Advs

Followers

June 26, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 5

Sarah menanti dengan penuh kesabaran. Sudah hampir sejam dia menjejakkan kaki ke dalam Secret Recipe Mid Valley ni, tapi batang hidung Khairul masih belum kelihatan. Sekejap-sekejap dikerling pada jam di tangan, sudah pukul 3.30.

Pandangannya melilau di sekitar kawasan itu, cuba mencari wajah Khairul. Namun tiada juga. Dia menyisip lemon tea yang sudah tinggal separuh dalam gelas.

" Sorry to keep you waiting," suara Khairul yang termengah-mengah mengejutkan Sarah.

" Kenapa lambat?," Sarah sekadar menyoal.

" Ada problem sikit tadi. Lama ke tunggu? Maaf ye!," Khairul serba salah. Semalam lagi Sarah dah maklumkan padanya, tak boleh berlama-lama. Dia ada appoinment dengan pesakitnya.

" Tak lama, ada dalam sejam," balas Sarah sinis. Khairul tersenyum kelat. Tahu, dia yang bersalah.

" Sorry," ucapnya lagi sekali. Sarah merenungnya tajam.

" Khairul, saya tak datang sini nak dengar ucapan minta maaf awak! Awak kata ada hal penting nak bincang, so, without wasting more of my time... please proceed to our conversation," ucap Sarah tegas. Khairul mengangguk tanda mengerti.

" Sebenarnya hal ini berkaitan dengan Mira," intro Khairul membuatkan Sarah tertanya-tanya. Pandangannya tajam.

" Kenapa dengan adik kesayangan saya tu...," ditekankan perkataan adik kesayangan. " or should I say, your future wife!," ucap Sarah selamba namun ia kedengaran sinis di pendengaran Khairul.

Khairul tersenyum hambar. Adakah pilihannya sesuatu yang tepat? Dia kembali meraguinya.

" InsyaALLAH, Mira will be my sister-in-law kalau itu yang terbaik!," ucapan itu membuatkan Sarah tersentak. Dia tak salah dengar kan? Matanya bulat memandangnya Khairul. Cuba mencari kepastian kata-kata yang diucapkan Khairul.

" What the rubbish!," Sarah tidak senang duduk mendengarkan kenyataan itu.

" Semua orang pun nak keadaan macam ni kan. Mak saya, mak awak, adik awak... and you, yourself," balas Khairul selamba. Wajahnya tidak beriak. Sarah mengecilkan biji matanya. Mira jugak menginginkan keadaan begitu. Hatinya mengeluh kecil. Mira, mana pernah nak fikir tentang kebahagiaan diri dia. Semua yang dia tahu hanya nak menyenangkan hati orang lain.

" Awak jangan nak cuba-cuba mainkan perasaan adik saya!," wajah Sarah memerah, mengepung marah. Walaupun dia punya perasaan pada Khairul, namun dia tidak akan tergamak nak lukakan perasaan Mira. Walau, pada mulanya perasaan marah itu ada tapi dia bukannya seseorang yang akan terlalu ikutkan perasaan dalam mengambil keputusan yang rasional.

" Saya dah berusaha tak nak mainkan perasaan sesiapa pun. Tapi, keadaan sekarang sememangnya bukan berpihak pada saya!," ucap Khairul dengan perasaan yang lirih. Sarah tertanya-tanya.

" Kenapa? Apa masalahnya sekarang kalau awak nak kahwin dengan Mira pun. Saya sikit pun tak kisah, kalau itu yang terbaik untuk adik saya...," ucap Sarah ikhlas. Ya, dia memang akan gembira jika itu yang terbaik buat Mira.

Khairul melepaskan keluhan berat. Sarah nampak sangat relaks dalam keadaan ini. Nampaknya, dia tidak salah memilih orang seperti yang diragui tadi.

" Sarah, ikut saya jumpa mak!," ajak Khairul tiba-tiba. Sarah dah terpinga-pinga.

" Mana boleh! Saya kan ada appoinment," jelasnya. Khairul menepuk dahi. Terlupa! Akhir-akhir dia semakin cepat menjadi pelupa. Memikirkan Mira, semua perkara lain dilupakan olehnya.

" Saya lupa!," ucapnya sambil tersengih. Sarah tertawa kecil, geli hati melihat wajah Khairul yang agak kebudak-budakan.

" Macam nilah, lusa saya free," ujar Sarah sambil melihat PDA ditangan. Cuba disemak jadual kerjanya yang semakin padat dari hari ke hari. Dipandang ke wajah Khairul meminta persetujuan.

" Okey, cun! Saya datang ambil awak di rumah dalam pukul enam. Is it okey with you? Sebab saya kena masuk office sekejap hari tu," terangnya. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum penerbangan seterusnya. Sarah mengangguk tanda setuju. Dikerling sekilas pada jam di tangan.

" Okey, got to go!," Sarah sudah berura-ura hendak meminta diri. Takut nanti terlambat pula. Sekarang pun dah pukul 4.30 petang. Cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari.

" Jom gerak sekali!," setelah menyelesaikan bayaran, mereka sama-sama bergerak keluar.


*****

Puan Juriah kelihatan gembira sekali. Sejak tadi lagi dia tidak dapat menghilangkan senyuman di bibir. Sarah akan bakal berkahwin dengan Khairul dan bukannya si Mira tu! Fikirkan Mira, hatinya serta merta menggelegak panas. Geram, marah, benci! Semua itu bersatu untuk Mira. Dia dengan mak dia sama saja, tahu nak merampas kebahagiaan orang! Lepas tu pandai pulak nak berpura-pura baik, macam tak tahu apa yang terjadi.

Dengusan kasar dilepaskan.

Rimas mengenangkan sikap suaminya yang sering melebihkan Mira dalam apa jua keadaan. Bukankah Sarah juga anaknya, anak yang perlu lebih diutamakan daripada si Mira tu. Seringkali mereka bertengkar hanya kerana Mira. Dia bencikan keadaan itu. Kenapa perlu wujudnya Mira di celah keluarga mereka. Mira hanya seorang yang mengkucar-kacirkan keluarga mereka.

" Mak...fikirkan apa tu?," sapaan Sarah mengembalikan senyuman ke wajah puan Juriah. Seronok dia melihat Sarah yang cantik berbaju kurung.

" Takde apalah," dalihnya. Dia malas hendak merosakkan mood ceria ini, hanya kerana seorang yang bernama Mira. Huh! Benci.

" Yeke, takde apa. Sarah nampak... berkerut-kerut dahi mak. Macam fikirkan masalah negara je. Kenapa? Tak nak kongsi dengan Sarah ke?," pandai Sarah memancing. Puan Juriah terus melepaskan keluhannya. Rasanya tidak salah berkongsi dengan Sarah, sebab Sarah adalah anaknya.

Sarah tersenyum kecil mendengar keluhan yang terluah di bibir puan Juriah. Tahu, dia sudah berjaya memancing hati emaknya. Bukannya dia tak tahu, begitu susah kalau nak suruh mak bercerita tentang apa yang dipendam dalam hati. Perangai sebijik macam Mira, tapi dua-dua susah nak kamceng. Pelik betul bila difikirkan tentang perkara itu.

" Mak risau kalau Mira kacau hidup kamu!," ucapan itu membuatkan Sarah terlopong. Tidak terfikir, begitu sekali tanggapan emak terhadap Mira.

" Mak.... kenapa mak fikir macam tu, tak baik tau. Mira kan anak mak jugak," lembut sekali ucapan Sarah. Namun, ia semakin memarakkan api kemarahan dalam hati puan Juriah.

" Dia bukan anak mak!," jeritnya tiba-tiba. Bengang bila orang asyik sebut Mira itu anaknya. Mira bukan anak aku! Hatinya membentak keras.

Sarah terkebil-kebil melihat perubahan di wajah emak. Begitu sekalilah kebencian dalam hati mak untuk Mira.

" Mak....," lembut suaranya menyapa. " mak tak patut cakap macam tu. Kesian Mira," Sarah masih dengan intonasi yang lembut. Bimbang kalau dia berkeras, bertambah maraklah api kemarahan dalam hati mak.

" Huh!," dengusan kasar dilepaskan.

" Mak tak suka Sarah sokong-sokong perempuan tu! Dia tu sama je macam mak dia, tau bawa bala je dalam rumah ni. Perangai pun sama macam mak dia jugak, tahu nak merampas laki orang je!," kasar sekali ucapan puan Juriah. Sarah tersentak. Sedih mendengar tuduhan mak yang dilemparkan pada Mira. Mujur, Mira tiada. Kalau tidak pasti tersiat-siat hatinya mendengar kata-kata mak.

" Kenapa mak, benda dah lama. Kenapa mak nak kaitkan Mira dengan mak dia. Mira takde salah apapun dengan mak. Kenapa sampai sekarang mak tak boleh nak terima Mira?," ucap Sarah sayu. Dendam hanya membawa penyakit dalam hati. Bukankah umat Islam disuruh berbuat baik sesama saudara seagama. Sarah mengeluh melihat penyakit dendam puan Juriah yang tidak berkesudahan.

" Mak dia rampas kebahagiaan mak! Anak dia pulak cuba nak rampas kebahagiaan anak mak! Mana boleh mak nak terima dia! Sampai bila pun, mak takkan terima anak bawa bala tu!," puan Juriah meluahkan kata sesuka hatinya.

" Mak!," tegur Sarah tidak senang.

" Sebab anak bawa bala tu, anak mak meninggal. Kalau bukan sebab dia.... mesti anak mak selamat! Semua sebab dia!," puan Juriah sudah melalut. Sarah beristighfar panjang.

