Advs

Followers

June 26, 2009

Anod & Katod

" Nod... ada orang nak jumpa," Anod angkat muka.

"Sapa wei?," soalnya.

" Entah, dia cakap teman sepermainan!," terus je laki tu pergi meninggalkan Anod tertanya-tanya. Sapa yang datang ni?!

Perlahan dia bangkit dari kerusi. Sempat lagi ditilik wajahnya di cermin. Baju kurung yang tersarung di tubuh dibetulkan, begitu juga dengan tudung yang elok tersangkut di kepala. Langkah diatur menuju ke ruang menunggu. Eh, nervous la pulak! Sapa ye agaknya?!

Kakinya berhenti betul-betul di belakang orang yang dimaksudkan. Dia ke?

Tapi, belum sempat dia bersuara, orang tu dah bangun dan berpusing ke belakang. Senyuman ikhlas dilemparkan kepada Anod yang sememangnya terlopong besar di situ.

" Kau?," soal Anod tak percaya. Matanya digosok-gosok beberapa kali. Weh~ aku bukan baru bangun tidur kan?

" Nod... aku la, tak perlu kot gosok mata kau sampai macam tu sekali!," tegur Katod.

" Weh... Tod, rindu gila kat kau," lantas Anod tersenyum lebar.

*****

Anod dan Katod, gelaran yang tidak asing lagi dihadiahkan kepada sepasang sahabat yang begitu akrab. Nak kata sama jantina, tidak. Nak kata kembar pun tidak, binnya lain-lain. Namun, entah kenapa gelaran itu dengan mereka berdua sangat sinonim dari alam sekolah lagi. Annur binti Kassim (Anod) dan Khalid bin Ajwad (Katod). Perumpaan yang nak mengambarkan mereka berdua, bagai isi dengan kulit. Di mana ada Anod, di situ ada Katod. Memang tak boleh dipisahkan langsung.

Sehinggakan ramai yang syak, mereka berdua ada hubungan istimewa lebih dari seorang sahabat saja. Seringkali Anod menafikan, namun takde sapa pun yang percaya. Bagi mereka itu semua hanya alasan semata-mata.

" Tod... aku sedih," adu Anod ketika mereka berdua sedang menjamu selera. Katod terus memandang wajah Anod yang sugul.

" Kenapa wei... jangan cakap yang si Haikal tu buli kau lagi! Itulah aku dah pesan banyak kali jangan layan mamat tu, dia saja nak main-main dengan kau... Aku kenal dialah Nod," terus je Katod menyerbu. Anod mendengus.

" Aku bukan nak cakap pasal tu la ngok!," amik kau! Kalut sangat, bukan nak dengar apa yang aku nak cakap dulu.

" Habis tu?," baru nak tanya. Anod tarik nafas panjang-panjang. Dia tahu perkara ini bakal menjejaskan mood Katod untuk sepanjang hari ini.

" Diorang syak kau dengan aku... ," perlahan Anod menyusun intro dengan hati-hati. Katod begitu setia menadah telinga.

" ada special relation...," pandangan Anod fokus pada wajah Katod. Tak beralih sikit pun. Nyata wajah itu berubah sikit. Aku dah agak!

" Diorang semua cakap tak guna akal dan kau pun tak fikir, then boleh pulak datang cerita kat aku," aik, marah ke? Kenapa tone cakap tak best nak didengar. Tak suka betul cakap dengan pak cik ni kalau mood ceria convert dengan mood beruang kutub dia.

" Aku bagitahu je. Aku pun sedih tau orang cakap macam tu!," luah Anod.

" Let them be... why do we need to care about what people said Nod... aku malaslah nak ambil tahu semua tu. And I hope, you too can ignore whatever they've said. Please Nod....," sayu je suara Katod. Adeh~ sedih la pulak.

" Tod... sorry wei..," pinta Anod.

" Naa... takde apa la. Kau kawan aku..," Katod tersenyum. Anod pun ikut tersenyum jugak.

*****

Mereka melangkah masuk ke sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan pejabat Anod. Katod tolong tarik kerusi untuk Anod. Wah.. sejak bila si Katod ni jadi gentleman... rasa nak gelak pulak! Namun, Anod hanya tarik sengih melihat gaya Katod.

" Kenapa?," Katod pelik. Anod sengih lagi.

" You look different!," komen Anod. Dahi Katod berkerut.

" Apa yang different?,"

" Macam-macam la... wei cepat order makan! Lunch hour aku sejam je...," Anod segera mengingatkan.

" Ha'a kan... ala tak bestlah, bukannya selalu dapat jumpa kau... duduklah lama sikit. Bolehlah Nod?," Katod mempamerkan muka comelnya. Anod mencebik.

" Kau ingat... company tu, bapak aku yang punya! Sesuka hati aku nak masuk lambat semua,"

" Ala... bukan selalu pun..," Katod mengayat lagi.

" Takde maknanya... dah! Cepat order makan.. aku lapar gila ni...," segera Anod memotong.

" Perangai tak ubah-ubah, dari dulu sampai sekarang. Asal nampak makanan je, aku yang hensem ni pun kau tolak tepi!," Anod tersedak mendengar kata-kata Katod. Uweekkk!!!!

" Kau hensem...," Anod gelak besar. " Cermin sapa la yang sanggup berdusta dengan kau ni Katod...hahaha," dia terus gelak sakan di depan Katod. Katod pandang je. Tak cakap apa pun.

" Kau ni, kepala dah bertutup! Tapi gelak kalah aku... aurat wei, jaga sikit!," uish... pedasnya! Amik kau Anod. Itulah, gelakkan orang lagi. Kan dah kena batang hidung aku sebijik. Terus je Anod senyap.

" Nak makan apa ye?," Katod mengubah topik. Dilihatnya wajah Anod dah mula memuncung. Dia tersenyum kecil.

Katod memanggil pelayan di situ untuk mengambil pesanan mereka.

" Nasi goreng pattaya extra pedas dua, fresh orange dengan teh 'o' ais limau," terus dia membuat pesanan dengan yakin. Anod tengok je. Lepas budak pelayan tu blah terus dia menyerbu Katod.

" Confident je bagi order!," sindirnya. Katod relaks je.

" Takkan dalam masa 9 tahun ni selera kau dah berubah?," tenang Katod menyoal. Ni soalan jenis apa ni... macam ada double meaning je. Konfius aku!

" Kenapa kau tanya macam tu?," Anod pelik. Katod hanya tersenyum.

" Takde apalah...," Katod menggelengkan kepala.

