghentikan ayat itu, di situ. Aku pula naik gemuruh. Apa yang dia jawab? Ada apa-apa yang luar biasa ke?
            “Jangan risau… anak mak tu, dah tanggungjawab saya,” nada Kamal Mukhlis kedengaran selamba. Namun aku terasa hendak tercekik pula. Mak??? Sejak bila, mak aku… jadi mak dia? Dan tanggungjawab? Dia ingat, aku ini isteri dia ke?
            Kamal Mukhlis tersenyum nakal. Aku terus jegilkan biji mata. Geram!
            “Awak…” aku hampir menjerit nak menyerang Kamal Mukhlis. Namun abah lagi cepat mendapatkan lelaki itu.
            “Jom, makan dengan abah.” Abah cakap macam tu dengan Kamal Mukhlis. Makan dengan abah? What is going around here? Aku dapat tau siapa mastermind untuk benda tak masuk akal ini, siaplah!!!
            Sengaja nak porak-perandakan hati aku yang sedang berbahagia sakan ni. Walaupun ada separuh daripadanya sedang bersedih sebab kena jauh daripada mak. Oh mak… dan abah juga! Dan Kak Umairah. Juga Fakrul. Merajuk pula adik aku yang seorang itu nanti sebab tak dapat nak sebut nama dia.

SELEPAS tujuh bulan…
            Dia tersenyum. Senyum yang entah kenapa, aku rasa macam nak tanya, kena virus ke? Dan senyuman itu, macam makin nakal saja dari hari ke hari.
            Macam biasa, aku dengan dia keluar berdua pada hari minggu. Sebab dia, tak kerja. Dan aku pula, selalu stress dengan tugasan. Jadi dia paksa aku dengan alasan: “Relakskan minda. Let’s go and take some fresh air.”
            Aku pun, sebab dah terdesak sangat, akan ikut juga.
            “Tak nak makan ke?”
            Aku geleng perlahan. Tak lapar.
            “Macam dah kurus aje I tengok? Kausar tak sihat ke? Nak I bagitahu your mom ke?” soalnya bertubi. Aku menjeling.
            “Sikit-sikit nak bagitahu mak. Ingat orang ni budak kecil ke?!” marahku. Tapi hati ini rindu. Rindu dengan mak. Ah, tak sabar nak balik masa cuti nanti. Lagi berapa minggu… err. Sebenarnya lagi berapa bulan.
            Dia ketawa. Bunyi macam bahagia sangat. “Manalah tau, rindu sangat dengan family. Sampai kurus… nanti mak marah I, tak reti jaga anak dia. Tanggungjawab tu, kan I dah janji. Nanti tak boleh jadi macam slogan kerajaan Malaysia, janji ditepati.”
            Aku jeling lagi. Aku rasa dengan dia, aku lagi banyak menjeling saja. Tapi, bila aku jeling, senyuman dia makin lebar. Sesungguhnya pening kepala aku bila berdepan dengan Kamal Mukhlis ini. Dia dengan begitu amanah menjalankan tanggungjawab untuk jaga aku dekat Negara orang ini. Mak memang dah berbangga habis. Siap puji-puji dengan berjuta kalimah setiap kali aku telefon rumah. Mujur tak muntah hijau aku dibuatnya.
            “Kausar…”
            “Ya, Kamal Mukhlis…”
            “I like you.”
            “Hah???” membulat mata aku. Apa yang dia cakap tadi? Bunyi macam katak puru saja?
            Dia senyum. Manis dan nakal bersatu. “I cakap, I suka you.”
            Aku mencebik. Langsung tak serius untuk nilai ayat yang dia ucapkan pada aku. Bagi aku, suka tu… am! Semua orang boleh suka sesiapa saja. Jadi tak ada yang perlu dihebohkan dengan ‘suka’ tu. Lainlah kalau dia cakap… errr… aku sebenarnya nak dia cakap apa? Gulp! Telan liur sendiri.
            “You tak nak komen?” dia tanya aku. Biasanya, apa yang dia cakap, semuanya aku komen bukan main. Sama macam masa pertama kali, dia ber ‘I’ dan ‘you’ dengan aku. Bukan main lagi aku perli dan jawapan yang dia bagi terus lekat macam salotape dekat mulut aku ini. Tapi kali ini, aku diam. Mestilah pelik bukan.
            “Itu hak you, nak ‘like’ siapa pun. Bukan hak I untuk nak ‘unlike’ benda tu.” Aku bagi jawapan selamat, yang aku rasa… bunyinya tak begitu selamat. Dia senyum lagi. Dengan kacaknya. Aku dah seram sejuk dengan senyuman itu.
            “So, you pilih untuk ‘like’ jugak?”
            Bahaya punya soalan! Aku harus lebih berhati-hati memilih jawapan. Sebab, kalau aku cakap ‘like’, aku pasti… mak akan suruh aku terbang balik Malaysia sekarang juga!
            “Kenapa nak cakap pasal ‘like-like’ ni? Kita bukan datang untuk hilangkan stress ke?” aku ubah topik. Cuba cari ruang yang lebih selamat.
            “You tak rasa apa-apa? Dah hampir tujuh bulan kita kenal-kenal? Langsung tak rasa apa-apa?”
            “Like what?” aku soal dia balik.
            “Like…” dia senyum slow-and-sweet. “Liking me…?” matanya dikenyit, nakal.
            “You memang dah berazam, nak makan penumbuk I ke hari ni?” soalku garang. Sengaja nak mengucar-kacirkan perasaan aku. Elok aku selesa keluar dengan dia, terus tak nak keluar nanti! Baru padan dengan muka dia.
            Kamal Mukhlis, gelak besar. “Langsung tak melatah. I like it.”
            Melihatkan ketawa yang kelihatan begitu ikhlas, aku akhirnya tersenyum juga. Sekurang-kurangnya ada juga rasa bahagia bila bersama dengan dia. Dia yang selalu ada dengan aku, tidak kira walau penat macam mana sekalipun, dia pasti ada. Tujuh bulan yang benar-benar membuatkan kami mengenali antara satu-sama lain. Kenal-kenal yang bukan dirancang atas dasar jodoh-atur-keluarga, tapi kenal yang terjadi dengan sendirinya. Tak tahu bagaimana dengan perasaan dia, tapi perasaan aku sangat senang ketika ini. Dia memang kelihatan seorang lelaki yang ideal di mata aku. Tak sangka, tujuh bulan yang berlalu sudah membolehkan aku memuji Kamal Mukhlis sendiri.
            Selesai bersiar-siar sekejap, Kamal Mukhlis terus saja hantar aku ke rumah sewa.
            “Jaga diri, Kausar.” Macam selalu, hari ini pun dia berpesan. Aku senyum saja.
            “I call nanti,” ucapnya lagi. Aku jeling. Dan dia terus ketawa dengan reaksi itu. Tak ada kerja lain agaknya nak calling aku pula. Cukuplah dah keluar tadi.
            “Kausar…” dia panggil lepas aku dah keluar dari kereta. “I’ll call.” Tuturnya seakan tidak terkesan dengan jelingan tajam aku. Malas nak berlama dekat luar, aku angguk saja. Nanti bila dia telefon nanti, pandai-pandailah aku ‘pengsankan’ diri.