" mak!," ucapnya keras. Cuba mengembalikan puan Juriah ke alam yang nyata. " semua yang mak cakapkan tadi tu jadi sebab qada dan qadar. Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk umatnya. Cara mak bercakap tadi, seolah-olah menyalahkan takdir. Berdosa tau mak!," ucap Sarah tegas.

Bukan nak berkasar dengan mak, tetapi peringatan perlu diberi agar mak tidak terus-terusan menyalahkan Mira dan belajar menerima hakikat. Tempoh 23 tahun, bukanlah sesuatu yang singkat. Sepatutnya ia bukanlah masalah yang wajar mak kaitkan dengan Mira.

" Tak elok mak salahkan Mira. Tak elok kalau mak tuduh Mira tu sebagai anak bawa bala....mak sepatutnya bersyukur tau! Mira tu sebaik-baik anak yang mak pernah ada. Mak sepatutnya belajar berfikir tentang hikmah yang mak dapat disebalik kematian anak mak. Allah tak ambil semuanya dari mak, sebaliknya dia gantikan Mira untuk mak. Belum tentu lagi kalau anak mak ada sekarang ni, dia akan jadi sebaik Mira... mak kena fikir semua tu!".

Puan Juriah memandang Sarah tajam. Dia tidak senang mendengar sokongan yang ditujukan pada Mira.

" Sarah jangan....," kata-kata puan Juriah terhenti di situ apabila mendengar salam di luar rumah. Melihatkan gerangan yang memberi salam, puan Juriah terus tersenyum manis.

Sarah sekadar memerhati tanpa berkata apa-apa. Perubahan mood puan Juriah sangat ketara bila dibincangkan perihal Mira. Dia tidak dapat nak memahami apa yang ada dalam fikiran mak. Kenapa benci sangat dengan Mira? Orang lain pun ada madu. Orang lain pun ada anak tiri. Tapi kenapa semua tu macam tak kena dengan diri puan Juriah.

" takpelah mak cik, Rul dah makan dah," Sarah beralih pandang ke wajah Khairul yang serba salah dengan ajakan puan Juriah.

" Mak, kami pergi dulu. Nanti lambat pulak nak balik," Sarah segera mencelah. Khairul menarik nafas lega. Puan Juriah beria-ria mengajaknya makan di situ, serba salah dibuatnya.

Puan Juriah sekadar mengangguk. Biarlah, mereka kan nak keluar berdua. Bisik hatinya riang.

Dihantar mereka hingga ke pintu. Puan Juriah tersenyum lagi. Secocok sungguh Khairul dengan Sarah. Sama cantik, sama padan. Bahagia kembali menyelinap dalam hati. Terbang sudah segala keresahan hati, segala perihal Mira.

*****

" Saya bagitahu je kak. Terpulanglah pada akak nak percaya ke tidak!,"

Puan Salmi mengimbas kembali perbualannya dengan puan Juriah. Hatinya tidak senang. Dia makin resah memikirkan Khairul yang sedang membina kasih pada tempat yang salah. Mira bukanlah perempuan yang selayaknya untuk Khairul.

" Mana ada mak yang tak sayang anak kak.... saya sayang Mira macam Sarah jugak. Tapi...," sengaja puan Juriah meleretkan kata-kata.

" tapi apa Ju...," puan Salmi tertanya-tanya. Sejak tadi, dia setia mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh puan Juriah.

" macam yang saya cerita tadi, dia tu bukan calang-calang orang kak. Abang tu percaya sangat dengan dia. Ju ni kak... bukanlah nak aibkan dia, tapi Ju tak nak akak tersilap buat keputusan. Khairul tu baik, takkan dia nak kahwin dengan 'perempuan' macam Mira...," puan Salmi mendengar dengan khusyuk setiap butir kata yang diluahkan oleh puan Juriah.

Puan Salmi tersentak apabila terdengar bunyi enjin kereta. Bunyi enjin kereta dimatikan menarik langkah kakinya menuju ke pintu. Melihatkan wajah Sarah yang keluar dari kereta Khairul membuatkan puan Salmi tersenyum lega. Pilihannya sentiasa merupakan yang terbaik buat Khairul. Dia amat yakin dengan perkara itu.

" Apa khabar mak cik?," sopan Sarah menyalami tangan puan Salmi. Puan Salmi tersenyum senang. Dijemput Sarah duduk di ruang tamu.

" Duduk dulu ye, mak cik buatkan air," puan Salmi dah berura-ura nak ke dapur. Hatinya sudah berbunga-bunga memikirkan Sarah dan Khairul.

" Awak, ikhlas tolong saya kan?," soal Khairul buat sekian kali.

" Saya ikhlas kalau perkara itu menjanjikan kebaikan buat adik saya," ucap Sarah sambil tersenyum. Khairul menarik nafas lega. Ini adalah percubaan terakhirnya. Kalau tidak membantu jugak, tak tahulah macam mana dia nak menerima hakikat jika pilihannya ditolak lagi.

" Jangan risau, pandai-pandai la saya reverse phsyco dengan mak cik," ucap Sarah cuba memberikan semangat pada Khairul. Mukanya sangat resah mengenangkan penerimaan puan Salmi terhadap Mira..

" Kalau mak tak nak terima jugak?," soal Khairul lagi. Sarah sekadar mengeluh. Cuba berfikir positif. Belum cuba, belum tahu.

" Saya kena kahwin dengan awaklah Sarah!," ucapnya sambil tertawa. Namun, ketawa itu kedengaran sangat palsu. Tawa yang didendangkan untuk memujuk hati sendiri. Sarah tersenyum hambar.

Bagaimana caranya hendak memujuk hati mak yang sedang bara bak gunung berapi?

" Jangan risau....," hanya itu yang mampu dikatakan oleh Sarah.

Dia sendiri tidak tahu, apa sebenarnya yang telah berlaku. Kenapa puan Salmi tidak dapat menerima Mira seperti yang diceritakan oleh Khairul sepanjang perjalanan mereka tadi. Namun, hatinya kuat menyatakan pasti mak telah mengatakan sesuatu. Tapi apa? Dia cuba membuang prasangka buruk terhadap mak sendiri, namun hanya itu yang berlegar-legar dalam mindanya pada tika ini.

June 25, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 4

Kepala dipusing ke kiri, kemudian matanya cuba dipejam. Tak boleh jugak! Terus dia bangun dan duduk bersila di atas katil. Dijeling sekilas ke arah teman sebiliknya yang telah nyenyak diulit mimpi. Siap tersenyum-senyum lagi. Mira ketawa kecil, geli hati melihat aksi temannya. Tengah mimpikan putera idaman agaknya. Putera idaman?

Keluhan kecil dilepaskan. Sudah masuk dua minggu inboxnya sepi daripada pesanan 'orang gila' tu. Awalnya, rasa gembira tak terhingga kerana sudah tiada gangguan yang mengocak keamanan hidupnya. Namun kini, teringat pulak pada lelaki itu. Sepatutnya dia berterima kasih pada Khairul kerana menerangkan tentang perkara yang sebenar pada ayah. Sebaliknya, layanan yang buruk diberikan pada lelaki itu....

Dia memang patut dilayan macam tu! Bisik hatinya geram.

Tapi kenapa aku langsung tak suka dia hah? Dia okey apa! Ada permenant job,steady... good looking, hoho...this is the plus point. Mira tersengih sendiri dengan fikiran nakalnya. Paling penting, ayah pun suka Khairul.

Secara tiba-tiba senyumannya mati. Kak Sarah? Kak Sarah memang suka sangat dengan Khairul. Beria-ria kak Sarah bercerita tentang Khairul selepas mereka datang merisik. Dia tidak mungkin melupakan cahaya kegembiraan di wajah Sarah pada tika itu.

Aku takkan khianat dengan kakak sendiri! Tekadnya dalam hati. Cuba dibuang jauh-jauh lamunan yang bertandang di dalam mindanya sebentar tadi.

Jangan menginginkan sesuatu yang bukan hak milik kita

Ayat dalam diari mak kembali dalam ingatan. Masih tersimpan rapi diari mak yang diberikan oleh ayah, ketika dia berusia 15 tahun. InsyaAllah, Mira takkan ambil sesuatu yang bukan milik Mira.

******

" Macam mana abah?," soal Khairul pada Encik Kassim. Ketika itu mereka sedang duduk bersantai di taman mini rekaan Puan Salmi. Waktu petang begini memang seronok rasanya berkumpul bersama sambil menikmati minum petang.

" Macam tu jugaklah Rul... abah pun tak faham kenapa kali ni, dia degil sangat," ucap Encik Kassim sambil mengeluh.

Pening kepala melihat kerenah isterinya yang agak kebudak-budakan. Melancarkan mogok 'minggu tak ada makanan'. Sebabnya, Khairul tak nak berkahwin dengan pilihan emaknya tetapi hendak berkahwin dengan pilihannya sendiri. Tapi, aku pulak yang jadi mangsa tak dapat makan. Sedih!

" Mak kamu mogok tak masak tau minggu lepas... terpaksa abah makan kat kedai. Gaduhnya dengan kamu, mogoknya dengan abah," ucap encik Kassim. Khairul terus tertawa. Mana tidaknya, dia bukannya ada di rumah pun sepanjang minggu lepas.

" Kesian abah!," ucapnya simpati, tetapi masih tertawa riang. Encik Kassim mendengus.

" Suka sangat ye! Abah tak sokong kamu baru tau!," ucapnya serius. Terlopong Khairul. Mana boleh kalau abah tak sokong. Habislah life aku kalau macam tu.