" So... amacam life kau? Lama sangat dah aku tak dengar pasal kau....," soal Katod. Anod memerhatikan Katod. Dah lain dah dia sekarang. Makin hensem wei...

" Aku.. macam ni lah. Hari-hari dengan new excitement!," ujar Anod dengan ceria. " Kau.. mesti best kan, selalu fly sana-sini... bahagia betul hidup!,"

" Tak jugak...," perlahan tutur Katod. Erk! Kenapa pulak... jadi pilot, tak cukup best ke?!

" Aku fly selalu, nanti aku kahwin nanti best ke fly tinggal anak bini!," owh... yang tu ke.

" Ala... small matter la, ajak terbang sekali sudah!," pandai je Anod bagi suggestion. Lantas dia tertawa sendiri. Katod juga turut ikut ketawa bersama.

Makanan yang dipesan terhidang atas meja. Memang nampak menyelerakan betul, tambah pula perut kedua-duanya memang dah berkeroncong dengan irama dangdut! heh! Nasi goreng pattaya yang berasap itu disuap dengan penuh nikmat ke dalam mulut.

" Mmmmmm.... sedap gila wei!," komen Anod. Katod gelak je. Minah ni dari dulu sampai sekarang, semua pun dia rasa sedap. Agaknya nasi yang tak cukup garam pun dia cakap sedap jugak.

Anod makan dengan pantas. Katod pandang je.

" Gembiralah tu... dapat escape dari aku!," luah Katod.

" Apa pulak?," Anod tak puas hati.

" Esok aku nak lunch lagi dengan kau. Bermula dari hari ni, kita kena lunch together! Wajib!," Anod tercekik sampai terbatuk-batuk. Pantas teh 'o' ais limau dihirupnya.

" Apa pulak! Sesuka hati je keluarkan hukum Wajib! Tak acilah...," Anod merungut.

" Aci ke... tak aci... aku tak kira," dah masuk dah ditaktor dia!

" Tak risau ke, kalau ada orang marah...," pantas Katod mengangkat muka. Wajah Anod ditenung lama. Dia seakan tidak mahu percaya dengan ayat yang diungkapkan Anod.

" Sapa nak marah?," straight je soalan.

" Tunang aku?!," selamba Anod menjawab. Katod tersedak!

" Kau... dah tunang ke?," terasa debaran hati menjadi kencang selepas mendengar kenyataan itu. Anod... sampai hati kau, tak cakap pun kat aku!

" If I say yes?," aiseh... main tarik tali pulak minah ni.

" Yes or no?," serius Katod menyoal. Anod tersenyum-senyum. Kesian la pulak nak kelentong mamat ni. Anod ketawa kecil.

" Tak!," sejurus selepas itu, satu nafas lega dilepaskan. Namun masih ada satu persoalan lagi yang menyesakkan mindanya.

" Boyfriend?!," Anod menggeleng.

" Betul ke?," Katod tak percaya.

" Kan aku dengan pernah janji, nak kahwin sama-sama! Akad nikah serentak. Tak ingat dah..," Anod meningatkan. Katod berfikir sejenak kemudian baru dia mengangguk. Wajah Anod ditenung lagi. Tidak sangka Anod akan berpegang pada janji lagi. Sedangkan dia??!

******

Dia melangkah mendekati gadis yang duduk di bangku panjang di kantin. Wajah itu kelihatan sugul sekali.

" Kau ni kenapa?," soalnya lembut.

" Tod... Haikal?!," sebaris nama itu mampu membuatkan darah Katod mendidih.

" Dia buat apa pulak?," soal Katod geram. Tak habis-habis anak orang kaya tu nak membuli Anod.

" Dia conteng baju aku!," setitis air mata jatuh di tubir mata Anod.

" Tengokla dia tulis apa. Aku malu, semua orang pandang aku!," Anod menunjukkan bahagian belakang bajunya. Terserlah di situ ' Anod lesbian, Katod gay'.

" Dia ni memang nak kena dengan aku!," Katod terus berdiri.

" Jangan Tod... jangan berkasar! Nanti dia putar belit kat cikgu, kita pulak yang sangkut dengan masalah," rayu Anod. Katod mendengus kuat.

" Inilah masalah kau... asal aku nak pergi ajar dia je, kau tak bagi! Sebab tulah dia naik minyak, dia ingat dia boleh buat apa je kat kau. Hari ni dia tulis kau lesbian, aku gay... Esok-esok, dia fitnah kita berdua macam-macam yang lagi teruk dari ni?! Kau nak... masa tu kalau kau menangis, terus terang aku cakap.. aku lempang je!," marah Katod. Anod mengetap bibir. Air matanya deras mengalir ke pipi. Janganlah marah aku!

" Aku tak nak susahkan kau...," sayu suara Anod. Katod mengeluh.

" Yang kau baik sangat nak defend mamat tak guna tu kenapa? Buang masa jela Nod... Dia semakin kuat, kau je yang makin lemah!," lembut suara Katod namun terselit ketegasan di situ.

" Biarkanlah dia tu, bercakap ikut suka dia! Kita tahu kan kita macam mana..," tenang Anod berkata.

" Hah.... tahu pun! Habis yang beria menagis ni kenapa?,"

" Aku pun tak tahu!,"

" Bertuah," mendengar kata-kata Katod, Anod terus tertawa.

" Lain kali jangan nangis... buat malu dekat budak-budak lower form je!," usik Katod sambil menghulurkan tisu kepada Anod. Anod tersenyum. Malunya wei~

Petang itu, Katod dan Anod berjalan pulang bersama-sama. Kebetulan latihan sukan mereka tamat serentak.

" Katod....,"

" Anod....," serentak mereka memanggil.

Mereka ketawa.

" Kau lah dulu," Anod berkata.

" Eh... mana boleh! Ladies first la...,"

Anod ketawa. Blah la... ladies first!

" Aku ada benda nak tanya kau...,"

" Proceed..,"

" Agak-agaknya, nanti kalau kau dah kahwin dan aku pun dah kahwin, kita still macam ni ke? Care for each other every moment?," soalan itu kedengaran sayu. Namun Anod masih tersenyum manis. Nak cover la tu!

" Mestilah boleh.. kenapa pulak, apa masalahnya kita care for each other?!,"

" Kau kena faham... masa tu, aku dah ada suami, kau pun dah beristeri.. nanti jeles-jeles ke.. kan tak elok...,"

" Kau nak cakap apa sebenarnya?," terus je Katod menyoal. Ni gaya cakap dah lain macam.

" Aku cuma nak tahu je... sampai bila-bila pun kita akan macam ni ke?," Anod menghela nafas berat. Katod dah jadi sebahagian daripada dirinya. Dari kecil lagi, terasa berat pula hati kalau nak lepaskan dia.