AKU ketap bibir kuat. Dadaku sudah berdebar semacam. Aku baca lagi dan lagi. Nota yang bertaburan atas meja langsung tak aku ambil peduli. Yang terlalu menarik perhatian aku di saat ini, sebaris ayat yang berjaya mengocakkan dada aku. Berjaya mengocakkan ketenangan aku. Aku mengeluh perlahan.
Telefon yang berdering, langsung aku tak peduli. Kerana aku tahu, siapa pemanggilnya. Berkali-kali berbunyi, aku tak jawab juga. Ada rasa bersalah dalam hati, sebenarnya. Lalu aku capai juga telefon. Taip mesej dan hantar. Harap dia faham dan aku rasa, dia memang jenis cepat faham. Dan ia terbukti dengan mesej balasan yang dia hantar.
Jangan risau, I tak paksa. I cuma cakap apa yang I rasa. You fikir dulu, kalau setuju… baru kita cakap dengan family kita. Kalau tak setuju… kita buat macam biasa. I akan tetap tolong tengokkan you untuk mak dengan abah.:)
Telefon terus aku letakkan di sisi meja. Aku bangun ke tandas. Kepala aku rasa berat. Aku rasa macam hendak luahkan pada seseorang. Mungkin aku patut luahkan pada Dia. Dia yang paling memahami kita.
Selesai mengambil wuduk, aku terus tunaikan solat sunat di kala malam yang sunyi sepi ini. Aku hanya harapkan, sedikit ketenangan agar kocakan dalam dada ini dapat diredakan. Selesai solat, aku capai naskah al-quran di atas meja. Aku selak perlahan dan mula membaca. Baris-baris ayat itu, aku cuba hayati dengan makna yang tertulis. Dalam pada, aku cuba fokus pada bacaan ayat-ayat suci ini, mindaku terganggu juga dengan sebaris kata yang membuatkan hatiku jadi serba tidak kena.
From: Kamal Mukhlis [kamal.acc@yahoo.com]
To: Kausar [kausarazman@gmail.com]
Subject: Penyatuan dua hati.
Kita kahwin, Kausar.
Kahwin? Kamal Mukhlis ajak aku kahwin? Aku macam pening sekejap. Nak pastikan yang aku bukan sedang bermimpi. Dicubit pipi laju. Sakit!
Aku bangun terus dari duduk. Tanggalkan telekung dan letak semula quran di atas meja. Telefon aku capai dan mendail nombor yang aku rasa, boleh bagi aku suatu petua. Lama menunggu, baru talian bersambung.
“Assalamualaikum, Umai… aku ada benda nak cakap…”
Dan Kak Umairah pun tadah telinga untuk dengar semuanya.

AKU sign in YM dengan senyuman di bibir. Entah apa yang ada dalam hati ini, tak dapat nak digambarkan. Yang pasti, lepas saja sembang dengan Kak Umairah dua minggu lepas, aku rasa load dalam hati aku hampir kurang. Dia pun bagi nasihat yang aku rasa sangat senang untuk nak hadam dan guna.
            Mata aku, laju mencari. Nampak saja tanda kuning, online itu, terus aku klik. Dengan salam pembuka bicara, aku BUZZ! dia.
            <Kamal.M> : ya sayang… :)
            Senyum aku mati. Nasib bukan depan aku, kalau tak, dah lama aku baling batu. Suka hati tangan dia aje menaip perkataan itu dan digelarkan untuk aku.
            <Kausar-ai> : macam bagus aje panggil I sayang. Siapa luluskan lesen?!
            <Kamal.M> : Aik? Ingatkan you nak cakap setuju. Bukan eh? Hehe…
            <Kausar-ai> : Nak bagi jawapan la… dah sedia nak dengar?
            <Kamal.M> : Sure. Dah sedia… jangan risau, apa pun, I positif sentiasa.
            Aku tarik nafas panjang. Nasib baik Kamal Mukhlis itu memang jenis positif sentiasa. Memang bagus juga. Tapi, aku harap… dia dapat terima sebaiknya.
            <Kausar-ai> : Sanggup terima, tidak atau ya?
<Kamal.M> : Kalau boleh nak ya aje. Tapi, itu mendesak namanya. I bukan kaki paksa. You tak sudi, I tak nak desak. Biar kita sama-sama suka, baru I akan proceed.
<Kausar-ai> : So, terimalah tidak I.
Kamal Mukhlis terus senyap. Aku senyum sedikit. Pastinya dia terkejut. Mungkin dia sangka jawapannya ya. Dan kenapa aku kejam sangat nak menyeksa perasaan dia? Oh, kerana memang sudah berniat nak menyeksa dia! Jahat kan aku ni…
Teringat suara Kak Umairah yang menaik, bila aku cakap nak jawab tidak. “Hang gila Kausar. Sanggup nak buat macam tu dekat dia!” Kak Umairah memang marah sangat. Tapi aku gelak, santai.
“Eh, hang yang ajar aku kan, Umai. Jangan nak buat-buat lupa!” Bila aku cakap macam tu, baru nak turun sikit volume dia. Baru dia nak sedar agaknya, yang menyampaikan ajaran menyesatkan otak aku ini, adalah dia. Sifu tak bertauliah. Mak tahu kerja kami berdua ini, mahu dikejarnya keliling rumah. Dan aku terus senyum sendiri sambil mata menghala komputer riba. Terasa panas tiba-tiba di kelopak mata.  Tanpa sedar, air mataku yang sudah sedia bergenang itu, terus mengalir membasahi pipi. Aku tahu, air mata ini bukti bahawa aku tidak salah memilih.
“Kamal Mukhlis…” perlahan namanya membasahi bibir. Aku senyum lagi. Dan aku terus tidur berulitkan senyuman yang tidak mahu hilang dari bibir.

