Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Update #1

Assalamualaikum... :) a big smile from me, kepada semua yang rajin2 singgah sini. Update ni sekadar entry suka-suka. Nak bagi tau dengan pembaca, apa yang Umi Kalsom ni duk buat sekarang. Masih wujud lagi dia dalam blog yang selalu dibiarkan bersawang ni. InsyaAllah, in future... mungkin kita boleh rapatkan ukhuwah dengan update seterusnya anything about me di blog ini. :) Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Dia. Cik Umi dah habis praktikal. :) Sekarang ni bertungkus lumus nak siapkan repot praktikal (pada hakikatnya, satu hapa pun tak taip lagi, duk sibuk berangan fikir manuskrip yang tak gerak-gerak lagi). Lagi dua minggu, dah kena masuk new semester. 3rd year, insyaAllah. Lagi  setahun lagi untuk habiskan alam degree yang tidak berapa enak ini. Just nak share, sedikit sebanyak apa yang Cik Umi experience sepanjang praktikal dekat Bernama, biro Penang. :) Jadi wartawan, tak padan dengan diri yang selalu takut nak tanya orang. Tapi dah nama pun bidang media

Cerpen: Ramadan Ini (End)

MASAM wajahku sepanjang hari itu. Senyum tidak. Bertegur dengan orang sekeliling pun tidak. Dengan bos aku, Encik Azman, aku boikot terus sepenuh jiwa dan raga. Antara orang yang aku paling marah, dialah! Sengaja hendak mengkucar-kacirkan hidup aku di bulan Ramadan ini.             Dia tersenyum apabila nampak muka aku yang cemberut. Aku pura-pura meneruskan kerja apabila Encik Azman mula mendekati mejaku.             “Marah lagi Najihah?” soalnya dengan tenang. Sebagai jawapan, aku ketuk-ketuk keyboard dengan kuat. Biar dia tahu aku marah. Biar dia tahu, setiausaha dia yang bernama Najihah, perempuan yang sentiasa tampil ayu dan lembut juga mempunyai deria naga naik disembur minyak. Panas hati!             “Marah sangat nampaknya.” Komennya sendiri.             Aku mengetap bibir kuat. Bimbang terhambur kemarahanku di sini. Apapun yang terjadi, dia masih bos yang aku hormati. Tidak wajar rasanya jika aku bertindak menjatuhkan air mukanya di pejabat ini.             “Tapi

Cerpen: Ramadan Ini (Part II)

BARU sahaja aku selesai menyiapkan filing yang tertangguh buat beberapa hari. Sibuk menguruskan hal lain, terlepas pandang kerja yang mudah dan ringkas ini. Fail yang berisi segala dokumen bagi bulan Julai itu sudah ditutup. Aku bangkit hendak memasukkan ke dalam rak yang memuatkan segala fail-fail bagi aktiviti pejabat ini. Selaku setiausaha bos di sini, kerja aku banyak menuntut menghadap surat dan fail-fail.             Azan Zuhur sudah mula berkumandang di corong radio. Tidak mahu melengahkan masa, aku terus berlalu ke surau. Kelihatan beberapa orang kakitangan yang sudah berbaring. Mungkin hendak melepaskan lelah berpuasa dan bekerja. Cuaca yang panas terik di luar, memang akan membuatkan   semua terasa lemah dan tidak bermaya. Tetapi, itu tidak harus menjadi sebab kita mensia-siakan ibadah puasa kita dengan pengisian tidur sahaja. Kalau ada masa dan ruang, baik dilakukan sedikit tadarus. Tidak banyak pun, sedikit jadilah. Sekurang-kurangnya, ada juga pengisian Ramadan itu.

Cerpen: Ramadan Ini (Part I)

MATAKU terpahat pada siaran televisyen yang sudah sampai ke penghujung rancangan. Kukerling pula ke sebelah kanan, Adib dan Aifa, si kembar tidak serupa yang sedang ketawa sambil menekan perut. Tidak tahu apa yang terlalu lucu dengan siaran drama sebentar tadi. Kenapa ia seakan tidak terkesan di hatiku seperti mana mereka merasakannya?             “Dah, tak sudah-sudah lagi duduk melangut depan TV? Pergi masuk tidur, esok nak kena bangun sahur!” suara emak aku, Hasmah sudah mula melaung kuat.             Waktu itu baru aku tersedar, seakan terleka seketika. Kami akan menyambut Ramadan untuk tahun ini. Hatiku bertahmid sendiri. Rasa terkesan sangat kerana masih mempunyai peluang untuk meraikan Ramadan setelah menginjak usia 24 tahun ini.             Seperti terkenang-kenang Ramadan tahun lalu, yang aku berpeluang meraikan bersama Jannah, sahabat baik aku sejak kecil lagi. Peluang untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini tidak kami lepaskan begitu sahaja. Tarawih dan tadarus a