" Susah-susah Nod... kita kahwin dua jela. Tak payah nak risau pasal pasangan kita nak fikir apa. Betul tak?," Katod tersengih. Anod dah jegilkan biji mata.

" Otak kau!!!! Jangan nak merapu....," marahnya. Katod ketawa bahagia. Seronok tengok minah ni marah, habis merah hidung!

" Dah la... malas nak cakap dengan kau...," terus je Anod meluru masuk ke rumahnya yang terletak di simpang jalan.

Katod menghantar Anod dengan pandangan mata, sehingga langkah kaki Anod masuk ke dalam rumah.

******

Sandwich tuna siap dibungkus dan diletakkan dalam bekas. Air nescafe pula dah ready dalam termos. Apa lagi ye yang nak kena bawa? Anod pusing-pusing dalam dapur. Melihat kiri dan kanan, kot-kot ada benda yang tertinggal. Dah setel?! Agaknya....

Semua barang tadi dikumpulkan di ruang tamu. Sekejap lagi sampai la agaknya....

Dia terus berlalu ke bilik untuk menukar baju. Blaus labuh bercorak bunga kecil warna pink dipadankan dengan seluar slack hitam. Tudung disarung dan dipakai seringkas mungkin. Tempek bedak sikit! Vaseline disapukan pada bibirnya yang kelihatan kering... Nod.. Nod... minumlah air dengan secukupnya ye! Ok.. dah siap.

Dikerling jam di tangan. Apahal lambat sangat ni... janji pukul 11. Jam dah 11.30. Memang nak kena dah ni, dah la paksa aku ikut. Pastu duk delay pulak!

Serentak itu kedengaran bunyi hon kereta. Ha... dah sampai pun! Anod melangkah dengan pantas. Pintu gril dibuka. Baru saja dia hendak melangkah, tiba-tiba je dia terasa digam! Errr... who' s that?!

" Nod.... cepatlah," jerit Katod dari luar. Anod bagaikan tersedar dari mimpi, dengan segera dia melangkah menuju ke kereta. Namun pandangannya statik pada insan di sebelah seat pemandu. Who's she?! 1001 persoalan dalam kepala.

Dalam kereta barulah Anod dikenalkan dengan insan tadi. Annisa...hhmmm sedap nama. Orangnya pula, sangat cantik. Cantik dia, memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Aku rasa macam bulan kat depan mata. Heh! Guna balagah( kiasan) la pulak. Nod~ jeles ke?! Apa... sorry sikit, takde hari nak jeles dengan si Katod ni!

Tak jeles, tapi mata tak henti-henti melirik kat cik Annisa tadi. Adoi~

" Amacam?," tiba-tiba je Katod menyoal. Anod dah blur. Dia baru je nak suapkan sandwich ke dalam mulut. Annisa pergi ladies.

" Apa?," Anod geram. Bagi salam tidak, terus masuk rumah.

" Annisa tu, macam mana? Okey tak?," owh... tu ke!

" Ok la... cantik, lemah lembut, pandai masak... and pandai buat kuih favourite kau," ujar Anod sambil menayang kuih tepung pelita dalam bekas hasil tangan Annisa.

" Apa lagi yang kau nak.. aku rasa okey!," jujur Anod melahirkan pendapat. Namun ada sesuatu yang mengusik hatinya. Anod... betul ke ni? Apa yang aku cakap?

" So... approve ah?," soal Katod sungguh-sungguh. Gaya macam nak kahwin esok je...

" Approve...,"

******

" Tod... nanti bila kau takde, sapa nak jaga aku?," macam kanak-kanak je Anod menyoal. Aiskrim kat tangan dah nak cair.

" Apa buat ayat sentimental ni? Aku kan ada nak jaga kau.. jangan risau, sapa pun tak berani punya nak kacau kau...," Katod semangat gila bagi jawapan.

" Ngok! Nanti sampai aku tua.. kau ke yang nak jaga?," amik kau!

" Owh... bagi tau la macam tu. Lain kali bersoal, kasi jelas itu ayat...," Katod menggaru kepalanya yang tak gatal. Sapa nak jaga Anod?

" Kau kan suka si Shahrul tu... dia boleh kot nak jaga kau. Aku tolong rekomen nak?," sejurus itu satu jelingan tajam dihadiahkan buat Katod.

" Dah takde orang lain ke dalam dunia ni kau nak rekomenkan aku?!," soal Anod geram!

" Habis tu... rasa-rasa aku la.. dalam semua-semua laki yang kau minat, dia je yang nampak okey sikit! Ada la ciri-ciri nak jadi suami soleh..," ulas Katod. Weh~ bengong la kau ni...

" Habis tu.. kau?,"

" Aku?,"

" Yelah... kau la, sapa lagi?,"

" Aku... tak payah risau la, aku kan jejaka idaman malaya... ramai je yang nak kat aku!," berlagak! Anod menjelirkan lidah.

******
Katod nak kahwin?! Aduh~ kenapa rasa berat sangat hati ni. Maybe sebab lama tak jumpa dia kot? Takpun... tak.. tak.. sebab aku dah lama tak jumpa dia.

Tapi macam tak kena la... kenapa aku resah sangat ni. Eh... apa ni?!Perlahan tangannya dilarikan ke pipi. Air mata... Annur.. kau menangis! Oh tidak~

Kuatkan semangat, Katod nak kahwin dengan gadis yang baik. Janganlah risau bagai nak gila. Tears! Ini yang aku lemah ni... kenapa sampai nak nangis? Aku confused?!

Anod mundar mandir di biliknya. Ya Allah kuatkan semangat aku!

Kedengaran melodi dari handphone. " Katod," perlahan nama itu disebut.

Nak jawab ke? Kalau tak jawab? Susahnya....

Dicapai jugak telefon bimbit itu dan dilekapkan ke telinga.

" Assalamualaikum....," kedengaran salam diberi. Cool Anod! Cool....

" Waalaikumsalam," suara Anod serak. Alamak~ habis la aku, kantoi!

" Kenapa nangis ni?," tenang je Katod menyoal.

" Mana ada! Aku selesema la!," nafinya.

" Bohonglah... macam aku tak kenal kau. Even 9 tahun tak jumpa, aku still kenal kau la Nod... c'mon la, kenapa nangis ni?," pujuk Katod. Anod ketap bibir. Macam mana ni?

" Aku sedih la...,"

" Kenapa?,"

" Kau nak kahwin dah...," Katod tertawa.

" Sebab tu je ke?," Anod mengeluh.