" Sorry bah... so, mak macam mana ni?," Khairul kembali serius. Pelik betul dengan sikap puan Salmi yang begitu membangkang pilihannya. Langsung tak faham kenapa! Tak dapat klu pun. Abah yang hari-hari cuba siasat pun, tak dapat apa-apa petunjuk. Tapi dia dapat rasakan, ada sesuatu yang tidak kena.

" Abah rasa ada yang tak kenalah.....," abah pun fikirkan yang sama. " sebab mak kamu bukan jenis degil macam ni. Mana pernah dia tak sukakan orang sampai tahap macam ni. Ini bukan setakat tak suka tau, tapi ada kemungkinan dah sampai tahap benci....," ucapan encik Kassim membuatkan Khairul berfikir.

Benci. Kenapa mak kena benci Mira, sedangkan dia tidak berbuat apa pun yang tidak menyenangkan hati mak. Abah sendiri dah ceritakan padanya, mak memuji-muji si Mira. Tapi keesokkan harinya, terus berubah 360 darjah. Apa sahaja tentang Mira, tidak dapat diterimanya. Atau mungkin.... mak dah termakan kata-kata dusta orang tentang Mira, sama macam ayah Mira?

" Apa yang kamu fikirkan Rul?," soal encik Kassim apabila melihat Khairul mendiamkan diri. Khairul mengerutkan dahi, cuba memikirkan kemungkinan yang berada dalam kotak pemikirannya.

"mak Mira tak berapa sukakan dia," kata-kata encik Rahim bergema di minda.

" Abah...Rul rasa... Rul tahu kenapa mak tak suka Mira," ucapnya yakin. Ya, dia amat pasti sekali tentang perkara ini.

Encik Kassim menanti dengan sabar butir bicara yang hendak dituturkan oleh Khairul. Wajah Khairul berkerut-kerut seolah memikirkan masalah dunia.

" Mak Mira!," ucap Khairul sepatah.

" Kenapa?," encik Kassim tidak begitu mengerti.

" Mungkin mak Mira yang cakapkan sesuatu pada mak. Itu yang mak tak suka langsung kita cakap pasal Mira.... Rul rasa, kemungkinan besar sebab ni mak tak sukakan Mira," ucap Khairul bersungguh-sungguh dengan pendapatnya.

" Tapi.... apa yang mak Mira cakap pada mak kamu?," encik Kassim dan Khairul kelihatan tertanya-tanya sesama sendiri. Masing-masing menggeleng tanda tidak tahu.

Takpe abah, Rul akan discover apa yang tersembunyi.

Baru terasa betapa susahnya nak kahwin kalau masing-masing tak sependapat. Terseksa hati dan perasaan bila si dia yang disukai pun buat endah tak endah je dengan diri ni. Lagi bertambah parah bila mak sendiri tak nak si dia yang menjadi pilihan hatinya. Dia bukannya nak jadi anak yang derhaka, bukan nak jadi anak tak kenang budi. Tapi, perkara yang dilaluinya kini seolah-olah menjuruskan dirinya ke arah itu.

Mak... insan yang tidak mungkin terlintas di benak fikirannya untuk disakiti. Tetapi, kini kedegilannya serta kedegilan mak telah mewujudkan tembok konkrit yang utuh di antara mereka. Apa sahaja yang hendak dibicarakan olehnya tidak mendapat tempat di hati mak. Adakah dia patut mengikut cakap mak saja, supaya mak akan sentiasa gembira. Tidak! Dia tidak akan menurut permintaan mak sehingga mak memberikan satu penjelasan yang kukuh. Ya, dia perlukan penjelasan itu untuk membuat sebarang keputusan.

Keputusan yang tidak akan menghampakan pihak lain dan dirinya sendiri menjadi korban keadaan. Mungkin itu yang terbaik untuk membahagiakan hati seorang mak yang telah mengandungkan aku selama sembilan bulan. Mak yang telah bersusah payah mendidik dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Jika mak memang tidak mahukan Mira, apakah terbaik untuk berkahwin dengan pilihan mak? Khairul buntu.

June 24, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 3

Semua butiran yang meniti bibir Khairul didengar dengan teliti. Kepalanya terangguk-angguk kecil tanda faham. Selain itu, keluhan pula tak putus-putus meniti bibirnya. Terdetik di hati kecilnya, apa yang telah aku buat? Aku dah hancurkan hati dia. Perlahan wajahnya diraup pedih. Cuba merasai kepedihan yang dirasai insan tersayang saat kata-kata nista dilemparkan padanya, padahal orang itu tidak tahu-menahu.

" Saya harap pak cik boleh tolong saya," lembut suara Khairul meminta. Weyh!Nak pinang anak orang, kena gentle banyak. Dia tersenyum dalam hati.

Segarit senyuman muncul di bibir Encik Rahim. Direnung dalam ke dalam anak mata Khairul, dapat dilihat keikhlasan terpancar. Sedikit sebanyak melegakan hatinya yang berkecamuk dengan perubahan puteri kesayangannya. Mira sudah melancarkan mogok dengannya, gara-gara salah faham tempoh hari. Maafkan ayah Mira.

" Kamu jangan risau, pak cik akan tolong. Tapi, harap kamu pun dapat bagi dia masa untuk fikirkan hal ni. Perasaan melibatkan hati, pak cik tak berani nak paksa-paksa... takut lain pula jadinya," ucapan Encik Rahim membuatkan Khairul tersenyum puas. Pak cik jangan risaulah, Mira mesti okey punya! Ah.. beranganlah kau Khairul.

" Terima kasih pak cik," Khairul menghembuskan nafas lega. Dah selesai kerja aku. Mira, awak takkan bersusah hati dah lepas ni. Janji saya untuk awak.

*****

" Mira...," suara ayah kedengaran di hujung talian. Lembut dan penuh kasih sayang. Mira dah menahan sebak. Rindunya pada suara itu. Rindu ayah!

" Mira sayang...cakaplah. Marah dengan ayah ke?," lembut suara Encik Rahim menerpa pendengarannya. Mira tak dapat menahan lagi. Air matanya mengalir membasahi pipi. Namun, suaranya seakan tersekat di kerongkong, tidak boleh diluahkan atau, di hati masih ada garis-garis luka daripada tuduhan ayah. Ayah tuduh Mira, tergamak ayah! Kata-kata itu merasuk mindanya.

" Mira... ayah tahu Mira marah, ayah minta maaf," sekali lagi suara itu kedengaran namun sangat berbeza dari tadi. Ya ALLAH, ayah....menangis. Mira, stop it! Talk to ayah... Jangan seksa perasaan orang yang kasihkan kita. Ayat di dalam diari mak mengalir dalam fikiran. Mira kesat air matanya. Bibirnya mengukir senyuman.

" Ayah...Mira minta maaf!Ayah janganlah menangis lagi...," pujuk Mira lembut. Terharu dan terasa bersalah apabila tangisan ayah meniti corong telefon.

" Mira, turun bawah. Ayah ada kat bawah hostel," Mira terkejut bukan kepalang. Ayah drive sejauh ni semata-mata nak jumpa aku, pujuk aku. Kerisauan pula mencengkam hati. Ayah bukannya boleh sangat drive malam-malam.

" Ayah, kenapa susah-susah datang sini. Jauh kan. Ayah pun bukannya nampak sangat malam-malam kan?," Mira sudah mula membebel. Risau memikirkan ayah.

" Tak jauh mana pun kl dengan perak, untuk anak ayah ni... sejauh mana pun, ayah sanggup datang. Turun ya sayang, ayah kat bawah ni," ucap ayah lembut. Mira tanpa berlengah terus bersiap, menukar pakaian dan menyarung tudung. Kakinya pantas menyarung sandal dan pantas dia mengatur langkah ke bawah.

Encik Rahim sedang berdiri sambil bersandar di kereta. Mira menahan air matanya, perasaan itu datang lagi. Terus dia berlari meluru pada ayah. Akhirnya, Mira melepaskan tangisan dalam pelukan ayahnya.

" Mira minta maaf!," hanya kata-kata itu meniti bibirnya berulang-ulang kali.

" Sayang tak salah, ayah yang salah. Ayah minta maaf tuduh Mira macam tu. Sepatutnya ayah dengar kata-kata dari dua pihak, tapi ayah tersilap dan buat penilaian yang tak adil buat semua. Ayah minta maaf ya Mira, jangan merajuk lagi dengan ayah tau... ayah tak senang duduk nanti," dicuit hidung Mira manja. Mira tersenyum kecil. Matanya meliar di sekitar kawasan meletak kenderaan itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang kelihatan agak familiar.

" Ayah datang seorang ke?," terus je disoal Encik Rahim. Gelengan ayah menjawab segalanya. Betullah!

" Kenapa kena datang tergesa-gesa? Kenapa kena datang dengan dia?," marahnya.

Encik Rahim terkebil melihat bebelan Mira. Kenapa pulak yang marah? Sejurus itu, matanya juga menangkap susuk tubuh Khairul yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lantas dia tersenyum simpul. Oh, marah sebab ni.

" Mira tahukan ayah tak berapa nampak malam-malam,"

" Tahu!," balasnya sepatah. Marah!

" Khairul saja nak tolong, bukannya ada niat lain pun. Mira janganlah salah faham. Kebetulan, dia pun tengah cuti, tak salahkan dia tolong ayah Mira yang dah tua ni. Kalau apa-apa jadi kat ayah macam mana....," sengaja Encik Rahim bermain psiko. Mira tersentak mendengar kata-kata Encik Rahim. Kalau ayah takde, aku?