SEJAK peristiwa YM yang mendukacitakan Kamal Mukhlis, kami berdua dah tak keluar sangat. Dia yang beria mengaku untuk positif, aku tengok macam negatif saja. Aku senyum lagi, bila nampak muka muram dia. Haha… Ya Allah, kejamnya aku!
            Dia tiba-tiba saja cakap nak jumpa. Tapi aku cakap, jumpa dekat depan rumah saja. Aku malas nak keluar.
            “I minta maaf, kalau I dah bagi sakit hati you dengan permintaan I yang tak masuk akal tu. I pun tak tahulah, masa tu tengah fikir apa. Yang I tahu, I suka you, I sayang you, jadi I nak jaga you… sorry Kausar, perasaan yang datang, susah nak dihalang. Sebab tu, I luahkan. Tak nak simpan dan pendam.” Dia buat sesi luahan perasaan dengan aku. Aku diam saja. Tak menyampuk langsung. Biarlah, hari ini dia berbicara. Mungkin dengan cara ini, akan kurang bebanan perasaan dia.
            “You nak tahu Kausar, masa dulu mak suruh I kenal you… I memang tak nak, sebab I fikir macam takkan menjadi aje. Iyalah, zaman sekarang semua nak main pilih-pilih sendiri. Tapi entah macam mana, even I dah cakap tak nak dekat you, tapi I still ada rasa macam nak kenal jugak. You nak tahu kenapa?”
            “Kenapa?” aku tanya juga. Tak nak biar dia rasa macam tengah cakap seorang diri.
            “Sebab you banyak mengutuk I dalam hati.”
            Tersedak aku. “Eh mana ada!” cepat saja aku menafi. Tapi betullah. Eh, macam mana dia tahu?
            Kamal Mukhlis gelak. “Betullah ye?” dia gelak lagi, sebelum menyambung. “Jangan risau, I bukan pakai ilmu sihir. It just that, I realize you are being very uncomfortable with me. Sejak daripada mula kita jumpa.”
            “Tapi kenapa sekarang you boleh dapat idea untuk ajak I kahwin pulak?” aku tanya juga soalan itu biarpun dah kecewakan dia dengan jawapan negatif aku.
            “Kita dah kenal berapa lama Kausar?” dia tanya dengan senyuman. Aku angkat jari, lapan. Namun sudah lebih sebenarnya.
            “Dan you rasa… takkan I tak rasa apa-apa bila asyik berkepit dengan you aje?”
            Membulat mata aku. Harap pembaca jangan salah faham dengan apa yang Kamal Mukhlis ini duk merapu. BERKEPIT dalam istilah dia, aku rasa dia nak maksudkan tentang situasi kami keluar berdua. Tak ada masanya aku nak berkepit dan melekat dengan dia. Buang tabiat.
            Dia gelak besar. “You teringin nak berkepit dengan I?” tiba-tiba dia mendekat.
            “Berani dekat? I buka langkah silat!” memecut laju jantung aku. Bila tengok Kamal Mukhlis yang tersenyum nakal. Mengerikan! Walaupun aku percaya, dia memang seorang yang sangat baik sebenarnya, tapi dia tetap seorang lelaki dan aku, perempuan. Macam-macam boleh jadi sebenarnya. Kan?
            “Tengok… you masih nak mengutuk I dalam hati.” Ucapnya sedikit perlahan. Dan aku terkesan nada terkilan Kamal Mukhlis. Aduh, kesian!
            “Sorry… tak sengaja.” Aku minta maaf juga sebab rasa bersalah dah bertimpa-timpa.
            “It’s okay.” Dia senyum dan mula menarik nafas panjang. “I sebenarnya nak kena balik Malaysia, ada hal urgent. You tak apa ke, I tinggal you ni?”
            Aku tersenyum kecil. Rasa macam nak ketawa pun ada. Dah gaya macam abah bertanya dengan mak setiap kali dia kena pergi urusan luar. Dan mak selalu jawab, “Pergilah bang, Sal boleh jaga diri dengan anak-anak kita, abang jangan risau.”
            Aku senyum lagi dan pandang wajah dia. “Tak apa, I boleh jaga diri. Jangan risau ya.”
            “Dah selesai kerja, I balik terus.” Dia tambah lagi ayat yang selalu abah cakap pada mak. Mata aku sudah tak dapat nak berkelip pandang wajah dia. Hati aku yang pernah berdebar sekali dulu, kini sudah makin rancak.

SUNYI saja hari ini. Aku yang dah selesai segala tugasan, terus saja pulang ke rumah sewa. Sempat juga aku bersapa dengan seorang lagi teman yang duduk bersama, Asyikin. Dia itu sibuk sentiasa. Maklumlah, tengah sibuk nak habiskan pengajian doktor falsafah. Jadi, aku memang jarang dapat habiskan masa dengan dia.
            Badan terus aku rebahkan atas katil. Cuaca di luar, agak sejuk sedikit. Baju yang berlapis di badan tidak lagi ditanggalkan. Fikiranku melayang, fikirkan panggilan telefon daripada mak. Kan aku dah cakap, mak mesti mengamuk sebab aku ‘tolak’ Kamal Mukhlis tanpa pengetahuan dia. Mesti kerja Kak Umairah yang langsung tak reti simpan rahsia daripada mak. Sampai mak lancarkan mogok, tak nak bercakap dengan aku selama tujuh saat. Haha. Ketawa besar aku, bila dengar mak cakap macam tu.
            “Awat yang buat macam tu dengan anak orang, Kausar?”
            Aku gelak. Gaya mak tanya, macam aku mendera Kamal Mukhlis itu sampai cedera teruk saja. Eh, tapi ‘cedera’ la… hatinya.
            “Janganlah marah mak. Umai tak cakap apa-apa lagi dengan mak ke?”
            “Dia dah cerita semua. Sekarang ni, mak nak pesan dengan Kausar, tak payah jumpa dah dengan Kamal tu. Nak sangat buat aniaya dengan anak orang kan, sekarang Kausar rasa pulak!” marah mak. Aku mencebik, seakan tidak terkesan dengan kata-kata mak.
            Tapi apa yang aku rasakan sekarang? Baru beberapa hari sebenarnya, aku sudah terseksa jiwa dan raga. Itu yang mak pesan, jangan aniaya orang. Aku yang degil, suka sangat nak aniaya Kamal Mukhlis. Sekarang, rasakan balasannya. Dan bagi pesanan mak, aku tidak dapat nak mengelak. Terpaksa turutkan saja dalam resah. Biarpun Kamal Mukhlis sudah berkali-kali cuba mengajak aku keluar. Sepanjang itu juga aku terpaksa tolak, sebab pesanan mak. Baik tak aku? Anak mak…
            Telefon yang mula berkelip dengan nama Kamal Mukhlis di atasnya, terpaksa aku pandang sepi. Biarkan saja dulu. Pasti dia nak ajakku keluar lagi atau dia sebenarnya tengah pecah kepala memikirkan kenapa aku macam dalam proses nak boikot dia daripada hidup aku. Fikirku. Biarlah buat masa ini. Akan datang nanti, mungkin masih ada ruang yang lebih luas buat kami. Mungkin…
           
SELEPAS 1 tahun 5 bulan…
            Muka aku dah berkerut, menahan sakit. Tangan aku, laju menarik lelaki berbaju kemeja lengan panjang di sebelah aku. Jangan salah faham! Bukan lelaki entah siapa-siapa, dia suami aku. Suami yang aku menikah atas dasar tagline, ‘dah sampai jodoh’. Dan disebabkan suami aku jugalah, aku sekarang dah kena penyakit am yang diserang oleh semua wanita yang telah mendirikan rumah tangga… sindrom berbadan dua.
Kini, aku rasa macam dah sampai masa bila anak aku dalam perut ni, tendangnya dah gaya macam nak melompat keluar. Tak menyabar langsung. Sekurang-kurangnya, bagilah aku habiskan kek Tiramisu kegemaran aku ini.
“Abang!!!” aku jerit kuat, bila rasa suami aku buat bodoh saja. Langsung tak prihatin dengan kesakitan aku yang dah sakit tahap tidak mampu digambarkan dengan kata-kata!
“Ya sayang…” lemah saja dia menyambut. Tak kena dengan situasi langsung. Cubalah tangkas sikit bila menyahut tu.
“Orang sakitlah! Abang ni, boleh pulak layan makan kuaci tu.” Geram aku berkata.
Dia terus mengerutkan dahi. Baru nak risau agaknya. “Eh, betul ke ni? Bukan false alarm lagi ke? Hari tu dah dekat dua kali… macam ni jugak kan?” soalnya dengan nada biasa.
Aku jeling. Sabarkan hati sajalah! Aku jeling lagi tajam bila suami aku pandang dengan pandangan gaya-minta-penampar.
“Sayang, betul sakit ke?” muka dia dah cuak. Aku diam dan jeling terus. Tahan sakit dalam diam.
“Sayang…”
“Abang ingat, orang ada rasa nak melawak masa-masa macam ni?!” aku menangis terus.
“Okey, chill. Sekarang jugak abang bawa pergi hospital.” Terus dia bangun dan bergegas capai tudung aku yang dah sedia ada tepi sofa. Sempat juga dia pergi salin baju dan capai segala ‘harta benda’ milik dia sebelum bawa aku masuk kereta.