" Aku... sedih....,"

" You suppose to be happy for me,"

" Aku sedih......," ayat itu jugak yang diulang-ulang. Akhirnya Katod mengeluh.

" Tell me the truth la Nod... kenapa nak sedih sangat ni?,"

" Kau kahwin dengan aku jela!," hah! what did I said just now? Alamak, Anod... apa la kau ni!

Katod tersenyum. Nasib baik minah tu takde kat depan mata aku. Aku dah agak dah. Heh!

" Betul ke Nod?," saja nak duga Anod.

Anod senyap. Malu wei~ apa la aku ni...

" Kau tak cakap apa-apa, aku pegang dengan kata-kata kau yang terakhir tu. Ok... assalamualaikum!," tut..tut..tut.. Katod dah letak gagang. " Aku pegang dengan kata-kata kau yang terakhir," weh.... Adoi~

Annur.... apa nak jadi ni?!

******

" Aku terima nikahnya Annur binti Kassim dengan mas kahwin seribu satu tunai," dengan sekali lafaz Annur telah sah menjadi isteri orang. Isteri... Annur... wow~ aku macam tak percaya je.

Khemah di hadapan rumah penuh dengan tetamu jemputan. Maklumlah, kenduri sulung habis semua dijemput!

Di satu sudut kelihatan kawan-kawan sekolah Annur.

" Wei... lawa la kau Nod.. melepas aku! Rugi aku tak tackle kau dulu," gurau Shahrul. Di sebelahnya Asyikin, Dina, Suzy, Wan, Syafie, Bashi... wah ramai sungguh! Anod tertawa kecil.

" Aku dah cakap dulu, dia nak argue gila-gila dengan aku!," sampuk Suzy.

" Aku pun dah agak dah...," Dina dengan Wan.

" Eh.. sudah ye! Aku tak jangka pun tau...," Anod membidas.

" Iyela tu!," serentak mereka menjawab dan terus ketawa.

" Ni kenapa ni? Buli-buli wife aku....," jejaka yang segak berpakaian pengantin berdiri sebelah Annur. Dia melemparkan senyuman mesra.

" Wooooo~ cik abe marah tu," semua bersuara serentak lagi.

" Mestilah...," sengaja mukanya digarangkan. Tapi dia pun ikut gelak sekali.

" Wei... bagitahu kat Nod belum?," soal Shahrul. Anod terpinga. Bagitahu apa ni?! Dipandang wajah suaminya, meminta penjelasan. Namun tiada reaksi.

" Actually... dia ni memang nak kahwin dengan kau pun! Dari dulu lagi...," Anod terlopong. What!!!! Dipandang wajah Katod tidak percaya.

" Dia punya la pulun cari contact number kau, aku tengok dia time tu sekali pandang macam devdas pun ada...," Gelak!

" Korang lost contact lama gila, tapi nasiblah dah jumpa balik kan. Betul kan Katod.... ngaku la cepat kat bini kau yang tercinta ni... kitorang nak tengok jugak live confession," semua dah senyum mengusik. Pipi Anod dah panas.

" Annur... i love you," Katod senyum nakal. Yang lain pun join sekali. Jahat!

" Kau ni... memang~," terus Anod mencubit lengan Katod sekuat hati.

" Sakitlah...,"

" Padan muka....," Anod geram!

" Wei... sudahlah. Dah kahwin pun macam budak-budak lagi!," Wan cuba men'cool'kan keadaan.

" Anod and Katod should be together right? Awak kutub positif, saya kutub negatif... memang melekat punya," ucap Katod perlahan.

" Wehhhh.... saya, awak pulak....," sekali lagi hilai tawa memenuhi ruang khemah. Anod dah malu!


~ THE END ~

June 14, 2009

( flashback -2 ) Min

Gara-gara arahan, eh silap! Hukuman mandatori dari mak.. Aminah terpaksa akur dengan kehendak Mak Timah.

Nak tak nak, terpaksa dia pakai jugak baju pemberian bakal menantu... kata mak!
Bakal menantu... i'm dead! Sapa tu? Aku dah la tak tahu apa-apa pun! Tak sangka pulak mak akan buat keputusan sedrastik ni. Habis je study tepat 3 tahun, dah kena kahwin! Mak... Min tak sanggup!

*****

Aminah bersiap seringkas yang mungkin. Kata mak, orang yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Kurung pahang berwarna ungu yang dipadankan dengan tudung yang serona dengannya.

Betul-betul tak sangka la, aku akan pakai baju warna ni. Adusss... tak suka sungguh!

Dah sampai ke orangnya. Mak kalut-kalut sangat suruh aku siap awal ni kenapa?! kalut sangat la mak aku ni...

Kepalanya terjenguk-jenguk ke arah jalan. Excited campur takut! Tangan dah mula vibrate, itu tandanya aku takut!

" Min... dah siap belum?," kuat suara mak dari dapur.

" Dah," balas Aminah senada.

Tiba-tiba muka mak terjengul dari dapur. Serius!

" Berapa kali nak pesan... jangan jerit-jerit!," Oppsss... hehe... sorry la mak. Tak sengaja!

" Perangai tak ubah-ubah!," mak bebel lagi. Aminah tersengih lebar.

" Mak... sapa yang nak datang ni? Kenapa suspen sangat... at least bagilah klu mak... macam fear factor yang Min main dekat sekolah dulu.. ada kad klu mak.. kenapa mak tak buat je macam tu? kan senang...," satu ketukan hinggap di kepala Aminah.

" Jangan nak merapu," Mak Timah geleng kepala. Anak aku ni, tak matang sungguh.

" Orang bagi suggestion je.. mak nak ikut atau tak nak.. tu terpulang..jangan la nak ketuk-ketuk kepala mak...Min nak sambung belajar lagi!," pantas je Aminah merungut.

" Dah! jangan nak merapu lagi, pergi duduk kat depan tu.. tunggu orang datang," Aminah mendengus kecil. Siapa yang nak datang?!

*****

" Jemput-jemput minum... takde apa sangat pun," pelawa mak Timah.

" Ala akak ni.. macam tak biasa pulak. Kita je pun, bukan orang lain," tegur mak Pah. Mak Timah nampak macam nervous la pulak.

" Mana budak-budak tu? dah jumpa?," Pak Ahmad mencelah. Mak Pah dan Mak Timah tersenyum sambil menunjuk ke laman rumah.

" Boleh ke diorang tu?," Pak Ahmad musykil.

" Boleh je bang... jangan risaulah. Kami dah atur dengan baik sekali," Mak Pah mengenyitkan mata pada Mak Timah. Kedua-duanya tersenyum lebar dengan agenda yang telah dirangka sejak dulu lagi.