" Apa ayah, cakap macam ni?! Mira tak suka!,"

" Ajal dan maut kan di tangan Allah Mira, kita bukannya tahu apa yang bakal terjadi di esok hari. Sebab tu ayah nak pastikan Mira dapat yang terbaik, supaya ayah boleh tutup mata dengan tenang...dapat suami baik macam Khairul, misalnya," tercekik Mira mendengarkan ayat itu. Memang sah, ayah pun dah kena guna-guna dengan dia.

Encik Rahim tersenyum melihat reaksi Mira. Panjang benar muncungnya.

" Apa salahnya, kalau Mira kenal hati budi dia dulu..," ayah sudah mula memainkan peranan.

Mira sekadar menjeling manja. Ayah ni saja je nak naikkan saham mamat tu depan aku. Dijeling sekilas ke arah Khairul yang berdiri tidak jauh dari situ. Pandangan mereka bertembung. Khairul tersenyum manis. Bibir Mira kaku, sekaku pandangannya yang berdetik melihat senyuman itu. Cepat-cepat dia melarikan pandangannya. Apa yang jadi tadi?

Sebenarnya dalam hati dah plan nak tarik senyum sinis kat mamat tu, tapi lain pula jadinya. Huh! Nasib la, waktu malam. Muka pun tak nampak clear sangat. Kalau tak, malu daku!

" Mira...," Mira angkat pandangan. Ayah tersenyum lega.

" Ayah nak balik dah! Mira jaga diri elok-elok, jangan risau pasal hal di rumah. Ayah akan uruskan. Apa-apa nanti, Mira cakap dengan ayah ye. Ingat... ayah sayang Mira..sangat sayang".

Mira terus memeluk Encik Rahim sekali lagi. " Mira pun sayang ayah. Sayang sangat," ucapnya penuh perasaan.

Sayu pandangan matanya menghantar kereta ayah yang mula bergerak keluar dari kawasan hostel. Mira sayang ayah. Mira sayang semua. Bisik hatinya.

" See you. take care Mira sayang," ucap Khairul sambil mengenyit matanya nakal. Mira menjelir lidah. Gatal!

Kereta ayah sudah lama hilang di pandangan mata, namun wajah-wajah tadi tidak hilang dari pandangan fikirannya. Senyuman menghiasi bibirnya. Mira mula mengatur langkah ke bilik. Sudah lewat malam!

*****

Sejak pagi tadi, Mira tidak dapat melenyapkan senyuman di bibirnya. Entah kenapa perasaan bertambah tenang. Namun tidaklah begitu tenang dengan gangguan pesanan ringkas dari 'orang gila' tu...

Good morning Mira... have a nice day.

Mira dah breakfast?

Mira tengah buat apa?

Pagi ni je dah dekat 3 mesej. Kesudahannya, ketiga-tiga mesej itu dibiarkan sepi tak berbalas. Huh! Memang tak suka tengok hidup aku aman agaknya! Dengusan kecil dilepaskan.

" Kenapa ni? Macam tak puas hati dengan orang je?," soal Azwan yang duduk bertentangan dengan Mira di kafeteria. Mira mengetap bibir. Lupa pula pada Azwan yang sedang duduk menikmati hidangan dengannya.

" Takde apalah. Bukan sebab kau pun...,"

" Kalau ada apa-apa share dengan aku. Kau pun tahu kan, you can count on me...," ucap Azwan ikhlas. Mira sekadar tersenyum nipis sambil menggeleng. Dia bukanlah jenis yang mudah bercerita pada sesiapa pun, walaupun kawannya sendiri. Tetapi... rasanya kali ini, dia perlukan seseorang untuk memberikan pendapat.

" Wan...," Mira menyusun kata.

" Kalau ada orang suka kat kau, dia cakap... nak kau jugak jadi teman hidup dia. Kau akan terima tak?," Azwan terhenti menyuap nasi ke mulut. Mira dipandang dengan wajah tidak percaya.

" Somebody propose you?," soal Azwan.

" Lebih kurang macam tulah," Mira mengiakan. Azwan tersenyum lebar.

" Kalau baik orangnya, terima jelah... dah la sekarang ni populasi lelaki makin berkurangan. Baik kau cop cepat-cepat," ucap Azwan sambil tertawa. Mira turut ikut ketawa. Sedikit terhibur mendengar kata-kata Azwan. Lelaki itu terus memberikan pandangannya tentang itu dan ini.

" Eloknya, cepat-cepat je nikah!," Mira menjegilkan biji mata.

" Takde maknanya!," bidas Mira.

" Eleh, tengoklah... yang takde makna tulah, awal lagi nanti naik pelamin," balas Azwan tidak mahu mengalah. Mira mencebik. Yeke?

******

Khairul sudah bersiap-siap dengan pakaian kerjanya. Seminggu dia tidak akan berada di tanah air. Kedinginan Mira benar-benar menguji hatinya. Entah kenapa, walaupun orang di sana dingin mengalahkan ais batu, tapi yang di sini...tetap hendakkan orang itu.

June 20, 2010

pilihan aku vs pilihan mak aku 2

Wajah bengis di hadapannya dipandang takut-takut. Langsung tidak dilepaskan tangan Sarah walau seinci sekalipun. Puan Juriah seolah-olah harimau yang sedang tunggu untuk menelan mangsanya.

" Sarah, lepaskan tangan dia sekarang jugak!," tengkingnya. Bergetar badan Mira mendengar suara yang bergema di ruang tamu. Menakutkan. Dia kelihatan seolah insan yang amat kerdil di pandangan mak.

" Mak... bukan salah Mira!," ucap Sarah cuba membela adik kesayangannya. Kemarahan Puan Juriah bagi fikirannya tidak patut. Budak lelaki tu yang mula mengusik Mira, namun tidak dilayan langsung. Tapi, siapa sangka lelaki tu akan bertindak agresif, sampai ditarik tangan Mira sampai kedua-duanya terguling atas lantai. Puan Juriah hanya melihat aksi kurang menyenangkan mata tu, bila dah sampai part klimaks. Bukannya mak tahu apa yang jadi dari awal.

" Kamu kenapa nak sokong-sokong dia? Sarah dengar cakap mak... pergi masuk dalam! Budak ni kena diajar sikit, bagi dia tahu apa tu adab-adab bersopan. Bukannya jadi macam mak dia, perempuan tak tahu malu. Dapat laki mana pun disapu, dibelai...," kasar sekali kata-kata yang meniti bibir Puan Juriah. Terasa disiat-siat hati Mira.

" Mak!," Sarah mula tidak senang. " kenapa cakap bukan-bukan ni?," dikerling ke arah Mira yang terdiam dari tadi. Juraian air mata mula membasahi pipi Mira. Ya ALLAH, kasihan adikku. Mak memang melampau.

" Kenapa ni mak? kan Sarah dah cakap, bukan salah Mira. Sarah sendiri nampak dengan mata kepala sendiri, budak laki tu yang peluk Mira. Bukan Mira yang pergi kat dia....kenapa mak tak nak percaya apa yang Mira cakap? Kenapa nak kena buat andaian yang bukan-bukan?," Sarah dah mula berhujah. Esakan halus kedengaran. Mira masih lagi menangis.

PANG!!!!

" Dasar anak tak guna! sebab kau, anak aku pun dah mula tinggi suara dengan aku...," tersentak Mira dan Sarah. Berbekas pipi Mira dengan tamparan yang cukup pedih.

Bunyi deringan handphone mematikan lamunan Mira. Kisah lama kembali menggamit memori. Dicapai handphone, tertera nama Ayah. Serta merta senyuman terukir di bibir.

" Assalamualaikum. Ayah...rindunya!," ucap Mira ceria.

Namun balasan yang agak hambar dari orang di hujung talian. Mira mula berasa tidak sedap hati. Kenapa dengan ayah? Tak pernah sekalipun nadanya begini bila menelefon aku.

" Kenapa Mira buat macam ni?," soalan ayah benar-benar menyentakkan Mira. Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

" Ayah, Mira tak faham... ayah cakap pasal apa ni?," Mira masih kurang jelas mengenai perkara yang ingin disampaikan oleh Encik Rahim.

" Kenapa Mira? Kenapa nak berebutkan lelaki dengan kak Sarah. Diakan kakak Mira....," Mira terasa tamparan hebat itu melayang kembali ke pipinya. Ayah cakap macam ni? soalnya sendiri, tidak percaya. Satu-satunya lelaki yang begitu mengasihi dirinya sanggup berkata-kata begini.

" Ayah...... takkan ayah dah tak percayakan Mira? Mira tak pernah berebut sekecil-kecil barang permainan pun dengan kak Sarah, apatah lagi lelaki," ucapnya sedih. Sedih sangat kerana ayah sendiri mengesyakinya.

" Jangan tipu Mira!," sekali lagi, terasa seolah pisau tajam ditikam ke hatinya.

" Mira tak pernah bohong dengan ayah. Mira tak pernah buat benda yang akan sakitkan hati ayah. Mira tak pernah terfikir pun nak rebut lelaki dengan kakak Mira sendiri. Mira bukan jenis yang berperangai macam tu ayah!," dalam nada lembut, sinis sekali Mira mengucapkan kata-kata.

" Hujung minggu ni balik rumah!," talian sudah dimatikan. Air mata Mira mengalir dengan deras sekali. Baru sekejap tadi dia menyingkap bayangan lepas, nampaknya perkara-perkara buruk akan sentiasa menghantui hidupnya. Kenapa? Mak, apa yang Mira nak buat.