KHALILAH KAMAL MUKHLIS. Permata hati aku dan suami, kesayangan kami telah selamat lahir tepat jam 6.00 pagi, selepas masuknya waktu Subuh, tiga hari lepas. Mataku tertancap pada wajah Kamal Mukhlis yang sedang merenung bayi kecil itu dengan rasa kasih. Terasa macam baru semalam lelaki itu melafazkan akad di hadapan abah dan kini dia sendiri sudah menjadi seorang abah. Buat anakku. Rasa bahagia sudah mula memenuhi segenap sudut dalam hati. Rasa macam tak percaya pun ada dengan semua ini. Rasa macam nak tergelak tak henti bila teringatkan muka Kamal Mukhlis masa hari pernikahan kami.
            “Kenapa langsung tak explain yang you saja main-mainkan I?” marah betul dia. Lepas saja selesai upacara batal air sembahyang, langsung dia tak menunggu untuk ‘sembur’ aku.
            “Eh, bukan dah tahu ke?” aku pula yang keliru. Mak yang cakap, mak Kamal Mukhlis dah masuk meminang aku, jadi aku tidak dibenarkan sama sekali untuk cuba-cuba nak lukakan hati dia lagi. Disebabkan itu juga, mak dah bagi arahan mandatori supaya aku tak keluar berjumpa dengan Kamal Mukhlis.
            “Mana I tahu! Mak tak cakap pun dia meminang you. Sampailah kad kahwin ada depan mata I.” Aku dah gelak. Muka Kamal Mukhlis yang cemberut itu hanya mengundang tawa di bibirku. Tak sangka pula, mak Kamal Mukhlis pun pandai mainkan anak dia, macam aku. Hehehe…
            “Marah lagi ke?” tanyaku. “Kan dah kahwin, marah lagi ke?”
            Dia mendengus sebelum datang duduk sebelah aku. “Tahu tak, betapa leganya hati ni bila nampak nama you atas kad kahwin? Dahlah tolak lamaran tak rasmi I! Lepas tu, langsung tak nak keluar berjumpa, boikot terus. You boleh bayang tak, macam mana perasaan I masa tu?” marah lagi. Aku senyum.
            “Betul-betul sayangkan Kausar ke?” tanyaku dengan sopan.
            “Kalau tak sayang, tak adalah I ada depan mata you ni, as your husband… kan I dah pernah confess, you tak percaya kan?” nada Kamal Mukhlis masih belum turun.
            Aku geleng perlahan. “Percaya. Dah percaya sejak abang ajak Kausar kahwin lagi.”
            Dia diam sambil menghela nafas panjang. Dia pandang wajah aku, lama. Seketika kemudian, dia mengeluh pula. “Sorry, I have never asked about your feeling. Kausar… sayangkan I tak?” dia tanya dengan sayu. “Atau terima ni sebab mak yang paksa?” keluhnya lagi.
            Aku simpan tawa dengan reaksi wajahnya. Nampaknya, aku kena selesaikan segalanya. Semua ini takkan bermula dengan rumit kalau aku mudahkan sejak dari awal lagi.
            “Since the day I said no, Kausar sebenarnya dah belajar terima abang. Mak takkan terima, kalau bukan sebab Kausar yang nakkan semua ni. Kausar yang bagi green light dekat mak. Don’t worry… kita bukan kena kahwin paksa. Kita kahwin sebab sama-sama suka.”
            “Betul?”
            “Tak percaya?”
            “Sebab you tak nampak macam sukakan  I pun. Apatah lagi sayang.”
            “Sebab Kausar tak pernah tunjuk pun, mana abang nak nampak!” aku jeling.
            Dia ketawa. “So… plan lepas ni, nak tunjuk ke sayang tu?”
            “Depends on how you sayang me la…” balasku berlagak.
            Dia ketawa lagi. Ketawa yang telah memulakan lakaran baru dalam hidup aku dengan status Puan Kausar, isteri kepada Encik Kamal Mukhlis.
            “Comel anak kita, sebijik macam abah dia.” Pujian Kamal Mukhlis menyepaikan lamunanku. Aku senyum saja, tidak menafikan dan tidak terasa nak menafi. Keningnya terangkat.
            “Tak rasa nak argue?”
            Aku geleng. “Anak abang, mestilah macam abang, kan?” Dia senyum.
            “Macam mak dia jugak.” Dia cakap juga, walaupun aku tak kisah sebenarnya. Biarlah macam siapa pun, asalkan dia sihat sempurna. Harapan seorang ibu, agar anaknya akan membesar dengan sihat, menjadi anak yang patuh pada agama, dan berjaya dalam hidup dengan redha-Nya.
            “Puan Kausar… sayang I tak?”
            Aku menjeling kecil sebelum menjawab. “Tak cukup lagi ke kasih sayang yang Kausar tunjuk dekat abang?”
            Dia senyum. “Tak terkira… dan abang sangat bahagia.”
            Ya, dan aku juga.

TAMAT
----------------------------
Rasa macam ada lagi yang uncomplete. Tapi, mungkin ini saja buat pengakhiran Kausar kali ini. Cerpen yang lebih banyak merapu daripada 'isi' untuk dikongsi. Harap dimaafkan oleh pembaca semua, rasa macam skill menulis dah makin berkurang. Makin tak kreatif. InsyaAllah, akan cuba perbaiki dari masa ke masa. Buat masa ni, moga terhibur dengan karya saya yang kurang serba-serbi ni. :)

June 22, 2012

Cerpen: Kausar (Part II)


Maaf di atas kekalutan bahasa yang agak merapu. Sekadar cerpen untuk menghiburkan anda. Enjoy, Part II. :)
____________________________ 

SUDAHLAH jatuh cinta, kecewa! Lepas tu, kena tipu dengan calon-pilihan-mak-pending tu! 35 tahun?! Aku memang betul boleh histeria disebabkan Kamal anak kawan mak ni. Tipu aku tak agak-agak. 35 tahun? Aku macam tak boleh nak terima hakikat pula. Habis tu, aku buat keputusan nekad, malas nak involve dengan hal berkaitan dengan hati dan perasaan buat masa sekarang. Lepas tu, memang asyik kena perli dengan mak.
            “Kalau tak fikir sekarang, nak fikir lepas 35 tahun akan datang?”
            Aku ingat lagi ayat itu. Mak kalau bab nak perli aku, tak agak. Abah awal-awal angkat bendera putih, tak nak masuk campur. Sebab abah pun  jarang ada dekat rumah. Selalu sangat kena pergi kerja luar. Tapi, abah pun tak lepas bagi nasihat pendek-ringkas-padat dekat aku.
            “Kausar… jodoh dan pertemuan tu, kuasa Allah. Kalau dia nak, sekarang pun boleh Dia temukan Kausar dengan orang tu. Tapi mesti ada sebabnya. Kausar kena ingat, apa pun jangan nak ragu-ragu bertanya dengan Dia. Doa tu penghubung kita dengan Dia. Jangan nak segan sangat nak berdoa.”
            Segan yang abah kata ni, lebih kepada nak tujukan dengan perangai malas aku. Asyik nak doa yang ringkas-ringkas aje. Sedangkan, doa itu sebenarnya nak tunjuk kesyukuran dan kepatuhan kita pada Dia. Itu pun aku susah nak buat. Apa punya hamba aku ni! Kecewa dengan diri sendiri. Tak mensyukuri nikmat langsung.
            Dan disebabkan itu, aku ambil keputusan. Mulai daripada sekarang, aku akan berdoa. Berdoa supaya dikurniakan jodoh yang baik. Sebab kata abah, Allah itu Maha Mendengar. Jadi kita mintalah apa saja. Dia pasti akan kabulkan. Kalau dia tidak kabulkan, bukan bermaksud dia tak nak bagi, malah mungkin dia akan gantikan sesuatu yang lebih baik daripada itu.
            Sebab itu, kena yakin… He Knows The Best. Mesti yakin.
            Aku bangkit, bersemangat. Nak pergi tunaikan tuntutan dan kewajipan sebagai umat Islam. Dengan harapan, perjalanan hidup aku akan menjadi lebih lancar dengan redha Dia. Dan biarlah cinta itu hadir pun, dengan keizinan dan ketentuan Dia. Semangat Kausar!