Sementara itu, di luar rumah.. Aminah kelihatan kekok dengan lelaki yang sedang tersenyum di hadapannya.

' Senyum-senyum.. aku cekik kang!' desisnya.

Faisal masih tersenyum. Sikit pun dia tak endahkan renungan tajam dari Aminah.

" Betul tak nak...,"

" Tengokla..," ermmm. Malas nak layan!

*****

" Kau ni.. memang betul-betul melepaslah!," sungut Pe'ah. Ruby mengangguk laju tanda setuju.

" Apa pulak...," Aminah cuba defend dirinya.

" Lagipun mak sendiri yang cakap, bukan nak kahwinkan aku pun! Aku je yang terlepas... ingatkan...," dia tersengih.

Serentak itu kedengaran gelak tawa dari meja mereka.

" Kau ni memang kalut...," tambah Pe'ah.

Aminah mendengus kecil. Dia tahu, dia kalut. Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati ni.. ceh~ dia ingatkan Faisal nak propose dia. Alih-alih, story dah jadi macam lain pulak... melepas ke aku ni!

" Suka dia kan...,"

" Suka sangat..,"

" Aku dah agak masa kau curi-curi pandang dia," senyum mengusik.

" Saya sayang sangat dengan Min...,"

" Kau gila Pe'ah...," erk! Pe'ah. Muka Aminah terasa panas. Nak sembunyi bawah meja, boleh tak? Kenapa la idea-idea mengarut suka muncul time-time macam ni jugak!

*****

Faisal menarik nafas lega.

Bibirnya menarik senyuman yang tidak mampu ditafsirkan. Sungguh tak di sangka! senyum lagi.

" Min tak nak ke dengan abang," erk! Tercekik Min mendengar kata ganti diri yang digunakan oleh Faisal. Bukan selama ni, dia guna alang ke...

" Ermm...," Aminah gelabah sendiri.

" Min... betul ke tak nak? takde peluang langsung untuk abang?," ayat psiko!

" Min tak cakap apa-apa pun...," akhirnya! Keluar juga ketulan emas dalam mulut tu.

Faisal tersenyum girang. Aminah pelik. Ni kenapa ni... sawan ke?!

" Erm... suka makan daging?," Ni apesal daging tiba-tiba. Tapi bila terpandang senyuman Faisal, Aminah sekadar mengangguk. " Suka..,"

" Suka kucing?,"

" Suka...,"

" Suka abang?,"

" Suka...," Aminah terdiam! Apa.... alamak!!! adoi... macam mana boleh terkeluar ni... Dipandangnya Faisal. Kawan dah tersenyum-senyum macam kerang busuk. Suka la tu....hisy!

" Kita kahwin!," itu bukan ayat tanya.. tetapi ayat seru. Dah sah-sah dia buat keputusan lagi mau tanya.

" Yes or no?," lagi sekali soalan meniti bibir lelaki itu.

Aminah tarik nafas panjang. Segalanya terletak di tangannya kini. Ini hidup yang dia pilih. Ini yang akan menentukan masa depannya. Dia berhak menentukan hidupnya. My life, My rule!

" Yes...," tenang sekali dia menuturkan ayat itu.

Faisal begitu girang sekali pulang ke rumah, membawa jawapan yang dinanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah..usaha ibu tak sia-sia.

*****

" Bila Min mula jatuh cinta dengan abang?," soal Faisal setelah mereka diijabkabulkan pada petang tadi. Tangan Aminah dicapai dan disatukan dengan tangannya. Aminah tersipu. Aduhai, malu aku!

" Bila pula abang suka kat Min?," sengaja dia memulangkan soalan.

Faisal tersenyum. Lembut pandangan matanya singgah di laman wajah Aminah yang kelihatan berseri-seri.

" Pandai ye.. orang tanya dia, dia tanya kita balik!," Aminah ketawa. Sedar!

" Ermm... abang sukakan Min... dari saat Min lahir ke dunia lagi!," hiperbola betul la suami aku ni.

" Sebab masa tu kan, setiap orang dah ditentukan siapa jodoh siapa. Dan Min jodoh abang... abang sayangkan Min dulu, sekarang.. dan Insyaallah.. untuk selama hayat abang," serentak satu kucupan kasih terpahat di tapak tangan Faisal dan tika itu berguguran air mata Aminah.

June 13, 2009

(flashback -1 ) Min

Aminah termenung di bangku panjang. Pandangannya dilemparkan ke arah padang yang dibanjiri oleh budak-budak sekolah yang tengah praktis segala macam permainan.

Fikirannya melayang entah ke mana...

" Mak... betul ke mak, apa yang Min dengar?," perlahan dia bersuara sambil melabuhkan punggung di sebelah mak. Pantas tangannya mengambil helaian kain yang belum dilipat. Heh! nak ambil hati mak...

Mak Timah kalih pandang ke wajah Aminah. Puteri bongsu dalam keluarganya. Setelah ayah Aminah meninggal, mereka berdua saja yang tinggal di rumah peninggalan arwah.

" Apa yang Min dengar? dan apa yang mak tak tau?," erk! apa yang mak tak tau.. what's that? aku ada buat apa-apa ke. Fikir balik Min. REFRESH! REFRESH! Macam takde je. Dia buat-buat muka simpati depan mak.

" Mak... jawab la soalan Min dulu. Betul ke.... Min dengar....," soalnya meleret. Dijeling sekilas Mak Timah yang pantas melipat kain baju.

" Mak sukalah dengan budak tu Min...," tiba-tiba mak bersuara. Budak mana pulak dah!

" Dia baik.. belajar pun tinggi. Min rasa macam mana?," uik! apa ni.. aku tak faham apa pun! Serius!

" Sapa mak? Mak cakap pasal apa ni....,"

" Pasal anak Mak Pah!," siapa?!

" Budak yang selalu kacau-kacau Min tu!," ok! i got it... tapi takkan dia kot.

" Kenapa dengan dia mak? Mak berkenan dengan dia ek.... tapi muda sangatlah kalau nak jadi ayah Min," PAP! Aminah mengerutkan dahi sambil menggosok-gosok bahunya. Pedih!

" Apa kebenda mak nak nikah dengan budak tu! Cakap merapu lagi!," Mak Timah dah mula membebel.... Aminah senyap.

" Mak dia ada tanyakan pasal kamu...," ceh~ mak slow talk nampak. Sikit lagi, duk cari simpang nak masuk line. Heh!

" Mak ni.... Min budak sekolah lagilah mak!," cepat je dia menyampuk. Mak Timah jeling.