Bayangan wajah Khairul hadir di tubir matanya. Khairul. Sebut hatinya perlahan. Lelaki ini hanya mengucar-kacirkan hidup aku yang sememangnya tidak begitu aman! Aku benci kau!

" aRgh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!," jeritnya sekuat hati sambil menghentak permukaan meja. Mujur sahaja dia bersendirian di dalam bilik, kalau tidak mesti orang lain ingat aku gila! Huh, gila sebab gara-gara lelaki yang berperwatakan orang gila~

********

Wajah Khairul kelihatan ceria sekali. Sejak terdengar, bukan curi dengar. Perbualan mak dengan Puan Juriah, rasanya kerjanya makin mudah nak menyunting Mira untuk dijadikan suri hatinya. Aduh, bahagianya. Bila agaknya aku boleh kahwin ya? Mira kan masih belajar. Takpe-takpe, tak perlu gopoh-gopoh, nanti nampak gelojoh sangat. Tunggu my dear tu habis study, then boleh fikir pasal kahwin. Dia tersengih-sengih sendiri tanpa sedar dirinya diperhatikan.

" Amboi, senyum sampai ke telinga, fikir apa... kahwin ke?," usik Encik Kassim. Khairul tergelak-gelak.

" Abah... you are the bestlah. Boleh baca habis apa yang ada dalam ni...," ucapnya sambil menuding pada kepalanya.

" Tengoklah.... abah sapa!," ucap Encik Kassim bangga. Lantas kedua-duanya tertawa lagi. Hentakkan pinggan di meja makan mengalihkan pandangan kedua-duanya. Pandangan tajam dari Puan Salmi.

" Yang seronok sangat kenapa?," puan Salmi dah mula marah-marah.

" Kenapa mak? Mak tak suka ke dengan Mira tu?," ucap Khairul lemah.

" mak nak Sarah jadi menantu rumah ni! Muktamad! Kamu jangan nak membantah. Kali ni, dengar cakap mak. Mak takkan setuju kalau kamu nak nikah dengan budak tu. Takkan!," tinggi dan jelas nada puan Salmi membuatkan Khairul tersentak.

" apa ni mak. Kita dah janji tau, mana boleh mak tukar plan macam ni. Rul tak setuju dan takkan kahwin dengan Sarah. Rul nak kahwin dengan Mira... Amira Abdul Rahim bukan Sarah Abdul Rahim," disebut sekali nama penuh kedua-dua orang itu supaya mak jelas.

" Kenapa ni Sal nak paksa-paksa Khairul kahwin dengan orang yang dia tak nak. Kan kita dah janji, nak pinangkan Mira...," Encik Kassim mencelah. Dia pelik melihat sikap isterinya yang berubah-ubah. Semalam cakap lain, hari ni lain.

" Sal tak kisah la bang... Mira pun baik jugak. Biarlah, asal anak kita suka dan bahagia," ucap Puan Salmi.

Masih segar lagi dalam fikirannya kata-kata yang ditutur oleh isterinya itu. Tapi apa yang dah jadi hari ni.

" Sal tak suka nak bermenantukan perempuan macam tu. Dia bukan pilihan Sal dan Sal takkan terima dia pun," ucap Puan Salmi tegas. Khairul makin pening. Ingatkan dah selesai hal ni, nampaknya makin rumit. Mak macam nak buat battle dengan aku. Siapa yang akan jadi menantu a.k.a isteriku dalam rumah ni?

" Cuba mak jelaskan dengan detail sikit supaya Rul dengan abah faham, sebab apa yang mak takkan terima Mira," ditekankan perkataan takkan tu dengan nada yang lucu. Encik Kassim lepas tawa. Namun puan Salmi memandangnya tajam. Alamak, nak gelak pun dah forbidden ke dalam rumah ni.

" Tak payah sibuk nak tahu. Yang kamu kena ingat dan ambil perhatian kat sini, kamu kena kahwin dengan Sarah!," puan Salmi tidak lagi berdiplomasi.

" Apa ni mak paksa-paksa...,"

" Apa ni sal, paksa-paksa...," ucap Khairul dan encik Kassim serentak.

Namun tiada balasan dari puan Salmi. Dia terus menuju ke arah dapur dan pandangan sangat tajam sekali pada kedua-dua lelaki di ruang makan itu.

" Apa ni abah? Kenapa mak paksa-paksa macam ni," ucap Khairul terkilan. Kenapa mak taknak berkompromi. Kenapa tak boleh terima Mira? Apa masalahnya? Buntu fikirannya. Kalaulah dapat jumpa Mira dan cakap face-to-face, mesti lagi senang nak selesai masalah ni.

Encik Kassim menggeleng kepala tanda tidak mengerti. Dia pun tidak tahu apa puncanya Salmi berkata-kata begini. Semalam rasanya, beria isterinya menyokong si Mira. Mira baik. Mira kesian. Mira itu dan ini. Tapi hari ini, nampak gaya kalau Mira ada kat depan mata, mesti diganyang cukup-cukup. Apa salah Mira, kalau Khairul yang mula menyukai gadis itu. Dia tak dapat nak faham atau fikir apa-apa buat masa ni.

Bahu Khairul ditepuk perlahan bagi memberikan semangat. Khairul mengeluh. Entah kenapa, dah rasa macam sudah dilancarkan perang antara dia dan mak. Sebelum ni mak ok je kalau aku cakap apa-apa. Tak pernah dibantah terus sebelum ditimbang baik dan buruknya. Tapi kenapa kali ni, perkara yang melibatkan perasaan dan hati aku dipandang remeh.

******

Wajah Mira begitu sugul sekali. Tiada segarit senyuman yang meniti bibir itu. Setelah dipujuk beratusan kali, baru Mira bersetuju untuk bertemu dengannya. Hal ini perlu diselesaikan segera. Nak dapatkan contact Mira pun sikit punya susah, nasib baik ada kabel baik punya! Khairul tersenyum sendiri.

" Kenapa awak buat Mira macam ni? Apa salah Mira pada awak?," soalan Mira menyentakkan mindanya. Apa yang aku dah buat? Khairul bingung. Semakin tidak senang dia melihat air mata Mira yang mengalir membasahi pipi.

" Mira... saya minta maaf. Tapi apa sebenarnya yang jadi?," soal Khairul lembut. Aduh, aku baru je nak mula beramah mesra dengan dia, dah start leleh.

" Sebab awak, mak tuduh saya macam-macam! Sebab awak, ayah dah tak percayakan saya! Sebab awak, kak sarah dah tak nak tengok muka saya! Sebab awak, saya dah hilang family saya! Apa yang awak nak dari saya? Kan saya dah cakap, kita tak boleh kahwin!," ucap Mira sambil teresak-esak. Khairul serba salah. Tapi keinginan hati jangan ditolak tepi. Mana boleh kalau tak berusaha. Berusaha! Tekadnya dalam hati.

" Saya nak kahwin dengan awak je. Kenapa pulak tak boleh?," ucap Khairul gaya kebudak-budakkan. Mira menggigit bibir, geram!

" Mira tak suka awak! awak tak faham ke kalau cakap sekali. Perasan sangat ingat orang nak kat dia. Muka dah tua tapi otak tak matang-matang," Mira dah masuk mode membebel. Terbeliak biji mata Khairul mendengar kata-kata Mira. Ewah-ewah, kau kata aku tua. Sesedap mulut kau je Mira. Nasib kau ni gadis pilihan aku, kalau tak dah lama aku sembelih.

Khairul diam. Tidak berkata apa-apa. Namun mulut Mira dah macam bertih jagung, bercakap tanpa henti. Wah! Aku dah berjaya discover part Mira yang banyak mulut. Bibirnya yang mungil kelihatan seperti mulut itik ketika membebel dengan panjang. Dia hendak lepas ketawa, namun ditahan jugak. Tapi, tak boleh... Akhirnya dia ketawa besar.

Mira pulak pandang pelik. Orang gila ni dah kena sawan ke?

" Mulut awak macam itik masa tengah membebel....hahaha...," dia lepas ketawa lagi. Mira menahan geram. Mulut itik kau kata. Alah.... itik-itik pun, yang ni jugak kau beria sangat nak kahwin.

Kenapalah dia nak kahwin dengan aku, bukan kak Sarah je. Mira pun dah pening fikirkan hal ini. Melihatkan orang gila dihadapannya ketawa tak berhenti-henti, dia terus mengatur langkah hendak pulang. Malas aku nak layan orang gila ni!

" Be my wife Mira," Mira terkesima melihat aksi spontan Khairul yang melutut dihadapannya. Bila pulak dia jalan ke sini. Gila! Buat aksi ala-ala mat romeo dalam taman. Dipandang kiri dan kanan berkali-kali. Nasib takde orang, kalau tak buat malu muka aku je.

" Tolonglah faham, Mira tak berkenan dengan awak!," sekali lagi tanpa berfikir panjang Mira menolak pinangan Khairul. Khairul masih tersenyum. Nak bagi semangat kat diri sendiri!

" Sebab yang kukuh?,"

" Awak tua! Mira baru 22 tahun...jauh sangat beza. Mira tak suka!," muka Mira tak berperasaan langsung mengucapkan kata-kata itu. Berubah terus wajah Khairul. Apalah, alasan macam budak tadika. Setakat tua lima tahun pun nak kecoh-kecoh ke.

" Awak nampak saya macam umur berapa?," soalnya.

" 30-an!," balas Mira kerek. Lagi berubah riak wajah Khairul. Aku yang baru 20-an ni dikatanya 30-an. Patut ke semua ni? Memang tak patut betul.


" So, ni keputusan muktamad Mira?," soal Khairul meminta kepastian. Tapi, rasanya dah salah aju soalan la pulak. Confirm dia akan kena reject!