KAD berwarna biru laut itu aku pandang sekali lagi, nak cari alamat punya susah. Hani pun, kalau iya pun nak buat  majlis gempak sangat, buatlah dekat tempat yang senang nak dicari. Ini entah dekat ceruk mana, aku pun dah hampir sesat rasanya. Sambil-sambil tu, mata aku mencari bunga manggar yang selalu terpacak dekat sisi jalan waktu-waktu kenduri ini. Ahah! Nasib dah jumpa. Laju aku membelok kereta.
            Turun saja dari kereta, memang dah nampak ramai. Wah! Kalah artis dah aku tengok. Meriah. Aku betulkan dulu kurung Pahang, pink yang tersarung dekat badan. Tudung yang dah macam senget sikit pun, aku adjust dulu. Puas!
            “Masuk, masuk…” pelawa seorang mak cik yang dah jadi macam penyambut tetamu dekat depan. Emak atau mak cik Hani agaknya. Ramai sangat, aku tak kenal. Lepas dah bersalam-salam dengan beberapa makhluk, aku terus ke meja buffet. Berseorangan. Sedih aje ayat aku. Ajak mak pun bagus juga tadi, ada la juga orang yang nak diajak sembang sekali. Rugi pula aku cakap, mak tak payah teman.
            Aku terus ke kerusi yang kosong, dekat dengan meja pengantin sedang menjamu selera. Hani dah nampak aku. Dia lambai tangan macam teruja sangat. Aku senyum balik dan terus duduk. Nantilah aku pergi dekat sana. Sekarang aku dah lapar. Hidangan kenduri, aku memang tak pernah tolak.
            “Sorang aje?” baru aku nak suap nasi, dah ada langau yang bersuara. Siapa tu? Aku angkat muka nak tengok. Dia??? Aish… mengacau selera. Tapi, apa dia buat dekat sini?
            “Kausar…” dia panggil lagi. Mangkuk ni, tak reti nak blah ke? Macam aku suka pula nak duduk semeja dan makan dengan dia. Cukuplah sekali tu, bila dia panggil aku kakak dan pada hakikatnya tidak. Dah berapa kali aku duk ulang ayat ni, aku pun tak taulah!
            “Ya, datang sorang aje.” Aku jawab, malas.
            Dia senyum dan terus duduk depan aku. Walaupun, aku tak pelawa. Muka tak malu kan? Dan kenapa aku sekarang ni, macam duk ‘taram’ gila dengan dia? Tak faham betullah dengan manusia macam aku ni, jiwa kacau sentiasa.
            “Kawan awak ke yang kahwin ni?”
            Aku angguk. Mulut tengah penuh. Dan itu merupakan alasan terbaik untuk aku tidak bercakap dengan dia. Aku terus makan dengan laju. Tak control langsung walaupun aku rasa dia macam terkejut tengok halaju tangan dan mulut aku buat masa ni.
            “Datang dengan apa?” dia soal lagi sebelum menyuap nasi. Aku dah selesai. Cepat sangat suapan aku hari ni. Semangat nak berambus dari meja ni. Teko berisi air basuh tangan di depan, aku capai. Selesai aje, aku terus bangun.
            “Saya nak balik dah. Assalamualaikum.”
            Dia sedikit terpinga. Aku agak macam dia nak cakap something, tapi aku cepat membuka langkah. Tak nak dengar. Mesti dia tengah fikir, “Apahal minah ni???” aku percaya!

AKU pergi tegur Hani, nak sampaikan salam mak dan sampaikan hadiah yang aku dah bungkuskan untuk dia. Tak istimewa, tapi harap dia dapat terima. Hani terus bangun bila aku sampai depan dia. Muka dia dah lain. Macam nak menangis pula. Eh, kenapa?
            “Terima kasihlah kau datang.”
            “Orang dah jemput, takkan tak datang.”
            Dia senyum. Terharu. 
            “Yang kau nak leleh ni kenapa?” soalku hairan. Dia geleng sambil senyum.
            “Sedih… dah kahwin!” Hani selamba aje mengucapkan ayat merbahaya macam ni tengah-tengah majlis gilang-gemilang. “Dah tak boleh usha mamat handsome..” sambung lagi. Aku jeling aje. Tak cukup-cukup lagi mencuci mata?
            “Bawa-bawalah insaf. Tengok muka suami kau seorang. Bukannya tak handsome.”
            “Kalau tak handsome, aku tak kahwinlah!” dia balas dengan bangga. Kali ni, aku jeling lebih tajam daripada biasa. Dah kahwin pun, duk buat lagi perangai tak senonoh dia tu. Pelik aku!
            “Dah, aku nak balik dulu ni.”
            “Eh, kenapa cepat sangat. Baru aje makan nasi kan?”
            Aku angguk. Dan cukuplah makan nasi? Nak suruh aku makan apa lagi?
            “Tunggulah… kejap lagi, caterer hantar makanan ringan. Makanlah dulu… duduklah lama sikit. Kau ni, kut iya pun tak suka sangat dengan aku, janganlah reveal sangat masa majlis ni…”
            Aku diam sekejap sambil fikir. Memang nampak sangat ke aku tak suka dia sebelum ni? Lagi-lagi dengan perangai gedik-merenyam-menggatal dia tu, bila ada Kamal depan mata?
            “Tak adalah sampai macam tu… aku cuma takut sesat aje. Kau pun tak agak, buat majlis dalam ‘hutan’ macam ni. Payah aku nak cari…” jawabku beralasan.
            “Tunggulah sekejap lagi.” Dia bagi jawapan seakan tak peduli dengan hujahan aku sebentar tadi. Buat penat aku cakap aje. Sepatutnya aku mengaku aje, aku tak berapa nak suka dengan perangai dia dan terus blah! Tapi… janganlah! Ada ke cerdik sangat nak tunjuk perangai tak bertatasusila macam tu dekat majlis perkahwinan orang. Buatnya aku kena sumpahan, tak bertemu jodoh sampai ke sudah. Sebab, buat masalah dekat rumah kahwin orang. Eh, ada ke?
            Tolonglah jangan nak buat andaian yang akan menyimpangkan akidah macam ni Kausar. Aku dah tepuk-tepuk dada perlahan. Bawa-bawa beringatlah.
            “Iyalah, aku tunggu.” Aku beralah sendiri. Biarpun aku tahu, aku bakal dilanda kebosanan sekejap lagi. Dan sekali lagi, aku menyesal sebab tak ajak mak. Baru saja aku nak bergerak, cari tempat duduk. Nama aku dilaung. Dua suara. Serentak. Aku berpaling dan tergamam. Lagi tergamam apabila dua insan yang memanggil aku tu pun dah bertatapan sesama sendiri. Macam drama!
            “Kausar…” sekali lagi namaku disebut. Juga serentak. Dan harus bagaimana riak wajah aku dikala ini? Dua-dua pun Kamal juga. Bezanya, seorang aku suka dan seorang aku menyampah gila.
            “You first…” Kamal mangkuk tu beralah. Aku macam nak muntah tengok ‘kebaikan’ dia yang tak seberapa ni! TENGOK… lagi-lagi aku asyik ‘taram’ dengan dia. Masalah jiwa!
            “Oh, tak apa… awak pun macam ada hal penting aje tadi. Tak apa, you first.” Kamal baik pun beralah. Dan aku terpaksa bezakan dua orang Kamal ni, dengan gelaran baik dan mangkuk. Objektifnya, supaya kau orang tak confuse membacanya.
            Kamal mangkuk tersenyum kecil. “Thanks. By the way, I’m Kamal.” Dia hulur tangan pada Kamal baik. Aku nampak muka Kamal baik macam nak senyum, terkejut pun ada.
            “Kamal too.” Jemari mereka bertaut. Aku pun duk tunggu macam tunggul menanti sesi taaruf pendek yang berlangsung antara dua Kamal ni. Alasan aku tunggu ni pun, tak lain dan tak bukan, sebab Kamal baik. Fullstop!
            “Kausar…” aku buat tak layan bila yang memanggil itu hanya membuatkan hati aku menggerutu kegeraman.
            “Saya nak minta maaf.” Ucapnya lembut.
            Maaf? Eh, dia tahu ke maksud maaf tu? Ke dia ingat maaf tu sebenarnya nak ajak bergusti?
            “Saya tipu awak sebab tak tahan sangat kena desak dengan mak.” Sambungnya lagi. Aku boleh aci telek kuku pula. Muka langsung tak berminat dengan sebarang alasan dan sebab-musabab kejadian yang pernah menyakitkan hati aku ini.
            “Kausar…” intonasi suara dia macam dah lain. Macam geram. Aku pandang dia, macam nak minta hutang. Apahal nak marah aku?!
            “Dengar tak saya cakap apa?”
            “Maaf… kan? Okey, dah selesai urusan.” Aku tarik senyum plastik segaris dan terus melangkah dari situ. Motif aku buat jual mahal dan gaya perasan bagus ini untuk apa pulak?  Jujur, aku makin tak faham dengan diri sendiri.