" Dengar dulu!," kena marah. Padan muka!

" Suka sangat menyampuk bila orang tua-tua cakap!," bebel lagi.

" Bila Mak Timah mula membebel... ayam dan itik pun masuk berlari ke bangsal! ADUHHHH...," jeritan Aminah memenuhi ruang tamu.

" Perli mak. Tak agak-agak langsung!," cubitan sedas singgah di lengan Aminah. Sakitnya! Padan muka... celupar sangat.

*****

Pe'ah ternganga. Ruby steady lagi.

" Pe'ah.. cover la sikit. Lalat hinggap kang..," tegur Aminah. Ruby sudah tertawa. Pe'ah terkulat-kulat lagi.

" Wait! Wait! Aku tak faham la dengan story kau ni... Apa yang kau cakap tadi, kau suspek mak kau ada plan nak nikahkan kau dengan anak Mak Pah!," ayat tak boleh belah Pe'ah ni. Suspek! Gaya macam detektif mana entah.

" Andaian aku je! Tapi tak tahulah... Semua orang cakap dengan tak jelas dengan aku. So.. kesimpulannya.. aku pun tak faham actually!," Pe'ah menepuk dahi. Apa da... dia pun tak sure!

" Eh.. kalau betul, kau tak nak ke...?," senyuman nakal menghiasi bibir Pe'ah. Cepuk kang minah ni. Nak sakat-sakat aku pulak.

" Tak nak la...," berlagak! Min jangan... kang tak nak.. nanti ter'nak pula... haru!

Pe'ah dan Ruby mencebik.

" Ruby... kau ingat ye.. aku pun saksi. Min cakap apa tadi, tak nak kan... nanti kita tengok.. coming years," Pe'ah mencabar.

" Hei.. aku tak nak la.. entah anak Mak Pah yang mana pun aku tak tahu," berlagak lagi Min ni. Pe'ah ketawa.

" Kau jangan lupa tau Min.. aku ingat ayat ni sampai bila-bila," Aminah menjeling. Geram!

Sekali lagi, Pe'ah dan Ruby terkekek-kekek ketawa.

******

" Min! Min!," pekik Pe'ah. Aiseh... apa benda la Pe'ah ni. Tengah-tengah publik ni! suka sangat bagi publisiti murahan kat aku. Malulah.

" Tengok tu Min...," ujar Pe'ah sambil memuncungkan mulutnya yang sememangnya dah muncung.

" Mana? Apa dia ni ?," soal Aminah dengan penuh musykil. Matanya juga turu meliar-liar di kawasan tersebut. Apa dia? Konfius aku!

" Nampak tak?," gesa Pe'ah.

" Nampak! Nampak! Nampak apa? aku tak nampak apa-apa melainkan muncung kau yang panjang sedepa ni," marah Aminah. Pe'ah mendengus geram!

Perlahan-lahan kepala Aminah dikalihkan mengikut gerak tangannya.

" Tengok tu. Betul-betul depan mata kau... yang baju warna biru tu!," bisik Pe'ah.

Pandangan Aminah perlahan-lahan diarah ke situ. Matanya terpaku pada jasad yang berbaju biru itu. Dia?!

" Yang tulah...," tambah Pe'ah lagi. Aku tau! jawab Aminah dalam hati.

" Dah lain..," spontan terkeluar dari bibirnya.

" Jomlah kita pergi tengok baju dekat kedai lain," pantas Aminah menarik tangan Pe'ah untuk beredar dari situ. Ruby yang sedang membuat pembayaran terpinga-pinga. Apa kes ni?!

Ruby memandang Pe'ah. Pe'ah pun pandang Ruby. Jungkit kening. Entah! Jawab mata Pe'ah. Ruby mengangguk kecil.

Pe'ah menghalakan pandangan tepat ke wajah Min.

Eleh! tak nak pandang dari angle yang dekat, tapi jeling-jeling usha kot tepi. Nak... tapi malu!

Pe'ah tertawa dalam hati. Min... Min.... keras kepala betul!

Dia mengalih pandang ke arah pemuda berbaju biru itu. Pandangan mereka bertemu. Masing-masing melemparkan senyuman.

*****

Faisal menarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya. Karipap di dalam pinggan dicapai dan dikunyah perlahan-lahan. Air teh 'o' panas dihirup... errmmm... nikmatnya.

" Kenapa ni?," tiba-tiba Mak Pah bersuara.

Faisal terkejut.

" Kenapa ibu?," dia soal balik. Mak Pah geleng kepala. Dia tu muka berkerut-kerut kunyah karipap, bukan ke ada masalah. Nak selindung lagi! Hei... ni ibu kamu la.

" Kamu tu.. muka berkerut-kerut. Fikir masalah apa? tengah cuti ni pun, fikir kerja lagi ke?,"

" Min...," sebaris nama itu membuatkan Mak Pah tersenyum simpul.

" Kenapa dengan Min?,"

" Alang nampak Min dekat Pekan tadi, tapi dia lari lepas tengok Alang! Alang perasan, tapi buat-buat macam tak nampak je...," luah Faisal kecewa.

" Owh... sebab tu je ke," rileks je Mak Pah jawab. Faisal dah terbeliak biji mata. Ibu, dia lari dari Faisal! Ibu cakap tu je ke...

" Min tak nak tengok alang bu...," sedih suara Faisal. Namun ibu masih tersenyum. Ibu ni kenapa? konfius aku!

" Min tu malu dengan kamu...," what! Malu... Nur Aminah tu... malu dengan aku! Macam tak percaya je... heh! Mana ibu tau ni... memandai je...

" Ibu tau la... Mak Timah yang cakap. Kamu janganlah serabutkan kepala sangat fikirkan hal ni. Ibu tau nak buat apa!," tenang kata-kata itu meresap masuk ke dalam jiwa Faisal. Heh! Thanks mom. Ibu aku ni ada ilmu psiko kot, pandai je baca mind orang!

" Ibu nak buat apa?," tak sabar-sabar Faisal nak tahu.

" Ada la something... kamu tanya-tanya lagi..ibu tak nak tolong!," sengaja Mak Pah berkata begitu. Berubah terus air muka Faisal. Mak Pah tersenyum dalam hati.

" Ala...... okey! Okey! Faisal tak tanya apa-apa dah".

*****

selepas 3 tahun...

Aminah mundar mandir di biliknya.

Macam mana ni... esok! Fikir-fikir. Mesti ada cara!
Ada cara.. ada jalannya. Heh!
Lari nak... Gila!
Terjun tingkap... nampak macam tak matang!