" Pasti sangat!," aku dah agak. Memang dia tak nak. Aduh, kenapa malang bertimpa-timpa. Khairul mengeluh berat. Mak aku tak nak dia jadi menantu, yang mak cik ni pulak gila confident tak nak kahwin dengan aku. Apa, aku tak laku sampai tahap macam tu ke?


" Takpelah Mira, kalau tak nak. Orang tak sudi, takkan kita nak paksa-paksa pulak kan. Nanti saya cakap dengan mak saya, saya akan kahwin dengan pilihan dia je," ucap Khairul seolah-olah putus asa. Sebenarnya tidak pun, nak propaganda si Mira tu je, mana tahu tiba-tiba ada perasaan yang berputik. Chait! Pantang tok nenek aku, lelaki mengalah sebelum berjuang habis-habisan.


Namun kalau dilihatkan rupa Mira yang tak berperasaan ni, macam takde harapan je dia nak bagi reaksi yang agak positif untuk keluhan aku.


" Baguslah! Awak faham... Mira lagi suka macam ni. Aman hidup Mira daripada gangguan orang gila!," selamba badak Mira menyindir. Khairul dah mengetap bibir. Amboi, Mira... sudah lebih ni. Tadi laki tua, sekarang orang gila. Tunggu sekejap lagi, confirm aku kena cop jadi pesakit mental kat wad hospital bahagia.


" Sebab awak tak nak kahwin dengan saya, last request dari saya... boleh awak tunaikan?," Khairul masih bersemangat nak cuba nasib.


" Apa?," soal Mira malas. Tak sudah-sudah lagi gangguan orang gila ni! Mengharu-birukan hidup aku je.


" Temankan saya makan, lepas ni saya takkan kacau. Boleh?," pintanya bersungguh-sungguh. Mira mengecilkan biji mata. Cuba berfikir kesan-kesan yang boleh terjadi. Tapi tengok muka Khairul ni, alahai. Tayang muka seposen pulak dah!


" Janji takkan kacau?," soal Mira meminta kepastian.


" ok!," jawab Khairul.Langsung tak ikhlas nak tunaikan janji yang dibuat. Terpaksa dowh! Awek kepala konkrit, muka tak berperasaan dan yang pasti, dia memang tak suka kat aku.


*******


" Awak ni penganggur ke?," satu lagi soalan panas meniti bibir Mira. Khairul, kau memang kena banyak-banyak bersabar dengan minah kat depan ni. Tanya la aku kerja apa, ni tidak.. terus buat conclusion, aku ni penganggur terhormat.


" Saya kerja drebar je!," ucap Khairul perlahan. Mira dah mengecilkan biji mata. Drebar? Takkan mak senang-senang nak bagi anak dia yang kerja doktor tu kahwin dengan drebar. Aku boleh sense orang tengah kelentong aku.


" drebar apa? lori, teksi, bas sekolah?," Mira menyoal sambil bagi list.


" Awak pandang saya sebelah mata je ek!," ucap Khairul sinis. Mira menjongketkan bahu. Suka hati aku la nak pandang berapa biji mata pun. Hak aku.


" Drebar atas awan," Khairul menjawab dengan riak muka yang bangga sekali. Namun, Mira masih menayangkan muka tak berperasaan! Ya ALLAH, bagilah reaction teruja sikit. Bakal suami kau, kerja atas awan. Senang je aku boleh ajak kau berjalan sana-sini. Khairul dah beremosi sendiri dalam hati.


" Yeke! Patutlah riak nak mampus!," Khairul dah menyirap, namun ditahankan juga amarahnya. Ini bukan setakat banyak mulut. Mulutnya laser nak mampus, addition takde insurans even satu sen pun.


Mira masih dengan muka tak berperasaan. Ditoleh ke kiri dan ke kanan, melihat kawasan restoran yang dipilih oleh Khairul. Dihala pandangan pada pinggan Khairul, nasi punya banyak tak luak langsung. Kalau lambat macam ni, bilanya nak balik. Dah la tadi pun baru lepas perang besar dengan mak. Aduh, peningnya kepala. Semuanya sebab mamat gila kat depan aku ni!


" Kau ni, memang tak tahu malu ke? Orang tu datang nak merisik Sarah, yang kau pula sibuk nak goda dia!," tengking Puan Juriah. Mira tahan sabar. Aku tak pernah terfikir pun nak goda mana-mana lelaki.


" Memang anak yang tak sedar diuntung! Perangai sebijik macam mak kau!," merah padam wajah Mira mendengar ungkapan itu.


" Mak, kalau nak marah Mira... takpe, Mira tak kisah. Tapi, jangan mak berani-berani sebut pasal arwah mak Mira. Mak takde hak!," nada suara Mira turut naik sekali. Dia tidak dapat menerima cacian yang dilemparkan pada arwah ibunya. Orang dah takde, biarlah dia tenang kat sana.


Puan Juriah tersenyum sinis. " Apa tak betul benda yang aku cakap, kau dengan mak kau sama je! Tahu nak berebutkan laki orang je!".


" Mak!!!,"


PANG!!!


Mira menutup mulut, terkejut dengan tindakan spontannya sendiri. Ya ALLAH, apa yang aku dah buat. Wajah puan Juriah makin berapi.


PANG!!!


" Kurang ajar! Berani kau tampar aku....," tengkingnya pada Mira yang sudah terduduk di atas lantai.


" Mira....mira...tak sengaja. Mira minta ampun mak!," tangisnya. Ya ALLAH, aku tak berniat pun nak tampar mak.


" Kau memang anak kurang ajar!,"


" Mira, okey ke?," suara Khairul mengembalikan Mira ke alam realiti. Lamunannya bersepai seperti hatinya jugak.


" Mira minta tolong awak, kahwin dengan kak Sarah. Tolong jangan kelam-kabutkan hidup Mira. Semua orang salah faham dengan Mira je, bukan awak. Sedangkan Mira takde simpan perasaan pun kat awak...," ucap Mira sayu.


Khairul dah serba salah. Saya minta maaf, sebab tak dapat nak tunaikan permintaan Mira, sebab saya bukan jenis yang cepat mengalah. Saya akan tolong Mira, dengan jadikan awak suri hidup saya. Dont worry Mira, Khairul will save the day. Tapi siapa yang dapat tolong aku dalam hal ni? Fikirnya sendiri.


Aha! Dah dapat. Mira, orang tu mesti dapat tolong Rul untuk selesaikan hal kita yang rumit macam masalah negara. Sedangkan bab merisik je pun. Itulah manusia, suka membesar-besarkan hal yang kecik. Api baru nak menyala, terus disimbah petrol... macam mana ia takkan marak.








* actually, ini bukan cerita panjang.
tapi tak jumpa lagi penghujungnya.
takpe, aku cuba habiskan secepat mungkin. =)

pilihan aku vs pilihan mak aku [part 1]

" Apa ni mak, paksa-paksa saya tengok calon pilihan! Dari hari tu lagi saya cakap, saya tak nak....," ucap Khairul tegas namun masih dikawal suaranya agar tidak kedengaran kasar. Hati ibu perlu dijaga, kan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Puan Salmi memandang ke arah suaminya, Encik Kassim yang pura-pura khusyuk dengan surat khabar di tangannya. Boleh pulak dia tak ambil port dalam hal serius ni, sedangkan semalam beria suaminya menyokong semasa dia mengutarakan cadangan pasal menantu pilihan.

" Abang... cuba la terangkan kat anak awak ni...," ucap Puan Salmi bagi menarik perhatian suaminya.

" Hah!," Encik Kassim berlagak terkejut. Sedangkan dari tadi dia mendengar segala isi perbualan. Puan Salmi mendengus kecil. Orang tua ni, boleh pula berlakon macam tak tau apa-apa depan anak dia. Saja je nak kenakan aku la tu!

" Kan semalam kita dah bincang pasal perkara ni abang... nak cari calon isteri untuk Khairul. Apa, abang dah lupa ke? Takkan dah nyanyuk kot?," sengaja Puan Salmi menekankan perkataan nyanyuk itu, kerana tahu pasti suaminya akan marah.

Memerah muka Encik Kassim mendengar perkataan itu! Tak puas hati.

" Hai, abah pun komplot sekali dengan mak, nak match make Rul dengan calon pilihan," ucap Khairul dengan nada tidak percaya. Tak sangka abah boleh berubah pegangan. Selama ni, selalu je sokong aku. Tapi dalam hal ni, abah jadi penyokong mak pulak. Mana adil!

Suasana sepi seketika. Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tidak tahu hendak berbalas apa lagi. Puan Salmi melontarkan pandangan simpati, moga-moga Khairul akan berlembut hati menerima cadangannya. Dia bukannya nak memaksa, cuma sebagai seorang ibu dia inginkan yang terbaik buat putera kesayangannya itu.

Encik Kassim masih tidak berkata apa-apa. Dia bimbang. Jika menyokong isteri, sudah pasti Khairul akan terasa hati dengannya. Jika mengikut kata Khairul, entah berapa bulan dia kena menghadap mogok yang besar kemungkinan dilancarkan oleh isteri kesayangannya. Dia tersepit antara dua. Namun, dalam diam dia juga menyokong cadangan Puan Salmi untuk menjodohkan Khairul dengan menantu pilihan.