“KAUSAR jumpa anak kawan mak dekat kenduri.” Ramah sangat mulut aku inform pasal benda yang aku tak berminat. Entah macam mana boleh menyelit dalam topik perbincangan aku dengan mak di malam yang santai ini. Muka mak, terus transform. Gaya teruja tahap Tera!
            “Kamal ka?” soal mak laju.
            Aku jeling. Mak ni kan… macam aku kenal semua anak kawan mak?! Yang aku kenal, mangkuk ni seorang aje. Itu pun dah dapat gelaran mangkuk, sebab menyakitkan hati aku yang suci dan murni ni. Lagi-lagi aku nak sakit hati dengan dia.
Sebenarnya aku ni, suka ke dengan Kamal mangkuk tu? Apahal yang aku nak kena marah gaya nak menyumpah dia sampai tujuh keturunan akan datang? Aish… bawa-bawa bertaubat Kausar! Marah tu datang dari syaitan dan aku ni nak assign jadi member baik syaitan ke dengan perangai tak senonoh macam ni? Nauzubillah…
“Nak kenal-kenal lagi dak? Mak boleh discuss…” mak aku mengemukakan tawaran yang aku rasa tak berapa nak syok bila didengar.
“Tak payahlah mak. Mak nak ke orang kata kat Kausar, hidung tak mancung… pipi tersorong-sorong. Orang dah tak sudi, tak payah nak terhegeh…” balasku dengan nada pasrah.
“Apa pula hidung tak mancung? Elok terletak dah tu…” mak aku pun balas dengan lurus. Aish… agaknya mak belum terdedah dengan simpulan bahasa tu kot?! Malas aku nak explain dengan detail.
“Tak payahlah mak… janganlah bagi Kausar rasa tebal muka.” Aku tolak lagi. Aku harap mak fahamlah yang aku memang tak nak dikaitkan dengan salasilah keluarga Kamal tu. Biarlah jodoh aku dengan siapa pun, asal bukan Kamal mangkuk tu.
Sebut Kamal mangkuk, aku teringat Kamal baik. Dia pun dah hantar satu kad undangan untuk majlis perkahwinan dia dengan tunangnya, Farisha. Aku senyum aje sambut huluran kad tu. Dalam hati dah pasang niat, supaya awal-awal apply cuti. Pergilah bersantai dekat mana-mana destinasi percutian dekat Malaysia ni. Biar aku tak stress sebab semua orang di sekeliling aku dah kahwin.
“Kausar, boleh ya nak?” Suara mak mencelah lagi.
“Boleh apa mak?”
“Bolehlah dengan Kamal tu?”
Muka aku dah lain. Mak ni… yang kemaruk sangat nak bermenantukan Kamal mangkuk tu kenapa? “Tak naklah!!!” tegas aku berkata. Konon, tegas sangat. Tapi aku nampak mak dah sengih panjang. Gaya ada agenda tersembunyi aje.

AKU dapat offer, sambung belajar. Senyum lebar sampai ke telinga. Hani pun jadi pelik sebab tak pernah nampak aku dengan perangai sewel macam ni. Tapi aku buat tak reti, bila dia jeling-jeling seakan menagih penjelasan.
            “Happy nampak?” teguran pendek yang memaksa aku angkat kepala. Aku senyum lebar tengok Kamal depan mata. Kamal segak sangat dengan kemeja biru gelap yang lengannya dah disinsing sampai ke siku. Tunang orang tu, Kausar! Hati aku suruh beringat.
            “Ada apa ke sini?” soalku ramah.
            “Saja… nak ajak lunch. Free ke?” Kamal pun mengajak ramah.
            Aku terdiam. Pelik. Yang dia nak ajak aku lunch kenapa? Buang tabiat ke?
            “Kausar…” dia panggil, bila nampak aku senyap.
            Aku diam lagi. Teragak-agak. Baik tak payah cari nahas. Menimbulkan fitnah aje keluar berdua dengan tunang orang. Dan fitnahnya pasti direct kepada aku. Standardlah tu kalau dalam situasi macam ni. Aku yang single inilah yang akan menjadi culprit!
            “Tak boleh kot.” Aku tolak dengan yakin. Tapi muka Kamal dah lain. Macam sedih. Alamak! Janganlah buat aku rasa bersalah. Lagi bersalah kalau aku terpaksa-rela keluar dengan dia. Biarpun tujuannya hanya untuk makan saja.
            “Kenapa? Jomlah… tak pernah lagi kan I ajak you lunch.”
            “Err… tak elok kot. You, tunang orang… nanti jadi tak eloklah kalau orang bawa mulut.” Balasku berterus-terang. Jangan nak cari nahas, Kausar! Hati aku menjerit lagi. Macam dah tak percaya aje dengan tuan dia sendiri.
            “Tak adanya orang nak bawa mulut. Jomlah… kawan nak belanja ni, janganlah tolak rezeki,” beria dia memujuk. Hati aku sedikit sebanyak terpujuk juga walaupun dia mention dengan jelas status kami sebagai kawan. Biarpun kecewa, tapi aku macam tak kisah asal dapat menghadap muka Kamal. Tapi belum sempat aku nak kata apa-apa, dah ada yang menganggu bicara. Telefon yang berbunyi aku capai dengan pantas. Dahiku berkerut sebelum mengeluh perlahan.
            “Mungkin bukan hari ni Kamal.” Tidak rela, aku menolak juga. Skrin telefon aku pandang lama usai Kamal berlalu. Dia terpaksa mengalah apabila aku tidak mahu beralah. Biarlah, dah tertulis takdir aku bukan dengan dia.

