Skip to main content

Posts

Mutiah [2]

Bab 2
TAKUT-takut Mutiah memulas tombol pintu. Dia masih di sini, kalau wajah yang muncul itu selain daripada Puan Sofea, pastinya dia akan panik. Dia tahu sangat dengan fiil dirinya sendiri. “Cari siapa?” Bergetar suara Mutiah bertanya soalan. Matanya mula menganalisa wajah asing yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Berketinggian lebih kurang 175 sentimeter agaknya. Sehinggakan Mutiah terpaksa mendongak sikit untuk mendapatkan gambaran jelas wajah jejaka yang berdiri tegak di hadapan pintu biliknya ini. “Mutiah ya?” soal lelaki itu. Mutiah mengangguk. Matanya terkebil-kebil. Otaknya ligat berfikir. Siapa pula dia ini? “Saya Uzair, tukang masak dekat sini.” Uzair memperkenalkan diri. Senyuman nipis dilemparkan buat tatapan Mutiah yang masih dengan reaksi terkejut tidak habis itu. “Saya Mutiah, jururawat peribadi untuk ibu Puan Sofea.” Mutiah memperkenalkan juga diri dan statusnya biarpun Uzair sudahpun menyebut namanya tadi. Uzair ketawa kecil. “Saya tahu… saya cuma nak maklumkan pad…
Recent posts

Mutiah [1]

Bab 1
BAGASI berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak mahu pergi. Perutnya semakin memulas apabila kaki mula melangkah masuk ke satu ruang yang terlalu asing daripada hidupnya sebelum ini. Entah bagaimana kehidupan yang bakal ditempuhi selepas ini. “Tia.” Langkah kaki Mutiah yang sememangnya kaku sejak tadi menjadi semakin beku. Entah kenapa perasaannya cemas begini. “Tia... Dengar tak saya panggil ni. ” Namanya diulang panggil. “De... de... dengar.” Tersekat-sekat suara Mutiah. Ah, dah kenapa? “Yang awak tercegat macam patung cendana tu dah kenapa? Awak masuk ke rumah baru aje pun, bukan rumah hantu.” Mutiah menelan air liur. Wajah Puan Sofea, majikan barunya ditatap dengan senyuman kelat. Buat malu saja reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu. Nampak sangat berdarah gemuruh setiap kali melangkah ke tempat baru. Sememangnya perangai itu sudah sebati dengan dirinya sejak dari alam ke kolej. “Saya m…

Husna [2]

Bab 2 SUDAH masuk tiga jam dia berteleku di meja food court Queensbay Mall ini seorang diri. Sudah masuk tiga jenis air yang ditelan. Rasa nak terkencing pun ada. Tapi dia masih memilih untuk setia duduk di situ. Matanya masih ralit berlari ke kiri dan kanan mengikut langkah kaki setiap individu yang diperhatikannya.             Oppsss!!! Jangan salah sangka.             Dia bukan spy. Dia cuma seorang gadis comel yang diberi nama Husna. Sudah lebih tiga tahun dia berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Sekarang ini dia cuba mengalihkan minatnya untuk menjadi spy pula!             “Cubalah hang pergi duduk satu tempat, tengok gelagat orang, tengok persekitaran dan tengoklah apa-apa saja. Mungkin dengan cara tu boleh bantu otak hang membebaskan diri daripada segala sekatan yang sedang hang alami sekarang ni.” Cadangan yang dialunkan Hanani terngiang di telinga.             “Kalau hang boring nak pergi sorang, aku temankan.” Ayat itu meniti sekali bibir adiknya. Dan tidak Husna sangka, keyakin…

Husna [1]

“ARGHHH!!!” Jeritan Husna memenuhi ruang biliknya yang turut diiringi alunan kipas berpusing di siling. Mata yang bersaiz sederhana itu makin tajam merenung ke arah komputer riba yang terpasang sejak sejam lalu di hadapannya itu. Apa yang terpapar di skrin, hanyalah imej putih suci mewakili page Microsoft Word yang dibukanya. “Ini kalau dah boleh masak, aku masak jugak buat satay bakaq!” ucapnya lagi. “Boleh aku tau, adakah itu monolog dalaman hang yang terlepas suara secara tidak sengaja?” soal si Hanani yang turut berbaring sama di atas katil dalam bilik itu. Mendengarkan soalan itu, Husna menjadi makin stress! “Bila masa pulak hang ada dalam bilik ni sekali? Tak nampak pun dari tadi?” soal Husna sedikit menjerit. Rasa tension yang mengambil tempat dalam diri sedari tadi makin memarak bila bebola matanya menangkap visual tubuh Hanani yang terbaring cantik di atas katilnya. Katil itu pula, baru sahaja selepas dikemas rapi dan segala bucu ditarik kemas serta tajam sebentar tadi. Tajam bu…