Pandangan Khairul silih berganti, antara wajah mak dan abahnya. Entah apa yang sedang bermain-main di benak orang tua itu, dia tidak berupaya mentafsir. Tetapi, pandangan mengharap dari Puan Salmi benar-benar mencairkan hatinya. Ah, mak aku ni! Tahu saja weakness aku. Tapi aku tak nak! Macam mana ni.... bab-bab jodoh paksa, tak semestinya berakhir dengan percintaan indah. Aku nak cari sendiri, nak rasa sendiri, perasaan jatuh cinta tu!

" Rul... mak tak paksa. Tapi, kamu pun pertimbangkan tengok cadangan mak ni," pujuk Puan Salmi, cuba berdiplomasi. Khairul mengeluh. Suara mak.... satu-satunya senjata yang boleh mencairkan hatinya yang keras macam konkrit ni. Tapi...

" Mak, Rul tak nak...," dia menolak jugak. Tidak mungkin dia dapat menerima cadangan ini. Jauh sekali nak bersetuju.

" Cuba tengok... sekali je! Kalau Rul tak nak jugak, mak takkan paksa dah. Bolehkan?," Puan Salmi masih lagi berusaha keras.

Khairul tersenyum simpul. Mak aku ni, memang takkan mengalah dengan mudah. Akhirnya dia mengangguk pasti. Sekadar jumpa, kalau tak berkenan, tolak! Tak susah pun. Puan Salmi tersenyum lebar. Berjaya jugak dia memujuk Khairul. Dikerling ke arah suaminya yang masih senyap tak berkutik, senyuman bangga dipamerkan. Encik Kassim menggeleng kecil melihat aksi isterinya yang keanak-anakan.

" Mak kena pegang pada janji tau. Takkan ada paksaan kalau Rul tak suka," ucapan Khairul itu terus mematikan senyuman di wajah Puan Salmi.

" Yelah... mak janji," balas Puan Salmi dengan mendatar. Khairul pula tersenyum puas.

******

Hidangan di meja makan itu kelihatan meriah sekali. Hai, mak aku masak....macam nak sambut menantu pulak. Aku balik cuti sem pun, belum tentu dapat hidangan seistimewa ni. Desisnya sendirian.

Bunyi derapan kaki menarik perhatiannya, pantas dia menoleh ke belakang. Terbeliak biji mata, kalau ada spring boleh melantun keluar dah.

" Amboi mak....sakan nampak! Nak pergi mana ni?," soalnya ceria.

" Ada tetamu istimewa nak datang," acuh tak acuh je jawapan yang diberi. Dia hanya tersenyum hambar. Macam tak biasa.

" Siapa mak? Istimewa sangat ke sampai mak masak macam-macam lauk hari ni...," soalnya lagi. Dia sengaja nak bangkitkan perbualan antara dia dengan mak. Namun, pandangan tajam dilemparkan oleh Puan Juriah.

" Kau jangan nak soal banyak boleh tak!," dia tersentak. Takpe, dah biasa. Kata-kata itu jugak yang meniti mindanya. Kekeruhan jelas tergambar di wajah ayu itu. Dia tahu, dia tidak langsung diperlukan dalam keluarga ini. Tapi, dia tidak berputus asa. Ya, aku akan berusaha tawan hati mak! Nekadnya dalam hati.

" Sayang...kenapa tak pakai baju lawa sikit hari ni...," tegur Encik Rahim sambil merangkul bahunya mesra. Puan Juriah hanya memandang dengan pandangan tajam, namun tidak diendahkan oleh suaminya.

" Ada apa-apa yang istimewa ke hari ni?," soalnya lurus. Dari tadi dia tanya mak, tak terjawab pun persoalannya.

" Orang nak datang merisik Kak Sarah.... kamu pun bersiap-siaplah. Takkan nak pakai t-shirt dengan track suit pulak. Pakai baju kurung, nampak comel sikit," ucap Encik Rahim dengan senyuman mesra.

" Alah...nak dirisiknya Kak Sarah, Mira pakai macam ni pun takpe kot," ucapnya perlahan. Dari tadi dia nampak wajah mak yang mempamerkan pandangan tidak puas hati.

" Itulah, lagi elok kalau dia duduk dalam bilik je. Tak payah nak menyibuk dalam majlis anak saya!," ucap Puan Juriah kasar. Mira tersentak. Wajah ayah sudah berapi.

" Ju....mira ni kan anak abang, anak Ju jugak...anak kita tau!," suara ayah sudah meninggi. Mira semakin serba salah. Dia bukan nak mak dan ayah bertekak semata-mata kerana dirinya, lagi-lagi hari special untuk kak Sarah pulak.

" Dia anak abang! Bukan Ju....," Puan Juriah terus berlalu selepas mengucapkan kata-kata itu.

" Ayah.... Mira minta maaf," ucapnya perlahan sambil memandang wajah ayahnya yang sugul.

" Tak sayang... Mira takde salah apa-apa dengan ayah. Mira anak yang baik kan, jadi pergi bersiap sekarang. Pakai baju yang ayah belikan masa hari lahir Mira tu. Okey?," pinta Encik Rahim. Kasihan anakku Mira...

" Okey, Mira tukar. Tapi ayah janji tau, jangan marahkan mak pasal Mira...okey?," Encik Rahim tersenyum kecil. Mira sememangnya anak yang baik.

*******

" Sedapnya Ju...kamu memang pakarlah bab-bab masakan ni," Puan Salmi terus-menerus memuji. Puan Juriah tersipu mendengar pujian yang melambung tinggi mengenai masakannya yang biasa-biasa itu.

" Alah.... akak ni, saya masak biasa je... Sarah yang banyak tolong hari ni," ucapnya sekaligus menaikkan saham Sarah. Sarah tersenyum malu. Dihadapannya terpampang wajah Khairul yang kelihatan segak sekali. Simple dengan mengayakan t-shirt polo belang merah-putih dengan seluar jeans. Memang terserlah ke'hensem'annya.

Khairul melarikan pandangan matanya ke arah lain. Sarah walaupun kelihatan malu-malu kucing, tetapi berani jugak nak bermain-main mata dengan aku. Alah, perempuan zaman sekarang, nothing impossible.

Pandangan meliar sekitar ruang makan itu. Dengan hiasan frame gambar-gambar alam, benar-benar mendamaikan jiwa. Matanya tertancap pada gadis yang duduk di sebelah Encik Rahim. Dia hanya mendiamkan diri sedari tadi. Namanya pun, dia tidak tahu. Tapi apa yang pasti, wajahnya jauh berbeza dengan Sarah. Sarah begitu cantik sekali, tetapi wajah itu... walaupun kurang jelita, tetapi sangat ayu dan memikat pandangan matanya.

" Khairul... tambahlah nasi lagi," ucap Sarah malu-malu. Khairul tersentak. Baru tersedar, lamanya dia memerhatikan anak dara orang. Khairul menghulurkan pinggan, Sarah pula mencedukkan nasi.

Puan Salmi dan Puan Juriah sama-sama tersenyum senang melihat aksi itu.

" Macam ada peluang kita ni nak berbesan kak Sal...," ucapnya berbisik. Puan Salmi mengiakan.

" Mira, tambahlah nasi lagi... kenapa makan sikit sangat?," teguran Encik Rahim yang diam dari tadi menarik perhatian semua. Puan Juriah seperti biasa, segera mempamerkan wajah kurang senangnya.

" Mira kenyang. Mira minta diri dulu," ucapnya sambil mengangkat punggung hendak berlalu.

" Duduklah dulu Mira, makan lagi sikit... kan sedap lauk-lauk hari ni," hampir bergenang air matanya mendengar suara lembut Puan Juriah. Namun, dia tidak dapat menangkap sedikit pun keikhlasan di wajah itu. Mungkin sekadar hendak mempamerkan kemesraan di hadapan tetamu.

" Duduklah...kan mak dah ajak tu," lembut suara encik Rahim. Sememangnya, dia tidak ingin anaknya berasa tersisih daripada keluarga mereka.

" Takpe... Mira dah kenyang... Mira minta diri dulu," terus dia membawa pinggannya ke dapur.

" Mira bila nanti habis belajar?," soalan Encik Kassim menarik perhatian Khairul. Oh, tengah belajar lagi.

" Lagi satu sem, ni pun cuti dua minggu je. Lepas tu dah kena daftar semester baru dah. Mira takde, sunyi je rumah ni nanti. Maklumlah....dia yang paling banyak mulut," jawab Sarah, walaupun soalan itu tidak diajukan buatnya.

Banyak mulut? Tak nampak macam banyak mulut pun.... Khairul masih menanti sebarang persoalan yang dibangkitkan tentang gadis yang bernama Mira itu. Namun, hampa. Persoalan itu tamat di situ sahaja.

*******

Mira setia menemani Sarah yang sedang sibuk membelek kasut jenama Vincci. Memang jenama kesukaannya. Tapi dah hampir sejam, satu kasut pun dia tak pilih lagi.

" Akak.... lamanya," rungut Mira. Sarah tersenyum sumbing.

" Macam tak kenal akak je kamu ni..... tunggu la... kejap je lagi," pujuk Sarah. Dia tahu, sesiapa yang keluar membeli-belah dengannya perlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Mira penat berdiri dan berjalan. Lantas dia bergerak ke arah bangku yang disediakan di dalam kompleks membeli-belah itu. Aduh, sikit lagi boleh tercabut semua skru kaki aku.

" Hai...seorang je?," teguran itu membuatkan Mira mengalih pandangan pada gerangan itu. Senyuman nipis terukir di wajahnya.

" Dengan akak...," pendek saja jawapannya.

" Oh, mana dia?," Mira sekadar menuding jari ke arah Vincci. Khairul mengangguk.

" Boleh saya duduk sini?," Khairul meminta izin, mana tahu kalau Mira tidak selesa. Mira sekadar mengangguk. Tidak mahu bercakap banyak-banyak.