NASI putih, tomyam campur, sayur kailan, telur bungkus, ikan bakar dan segelas besar jus tembikai yang begitu menyelerakan itu, terpaksa aku pandang dengan tidak selera. Lampu oren yang terang di atas kepala, aku jeling sekilas. Lepas tu, aku pandang ke sisi pula. Habis kiri, ke kanan. Sungguh tak senang duduk aku di kala ini. Aku dah agak, aku tak patut percayakan sengihan lebar mak yang terakhir kali kami berdiskusi pasal hal jodoh anak-kawan-mak yang terhenti separuh jalan tu.
            Kerusi depan yang kembali berpenghuni itu aku pandang lagi dengan hati yang kering. Keningnya berjungkit, menyoal aku mungkin. Aku balas pun dengan jungkitan bahu. Tidak mahu bersuara. Suara aku patut jadi emas untuk pendengaran dia. Dan sebenarnya, sampai ke sudah pun aku takkan habis sakit hati dengan Kamal mangkuk ni, atau nama penuh dia yang mak pun baru teringat nak inform pada aku, Kamal Mukhlis. Dan masa mak sebut tu, aku dengar macam muflis aje.
            “Tak nak makan ke?” dia soal aku. Lembut pula tutur kata dia.
            “Sebab apa kita kena jumpa ni?” soalku gopoh. Aku malas nak duduk lama-lama tengok muka Kamal Mukhlis ini!
            “Agenda orang tua kita.”
            “Kan dah cakap tak nak?” aku terus marah. Langsung tak fikir nak kawal perasaan dan nada suara. Dia terkejut.
            “Err… kita makan dululah.” Dia paksa aku suruh makan. Dan aku fikir itu cara halus untuk dia noktahkan kemarahan aku yang terlalu beremosi ini.
            Aku pun tebalkan muka, menjamah segala hidangan yang terhidang atas meja. Sedapnya tak terkira. Sampaikan aku tambah nasi buat kali yang kedua. Dan masa tu aku nampak dengan ekor mata, dia senyum. Sinis! Ah, persetankan itu semua. Aku tak pernah tolak rezeki (makanan) di depan mata.
            “Dah selesai. Saya balik dulu.” Selamba aku cakap macam tu sebaik saja selesai menghabiskan jus tembikai dalam gelas besar tu. Dia lagi terkejut.
            “Awak ingat saya panggil ni, semata-mata nak suruh awak melantak ke Kausar?” dia soal penuh perasaan, marah!
            “Habis tu?”
            “Nak ajak berbincanglah… cari alasan yang reasonable, yang boleh buat parent kita tu tak fikir dah pasal match make ni.” Sekarang ni, dia nak kerahkan otak aku untuk berfikir pula ke?
            “Cakap tak berkenanlah… tak ada lagi alasan yang lagi reasonable daripada tu.”
            Dia mendengus kecil. “Mak saya tak accept alasan tu.”
            “Itu masalah awak. Bukan saya… mak saya tak ada pun minta alasan-alasan ni. Tak suka, dah la. Fullstop. Lagi nak bagi panjang cerita. Dah la awak tu menyakitkan hati saya, dengan bagi alasan saya ni tua. Lepas tu, paksa saya jumpa pula, dengan alasan… nak kena cari alasan munasabah untuk pertemuan tak berapa nak munasabah ni.” Bebelku panjang. Dalam pada tak sedar, aku dah mengaku yang aku memang sakit hati tak henti dengan dia pasal alasan tua itu.
            “Awak marah lagi?” dia soal. Tersenyum pula. Aku diam.
            “Saya minta maaf. Mungkin sebab saya ni dah dikurniakaan pakej muka-nampak-muda, jadi senang saya nak bagi alasan tu dekat awak.” Dan dia ketawa. Macam tak ada kesan langsung dengan rasa sakit hati aku yang tengah membara.
            Aku jeling, geram. Memang macam budak-budak!
            “Senang cerita, macam nilah…” aku bersuara untuk memberi alasan yang kukuh. “Saya dapat offer, buat master dekat oversea. Jadi, alasan ni sangat kukuh untuk kita sama-sama tolak benda yang takkan jadi realiti ni.”
            Muka dia berubah. Macam terkejut saja. “Dekat mana?”
            “Australia. University of Adelaide.”
            Dia diam. Berfikir lama. Aku pun tiba-tiba jadi sabar nak dengar dia bersuara. Masa dia angkat wajah dia, mata kami bertentang pula. Errr… gugup aku seketika. Jantung aku ni macam jadi aktif semacam pula. Berdebar macam baru lepas berlari marathon aje gayanya. Dia senyum, slow-sweet-charming-smile. Ah, damn it! Aku tak sengaja teranalisa senyuman dia yang begitu menarik sebenarnya.
            “Kausar…” dia panggil aku dengan intonasi yang paling lembut aku pernah dengar daripada mulut dia.
            “Mungkin kita yang patut pertimbangkan cadangan orang tua kita.”
            “Hah!!!” aku jadi terkejut gila. Hilang akal ke apa mamat ni?

TERGANGGU betul tidur aku hari ini. Semua ini disebabkan Kamal Mukhlis! Boleh pula tiba-tiba, out of blue dia keluar dengan cadangan, “Kita kenal-kenal.” Padahal, sebelum ni siapa yang tega mengatakan yang kami berdua tidak sesuai untuk agenda kenal-mengenali ni? Dia kan?
            Dah naik pening aku memikirkan perihal benda alah ini. Lagi pening dan terlalu pening bila Kamal Mukhlis dengan senyuman yang begitu manis, mengatakan pada aku bahawasanya: “Saya sebenarnya ada kontrak dengan company, Insya-Allah untuk tiga tahun kena berkhidmat dekat cawangan di Australia. Dan mungkin kebetulan takdir agaknya, dekat juga dengan universiti yang awak nak pergi ni.”
            “So?” aku tak faham. Motif kepentingan company dia dekat dengan universiti yang aku nak pergi?
            “Well… tu pun akan jadi alasan untuk orang tua kita nak suruh kita kahwin jugak-jugak.”
            Aku diam. Berfikir. Dan kenapa sekarang ni aku rasa, dia tak macam duk fikir alasan untuk kami berdua lepaskan diri. Tetapi… dia sedang fikir alasan bagi pihak orang tua kami, untuk satukan kami. Dan mengikut perkiraan hati dan perasaan aku yang terlalu perasan ni, adakah dia sedang falling in love dengan diri aku yang serba-serbi kurang ni?
            “Saya tak rasa pun benda tu satu alasan. Kita boleh aje bagi strong reason. Lagipun, ni bukan zaman dulu-dulu. Awak ingat relevan kahwin paksa macam ni? Meruntuhkan institusi rumahtangga aje.” Panjang lebar pula aku bersyarah. Sampai sakit tekak. Sehinggakan terpaksa tambah air lagi segelas besar.
            “Apa kata kita kenal-kenal dulu. Kalau tak nak peningkan kepala masing-masing. Lagipun… masing-masing dah makin tua kan.”
            Dan disebabkan ayat tua itu, aku tercabar. Dia berani-berani sebut perkataan tua depan aku dan telah membuatkan aku setuju untuk berkenalan dengan dia dalam tempoh sebulan. Oh ya, aku yang tetapkan selama sebulan supaya aku ada lagi sebulan untuk tenangkan fikiran sebelum berangkat ke Australia. Buat semak otak aje kalau aku berangkat dengan kepala yang penuh dengan raut wajah Kamal Mukhlis yang kacak itu? Err… Kamal Mukhlis yang kacak itu? Aku rasa, aku dah kena mula dapatkan treatment otak. Dah makin parah nampaknya.