Aku nak buat apa ye...

Tok!tok!tok!
Pintu bilik diketuk. Siapa lagi kalau bukan mak.
Daun pintu diselak. Muka mak terjengul. Senyum lebar semacam je. Musykil sungguh aku...

Sebuah bungkusan dihulurkan kepada Aminah.

WHAT!!!!! terlopong Aminah melihat isi kandungan beg itu.

" Mak.... tak nak la...," Aminah merengek.

" Kenapa pulak?,"

" Min tak suka... mak Min ada yang lain, banyak lagi. Lawa-lawa lagi!," rayunya lagi.

" Tak boleh, pakai jugak yang ni. Orang dah beli bagi, jangan nak buat perangai pulak!," tegas suara Mak Timah. Aminah mendengus kecil. Tak puas hati!

Min

Mak… ada orang datang ni….,” kuat Aminah melaung dari depan. Tetamu yang hadir sekadar menelan liur. Uish! Anak dara…menjerit sampai bergegar gegendang telinga.

“ Aminah…berapa kali mak dah pesan jangan menjerit-jerit! Kamu ni….,” Mak Timah yang muncul dari dapur terus merungut-rungut.

“ Eh…eh… kak Pah..,” terus nadanya berubah ceria. Senyuman tersungging di bibir. Drama swasta sebentar! Hehe..

Aminah sekadar memandang kosong. Dia masih statik di tempat asal. Apa watak-watak yang tetamu ni bawa. Kenapa aku tak pernah tau pun! Ah, lantaklah. Tak penting pun. Bukan masuk exam.


Baru saja dia memalingkan badan dan memulakan langkah…


“ Aminah… buatkan air!,” arahan mandatori dari mak. Aduhai mak ni…. Saja je nak test skill membancuh air aku time-time macam ni. Dibuatnya muka seposen. Kot-kot lah mak nak consider pasal arahan tadi… tapi nampak gaya… tetamu mengaburi mata mak. Aku pun dia dah tak layan.

Dengan langkah yang berat, kakinya diatur ke dapur. Mengigil tangan masa buka penutup bekas air. Apa ke benda ni…vibrate pulak dah! Bancuh air je pun…cool Min…cool… aku kan pakar bab-bab ni.

Tak sampai beberapa minit, air telah pun siap dihidang. Berkerut muka tetamu time meneguk air hasil tangannya. Dia perasan renungan tajam dari mak. Tapi buat don’t know jela.. .

*****


Gelak tawa memenuhi ruang makan. Masing-masing mempamerkan aksi tidak percaya.

“ Berani gila kau ye!,” Ruby mencelah.

“ Tu ar…kau ni..agak-agak ah! Mau orang tu cirit birit ke apa, tak ke haru!,” ujar Pe’ah pulak sambil ketawa. Teruk betullah kawan aku ni…hampeh! Hehe….

“ Dah tu…aku nak buat macam mana… korang tau jela mak aku. Bukan boleh nampak yang standard sikit. Takkan aku nak strongkan lagi dia punya harapan…nak berlagak lemah lembut…pandai masak…pandai buat kerja rumah…oh never and ever!,” ujar Aminah lantang.

“ Nanti tak pasal-pasal, tak sampai sebulan korang dah dapat invitation perkahwinan aku…,” sambungnya lagi. Kedua-dua temannya masih terkekek-kekek sambil memegang perut.


PAP! Buku Biologi tepat mengenai bahu Pe’ah. Berkerut kening. Tahu sakit.


“ Tak payahlah gelak macam orang tak pernah gelak,” marah Aminah. Gila over gelak… sampai terduduk-duduk. Hisy!

“ Okey… sorrylah…hehe…Cuma lawak la… mesti kawan gila menyesal minum air yang kau buat semalam. Entah berapa kali keluar masuk toilet!,” ketawa lagi.

Aminah tersenyum sumbing.

“ Jom ar masuk kelas… ,” ketiga-tiga mereka bergerak meninggalkan kantin sekolah yang riuh macam pasar malam tu.

Di dalam kelas…


“ Min….dengar cite, ada orang masuk meminang kau,” sampuk Mia dari belakang. Belum sempat Aminah melabuhkan punggung atas kerusi plastiknya. Aduhai.. kepoci betul! Mana ntah dia pergi kutip khabar angin ni… tak releven langsung!

“ Yang kau sibuk sangat dengan benda tu apasal…,” balas Aminah dingin. Ruby dengan Pe’ah dah standby kat sebelah…heh! Aku ni macam ada bonzer la pulak…tapi dua-dua bonzer kecik…hehe…


Mia menjungkit kening. Berlagak!


“ Eleh… kau jangan nak perasanlah anak mak cik Pah tu nanti berkenan kat kau. Aku seribu kali cantik dari kau… mesti aku yang dapat dia!,” ujar Mia tiba-tiba. Eeiii..riak betul! Aminah tersenyum jengkel…

“ Aku peduli apa… anak mak cik Pah ke…kuih pau ke…sampah ke…apa-apa ke…kau amik jelah…yang mana-mana yang sesuai dengan kecantikan kau yang tiada tandingan ni….. I don’t care ok! Just mind your own business!,” serentak itu ketawa meletus. Semua orang ketawakan Mia. Mia geram! Kaki dihentakkan manja ke lantai…dan terus dia berlalu keluar dari kelas.

“ Pelik betul aku dengan minah tu… baru form 5, dah kalut-kalut nak bersaing pasal lelaki. Entah siapa anak Mak cik Pah tu…eh, siapa ye mak cik Pah tu?,” soal Aminah slumber dengan muka poyo tak tau nak kata.


Dahinya diketuk!


“ Hei…kepala-kepala jangan main ar. Hilang ilmu aku…kutip balik..,” marah Aminah.

“ Kau la… mak cik Pah mana pulak dah! Yang datang rumah kau tulah…hisy!,” Ruby dan Pe’ah geleng kepala. Aminah tersenyum kelat. Yeke! Hehe… tak kenal…

*****


Selepas 3 tahun….

“ Mak… Min tak nak!,” tegas Aminah bersuara.

“ Kenapa.. give me one good reason?,” wow! Speaking mak aku…hehe…dia tergelak dalam hati. Melihatkan wajah serius di hadapannya itu, tak terkeluar rasanya ketawa. Macam ada benda je yang tersangkut kat kerongkong ni.

“ Min… tak nak. Itu je. Tak taulah nak fikir reason apa. Kalau boleh boleh mak bagi Min seminggu… Min prepare paper work sekali..,” sempat lagi dia bercanda.