" Banyak ke shopping?," soal Khairul lagi ingin memancing minat Mira untuk bersembang.

" Akak yang shopping..," sepatah je jawapan yang diberi. Khairul tersenyum nipis, Mira sedikit tidak memandang wajahnya. Pandangan tepat tertumpu pada Vincci dan juga Sarah.

" Saya pergi panggil akak," Mira dah mengangkat punggung dan Khairul tidak sempat hendak menahan.

Hhmm.... tak nampak macam banyak mulut pun. She is not that interesting yet attracting me! Khairul tersenyum sendiri.

Dari tempat duduknya, dapat dilihat reaksi Sarah apabila Mira membisikkan sesuatu di telinga. Perempuan memang suka bisik-bisik ke? Wajah Sarah kelihatan begitu teruja. Terus dia melemparkan senyuman manis. Namun, senyuman dan wajah cantik itu tidak begitu menarik perhatian Khairul. Matanya beralih tepat pada wajah gadis ayu di sebelah Sarah. Mira nampaknya lebih senang melarikan pandangannya ke arah lain.

" Khairul.....dengan sapa ni?," sapa Sarah dengan senyuman manis yang masih mekar dibibirnya.

" Sorang je, saja nak jalan-jalan....kebetulan nampak Mira duduk kat sini, tu yang tegur," jelasnya.

" Kalau macam tu, jomlah jalan sekali....," pelawa Sarah. Mira dah membeliakkan biji mata. Ya allah kak Sarah, nak ajak Khairul pulak berjalan dengan dia. Sudah! Habislah skru-skru kaki manusia yang berjalan dengan Sarah hari ni.

" Boleh je...Mira tak kisah ke?," sengaja Khairul menyoal, ingin menarik perhatian Mira.

Mira diam sambil berfikir. Aku dah tak mampu nak berjalan dah, alang-alang kak Sarah dah ada teman... baik aku balik je. Lagi bagus.

" Kak Sarah..... apa kata, kak Sarah jalan-jalan dan shopping dengan abang ni....Mira, balik dulu?," perlahan-lahan dia menyusun kata. Berubah riak wajah Khairul. Aku nak keluar, nak sembang-sembang dengan dia.... tak jadi pulak planning.

" Mana boleh! Nanti Mira nak ke, mak marah Mira....," ucap Sarah tidak menyokong. Pernah sekali, mereka keluar bersama tapi Mira sampai rumah dulu kerana kebetulan Sarah terserempak dengan kawan. Memang Mira kena masak betul-betul dengan mak. Kesian Mira!

Mira mengeluh. Mana boleh dia lupa kejadian tu! Kebetulan, ayah pula takde dekat rumah, mak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

" Tapi, Mira penatlah kak.....," rungutnya agar Sarah mengerti.

" Apa kata kita pergi makan dulu, rehat sekejap...," Khairul mengusulkan cadangan. Sarah segera menyokong. Mira pandang dengan muka tak puas hati. Lepas makan, sure kena jalan balik.

" Jomlah!," terus Mira memulakan langkah tanpa bertanya apa-apa. Sarah sekadar menjungkitkan bahu pada Khairul yang jelas tidak mengerti.

" Maaflah... Mira kurang mesra sikit dengan orang yang dia tak kenal... sebab tu dia act macam ni," jelas Sarah. Khairul menarik O' panjang..... akhirnya dia tersenyum sendiri lagi.

Minta maaflah mak. Khairul tak berkenankan pun pilihan mak... tapi Khairul lagi tertarik dengan gadis yang kurang menarik ni. Lagipun, we have a deal mom... mak dah janji takkan paksa Rul kalau tak suka. She is not interesting yet attracting me. Diulang sekali lagi ayat itu, dan bibirnya kembali tersenyum.


*******

" Rul tak berkenan dengan Sarah," ucap Khairul tenang. Tika itu, riak wajah mak jelas menunjukkan kekecewaan yang amat.

" Mak pun dah janji kan, takkan paksa-paksa Rul terima calon pilihan mak....," sambungnya lagi mengingatkan janji yang telah mereka buat sebelum ini.

" Tapi.... Rul dah pun pilih orang lain. Kalau boleh, Rul nak mak dengan abah setuju dan terima pilihan yang Rul buat ni...," ucapnya sambil tersenyum lega. Hasrat di hati telah pun diluahkan.

" Siapa?," soal abah.

" Mira!," mendengarkan nama yang meniti bibir Khairul, terus berubah wajah Puan Salmi.

" Apa yang kamu merepek ni? Kenapa nak kena pilih budak tu pulak jadi menantu rumah ni!," huh! Puan Salmi melepaskan amarahnya. Dia sememangnya tidak mungkin bermenantukan Mira.

" Mak.... kita dah buat janji mak. Mak takkan paksa Rul... dan pilihan yang Rul buat ni adalah yang muktamad. Rul sukakan Mira, ikhlas.... ," suara Khairul sudah berubah nada. Tegas dan muktamad!

Perbualan sejam yang lalu berulang kembali dalam pemikirannya. Dipandang wajah Encik Kassim dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Entah kenapa, terasa berat sekali nak buat keputusan, walaupun Khairul telah pun menyuarakan hasratnya.

"Macam mana ni bang.... pening pulak Sal fikirkan Khairul ni," luahnya sambil mengeluh kecil. Encik Kassim ikut sekali mengeluh.

" Entahlah Sal... abang pun tak tau nak fikir apa," buntu fikiran tuanya pada ketika ini.

" Macam mana kita nak tolak si Sarah, lepas tu nak minta pula si Mira.... mesti mengamuk sakan Juriah tu!," Puan Salmi dapat mengagak apa reaksi yang bakal diberikan oleh Puan Juriah. Dia juga tahu, Puan Juriah pasti takkan bersetuju jika mereka hendak bermenantukan Mira. Ya ALLAH...... kenapalah Khairul berkenankan budak tu, tak boleh orang lain ke. Dah takde orang lain ke atas muka bumi ni.

" Macam mana ni bang? Bagilah idea, janganlah diam je. Sal dah pening sangat ni fikirkan hal ni!," dipicit-picit perlahan kepalanya yang terasa berdenyut.

" Takpe, kita bincang secara baik. Abang rasa, Rahim tak kisah...,"

" Dia memang takkan kisah, sebab dua-dua tu anak perempuan dia. Yang Sal bimbangkan sekarang ni, Juriah... abangkan tahu, dia mana suka sangat dengan budak Mira tu....," akhirnya Puan Salmi meluahkan kebimbingan yang berbuku di hati. Itulah yang paling dirisaukan pada saat ini.

Dengan keadaan hubungan Juriah dan Mira yang tidak baik, perlukah ada sesuatu perkara yang akan merenggangkan lagi perhubungan mereka. Mesti lagi kesian kat si Mira tu. Dah la takde mak, nanti mak yang wujud sekadar untuk panggilan ni pun dia takkan dapat rasa. Buntu fikirannya.

*******

Mira dah melopong besar. Matanya berkelip-kelip tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Namun, wajah di hadapannya tersenyum lebar.

" Awak ni gila!," spontan dia bangun dan berlalu meninggalkan Khairul yang masih tersengih-sengih di bangku taman.

" Tunggulah dulu Mira...," ucapnya sambil pantas mengejar Mira yang semakin menjauh. Pantas dicapai pergelangan tangan Mira. Mira terkejut dan tidak puas hati.

" Lepaslah!," suka hati je dia pegang-pegang tangan aku. Namun, kuat tangan Khairul mencengkam tangannya.

" Okey, saya tak lari. Awak lepas tangan saya sekarang," luah Mira geram.

" Sebab?," soal Khairul mengusik.

" Tangan ni bukan hak awak...jangan nak cemarkan tangan saya dengan sentuhan orang yang takde hak atas diri saya...," marah Mira. Perlahan-lahan Khairul merenggangkan pegangannya.

" Takpe, tak lama lagi akan jadi hak saya. Jangan risau," ucapnya selamba. Namun, Mira hanya berasa mual mendengar kata-kata itu. Tiada pandangan yang mesra, hanya jelingan tajam dilemparkan buat pandangan Khairul.

" Awak ni gila ke? Kenapa tiba-tiba je datang jumpa saya? Kenapa cakap benda pelik-pelik dengan saya?," soal Mira bertubi-tubi.

Dia sedang meluangkan masa bersendirian dengan aman di taman permainan itu. Tetapi kehadiran tetamu yang tidak diundang ini, benar-benar mengocakkan kemarahannya.

" Saya nak kahwin dengan Mira!,"

Gila! Hanya itu yang mampu diucapkannya pada saat itu. Kenapa nak kahwin dengan aku? Sedangkan datang merisik kak Sarah hari tu....

" Saya ikhlas Mira. Saya tak pernah cakap nak kahwin dengan Sarah pun. Plan nak merisik tu, cadangan mak... bukan saya. Takkan saya nak kahwin, kalau saya tak berkenan kan?," ucap Khairul dengan nada yang lembut. Moga-moga hati Mira pun akan jadi lembut jugak.

" Saya pun tak boleh kahwin dengan awak," tanpa berfikir Mira memberi jawapan.

" kenapa?," Khairul tak puas hati.

" Saya tak berkenankan awak... so, tak boleh kahwin la kan? Saya minta diri dulu!," terus dia melangkah meninggalkan Khairul sendirian di taman itu. Khairul tersenyum sendiri....

You are not interesting my dear, but you keep on attracting me. Aku akan berusaha supaya dapat berkahwin dengan calon pilihan aku.