NAIK berpeluh aku terpacak dekat bawah bangunan 20 tingkat ini, tapi batang hidung Kamal Mukhlis langsung tak terlintas pun depan mata. Dia ini kan, memang sengaja! Aku dah agak, takkan sesenang kacang peas dia nak setuju kenal-kenal dengan aku. Mesti ada agenda. Nak bagi aku bertambah menyampah dengan dia.
            Perut aku yang memang dah mula buat irama zapin tambah tolak dengan mak inang, sememangnya memeningkan kepala. Aku rasa, baik aku pergi makan dekat kafeteria aje. Baru aku nak bergerak, dah ada yang memanggil. Siapa lagi kan, kalau bukan Kamal Mukhlis tu!
            Aku jeling dulu sebelum masuk ke dalam kereta.
            “Sorry… jam sekejap tadi.” Dia explain, walaupun dah nampak muka aku macam tak nak dengar sebarang alasan yang keluar dari mulut dia.
            “So, nak makan dekat mana?” tanya Kamal Mukhlis.
            “Mana-manalah. Asalkan makanan halal.” Jawabku dengan jelas. Nanti tak pasal dia ajak aku makan dekat tempat bukan-bukan. Tapi, tak mungkin juga… dia pun muslim kan. Apalah kau ni Kausar! Nak berburuk sangka dengan orang pun, tak kena dengan keadaan.
            Kami sampai dekat Restoren Rebung yang terletak tak jauh daripada bangunan ofis aku. Bagus juga dia ke sini. Makanan dekat sini, memang tip top. Paling aku suka, masak lemak cili api. Laju saja kaki aku melangkah, langsung tak tunggu ‘driver’ aku.
            “Kalau iya pun lapar, cubalah bawa bersabar.”
            Aku buat tak endah dengan ayat berunsur nasihat, bernada sinis daripada Kamal Mukhlis. Eleh… suka hati akulah!
            Kami terus saja makan, sebab tak nak buang masa. Selesai saja makan, aku pandang muka dia, lama. Kesian. Nampak penat, tapi kena bergegas jemput aku untuk makan tengah hari pula. Err… tempat kerja dia dekat mana pun, langsung aku tak tanya. Terus saja buat mandat gaya madam besar, suruh dia jemput aku makan tengah hari bersama. Suka hati aku aje! Sengaja nak menyeksa dia sebenarnya. Biar dia menyesal sebab nak kenal-kenal dengan aku.
            Aish… tak insaf lagi rupanya kau ni Kausar!
            “So, sesi ‘kenal-kenal’ kita ni, lebih pada nak kenal dengan makanan kegemaran ke?” soal Kamal Mukhlis. Ada unsur perlian di situ. Dan aku pun mula berbahang.
            “Tak adalah macam tu… tapi saya fikir, masa ni aje kot yang terluang sikit.” Aku cipta alasan, yang aku tahu dia memang susah nak percaya.
            “Boleh call, boleh mesej… tak semestinya kalau jumpa, baru  boleh kenal.” Sindir dia lagi.
            Call? Mesej? Err… janganlah. Aku tak nak ungkapan yang aku pernah cakap dekat orang, orang muntahkan semula dekat muka aku. Sebab aku kan pernah ucapkan dengan bangga, calling plus messaging ni antara benda yang paling tak berfaedah. Maksud aku, dalam konteks bercinta. Macam tak ada kaedah lain saja nak luahkan rasa. Ada banyak kan? Tapi, apa yang aku tengah buat sekarang, tak termasuk ke? Keluar berdating berdua? Advance juga ya aku ni!
            “Saya masih tak faham.” Aku mulakan ayat skema. Dia diam, tenang. Menunggu ayat susulan daripada aku.
            “Kenapa kita nak kena susah-susah berkenal-kenal ni?” soalku lebih kepada tidak puas hati. Tapi nada suara mampu dikawal dengan begitu baik sekali.
            “Mak saya kata… don’t judge a book by its cover.”
            Aku terus cebik. Dia dengan tidak sopannya sedang mengatakan dengan begitu daring sekali, bahawa muka aku ni a.k.a cover yang dia tengah cakap ni, sebenarnya tak lawa bagi dia. Sudahlah tua, tak lawa pula. Aku redha. Dan aku tak kisah pun… huh!
            “Jadi, tak salah rasanya kita kenal-kenal hati budi sama-sama. Sebab masing-masing pun belum ada komitmen kan?” Kamal Mukhlis tanya aku. Selamba aku menguap kecil, sambil tutup mulut dengan tangan. Bosan gila dengan soalan dia. Bosan sangat dengan alasan dia. Bukan itu yang aku nak sebagai jawapan. Dia tengok aku dengan reaksi yang sangat terkejut. Iyalah, boleh pula aku main aci menguap bila muka dia nampak begitu serius dengan bicara, jodoh aku dan dia. Dah macam tajuk novel pula!
            “Hantar saya baliklah!” aku terus bangun. Dia terpinga-pinga lagi.
            Sepanjang dalam kereta, aku berfikir. Serabut otak aku yang tak selalu risau tentang perihal jodoh di usia yang hampir lanjut ini. Dulunya, aku tertarik dengan Kamal kenapa? Dan aku tahu kenapa. Kamal sering tampil bagus di mata sesiapa pun, kecuali mata aku. Tapi aku suka dia. Tenang dia. Sinis dia. Ketawa dia. Semua aku suka. Tak terlepas satu pun daripada pandangan mata.
            Aku kerling ke arah Kamal Mukhlis yang tenang memandu di sebelah. Wajahnya tenang. Tidak setenang hati aku yang makin risau memikirkan apa nak jadi dengan agenda-tak-masuk-akal kenal-kenal antara aku dan dia. Apa yang aku harapkan daripada dia? Aku berfikir sejenak. Berfikir sedalamnya. Cuba untuk jadi matang seketika. Sebab aku sedar, aku ini agak kelibut juga orangnya.
            Cinta. Hati aku sebut dengan intonasi gemalai yang tak pernah aku suka. Cinta. Aku inginkan cinta. Tapi betulkah cinta itu daripada Kamal Mukhlis? Dan betul ke cinta Kamal Mukhlis untuk Kausar?
            “Kenapa?” tersentak aku dengan soalan itu. Kereta sudah pun berhenti. Dan Kamal Mukhlis sedang menanti aku ‘berambus’ daripada kereta dia ini.
Kausar… tegur hatiku perlahan. Suka sangat-sangat berburuk sangka dengan orang. Itu tandanya ‘hati’ aku ini memang tak pernah makan saman bila dimotivasi.
            Aku tanggalkan seatbelt. Perlahan-lahan. Aku tarik nafas. Dan…   
            “Kamal…” aku sebut nama dia. Dia macam biasa, muka cool saja. “Kita tak payahlah nak kenal-kenal. Memang saya ni single dan kita pun tak ada komitmen lain… tapi, saya tak rasa apa yang saya cari dan harapkan daripada seorang pasangan hidup tu, ada pada awak dan begitu juga untuk awak. Tak perlulah awak buat permintaan saya yang macam tak masuk akal ni, datang jemput dekat ofis, pergi makan tengah hari sama-sama, konon-konon dapatlah beramah mesra. Padahal saya tak ada niat pun nak kenal dengan serius dengan awak. Jadi… kita hentikan aje kisah ni setakat sini.” Jujur aku berkata. Dan aku betul-betul harap, tak ada mana-mana part hati dia yang terluka dengan pengakuan aku.
            Dan kenapa pula aku terfikir ada part hati dia yang mungkin terluka? Buta ke aku sampai tak nampak senyuman lega yang dah sedia tersungging dekat bibir Kamal Mukhlis ni?!

to be continued :)