PAP! Pantas je tangan mak naik ke bahunya. Adus….sakit wooo~~


“ Orang cakap serius… dia main-main pulak ye. Mak tanya lagi sekali, kenapa tak nak…,” wajah mak serius sangat tak terkata.

“ Sebab Min tak suka purple… Min suka merah!,” ok that’s it. Aku takkan pakai baju ni. Never!

*****


Riuh sekali suasana rumah Aminah pada petang itu. Aduhai mak…janganlah bagi Min rasa segan. Mak ni….

“ Assalamualaikum…,” suara itu menyapa dari belakang. Aku nak buat apa ni. Cabut lari nak! Idea bodoh…tukar plan… dijeling sekilas tangannya…mak aih, vibrate tahap Parkinson gila teruk ni!

Baju kurung Pahang yang berwarna ungu elok tersarung di tubuhnya yang lampai itu. Ini semua sebab mak la…pandai je basuh baju favourite aku, sedangkan tak pakai pun. Taktik tengok…aku kena ambil kos la dengan mak…nampak gaya…

“ Assalamualaikum…,” sekali lagi salam dihulur. Alamak lupa… ada orang lah. Berat sekali rasa nak angkat kepala ni. Tapi digagahkan jugak. Dipandang sekitar kawasan luar rumahnya… gaya macam first time datang sini. Heh! Nervous!

“ Nur Aminah Abdul Fahim!,” amik kau… dia dah panggil full name. kali ni, nak tak nak… kena pandang jugak. Mata bertemu mata… la.. dia ke! Betul ke apa yang aku lihat ni… mata aku tak menipu! Yes Min…. senyuman secara spontan memekar di bibir.

“ Kenapa? Terkejut?,” soalnya orang itu lagi. Aminah menggeleng.

“ Tak sangka je,” lantas dia tertawa kecil.

“ So… amacam! Still tak nak….,” soalnya dengan penuh makna.

“ Masih dalam pertimbangan,”

“ Main tarik tali… hhhmmm…takpe…kita tengok siapa yang menang!,” selamba dia menjawab. Aminah mencebik. Berlagak nak mampus!

“ Aminah….ajak Faisal masuk,” laung mak kuat dari dalam rumah. Ye mak! Tak perlu kot buat announcement sekuat tu…


Aminah masih lagi degil dengan keputusannya. TAK NAK! Keras kepala betul.


“ Macam mana Kak Timah, kita nikahkan jela diorang tu!,” tercekik Aminah dengar ayat tu. Gila ke apa. Takde ribut… takde taufan.. tiba-tiba NIKAH!

“ Mak… Min tak setuju!,” ceh… macam bagus je Min melahirkan pendapat. Faisal dah tergelak kecil namun cepat jugak dia mendapat jelingan pedas dari Min.

“ Kenapa mak kalut sangat nak nikahkan Min ni?,” soalan cepu emas itu terkeluar jugak.

Namun reaksi yang diterima, agak-agak mengelirukan. Err… Aminah terkelu lidah. Aku tersalah soalan ke. Kenapa semua pandang pelik ni. Janganlah ! janganlah !

“ Siapa pulak yang cakap nak nikahkan Min… mak Pah cakap pasal Kak Sofiya la,” what! MAK!!!!! Malunya…. Ya Allah…gila malu! Mana aku nak nyorok ni… belakang sofa boleh tak. Nampak macam muat je. Malu! Huhuhu….

Semua dah gelak. Aminah malu. Kenapalah mulut ni terlebih perisa sangat…kan dah malu. Depan umum pulak tu. Aduhai~ dijeling ke arah Faisal di sebelah. Terkekek ketawa, tak ingat dunia. Over!


*****


“ Hahahahahahahaha……,” hanya itu saja yang keluar dari mulut member Aminah. Dia menjeling geram! Aku malu gila..korang seronok ketawa pulak.

“ Kau ni…kenapa kalut sangat Min…,” Pe’ah ketawa. Tau jela si Pe’ah ni..kalau gelak sampai terduduk-duduk. Perangai tak ubah-ubah.

“ Mana aku tau…mak cakap tak clear. Faisal pun…tanya soalan ala-ala macam nak ajak aku kahwin… hehehe…mana aku tak terkonfius!,” Aminah tersenyum kelat..hehe…aku malu!

“ Suka ke dengan Faisal tu… dulu siap tanya… anak mak cik Pah yang mana..kan-kan Ruby…aku ingat lagi time tu…,” Pe’ah tersenyum nakal. Ruby pun! Jahat betul la korang ni.

“ Aku suka la!,” ZAPPP!!!! What did I said just now… alamak! Dah terlepas ke… kantoi!

Pe’ah dengan Ruby berlagak selamba. Kenapa sejak akhir-akhir ni orang kat sekeliling aku tak react dengan sepatutnya.

“ Aku dah agak dah… time kau curi-curi pandang dia dulu pun aku dah tau!,” Ruby membuat ulasan.

“ Saya pun dah agak…,” Pe’ah….eh wait! Itu suara Pe’ah ke… kenapa lain je!

Dikalih wajahnya ke kiri, memang terlopong betul! MALUNYA!!!!!!!!!!!!!!

Muka dah panas…. Faisal tersengih kat sebelah. Ni idea bengong sape ni…!!aku dapat tau sape… aku ketuk-ketuk kepala orang tu.

“ Idea baik punya dari mak cik Timah…hehehe..,” semangat gila Pe’ah menjawab bagi pihak mak.


MAK….. aduhai~


Mak ni……………. Suka bagi Min malu! Orang malu mak… malu!

“ So… nak ke tak nak,” straight foward punya soalan. Semua memandangnya sambil tersengih.

Aminah pura-pura merajuk. Sebenarnya nak cover malu je tu.

“ Offer last for ten second only!,” perlahan kedengaran suara Faisal. Aminah kalut.

“ Nak la….,” serentak itu mereka ketawa. Sekali lagi Aminah terpinga-pinga! Eii…tak suka betul la dikelilingi manusia yang pelik-pelik ni.


*****


“ Aku terima nikahnya Nur Aminah binti Abdul Fahim dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai!,” lancar sekali Faisal menuturkan lafaz nikah.

Cincin disarungkan ke jari manis, dan ciuman kasih terpahat di dahi. Aminah menitiskan air mata gembira.

“ Lepas ni tak boleh tidur dengan bantal busuk dah Min!,” tiba-tiba suara mak Timah di celah keriuhan tetamu.

Memerah muka Aminah. Semua dah tak tahan nak gelak. Lagi-lagi si Faisal dengan senyuman nakal dia.

Mak ni……….saja je! Min malu….